You are on page 1of 20

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2023

TAHUN 5

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 3)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Nombor Soalan Penuh Diperoleh
Bahagian D.
A 1-10 10
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
(a) 1
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini.
(b) 2
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
1
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih B (c) 1
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
kamu pada kertas soalan tersebut. (d) 1
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan 2 5
dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
C 1 10
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada D 1 20
akhir ujian tersebut.
JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak

SULIT 2

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 hingga 3

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.

Malaysia _______________ sejarah dengan perasmian Menara 118 yang merupakan menara
kedua tertinggi di dunia.

A lakar
B dilakari
C melakar
D melakarkan

2. Pilih ayat yang betul.

A Mia gemar subjek Sejarah malahan adiknya, Misya gemar subjek Matematik.
B Zara bangun daripada tempat perbaringannya lalu menuju ke bilik air.
C Ibu berjaga lewat malam sementara menjaga adik yang sedang demam panas.
D Haziq seorang murid yang nakal tetapi tajam akal.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 3

3.

“Keputusan ini ____________ tidak adil sama sekali! Adik saya __________ seorang
penipu!” protes Luqman apabila adiknya dituduh menggelapkan wang syarikat.
A ialah … tidak
B tidak … ialah
C bukan … bukan
D adalah … bukan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 4

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Fenomena penggunaan rokok elektronik atau “vape” dalam kalangan murid sekolah akhir-akhir
ini amat membimbangkan. Senario ini bertentangan dengan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi
Kawalan Tembakau 2015-2020 dengan misi menjadikan Malaysia negara bebas daripada
sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045. Saiz rokok elektronik yang kecil
membolehkan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa.

Tambah membimbangkan, cecair rokok elektronik yang mengandungi bahan perisa

seperti rasa buah-buahan telah mengaburi mata murid-murid yang menganggap rokok elektronik
tidak merbahaya. Mereka tidak sedar bahawa bahan kimia nikotin yang terdapat dalam cecair
rokok elektronik bukan sahaja menyebabkan ketagihan, bahkan boleh membahayakan kesihatan
mereka. Nikotin boleh memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangka masa yang
panjang. Kajian juga menunjukkan bahawa perisa yang digunakan adalah merbahaya dan
menunjukkan kadar toksin yang tinggi dimana ia mampu membunuh sel paru-paru, otak dan
lapisan kulit. Ibu bapa disarankan untuk sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak mereka agar tidak
terpengaruh dengan anasir tidak sihat ini supaya ia tidak membarah dalam masyarakat.

4. Ibu bapa disarankan untuk sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak mereka agar tidak
terpengaruh dengan anasir tidak sihat ini supaya ia tidak membarah dalam masyarakat.

Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah ________________.

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
C menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna
D berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 5

5. Penggunaan rokok elektronik yang berleluasa menimbulkan kebimbangan atas sebab berikut
kecuali ______________.

A tabiat ini membahayakan kesihatan

B ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa
C bertentangan dengan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020
D menyukarkan rancangan menjadikan Malaysia negara bebas daripada amalan merokok

6. Perkataan mengaburi dalam petikan membawa maksud ________________.

A meliputi
B menjelaskan
C menerangkan
D mengelirukan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 6

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut.

Dewasa ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai semakin tercemar. Justeru, pelbagai
tindakan drastik perlulah diambil segera untuk mengatasinya. Langkah paling awal adalah dengan
mendidik kanak-kanak supaya mencintai alam sekitar termasuklah sungai. Guru-guru dan ibu
bapa hendaklah menanam sikap tanggungjawab ini sejak kecil lagi. Selain itu, pihak kerajaan
hendaklah mengadakan kempen “Sayangi Sungai Kita” sebagai agenda utama untuk mendidik
masyarakat agar tidak membuang sampah ke dalam sungai.

Seterusnya, kerajaan hendaklah lebih tegas dalam mengenakan hukuman yang

lebih berat terhadap individu atau syarikat yang mencemarkan sungai. Pembuangan sisa toksik
ke dalam sungai hendaklah dihentikan segera dan masyarakat perlu bekerjasama melaporkan kes
pencemaran sungai kepada pihak berkuasa dengan kadar segera. Oleh itu, masyarakat haruslah
berganding bahu untuk menjaga khazanah alam yang sangat berharga ini. Jangan sampai alam
sekitar kita tergadai, barulah kita mahu bertindak dan menyesal.

7.
Dewasa ini, kerakusan manusia telah menyebabkan sungai semakin tercemar.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah _______________.

A sebuah C sebaris

B sebatang D serawan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 7

8.
Jangan sampai alam sekitar kita tergadai, barulah kita mahu bertindak dan menyesal.

Peribahasa yang sesuai dengan ayat di atas ialah _______________.

A bagai sirih pulang ke gagang

B sudah terhantuk, baru terngadah
C bumi mana yang tak ditimpa hujan
D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

9. Perkataan khazanah dalam petikan membawa maksud berikut kecuali__________.

A perbendaharaan
B harta-benda
C saluran
D aset

10. Kenyataan yang berikut adalah benar tentang isu pencemaran dalam petikan di atas kecuali
____________________.

A pihak kerajaan bertanggungjawab untuk memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam
diri anak-anak sejak dari kecil lagi
B mendidik masyarakat agar tidak membuang sampah ke dalam sungai perlu dilakukan
untuk menyuntik kesedaran
C hukuman yang lebih berat menunjukkan bahawa pihak kerajaan serius dengan isu
pencemaran sungai
D masyarakat mempunyai hak untuk melaporkan kes pencemaran sungai kepada pihak
berkuasa

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 8

Bahagian B
[10 markah]

Baca informasi pada poster di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Pertandingan Syarahan
Semarak Merdeka
Tarikh: 15 Ogos 2023
Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan Srikandi,
Sekolah Kebangsaan Munsyi Abdullah
(SKMA)
Anjuran: Kelab Bahasa Melayu, SKMA

SYARAT-SYARAT
• Terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga
Tahun 6.
• Tajuk syarahan harus bertemakan semangat
patriotisme sempena bulan kemerdekaan.
• Panjang syarahan antara 15 hingga 20 minit.
• Pemenang akan dipilih untuk mewakili sekolah
ke pertandingan Syarahan Bulan Kemerdekaan
2023 Peringkat Daerah.

Untuk pendaftaran, anda boleh menghubungi

Cikgu Faizal,
Guru Panitia Kelab Bahasa Melayu.

1 (a) Pertandingan syarahan ini dibuka kepada _____________________________________

______________________________________________________________________

[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 9

(b) Mengapakah para peserta perlu menggunakan tajuk syarahan yang bertemakan semangat
patriotisme?
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Tuliskan peribahasa yang sesuai untuk menunjukkan semangat patriotisme dan cinta
kepada negara.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[1 markah]

Soalan (d) adalah berdasarkan ayat di bawah.

Untuk pendaftaran, anda boleh menghubungi Cikgu Faizal, Guru Panitia Kelab
Bahasa Melayu.

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Cikgu Faizal, Guru Panitia Kelab Bahasa Melayu, boleh dihubungi oleh
anda untuk pendaftaran.
Cikgu Faizal, Guru Panitia Kelab Bahasa Melayu, boleh anda hubungi
untuk pendaftaran.
Cikgu Faizal, Guru Panitia Kelab Bahasa Melayu, boleh dihubungi anda
untuk pendaftaran.
[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 10

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

2. Rakan kamu berasa kecewa apabila tewas dalam pertandingan bola sepak baru-baru
ini dan berhasrat untuk menggugurkan namanya daripada pasukan bola sepak
sekolah.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan yang harus kamu lakukan?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[1=5 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 11

Bahagian C
[10 markah]

Gambar di bawah menunjukkan tugu negara yang menjadi lambang semangat patriotik rakyat
Malaysia.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri murid-
murid di sekolah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Lagu Negaraku Rukun Negara Perjuangan pemimpin terdahulu

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

[10 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 12

Bahagian D
[20 markah]

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah samada dalam bentuk berformat atau tidak
berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 13

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 14

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah

Soalan
1 C Kata kerja berimbuhan 1
2 D Pilih ayat yang betul 1
A: malahan [X] ; manakala √

B: daripada [X] ; dari √

C: sementara [X] ; kerana √

3 D Kata pemeri dan kata nafi 1

4 C Petikan 1
5 B Petikan 1
6 D Petikan 1
7 B Petikan 1
8 B Petikan 1
9 C Petikan 1
10 A Petikan 1

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 15

BAHAGIAN B
(10 markah)

Jawapan Markah
1. (a) Pertandingan syarahan ini dibuka kepada semua murid Tahun 1 hingga 1
Tahun 6.

(b) Para peserta perlu menggunakan tajuk syarahan yang bertemakan 2

semangat patriotisme kerana meraikan pertandingan yang dianjurkan
sempena bulan kemerdekaan.

(c) Peribahasa: *Salah satu daripada pilihan berikut boleh diterima. 1

• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik di negeri sendiri

(d) Cikgu Faizal, Guru Panitia Kelab Bahasa Melayu, boleh anda hubungi 1
untuk pendaftaran. √

2. Sebagai seorang rakan yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya akan menasihatinya untuk tidak mudah Tindakan pertama 1 markah

menyerah kalah

kerana kalah atau menang ialah adat Kenapa? 1 markah

pertandingan.

Saya juga akan menggalakkannya agar terus Tindakan kedua 1 markah

berusaha

untuk memperbaiki kemahirannya. Apa? 1 markah

Sebagai seorang rakan yang prihatin, saya akan menasihatinya untuk tidak
mudah menyerah kalah kerana kalah atau menang ialah adat pertandingan. Saya 5
juga akan menggalakkannya agar terus berusaha untuk memperbaiki
kemahirannya.

[Bilangan perkataan: 30 patah]

• Tulis dalam satu perenggan sahaja.

• Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di atas.
• Jawapan lain yang munasabah diterima.
• Bilangan perkataan antara 30 hingga 35 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 16

BAHAGIAN C
(10 markah)

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri murid-murid di sekolah.
Antaranya ialah dengan menghayati prinsip Rukun Negara untuk menjadi panduan dalam
membentuk jati diri. Selain itu, kita juga boleh menyelami kisah perjuangan para pemimpin
terdahulu untuk menghargai pengorbanan mereka. Seterusnya, penghayatan lagu Negaraku juga
boleh menyuburkan rasa cinta kepada tanahair kita.

[52 patah perkataan]

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota:
o Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:
o Pendahuluan
o 3 isi tersurat
o 3 isi tersirat
o Penggunaan penanda wacana (seperti yang dihitamkan di atas)

o Bilangan perkataan antara 50 hingga 55 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 17

BAHAGIAN D
(20 markah)

Tema 1: Tema karangan penceritaan (karangan tidak berformat)

Hari Kantin sekolah saya dijalankan pada 15 Ogos 2023 yang lalu. Saya bersama beberapa orang
rakan sekelas mengambil bahagian dalam aktiviti gerai jualan dengan menjual makanan dan
minuman.

Sebelum Hari Kantin dijalankan, kami telah melakukan beberapa strategi promosi
untuk memastikan ramai pelanggan membeli dari kedai kami. Antaranya, kami menggunakan
platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Kami juga mengedarkan risalah kepada
semua warga sekolah dan memasang gegantung di hadapan sekolah.

Benarlah kata pepatah “Rajin dan usaha tangga kejayaan”. Kami berjaya mengumpul
keuntungan sebanyak RM1,000 dan menjadi pemenang keseluruhan pada hari tersebut.

[83 patah perkataan]

**Bilangan perkataan antara 80 hingga 85 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 18

Tema 2: Tema fakta (Karangan tidak berformat)

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mempromosi gerai jualan pada Hari Kantin
Sekolah. Antaranya, kita boleh menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan
Instagram untuk mewar-warkan tentang gerai jualan kita.

Selain itu, kita juga boleh mengedarkan risalah kepada semua warga sekolah untuk
mempromosi produk yang dijual. Seterusnya, kita juga boleh memasang gegantung di hadapan
sekolah agar dapat dilihat oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Tuntasnya, strategi promosi penjualan sangat penting untuk memastikan aktiviti jualan
Hari Kantin Sekolah memberikan hasil yang diinginkan.

[81 patah perkataan]

**Bilangan perkataan antara 80 hingga 85 patah adalah diterima.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat
Kesimpulan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT

You might also like