You are on page 1of 2

AWAS, BANJIR!

Secara berpasangan, baca petikan dialog dibawah dengan intonasi yang betul dan lengkapkan lembaran kerja yang diberi.

Siti Anggota Penyelamat Siti Anggota Penyelamat Siti Anggota Penyelamat Siti Siti Anggota Penyelamat Siti Anggota Penyelamat

: Selamat pagi, bolehkah saya menemu bual saudara mengenai kejadian banjir kilat yang sering melanda negara kita baru-baru ini? : Sudah tentu boleh. Silakan. : Bolehkah saudara menerangkan kepada saya apakah yang dimaksudkan dengan banjir kilat? : Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat boleh memberikan kesan buruk kepada manusia dan hidupan lain. : Apakah kesan-kesan buruk yang boleh terjadi apabila berlakunya banjir kilat? : Banjir kilat akan memberikan kesan buruk kepada manusia. Antara kesan buruk akibat banjir kilat ialah memusnahkan harta benda, mendatangkan penyakit, dan boleh menyebabkan kematian berlaku. : Oh, begitu! Nampaknya banjir kilat banyak mendatangkan kesan negatif kepada kita semua. : Bolehkah saudara menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat ini berlaku. : Antara faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat berlaku ialah proses pembandaran yang tidak terancang, hakisan sungai dan proses penebangan hutan yang semakin berleluasa. : Pada pendapat saudara, bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah banjir kilat ini? : Pada pendapat saya, antara cara mengatasi masalah banjir kilat ini ialah dengan memelihara dan memulihara hutan, mengelakkan pendalaman sungai secara berleluasa dan mengawal aktiviti pembuangan sampah oleh manusia. : Ini merupakan soalah terakhir saya. Saya sering mendengar mangsamangsa banjir enggan berpindah ke pusat-pusat perlindungan yang disediakan. Berdasarkan pengalaman saudara, mengapakah mereka enggan berpindah ke pusat-pusat perlindungan? : Mangsa-mangsa banjir mempunyai pelbagai alasan untuk tidak berpindah. Antara alasan enggan berpindah yang kerap digunakan oleh mereka ialah kerana takut meninggalkan harta benda dan ketidakselesaan berada di pusat perlindungan. : Akhir kata, apakah nasihat saudara kepada mangsa-mangsa banjir yang enggan berpindah ke pusat perlindungan?

Siti

Anggota Penyelamat

Siti

Anggota Penyelamat

Siti Anggota Penyelamat

: Saya ingin menasihati mangsa-mangsa banjir agar mengikuti arahan anggota-anggota penyelamat untuk berpindah untuk menjaga keselamatan diri mereka sendiri. Ingatlah harta benda boleh dicari tetapi nyawa tidak dapat ditukar ganti. : Sekian sahaja temu ramah saya. Terima kasih, saudara. : Sama-sama.

You might also like