You are on page 1of 7

BAHAGIAN A

[5 markah]
[Masa dicadangkan : 5 minit]

Soalan 1(a)

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan
yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak sekolah mempunyai senarai nama-nama murid yang terlibat dalam kes ponteng sekolah sejak dua
minggu lepas.

____________________________________________________________________________________

(ii) Mereka saling bermaaf-maafan sebelum pulang ke rumah masing-masing setelah program
kemasyarakatan itu berakhir.

____________________________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 1 (b)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang
betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Daniel mengikuti kursus auto motif ketika melanjutkan pelajaran ke universiti.

____________________________________________________________________________________

(ii) Peningkatan jumlah pengganguran akibat kelembapan ekonomi global pasti memberikan kesan terhadap
ekonomi negara.

____________________________________________________________________________________

(iii) Pada waktu tengahari, kami akan beristirahat di ruang tamu sambil menonton televisyen.

____________________________________________________________________________________

[3 markah]

1
BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara
menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Pembangunan yang terlalu pantas boleh menyebabkan generasi kini dan akan datang kehilangan alam
semula jadi yang boleh dinikmati. Langkah-langkah mengatasinya perlu diambil untuk mendidik masyarakat
supaya menyayangi alam semula jadi agar terus terpelihara dan selamat.

Media memainkan peranan yang penting untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam
sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa seperti televisyen ditonton oleh jutaan penonton seluruh
negara manakala media cetak dibaca oleh jutaan rakyat yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Tanggapan
sesetengah pihak yang menganggap pemuliharaan persekitaran dan warisan alam merupakan tanggungjawab
kerajaan perlu diperbetulkan. Sebagai individu yang bertanggungjawab, setiap orang perlu memainkan peranan
masing-masing kerana menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

Amalan kitar semula yang dimulai dengan kertas, plastik dan aluminium hendaklah dilaksanakan dengan
sepenuhnya. Selain selamat, bahan kitar semula juga bersifat mesra alam dan dapat menjaga persekitaran yang
selesa. Selain itu, langkah menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sudah tentu
akan dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas. Hukuman yang setimpal juga harus
dikenakan kepada segelintir pihak yang suka mengambil jalan mudah menjadikan sungai sebagai tempat
pembuangan sampah, sisa toksik dan bahan buangan kilang.

Kegiatan kokurikulum melalui Kelab Pencinta Alam di sekolah melaksanakan pelbagai kegiatan yang
boleh menanam dan membudayakan rasa cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan murid. Peranan syarikat-
syarikat swasta juga penting supaya orang ramai lebih menyedari isu-isu alam sekitar yang semakin meruncing.
Tidak ada yang lebih indah daripada menikmati keindahan alam dengan iringan alunan unggas pelbagai irama.
Tanpa langkah yang berkesan, tidak mustahil jika suatu hari kelak semua keistimewaan dan keunikan khazanah
hutan ini hanya tinggal kenangan sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Buku Teks Tingkatan 3, KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)

2
3
BAHAGIAN C
[30 Markah]

4
[Masa dicadangkan : 40 minit]

Teliti semua soalan yang berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan di bawah ini. Kemudian, pilih satu daripada
tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

KEMALANGAN
JALAN RAYA

(i) Pada suatu hari, anda telah menyaksikan suatu kejadian kemalangan jalan raya.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyaksikan kemalangan tersebut.

(ii) Kecuaian pengguna jalan raya merupakan punca utama kadar kemalangan jalan raya terus meningkat.
Bincangkan pernyataan di atas.

(iii) Anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah “Langkah-langkah
Mengatasi Kemalangan Jalan Raya”.
Tulis teks pidato anda selengkapnya.

5
6
- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like