You are on page 1of 5

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Soalan dan Skema Jawapan


(untuk Skrip Contoh)

Kerja Kursus Bahasa Melayu


Semester 2 Tahun 2020
910/4: Penulisan Esei Berformat

Nama:……………………………………………………….

No. Kad Pengenalan:………………………………………

PERINGATAN:
Soalan dan skema jawapan ini hanya untuk kegunaan Mesyuarat Penyelarasan Kebangsaan dan
Taklimat Kerja Kursus Bahasa Melayu Semester 2 tahun 2020. Soalan dan skema jawapan ini tidak
boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

TERHAD
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah.

Soalan 1: Format Laporan

Sebagai setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), anda
diminta untuk menyediakan satu laporan tentang kesan banjir kilat di kampung anda dan
mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Sediakan laporan tersebut
selengkapnya.

Skema jawapan

Format jawapan mestilah dalam bentuk laporan.

Laporan tentang Kesan Baniir Kilat di Kampung Sementa


dan Cadangan untuk Mengatasinya
1.0 Pendahuluan
 Konsep banjir kilat/latar belakangnya dan kaitkannya dengan tajuk.
 Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak sangka.
 Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh
mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap masyarakat.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa


Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli jawatankuasa:

3.0 Kesan Baniir Kilat

3.1 Kerosakan harta benda awam.


 seperti jalan raya, bangunan, dan gangguan bekalan elektrik.
 semua memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi

3.2 Aktiviti harian penduduk terjejas


 cth bersekolah, bekerja, membasuh

3.3 Kemusnahan tanaman


 seperti getah dan kelapa sawit.

3.4 Pelbagai jenis penyakit timbul


 seperti kudis, gatal-gatal pada kaki dan tangan

3.5 Kemunculan binatang berbisa


 seperti ular yang boleh mengancam nyawa manusia
4.0 Cadangan untuk Mengatasinya

4.1 Menyediakan Sistem Perparitan yang Sistematik


 parit-parit cetek hendaklah dibersihkan

4.2 Projek Pendalaman Sungai


 mengorek semua lumpur dan kotoran
 sungai bersih dan menjadi dalam

4.3 Mengawal Aktiviti Manusia


 kempen jangan membuang sampah dan sisa industri ke dalam parit dan
sungal.

5.0 Penutup

5.1 Banjir kilat sering berlaku berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

5.2 Diharapkan agar masyarakat bekerjasama dan prihatin dalam menangani masalah banjir
kilat seperti menjaga kebersihan sungai.

5.3 Selain itu, kerajaan pula hendaklah menguatkuasakan undang-undang dan mengetatkan
peraturan yang sedia ada.

Laporan disediakan oleh, Tarikh


Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan
Soalan 2: Format Ceramah

Sebagai ketua kampung di sebuah daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada
penduduk bersempena dengan program Hari Kejiranan. Ceramah anda berfokus tentang faedah
amalan hidup berjiran dan langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan amalan tersebut. Tulis
teks ceramah itu selengkapnya.

Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis berdasarkan format ceramah, yang mengandungi kata alu-aluan, kata sapaan,
dan penutup yang sesuai. Perenggan 1 mengandungi kata alu-aluan dan tajuk sahaja, manakala
perenggan 2 mengandungi pendahuluan karangan.

Pendahuluan
 Pengenalan tajuk
 Setiap anggota masyarakat mesti mempunyai jiran kerana jiran merupakan orang yang tinggal
berdekatan dengan kita.
 Semangat hidup berjiran perlu diamalkan kerana banyak faedahnya.
 Pelbagai langkah boleh diambil untuk meningkatkan semangat hidup berjiran.

Isi (faedah amalan hidup berjiran)

IS1 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat

IS2 Menjamin keselamatan anggota masyarakat; mengurangkan masalah jenayah apabila jiran
hidup bekerjasama
IS3 Memudahkan sesuatu aktiviti dengan bantuan jiran di samping menjimatkan masa dan kos

IS4 Meningkatkan imej masyarakat

IS5 Memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat

Isi (langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan)

IS6 Mendekatkan diri dengan jiran tetangga


IS7 Mendidik anak-anak tentang amalan hidup berjiran
IS8 Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan amalan kejiranan secara berterusan
IS9 Mengambil berat akan kebajikan jiran
IS10 Mewujudkan kumpulan media sosial untuk masyarakat setempat

Kesimpulan
 Amalan hidup berjiran bukan sahaja mendatangkan faedah kepada individu tetapi juga kepada
masyarakat dan negara.
 Kesedaran anggota masyarakat tentang amalan ini amatlah penting.
Soalan 3: Format Syarahan

Anda telah dipilih untuk mewakili negeri dalam pertandingan syarahan pelajar tingkatan enam
anjuran Persatuan Automobil Malaysia. Fokus perbincangan syarahan anda adalah tentang kebaikan
pengeluaran kereta Malaysia. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Skema jawapan
Esei hendaklah ditulis berdasarkan format syarahan, yang mengandungi kata alu-aluan, kata sapaan,
dan penutup yang sesuai. Perenggan 1 mengandungi kata alu-aluan dan tajuk sahaja, manakala
perenggan 2 mengandungi pendahuluan karangan.

Pendahuluan
 Telah lebih tiga dekad kita mengeluarkan kereta kita sendiri, dan jumlah keluarannya sentiasa
meningkat.
 Antara jenis kereta yang dihasilkan ialah kereta pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna,
dan kenderaan utiliti sukan.
 Antara model kereta yang dikeluarkan ialah Perodua Aruz dan Proton X70.
 Kejayaan tersebut banyak kebaikannya kepada masyarakat dan negara.

Isi (Kebaikan pengeluaran kereta sendiri)

IS1 Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan

IS2 Menggalakkan pertumbuhan industri yang berkaitan dengan kenderaan tersebut (pembuatan
alat ganti dan penyelenggaraan)

IS3 Menambahkan pendapatan negara melalui kutipan cukai

IS4 Meningkatkan imej/nama baik negara

IS5 Membolehkan rakyat memiliki kereta sendiri kerana harganya lebih berpatutan

IS6 Meningkatkan kemahiran dan teknologi tempatan dalam bidang automotif

IS7 Menambahkan produk eksport dan mengurangkan import kereta

IS8 Memberikan pilihan yang lebih kepada pengguna dalam pembelian kereta

IS9 Menggerakkan perkembangan sektor kewangan dan insurans yang berkaitan dengan
kenderaan

Kesimpulan
 Usaha pengeluaran kereta tempatan memang banyak manfaatnya kepada masyarakat dan negara.
 Oleh hal yang demikian, usaha tersebut perlu diteruskan dengan meningkatkan kualiti dan
kuantitinya.

You might also like