You are on page 1of 8

CONFIDENTIAL

FINAL TEST
SEMESTER JUNE 2020

BAHASA KEBANGSAAN A
(MPU 2213)

(TIME: 2 HOURS)

NAME LEONGJINWEI
MATRIC 172018835
ID EXAM 35141

LECTURER : WAN NORHASILA BT WAN HASAN

GENERAL INSTRUCTIONS

1. This question booklet consists of 8 printed pages including this page.


2. Answer ALL the questions from Section A in the ANSWER BOOKLET.
3. Answer ONE (1) question from Section B in the ANSWER BOOKLET.

CONFIDENTIAL

Page 1 of 8
ARAHAN: MASA: 2 JAM
__________________________________________________________________________

BAHAGIAN A (50 MARKAH)

Bahagian ini mengandungi DUA PULUH LIMA (25) soalan. Jawab pada buku
jawapan yang disediakan.

Jawab soalan 1 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah. Kenal pasti kesalahan penggunaan
imbuhannya dan pilih jawapan yang paling TEPAT.

Air ialah satu sumber alam yang amat ___________ (1). Pelbagai hidupan di dunia
ini ___________ (2) kepada air untuk terus bermandiri. Malahan, kehidupan manusia akan
menjadi tidak teratur sekiranya terdapat gangguan bekalan air. Namun, krisis air tidak pernah
lenyap daripada ______________ (3) kehidupan manusia. Krisis air yang dihadapi oleh
penduduk di Lembah Klang pada tahun 1998 berikutan musim kemarau yang
_____________ (4) telah mengganggu ekonomi negara.

Ekoran krisis tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah ________________ (5) oleh
kabinet untuk mengawal dan mengurus sistem pembahagian air. Negeri-negeri yang
menghadapi krisis air akan _____________(6) bekalan air dari negeri-negeri lain yang stabil
bekalan airnya. Demi ______________(7) sikap masyarakat yang cenderung untuk
membazir air, kerajaan telah mengambil langkah menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan
Lembah Klang. Keadaan itu dapat ________________ (8) bahawa masyarakat lebih berjimat
dan cekap ketika menggunakan air. Walaupun proses ______________ (9) sungai daripada
unsur-unsur pencemar akan menelan _______________(10) yang tinggi, kerajaan harus
berinisiatif untuk membersihkan sungai-sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak dan
Sungai Juru yang menghadapi pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air
akan terjamin.

1. A. bernilai
B. menilai
C. ternilai
D. nilaian

MPU2213/June2020 Page 2 of 8
2. A. digantung
B. bergantung
C. menggantung
D. tergantung

3. A. diganggu
B. terganggu
C. mengganggu
D. gangguan

4. A. terpanjang
B. dipanjangkan
C. memanjang
D. berpanjangan

5. A. penubuhan
B. ditubuhkan
C. menubuhkan
D. tertubuh

6. A. terima
B. menerima
C. diterima
D. penerima

7. A. berhentikan
B. terhenti
C. menghentikan
D. menghenti

8. A. memastikan
B. mempastikan
C. kepastian
D. dipastikan

9. A. membersihkan
B. dibersihkan
C. pembersih
D. pembersihan

MPU2213/June2020 Page 3 of 8
10. A. membelanjakan
B. dibelanjakan
C. perbelanjaan
D. belanjawan

11. Manakah cara penulisan yang BETUL dalam bahasa Melayu?


A. kearah
B. diantara
C. di saman
D. kaupersiakan

12. Taklimat memerlukan persediaan yang rapi dengan mempertimbangkan beberapa faktor
yang berikut KECUALI _________.
A. taraf khalayak
B. taraf taklimat
C. pertimbangan suasana
D. pertimbangan khalayak/hadirin

13. Dalam proses temu ramah/temu duga lazimnya terdapat empat peringkat. Fokus dalam
peringkat kedua adalah _____________.
A. perbualan ringan antara dua pihak
B. perbualan lebih kepada latar belakang dan kelayakan anda
C. penemu ramah/penemu duga dan anda saling bertukar maklumat
D. penemu ramah/penemu duga mula membentuk gambaran tentang perwatakan anda

14. Suara memainkan peranan yang penting dalam penyampaian pidato. Manakah antara
pernyataan di bawah berkait dengan aspek nada dan intonasi yang TEPAT?
A. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu.
B. Nada propaganda apabila hendak memujuk.
C. Nada rendah dan suara lantang apabila membakar emosi.
D. Nada sederhana dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian.

15. Berikut ialah kata dalam kategori kata ulang semu KECUALI __________.
A. sia-sia
B. labi-labi
C. anai-anai
D. rancangan-rancangan

MPU2213/June2020 Page 4 of 8
16. Manakah antara berikut merupakan ayat majmuk gabungan?
I) Ayah menebas rumput dan ibu menyapu sampah.
II) Syamir bercita-cita untuk menjadi juruaudit tetapi adiknya bercita-cita menjadi
doktor.
III) Langit mendung lalu hujan pun turun.
IV) Pasukan itu berlari mengelilingi padang.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

17. Manakah antara berikut memenuhi pola gabungan konsonan dan vokal dalam kata
tunggal satu suku kata KVK?
I) Bak
II) Tak
III) Ibu
IV) Air

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

18. Manakah antara berikut BETUL cara penulisannya?


I) olahraga
II) beritahu
III) pesuruhjaya
IV) pilihanraya

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

19. Manakah antara huruf berikut BUKAN huruf diftong?


A. ia
B. ai
C. oi
D. au

MPU2213/June2020 Page 5 of 8
20. Manakah antara ayat di bawah terdiri daripada ayat aktif transitif yang mengandungi dua
objek?
I) Murid-murid mengecat bangunan itu.
II) Kakak menjahit sehelai baju untuk ibu.
III) Raykal menghadiahi isterinya sebentuk cincin.
IV) Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

21. Antara berikut, yang manakah BENAR mengenai kata ganda?


I) Penggandaan penuh: mata-mata
II) Penggandaan separa: jejari
III) Penggandaan separa berimbuhan: bantu-membantu
IV) Penggandaan berentak: hingar-bingar

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

22. Manakah antara berikut merupakan ayat nafi?


A. Abang tidak ada di biliknya.
B. Buku itu dibaca oleh Ali.
C. Bayi itu sudah tidur.
D. Pak Usu ada telefon ayah tadi.

23. “Pemuda itu sahabat pena abang saya”.


Pernyataan di atas merupakan pola ayat ______________.
A. FN + FN
B. FN + FK
C. FN + FA
D. FN + FSN

24. “Ah, jangan haraplah aku hendak ke rumahnya lagi!”


Ayat di atas merupakan _____________.
A. ayat penyata
B. ayat seruan
C. ayat perintah
D. ayat suruhan

MPU2213/June2020 Page 6 of 8
25. Pilih ayat yang paling TEPAT.
A. Puan Lee ke lapangan terbang untuk menjemput anaknya yang baru tiba dari
England.
B. Beberapa orang rakan turut saya jemput ke majlis ulang tahun saya.
C. Puan Eda telah mengedarkan kad jemputan majlis perkahwinan anak sulungnya
kepada kenalannya.
D. Puan Zuraida ke lapangan terbang untuk mengundang suaminya yang baru tiba dari
Singapura.

MPU2213/June2020 Page 7 of 8
BAHAGIAN B (50 MARKAH)

Bahagian ini mengandungi DUA (2) soalan. Pilih dan jawab SATU (1) soalan sahaja
dan jawab pada kertas jawapan yang disediakan. Karangan anda haruslah
mengandungi antara 350-400 patah perkataan sahaja.

PERINGATAN
Markah akan dipotong sekiranya:

a. Terdapat kesalahan ejaan, penggunaan kata dan imbuhan.


b. Terdapat kesalahan struktur frasa dan ayat.
c. Karangan kurang daripada 350 patah perkataan atau lebih daripada 400 patah
perkataan.
d. Tulisan sukar dibaca.

1. Peningkatan jumlah mangsa jangkitan COVID-19 yang drastik yang berlaku di negara
kita kini sangat membimbangkan. Wabak COVID-19 ini telah menjejaskan pergerakan
kita dan menghalang pertemuan bersemuka (face-to-face) antara pelajar dan pensyarah.
Justeru, pembelajaran atas talian telah dilaksanakan secara menyeluruh sebagai alternatif
terbaik di semua peringkat pendidikan di Malaysia.

Bincangkan apakah kebaikan dan keburukan pembelajaran atas talian ini dalam konteks
anda sebagai pelajar IUKL.
(50 markah)

2. Majlis perkahwinan di negara kita biasanya diadakan pada masa tertentu terutamanya
semasa cuti sekolah. Baru-baru ini, anda pulang ke kampung untuk menghadiri majlis
kenduri perkahwinan. Anda menyaksikan terlalu banyak perbezaan suasana kenduri di
kampung dengan di bandar.

Perihalkan pengalaman tersebut.


(50 markah)

***KERTAS SOALAN TAMAT***

MPU2213/June2020 Page 8 of 8

You might also like