You are on page 1of 12

1

SULIT

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
Tahun 4
Mei
2020
1 jam

LATIHAN TAHUN 2020


PENTAKSIRAN PERTENGAHAN
TAHUN 4

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


2

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Cikgu, _______________ tidak dapat mengikuti kelas tambahan pada minggu


hadapan kerana mengikuti ibu pulang ke kampung datuk,” kata Dahlia
kepada Cikgu Ridzuan.

A. saya C. mereka
B. dia D. kami

2. Maisha ______________ tepung gandum dan telur dengan teliti untuk


membuat kuih itu.

A. mendidihkan C. mencairkan
B. menggunakan D. mengadunkan

3. “________________ lengkapkan jadual yang telah diberikan tadi,” kata Cikgu


Hasmayani kepada murid-muridnya di dalam perpustakaan sekolah.

A. Mari C. Sila
B. Jom D. Ayuh

4.
Siti : _______________ yang memenangi pertandingan pidato?
Aishah : Sakinah yang memenangi pertandingan tersebut.
Siti : _______________ dia akan mewakili sekolah ke peringkat
daerah?
Aishah : Dia akan mewakili sekolah pada minggu hadapan.

A. Mengapakah … Bilakah C. Siapakah … Bilakah


B. Di manakah … Bilakah D. Siapakah … Apakah

5. “Walaupun hanya _______________ pantun tetapi itu sudah memadai,” kata


Zaliza kepada Aida.

A. secebis C. seuntai
B. serangkap D. sebaris

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


3

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Kehidupan Mak Jemah umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang _______________ hanya bergantung kepada hasil pendapatan
________________ getah.

A. kerana … menoreh C. disebabkan … meraut


B. supaya … menguis D. lantaran … menggali

7. Zulhelmi merakamkan aktiviti berenang di dalam kolam renang bersama-


sama dengan keluarga menggunakan ______________ digitalnya.

A. telefon C. video
B. kamera D. komputer

8. Dayang Farisha _______________ abangnya menyertai ekspedisi mendaki


Gunung Angsi di hutan lipur Ulu Bendul.

A. ikut C. mengikuti
B. mengikut D. berikut

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Nenek Rokiah sedang ______________ untuk mengasingkan beras yang elok di


anjung rumah.

A. menghayun C. mendulang
B. mengayak D. menampi

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


4

10. Othman perlu cekal menghadapi cabaran selepas kematian ibu bapanya.

Pilih perkataan sinonim bagi cekal.

A. gagah C. kuat
B. semangat D. tabah

11. Minyak itu sungguh harum baunya.

Pilih perkataan antonim bagi harum.

A. busuk C. tengik
B. segar D. wangi

12.
Kehidupan keluarga Fairus Mokhtar turut berubah selepas kerajaan Negeri
Selangor memberi sumbangan atas kejayaannya meraih Anugerah
Pelajar Terbaik Akademik di Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini.

Apakah perumpamaan yang sesuai untuk kenyataan di atas?

A. Bagai bulan jatuh ke riba C. Bagai aur dengan tebing


B. Bagai tikus jatuh ke beras D. Bagai menatang minyak yang
penuh

13. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Rasa buah jambu itu masih kelat kerana belum masak lagi.
II. Wajahnya kelihatan kelat kerana baru bangun tidur.
III. Rasa masakan abang sungguh kelat.
IV. Kakak saya sungguh pandai kelat apabila disuruh membuat kerja.

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I sahaja

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


5

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Baju kurung berwarna kuning itu sudah ditempahnya sebelum bulan puasa
lagi.

A. Sebelum bulan Syawal lagi, baju kurung berwarna kuning itu sudah
ditempahnya.
B. Apabila menjelang bulan puasa, dia menempah baju kurung untuk
dipakai.
C. Baju kurung berwarna kuning itu dipakainya ketika bulan puasa.
D. Sebelum bulan puasa lagi, baju kurung berwarna kuning itu sudah
ditempahnya.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15. A. Filem itu hasil karyawan dari negara Amerika.


B. Suzana baru pulang daripada sekolah.
C. Kerusi itu berasal dari kayu jati.
D. Azarina berasal daripada negeri Perak.

16. A. Zamzairi adalah seorang lelaki yang kacak.


B. Suriani adalah murid yang rajin.
C. Suzana ialah pemain bola baling yang paling handal dalam
pasukannya.
D. Muhaiza ialah seorang yang mulut tempayan kerana pandai
menyimpan rahsia.

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


6

Soalan 17 hingga 20
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17. Siapakah penulis sajak ini?

A. Tambak Seberang C. Seberang Tambak


B. Orang berilmu D. Tidak dinyatakan namanya

18. Apakah hujah yang dikemukakan oleh orang berilmu?

A. Isi yang tepat, huraian dan contoh saling berkait.


B. Isi yang tepat dan huraian yang mantap.
C. Isi yang tidak dapat dibanding beza oleh orang lain.
D. Isi yang betul, huraian yang panjang lebar dan contoh yang bernas.

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


7

19. Apakah tujuan penulis menyatakan, ‘Orang berilmu tidak takut dengan
dugaan’?

A. Orang berilmu mempunyai banyak cabaran dan dugaan hidup.


B. Orang berilmu bijak untuk membezakan antara baik dengan buruk.
C. Orang berilmu tidak gentar dengan kecaman masyarakat luar.
D. Orang berilmu bertanggungjawab dengan setiap hujah yang diberi.

20. Frasa membanding beza bermaksud …

A. perhitungan C. perkaitan
B. perbezaan D. perkiraan

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


8

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

ialah cita-cita buah

hobi jarang kerap

berkunjung adalah

Pernahkah kamu terfikir untuk mengembara ke negara Eropah? Setiap orang mesti

mempunyai (a) _________________________ untuk ke luar negara. United Kingdom

(UK) merupakan salah sebuah negara yang menjadi keutamaan pelancong

apabila ke Eropah. UK mempunyai empat (b) ________________________ negara

utama iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Nama UK merupakan

kesatuan empat negara ini. Istilah ‘Great Britain’ atau ‘British’ hanya melibatkan

negara Scotland, England dan Wales sahaja.

Kebanyakan tempat utama yang menarik untuk dilawati (c)

_______________________ di England dan Scotland. Pelancong Malaysia yang (d)

_______________________ ke sana tertarik dengan keindahan Kota London sebagai

ibu negara England. Agak (e) ______________________ kita mendengar pelancong

Malaysia berkunjung ke Wales atau Ireland Utara.

[5 markah]

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


9

Soalan 22

(a) Tulis BETUL pada ayat yang betul dan SALAH pada ayat yang salah.

Ternakan tiram mutiara di Semporna, Sabah menggunakan


i kaedah rakit-rakit terapung.

Fatihah dan ahli keluarganya berkunjung di pesta haiwan


ii peliharaan pada minggu lepas.

Budaya penggunakan tepak sirih terkenal dalam kalangan


masyarakat Melayu lantaran digunakan sebagai pembuka
iii bicara sebelum memulakan sesuatu upacara atau
perbincangan.

Kulit burung unta merupakan produk berkualiti yang mahal


iv harganya walaupun kulitnya yang tebal, tahan lasak dan sukar
diperoleh.

Pada waktu senggang, jika tidak membaca buku, dia akan


membantu ibunya melakukan kerja rumah seperti menyapu
v sampah, mengemas rumah, membasuh pakaian atau
berkebun.

[5 markah]

(b) Tulis semula ejaan yang betul dalam ruangan yang disediakan.

Contoh Menyinpulkan Menyimpulkan

i Belamtara

ii Jejanbat

iii Kesunguhan

[3 markah]

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


10

Soalan 23

Teliti jadual di bawah ini dan jawab soalan yang diberikan.

Keputusan Acara Balapan dan Padang

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-30

Rumah Pasukan Acara Balapan Acara Padang


Oren 186 mata 15 mata
Kuning 156 mata 44 mata
Hijau 122 mata 42 mata
Biru 120 mata 71 mata
Merah 136 mata 60 mata

(a) Berapakah mata yang diperoleh rumah oren untuk acara balapan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Berapakah jumlah mata keseluruhan rumah biru?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Lengkapkan jadual di bawah ini?

Jumlah Mata
Rumah Pasukan Acara Balapan Acara Padang Keseluruhan
Oren 186 mata 15 mata 201
Kuning 156 mata 44 mata
Hijau 122 mata 42 mata 164
Biru 120 mata 71 mata 191
Merah 136 mata 60 mata

Johan : ____________________________

[3 markah]

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


11

Soalan 24

Teliti gambar di bawah ini dan jawab soalan yang diberikan.

(a) Apakah kebaikan membeli barangan buatan Malaysia?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Mengapakah membeli barangan buatan Malaysia dapat memajukan


industri tempatan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah


12

Soalan 25

Teliti biodata murid di bawah ini dan jawab soalan yang diberikan.

Biodata Diri

 Nama : Aufa Maisha binti Mohamad Ridzuan


 Umur : 13 tahun
 Hobi : Membaca buku
 Cita-cita : Doktor
 Makanan kegemaran : Mi goreng
 Minuman kegemaran : Air milo
 Moto hidup : Tiada yang mustahil untuk berjaya!

(a) Apakah hobi Aufa Maisha?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Apakah moto hidup beliau?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah seseorang murid dapat mencapai


cita-citanya?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
Kertas soalan tamat

PPT © 2020 [Lihat halaman sebelah

You might also like