You are on page 1of 9

Nama: ______________________________________

PEPERIKSAAN BULAN APRIL


TAHUN 4 DAN 5

BAHASA MELAYU
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua bahagian dalam kertas soalan ini.

BAHAGIAN MARKAH
A
B
C
Jumlah

___________________________________________________________
Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak.

1
BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF [10 markah]
[ masa diperuntukkan 20 minit ]

Arahan: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A, B,
C, dan D. Pilihlah satu jawapan yang paling sesuai.

1. Cikgu Hazami dilantik sebagai ___________ dalam pertandingan hoki antara


pelajar sekolah menengah di bandar ini.

A ketua pasukan C pengadil


B pengacara D ketua

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

2. Maisarah sedang bermain dengan __________ kesayangannya di ruang tamu.


A lembu C kucing
B burung D arnab

3. Pelajar-pelajar menyaksikan pertandingan pantun di ________ sekolah.


A dewan C makmal
B bilik guru D asrama

4. Penduduk kampung dan AJK masjid bergotong-royong memasak di pekarangan


_________ bersempena dengan Maulidul Rasul.
A pasar raya C sungai
B masjid D rumah

2
Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
5. Ibu memotong __________ untuk dicampurkan ke dalam sup.
A ikan C daging
B sayur D ayam

6. ______________ nama bendera Malaysia yang diisytiharkan pada tahun 1997.


A Kain Gemilang C Kibaran Gemilang
B Jalur Gemilang D Cemerlang Gemilang

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
7. ______________ menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia.
A Menara berkembar Petronas
B menara berkembar Petronas
C Menara Berkembar Petronas
D menara berkembar petronas

3
8. Tarikh 16 Mei diraikan sebagai _________ untuk menghargai jasa dan
pengorbanan para pendidik.
A Hari Ibu
B Hari Bapa
C Hari Guru
D Hari Sekolah

9. Setelah berkhidmat di __________ selama berbelas-belas tahun, akhirnya Doktor


Kasmah membuka klinik sendiri.
A Hospital sarikei
B Hospital Sarikei
C hospital Sarikei
D hospital sarikei

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4
10. Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA akan berlangsung di ____________
malam esok.
A Stadium Nasional, Bukit Jalil
B stadium nasional, Bukit Jalil
C Stadium nasional, bukit jalil
D Stadium Nasional, bukit jalil

4
BAHAGIAN B: SOALAN PEMAHAMAN [10 markah]
[ masa diperuntukkan 25 minit]

1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Walaupun beliau merupakan usahawan yang disegani di negara ini, Tan Sri Syed
Mokhtar bin Syed Nor Al-Bukhari tidak pernah lalai untuk membantu golongan
yang kurang berkemampuan.
Semasa menjadi pengarah syarikat beras suatu masa dahulu, sebahagian elaunnya
yang berjumlah RM750 didermakan kepada jiran-jiran yang kesempitan.
Selebihnya disimpan oleh ibunya. Selain itu, beliau turut disuruh menghantar
lampu minyak tanah ke surau-surau. Tujuannya supaya surau sentiasa diterangi,
terutamanya pada bulan Ramadan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dilahirkan pada tahun 1951. Beliau
berketurunan Hadhami Arab. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang
berpendapatan sederhana di Kedah. Pendidikan tertinggi beliau cuma setakat
Tingkatan Lima sahaja.
Oleh sebab kesempitan hidup, beliau bekerja sambilan semasa di sekolah renda
dan menengah. Beliau membantu ibu di kebun dan menjual sayur tersebut di
pasar. Setelah menamatkan persekolahan, beliau membantu bapa menternak lembu
pula. Setelah cukup pengalaman, beliau memulakan perniagaan menjual dan
membungkus daging lembu. Usaha beliau berjaya. Dari situlah perniagaan beliau
semakin berkembang.
Beliau memang tidak sukakan publisiti. Beliau lebih berminat untuk melakukan
kerja-kerja kebajikan melalui yayasan miliknya, iaitu Yayasan Al-Bukhari. Antara
sumbangan terbesar yayasan ini termasuklah membina Muzium Kesenian Islam.

(a) Jawatan yang pernah disandang oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari ialah
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 1 markah]

5
(b) Mengapakah Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari menghantar lampu minyak tanah ke
surau-surau?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 2 markah]

(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Tan Sri Syed Mokhtar sentiasa membantu


golongan yang kurang berkemampuan.

Sebahagian elaun yang diperoleh beliau


didermakan kepada jiran-jiran yang Betul
kesempitan.
Salah
Beliau membuat kerja sambilan semasa
masih di bangku sekolah.

Yayasan Al-Bukhari milik bapa Tan Sri


Syed Mokhtar Al-Bukhari
[ 2 markah]

2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Pada suatu petang, basikal yang kutunggang bergesel dengan sebuah van. Aku
tercampak ke tepi jalan raya. Kepalaku berdarah dan tangan kiriku cedera. Aku
dikejarkan ke hospital yang berhampiran oleh orang ramai yang lalu-lalang pada
masa kejadian,
Semasa menerima rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa tangan
kiriku terpaksa dibedah. Hatiku bertambah resah. Rakan-rakanku memberikan
keyakinan dan sokongan agar aku tabah dan berani. Aku bersyukur kerana
pembedahan itu berjalan dengan lancar. Aku diminta untuk tinggal di wad bagi
menjalani rawatan susulan.
Aku berasa amat jemu kerana terpaksa tinggal di hospital. Oleh itu, ibu

6
membelikan aku buku cerita untuk menghilangkan kebosanan. Pada masa yang
sama, aku perlu melakukan senaman ringan untuk mengembalikan kekuatan
tangan kiriku. Selepas seminggu, aku bersyukur kerana tangan kiriku dapat
digerakkan seperti biasa.
Setelah hampir dua minggu berada di hospital, aku dibenarkan pulang. Aku
begitu seronok. Aku mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat
yang telah merawatku. Jasa mereka akan kukenang sehingga bila-bila.

(a) Kenderaan yang bergesel dengan basikal yang ditunggang oleh “aku” ialah
_________________________________________________________________
[ 1 markah]

(b) Bagaimanakah “aku” dihantar ke hospital semasa kemalangan tersebut berlaku?


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[ 2 markah]

(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Kepala dan tangan kiri “aku” cedera akibat


kemalangan

Pembedahan tangan kiri “aku” berjalan


dengan lancarnya. Betul

Selepas pembedahan selesai, “aku” Salah


dibenarkan pulang ke rumah pada hari itu.

Tangan kiri “aku” dapat digerakkan semula


selepas 7 hari pembedahan tersebut.
[ 2 markah]

BAHAGIAN C: SOALAN PENULISAN [10 markah]

7
[ masa diperuntukkan 15 minit ]
Gambar di bawah menunjukkan situasi di pusat beli-belah

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

1. ___________________________________________________________________

8
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

TAMAT

You might also like