You are on page 1of 3

PENDIDIKAN

Sebelum pendidikan dimodenkan, Siam menggunakan khidmat sami dan hanya


mengajar mengenai agama. Ia mempunyai persamaan dengan Burma iaitu pelajaran
dikendalikan di kuil-kuil Buddha secara keseluruhan 1. Namun setelah kedatangan Barat,
Mongkut mula mengehadkan kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru daripada
Barat untuk mengajar kerabat diraja. Hal ini demikian, orang-orang Barat telah digunakan
secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah pada zaman pemerintahan Raja Mongkut. Oleh
itu, Raja Mongkut merasakan bahawa pencapaian negara mereka bergantung pada tahap
pendidikan mereka daripada Barat, malah ia perlu untuk penyesuaian bidang pendidikan
Siam dengan pihak Barat bagi mengelakkan berlakunya perluasan kuasa dari negara-negara
luar. Sumbangan yang sangat penting ialah Raja Mongkut tidak mengisytiharkan apa-apa
pemulihan asas pada ketika itu2. Walau bagaimanapun, persediaan pendidikan pada golongan
bangsawan serta sistem pengambilannya juga hampir tidak berubah. Melalui usaha-usaha
yang dilakukan, perubahan terhadap dasar pendidikan sangat berkesan kerana kerajaan Siam
telah memberikan pendedahan pendidikan Barat.

Tambahan pula, Raja Mongkut juga menggalakkan orang Barat di Bangkok untuk
mengajar penduduk tempatan bagi membantu membasmi buta huruf dalam negerinya 3. Hal
ini berlaku kerana masalah buta huruf akan mengganggu proses Raja Mongkut untuk
memodenkan Siam sebagai usaha mengekang perluasan kuasa Barat di Siam. Atas kesedaran
beliau ke atas kepentingan pendidikan ke atas orang Siam, Mongkut telah memberikan
sokongan kepada orang-orang British dan Amerika yang bertanggungjawab mengembangkan
pendidikan di Siam4. Malahan, beliau juga telah membenarkan mereka mengeluarkan buku-
buku tanpa sekatan. Selain mengutamakan pendidikan untuk rakyat, beliau juga turut
berdamping dengan mubaligh-mubaligh Kristian untuk mempelajari ilmu-ilmu sains dan
pelbagai bahasa. Oleh itu, ia dapat membantu beliau untuk mengadakan hubungan diplomatik
secara langsung dengan Amerika dan Britain dengan mudah.

Pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn amat jelas bahawa beliau masih
mengekalkan sistem pendidikan Barat bahkan sistem ini semakin berkembang di Siam 5. Pada
tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke
1 D. G. E Hall. (1987). A History of Southeast Asia. London: Macmillan & Co. Ltd. Hlm 826.
2 Steinberg & David Joel. (1981). Mengenali Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 156-157.
3 Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 414.
4 Ibid.
istana untuk mendapat pelajaran Barat. Selain itu, Putera Damrong telah dihantar ke Eropah
untuk mengkaji cara-cara pelajaran di sana dan apabila beliau kembali ke Siam, Jabatan
Pelajaran Kerajaan telah didirikan6. Jabatan Pelajaran Kerajaan berfungsi pada mula untuk
membaiki pelajaran rendah, dengan menjadikan bangunan sekolah kuil kepada keperluan
pelajaran dan melengkapkan alatan. Selain itu, jabatan ini juga berfungsi untuk memajukan
pelajaran menengah dan pelajaran tinggi adalah lebih sukar kerana tiada buku-buku teks
dalam bahasa Siam. Bahasa Inggeris telah ditimbangkan sebagai aliran yang terbaik sekali
dalam pelajaran tinggi, kerana itu merupakan tindakan awalnya untuk pelajaran sekolah
menengah negeri iaitu melalui dua sistem sekolah. Satu cara iaitu kursus dalam bahasa Siam
bagi pelajar lelaki yang tidak boleh meningkat, lagi satu cara menyediakan kursus dalam
bahasa Inggeris selama lima tahun, sebagai permulaan untuk pengkajian sains dalam satu-
satu perkara.

Kerajaan Siam meminta bantuan meminjamkan seorang pegawai dari perkhidmatan


awam British untuk mengelolakan semula sistem pelajaran dan Lembaga Pelajaran British
telah menghantar Tuan J.G.D. Campbell sebagai penasihat kepada Putera Damrong selama 2
tahun7. Dengan adanya Jabatan Pelajaran Kerajaan Siam, Raja Chulalongkorn telah
mengisytiharkan pendidikan wajib diambil oleh semua lapisan sosial. Oleh itu, pendidikan
Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan tetapi juga kepada anak-
anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah harian yang merupakan Sekolah
Kerajaan yang pertama untuk rakyat biasa yang telah dibina pada tahun 1884 di Bangkok 8.
Raja Chulalongkorn juga telah mengambil inisiatif bagi melanjutkan peluang pendidikan
kepada semua orang dengan mandat pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak di Siam 9.
Pendidikan wajib untuk kanak-kanak ini memperlihatkan bahawa beliau telah melakukan
pemulihan daripada zaman pemerintahan Raja Mongkut kerana pada zaman tersebut Raja
Mongkut hanya memperkenalkan dan menggalakkan sahaja. Namun ia berbeza pada zaman
pemerintahan Raja Chulalongkorn yang mula mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-
kanak di Siam.

5 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 165.
6 D. G. E Hall. (1987). A History of Southeast Asia. London: Macmillan & Co. Ltd. Hlm 826.
7 Ibid. Hlm 827.
8 Hussein Ahmad. (1971). Sejarah Thailand dari Pra-Sejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hlm 162.
9 Iris G. Haapanen. (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author House. Hlm 12.
Tambahan pula, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran di Siam, malah
Raja Chulalongkorn juga telah menghantar mereka ke luar negara untuk mendapatkan
pendidikan. Malahan, Raja Chulalongkorn telah menghantar anak-anaknya sendiri ke Eropah
kepada kakitangan bahagian atasan birokrasi setelah mereka cukup umur. Raja
Chulalongkorn mempunyai empat orang putera, Putera Nakhonchaisrin dan Putera
Chanthaburi mengambil peranan utama dalam tentera dan Menteri kewangan manakala dua
lagi iaitu, Putera Ratburi dan Putera Chumphon bertanggungjawab dalam menubuhkan
sekolah undang-undang dan Akademi Tentera Laut10. Keadaan ini bertujuan untuk melahirkan
golongan cerdik pandai. Hasil daripada tindakan Raja Chulalongkorn menghantar anak-anak
bangsawan tersebut ke Eropah memperlihatkan hasil dan sumbangannya dalam bidang
pendidikan. Selain itu, terdapat beberapa putera telah menjadi menteri dan turut memberi
sumbangan kepada pentadbiran Siam.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan mulai
pada tahun tersebut, terdapat maktab-maktab latihan pengurusan didirikan. Perkembangan
pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya oleh
guru-guru British pada tahun 1890-an11. Pada tahun 1878, Maktab ataupun Kolej Raja (Kings
College) telah ditubuhkan yang dikhaskan kepada penuntut-penuntut lelaki golongan
bangsawan sahaja. Kemudian, Sekolah Sunandalaya telah ditubuhkan bagi penuntut-penuntut
perempuan golongan bangsawan pada tahun 1883. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah
berasrama penuh yang dikhaskan untuk anak-anak bangsawan. Sementara itu, sebuah sekolah
iaitu sekolah harian biasa telah ditubuhkan pada tahun 1884. Sekolah ini dikhususkan untuk
penuntut lelaki bagi anak kelas pertengahan. Kolej Latihan Perguruan juga turut ditubuhkan
pada tahun 1892 dan seorang berbangsa Inggeris telah dilantik menjadi pengetua di kolej
tersebut12. Sekolah-sekolah ini disusun mengikut sistem persekolahan di England dengan
tujuan hendak mewujudkan suatu sistem pemodenan di Siam13. Hal ini jelas terbukti bahawa
pemulihan dan pemodenan yang dilakukan oleh kedua-dua pemerintah secara keseluruhan
telah mengasimilasikan sistem pendidikan Barat.

10 Kullada Kesboonchoo Mead. (2012) The Rise and Decline of Thai Absolutism. RoutledgeCurzon: New York.
Hlm 77.
11 John Audric. (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company. Hlm 155.
12 Ibid. Hlm 154.
13 D.G.E. Hall (1981). Sejarah Asia Tenggara. Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827.

You might also like