You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH TSUN JIN, KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA, 2018


___________________________________________________________________________

BAHASA MALAYSIA

KERTAS 1

JUNIOR 3

___________________________________________________________________________

Tarikh : 23 Mei 2018

Masa: 8.00 pagi – 9.30 pagi (90’)

___________________________________________________________________________

Skop Peperiksaan:

Bahagian A : Ulasan

Bahagian B : Karangan Respon Terbuka

- Tema : Gaya Hidup Sihat, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat

Bahagian C : Novel

___________________________________________________________________________

Arahan Am:

1. Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


2. Jawab semua soalan dalam kertas jawapan yang disediakan.
3. Gunakan pen berdakwat biru atau berdakwat hitam untuk menulis jawapan.
4. Tulisan anda mesti kemas dan dapat dibaca.
5. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

___________________________________________________________________________

Nama: ___________________________( ) Kelas: J3 ( )

1
Bahagian A : Ulasan
[ 15 markah ]
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Pembakaran secara terbuka tanpa


kawalan.

Punca-punca pencemaran Jumlah kenderaan di jalan raya


udara semakin meningkat.

Kawasan perindustrian yang tidak


mengawal pengeluaran asap

Bahagian B: Karangan Respon Terbuka


[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 55 minit]

Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah.
Kemudian pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. Markah akan dipotong jika anda tidak
membuat analisis tajuk dan tidak menyatakan teknik mengembangkan ayat topik.

Tema :
Teknologi Maklumat

i) Teknologi maklumat memainkan peranan penting kepada setiap manusia.


Huraikan kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan manusia.

ii) Kajian mendapati bahawa semakin ramai remaja yang terlibat dalam masalah
ketagihan Internet.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan remaja ketagih dalam
Internet?

iii) Penyalahgunaan Internet dapat meruntuhkan akhlak moral dalam kalangan remaja.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.

2
Bahagian C: Novel
[10 markah]
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Jawaban anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.

(i) Meniti Impian karya Osman Ayob


(ii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi
(iii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon

Watak utama merupakan watak yang akan mengembangkan cerita dalam sesebuah novel.
Banyak persoalan yang dapat kita peroleh melalui perwatakan watak utama.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, jelaskan tiga persoalan yang dapat dikaitkan
dengan perwatakan watak utama. Bagi setiap persoalan yang diberikan, mestilah disokong
dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Novel Meniti Impian Novel Jalan ke Novel Jejak Monpus


Puncak

Watak Utama Watak Utama Watak Utama


 Zahar  Laiman  Zahar

Persoalan daripada
Perwatakan Watak
Utama

______________________________Kertas Soalan Tamat____________________________

Dilulus oleh Ketua Panitia Bahasa Malaysia : ___________________


(CK. Goh Li Li)

3
Jawapan Peperiksaan Akhir Semester Pertama, 2018 – Kertas 1
Bahagian A: Ulasan
Isi tersurat
1 Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak
bertanggungjawab.
2 Pencemaran udara berlaku kerana jumlah kenderaan di jalan raya semakin meningkat.
3 Punca pencemaran udara adalah daripada kawasan perindustrian yang tidak mengawal
pengeluaran asap.
Isi tersirat
1 Boleh menyebabkan masalah kesihatan dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit
kepada manusia.
2 Sektor pelancongan akan terjejas kerana penerbangan perlu dihentikan untuk seketika.
3 Pencemaran udara akan memberikan impak negatif kepada masyarakat semasa
melakukan aktiviti seharian.
Penutup
Kesimpulannya, masyarakat haruslah diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam diri mereka
agar masalah pencemaran udara dapat dibendung.

Bahagian B: Karangan Respon Terbuka


Soalan1
Ayat topik
1 Teknologi maklumat memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di hujung
jari terutamanya dalam kalangan pelajar.
2 Manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan.
3 Teknologi maklumat juga dapat memudahkan ahli perniagaan menjalankan aktiviti
perniagaan dalam talian.

Soalan 2
Ayat topik
1 Ibu bapa yang memanjakan anak-anak.
2 Kesibukan ibu bapa.
3 Aplikasi Internet yang interaktif dan pantas.
4 Pengaruh rakan sebaya.

Soalan 3
Ayat topik
1 Ibu bapa haruslah memantau aktiviti Internet anak-anak.
2 Pihak sekolah haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mendidik pelajar.
3 Ibu bapa boleh mengehadkan penggunaan Internet anak-anak.
4 Penggunaan perisian Internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak
bermoral.

4
Bahagian C : Novel

Persoalan Huraian contoh


Persoalan tentang kegigihan Zahar gigih berusaha menimba ilmu dalam bidang
tonggak kejayaan pertukangan hingga dia berjaya memiliki bengkel perabot
sendiri.(m/s 194)
Persoalan tentang Zahar begitu mementingkan pelajarannya sehingga dia
kepentingan menyambung pelajarannya semula dengan mengikuti
pelajaran latihan kemahiran yang akan menjadikan dirinya seorang
tukang yang berjaya. (m/s 26)
Persoalan tentang keberanian Zahar berani menyahut cabaran Suhaili yang ingin
menyahut cabaran. mendapat gred satu dalam peperiksaan SPM sekurang-
kurangnya kepujian dalam bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains yang membolehkan
mereka memasuki ITM. (m/s27)
Persoalan tentang mensyukuri Zahar bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran ke
nikmat Tuhan IKM yang akan menjadikannya seorang pembuat perabot
yang mahir dan dikenali ramai. (m/s 41)
Persoalan tentang hidup saling Penduduk kampung dan rakan-rakan Zahar saling
membantu membantu mendirikan bengkel perabot kepunyaan Zahar.
(m/s 191)
Persoalan tentang keazaman Zahar memiliki azam yang tinggi untuk berjaya dalam
yang tinggi hidup meskipun dia hanya lulusan IKM.(m/s 43)
Persoalan tentang kepentingan Zahar sentiasa mengenang jasa pak ciknya, Pak Yusuf
mengenang jasa yang memberikan dorongan dan menyuburkan minatnya
hingga dia berminat dengan kerja di bengkel perabot.
(m/s10)

You might also like