You are on page 1of 4

Menukar perpuluhan kepada pecahan .

Soalan . Tukarkan 0.5 kepada pecahan.



1.Contoh penyelesaian Murid 1.

Miskonsepi Murid tidak masukkan 0 sebagai selesaian terakhir.



L1 ( Masukkan per untuk bahagi )

0.5 = 0 . 5 = 5 = 5
L2 1 1

Perbincangan.
L1. Murid masukkan per pada 0.5
L2. Murid masukkan 1 di bawah per
L3. Murid gerak titik perpuluhan ke kanan
L4. Murid menulis jawapan sebagai 5 . ( Jawapan Salah )

Untuk soalan ini ,didapati murid ini sukar untuk melakukan operasi 0.5 ditukar kepada nombor
pecahan kerana apabila penyelesaian dilakukan menggunakan bahagi ( per ) pada langkah 1 telah
berjaya.( 0.5 ) ,tetapi murid terlibat tidak memasukkan angka 0 bersebelahan angka 1 ( sebelah
1
kanan ) pada langkah 2 untuk menjadikannya 5 .
10
Cara atasi .
.Oleh itu di sini guru perlu bimbing murid ( kelas ) supaya angka 1 pada angka bawah perlulah
dijadikan 10 , iaitu pertambahan 0 ( sekali sahaja ) selepas L3 lima persepuluh ( 5 ) ,
10
untuk tujuan mendapat jawapan dalam bentuk pecahan .
Cadangan : Guru perlulah memberi soalan yang mempunyai bentuk penyelesaian seperti diatas untuk
memahirkan murid memasukkan 0 bersebelahan kanan angka 1 menjadikan angka bawah
sebagai 10 seperti :
Contoh soalan 0.2 , 0. 3 , 0. 4 , 0.6 , 0.8
Kemudian murid ( kelas ) perlu dibimbing langkah selesaian menggunakan kaedah seperti di atas.
Contoh selesaian
Tukar 0.2 kepada pecahan .

L1. Murid masukkan per pada 0.2
L2. Murid masukkan 1 di bawah per
L3. Murid gerak titik perpuluhan ke kanan
L4. Murid menulis jawapan sebagai 2
10


Jawapan 0.5 = 5
10
2.Contoh penyelesaian Murid 2.

Miskonsepi Murid salah faham arah gerak titik perpuluhan..

0.5 = 0 . 5 = 0.05
1

L1
Perbincangan.

L1. Murid masukkan per pada 0.5 ( betul )
L2. Murid masukkan 1 di bawah per ( betul )
L3. Murid gerak titik perpuluhan ke kiri ( salah )
L4. Murid menulis jawapan sebagai 0.05 ( Salah )


Untuk soalan ini ,didapati murid ke-2 ini telah melakukan langkah yang betul pada L1 dan L2 tetapi
beliau telah melakukan kesilapan dalam langkah penyelesaian pada langkah 3 apabila beliau telah
menggerakkan titik perpuluhan ke arah kiri . Di sini telah berlaku salah tanggapan atau miskonsepsi
pada pemikiran murid ini iaitu arah yang sepatutnya titik perpuluhan itu digerakkan adalah ke kanan ,
iaitu sekali sahaja bagi tujuan menghilang atau menghapuskan titik perpuluhan tersebut. Apabila titik
tersebut digerak kekiri , maka ianya akan berpindah mengambil tempat sebelum 0 dan
menjadikannya jawapan sebagai 0.05 ( jawapan tidak benar )
Cara atasi .
.Oleh itu di sini guru perlu bimbing murid ( kelas ) tentang arah yang betul memindah titik perpuluhan
iaitu pergerakan ke kanan supaya angka 1 pada angka bawah dapat dijadikan 10 , iaitu pertambahan
0 ( sekali sahaja ) pada L3 menjadikan jawapan lima persepuluh ( 5 ) ,
10
Sebagai bentuk pecahan .

Cadangan : Guru boleh memberi soalan yang mudah seperti pada murid 1 dengan tujuan untuk
mengukuhkan konsep arah pindah titik bagi mengatasi masalah murid ke-2 ini.

Contoh soalan 0.2 , 0. 3 , 0. 4 , 0.6 , 0.8

Kemudian murid ( kelas ) perlu dibimbing langkah selesaian menggunakan kaedah seperti di atas.
Contoh selesaian
Tukar 0.2 kepada pecahan .

L1. Murid masukkan per pada 0.2
L2. Murid masukkan 1 di bawah per
L3. Murid gerak titik perpuluhan ke kanan ( ARAH YANG BETUL )
L4. Murid menulis jawapan sebagai 2
10




Jawapan 0.5 = 5
10


3.Contoh penyelesaian Murid 3 .

Miskonsepi Murid memindahkan titik perpuluhan pada sekali pindahan sahaja.

0.75 = 0 . 75 L1
1

= 0 . 7 5 L2
1


= 7 5 L3
1

= 75 ( Salah ).

Perbincangan.

Untuk soalan ini ,didapati murid ini telah melakukan kesilapan pada langkah ke-2 apabila beliau
telah memindahkan titik perpuluhan secara serentak tanpa ansur maju .Oleh itu pada langkah ke-3
beliau telah mendapat 75 .Di sini salah konsep berlaku pada L2 kerana perubahan titik perpuluhan ke
1
kanan mestilah bertertib ,iaitu melalui angka 7 diikuti angka 5 . Akhirnya jawapan yang terhasil
adalah 75 , iaitu jawapan yang salah .

Cara atasi .

Guru hendaklah berbincang dengan murid ( kelas ) sebab kesilapan berlaku.Dalam kes ini guru perlu
bimbing murid cara memindahkan titik perpuluhan dengan betul seperti ,


0.75 = 0 . 75 L1
1

= 0 . 7 5 L2
1


= 7 5 Jawapan sebenar L3
100


Bilangan 0 yang dimasukkan



Cadangan : Guru boleh memberi soalan yang mudah dengan tujuan untuk mengukuhkan konsep
pindah titik secara tertib bagi mengatasi masalah murid ke-3 ini.

Contoh soalan 0.25 , 0. 32 , 0. 4 8 , 0.60 , 0.87

Kemudian murid ( kelas ) perlu dibimbing langkah selesaian menggunakan kaedah seperti di atas.
Contoh selesaian
Tukar 0.87 kepada pecahan .

L1. Murid masukkan per pada 0.87
L2. Murid masukkan 1 di bawah per
L3. Murid gerak titik perpuluhan ke kanan ( ARAH YANG BETUL ) mengikut tertib .
L4. Murid menulis jawapan sebagai 8 7
10 0

You might also like