You are on page 1of 54

PQI6069

TUGASAN 2

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD SEDEK


S2011582
(FIRDAUS)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

KONSTRUK KOGNITIF JUMLAH

Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta R S T

BAHAGIAN A Soalan 1, Soalan 2, 6 Soalan 8, 9, Soalan 5 8 3


3, 4, 5, 7 10, 14, 15, 11,12,13
Pengetahuan dan kefahaman 16
sistem bahasa

Soalan 19 Soalan 17, 1 2


Peribahasa 18

Soalan 20 Soalan 24 Soalan 21, Soalan 1 4 1


Pemahaman petikan 23, 25 22

BAHAGIAN B Soalan 1 a Soalan 1 b Soalan 1 c 3 5


(i), (ii), (iii) (i), (ii) (i), (ii), (iii)
Sistem bahasa

Soalan 2 Soalan 2 1 1
Pemahaman petikan (i) (ii)

JUMLAH 11 5 12 4 1 11 19 5

Aras Soalan: R (Rendah): 11 (31.4%) S (Sederhana): 19 (54.3%) T (Tinggi): 5 (14.3%)


MEI 2021
SULIT

(FIRDAUS)

UJIAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2


MASA: 50 MINIT

Arahan kepada calon:


1. Kertas ujian ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas ini.

Nama: ................................................................................ Kelas: ...................

BAHAGIAN A
(25 markah)
(Masa dicadangkan: 30 Minit)

Soalan 1 hingga 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Tali pinggang itu diperbuat ___________ kulit ikan pari.

A. oleh
B. pada
C. dari
D. daripada

2. Shahrul telah mengubah kedudukan almari itu _______ bilik tidur ______ ruang tamu
rumahnya.

A. dari ... ke
B. dari ... kepada
C. daripada ... ke
D. daripada ... kepada
MEI 2021
SULIT

3. Para _______ negara telah dihantar ke negara Indonesia untuk membantu mangsa
gempa bumi dan tsunami.

A. hartawan
B. dermawan
C. bangsawan
D. sukarelawan

4. Sejak kecil Sufie sememangnya rajin belajar. _______ sekarang menuntut pengajian
di Universiti Kebangsaan Singapura dalam bidang perubatan.

A. Dia
B. Awak
C. Mereka
D. Engkau

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Opah Jenah sedang _________ air di atas tungku dapur kayu di rumahnya.

A. menanak
B. menjerang
C. mereneh
D. memasak

6. Suasana di rumah Encik Borhan ___________ dengan suara cucu-cucunya yang


pulang bercuti.

A. huru-hara
B. kucar-kacir
C. riuh-rendah
D. kelam-kabut

7. Tayar kereta ayah ___________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

A. susut
B. kempis
MEI 2021
SULIT

C. lembik
D. bengkok

Soalan 8 hingga 10
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

8. Cikgu Hilmi meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan
A B C
Kamus Dewan yang terdapat di Perpustakaan sekolah. Tiada kesalahan
D

9. Dia terkejut apabila diberitahu bahawa dia tidak bersalah dan terlepas daripada
A B C
sebarang hukuman. Tiada kesalahan.
D

10. Farid dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Ledang
A
walaupun menghadapi berbagai cabaran. Tiada kesalahan.
B C D

Soalan 11 hingga 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

11. I Atap bangsal ini sudah ada yang bocor dan perlu diganti
II Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.
III Pihak Kementerian Pendidikan berharap agar tidak ada soalan yang bocor
sebelum tibanya hari peperiksaan.
IV Kamal terpaksa menendang pintu besi rumah itu sehingga bocor untuk
menyelamatkan mangsa kebakaran.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. II,III, dan IV sahaja
D. I,II, dan III sahaja

12. I Polis telah menemukan van yang digunakan oleh perompak itu di dalam sebuah
ladang sawit.
MEI 2021
SULIT

II Kami akhirnya menemukan lukisan itu di sebuah kedai barangan antik di Bandar
Kota Bharu.
III Pekebun sayur memberitahu polis menemukan senjata api itu.
IV Pakar-pakar perubatan telah menemukan cara mengubati penyakit itu.

A. I, II, dan IV sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaaja

13. I Buatlah kerja sekolah kamu sementara masih ada waktu.


II Sebelum ditawarkan sebagai pengurus kewangan, Farhan hanyalah pekerja
sementara di syarikat tersebut.
III Encik Erwin membaca surat khabar sementara menunggu isterinya memasak.
IV Logesh pergi ke rumah saudaranya sementara kerana ada hal yang hendak
dibincangkan.

A. I, II, dan IV sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaaja

Soalan 14 hingga 16
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

14. Guru Besar akan membincangkan tentang perkara-perkara lain yang berkaitan dengan
disiplin murid dalam mesyuarat bulanan.

A. berbincang tentang lain-lain perkara


B. berbincang tentang perkara-perkara lain.
C. membincangkan tentang lain-lain perkara
D. membincangkan tentang perkara-perkara lain.

15. Saya telah berjalan lebih dari empat setengah kilometer.

A. dari empat kilometer setengah.


B. dari empat setengah kilometer.
C. daripada empat setengah kilometer.
MEI 2021
SULIT

D. daripada empat kilometer setengah.

16. Peperangan yang tercetus menyebabkan keadaan di negara itu menjadi terlalu kacau-
bilau.

A. menjadi kacau-bilau.
B. menjadi terlalu kacau-bilau.
C. terlalu menjadi kacau-bilau.
D. menjadi kacau-bilau terlalu.

Soalan 17 hingga 19
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

17. Apabila Nazerah melawat ke kawasan peranginan yang terkenal itu barulah dia tahu
bahawa keadaan di situ

A. indah khabar dari rupa.


B. besi baik tiada berkarat.
C. gajah mati kerana gadingnya.
D. sarang tebuan jangan dijolok.

18. Affan yakin bahawa dia akan dapat menyelamatkan syarikat ayahnya. Bagi Affan

A. rumah sudah, pahat berbunyi


B. tak ada laut yang tidak berombak.
C. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
D. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

19. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi, kecuali

A. seperti ulat lupa akan daun.


B. bagai kacang melupakan kulit
C. seperti kaca terhempas ke batu.
D. air susu dibalas dengan air tuba.
MEI 2021
SULIT

Soalan 20 hingga 22 berdasarkan petikan di bawah.


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

20. Berdasarkan rangkap keenam Pantun Alam Remaja, apakah perkara yang membuat
anak-anak berasa gembira?

A. Kepulangan ibu dan ayah ke rumah.


B. Pemberian atau hadiah daripada ibu dan bapa.
C. Kesudian ibu dan ayah meluangkan masa untuk mereka.
D. Kesudian ibu dan ayah bernyanyi bersama-sama dengan mereka.

21. Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja, kecuali

A. ibu bapa perlulah menuruti segala kemahuan anak-anak.


B. aktiviti nyanyian dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik.
C. anak-anak akan sentiasa risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
D. tanggungjawab ibu bapa ialah memberi kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-
anak.

22. Pilih nilai yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja?

A. Baik hati
B. Ketabahan
C. Keberanian
D. Merendah diri
MEI 2021
SULIT

Soalan 23 hingga 25 berdasarkan petikan di bawah.


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

23. Persoalan yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak Dalam Persekitaran Kata-kata
ialah

A. bahasa menjadi alat untuk manusia berkomunikasi.


B. ilmu akan diperoleh dengan banyak membaca kitab.
C. iman tidak dapat diwarisi daripada generasi terdahulu.
D. alam sekitar yang sudah tercemar sukar untuk dibersihkan semula.

24. Pilih baris sajak Dalam Persekitaran Kata-kata yang mengandungi unsur bunyi
aliterasi.

A. Dia mencipta manusia


B. kami sunting istilah iman
C. langit, bumi, laut, gunung
D. Engkau jadikan kami bangsa

25. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak Dalam Persekitaran
Kata-kata, kecuali

A. kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa.


MEI 2021
SULIT

B. kita perlulah berani pergi ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
C. kita perlulah rajin berusaha untuk mendapatkan ilmu agar hidup kita menjadi lebih
bermakna.
D. kita mestilah memberikan pengiktirafan kepada pejuang bahasa yang telah banyak
berjasa kepada masyarakat dan negara.

BAHAGIAN B
(15 markah)
(Masa dicadangkan: 20 Minit)

Soalan 1: Sistem Bahasa


a) Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat
larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.

i. “Buang sampah ke dalam tong sampah,” kata Encik Ahmad kepada anaknya.

ii. “Jangan lalu di kawasan peperiksaan,” kata Cikgu Geetha kepada muridnya.

iii. “Jemput ke majlis perkawinan anak saya,” kata Puan Haslinda kepada jirannya.

(3 markah)

b) Tukarkan ayat aktif dibawah ini kepada ayat pasif

i. Kami melaksanakan projek pembangunan itu dengan jayanya.


MEI 2021
SULIT

ii. Pakar motivasi terkenal menyampaikan ceramah tentang ilmu keibubapaan itu.

(2 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semuala.

i. Kertas projek itu sudah mereka bentangkan pada petang tadi.

ii. Keempat orang penyanyi itu berentap untuk merebut gelaran juara.

iii. Pada tahun 1456, Sultan Mahmud Riayat Shah menaiki takhta untuk menggantikan
ayahanda baginda yang telah meninggal dunia.

(3 markah)
MEI 2021
SULIT

Soalan 2: Pemahaman Petikan


Baca sajak di bawah ini dengan telitanya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah yang dinyatakan oleh penyajak dalam rangkap kedua sajak Kucari Damai di
Sini?
(3 markah)

ii. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup bersatu padu. Pada
pendapat anda, apakah kepentingan perpaduan?
(4 markah)

-Kertas Soalan Tamat-


(FIRDAUS)

PERATURAN PEMARKAHAN UJIAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Markah penuh : 40 markah


Bahagian A : 25 markah
Bahagian B : 15 markah

BAHAGIAN A – 25 markah

1. D 14. B
2. A 15. D
3. D 16. A
4. A 17. A
5. B 18. C
6. C 19. C
7. B 20. B
8. B 21. A
9. D 22. A
10. C 23. B
11. D 24. A
12. A 25. D
13. B

BAHAGIAN B – 15 markah

Soalan 1 (a)

i. ayat suruhan
ii. ayat larangan
iii. ayat silaan
(3 markah)
Soalan 1 (b)

i. Projek perumahan itu dilaksanakan oleh kami dengan jayanya.


ii. Ceramah tentang ilmu keibubapaan itu disampaikan oleh pakar motivasi terkenal.
(2 markah)

Soalan 1 (c)

i. mereka bentang – dibentangkan oleh mereka


ii. keempat – keempat-empat
iii. meninggal dunia – mangkat
(3 markah)

Soalan 2: Pemahaman Petikan

Kriteria bagi soalan 3 markah


MARKAH KRITERIA
3 markah - Isi cukup/ lengkap dan ayat gramatis.
2 markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis.
- Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis.
1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis.
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

i. Dalam rangkap kedua sajak Kucari Damai di Sini penyajak menyatakan


(3 markah)

P1: kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan keperibadian mulia
rakyat Malaysia.

P2: perasaan kasih-mengasihi perlu disemaikan dalam sanubari.


Kriteria bagi soalan 4 markah
MARKAH KRITERIA
4 markah - Isi cukup dan relevan mngikut tugasan serta
ayat gramatis.
3 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi
ayat kurang gramatis.
2 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan
dan ayat gramatis.
1 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan
dan ayat kurang gramatis.
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

ii. Pada pendapat saya, kepentingan perpaduan


(4 markah)
P1: dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
P2: dapat memajukan ekonomi negara.
P3: dapat menarik kedatangan pelancong aing ke negara kita.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT


Populasi Ujian
Ujian dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan Google Form
kepada murid Tingkatan 2 SMK Tengku Mahkota, Johor. Seramai 30 orang
murid pelajar Tingkatan 2 yang menjawab soalan ujian ini.

Penjadualan Data
Penjadualan data bertujuan untuk memberi satu penjelasan tentang
pencapaian murid kumpulan berkenaan. Skor-skor ujian berkenaan akan
dikumpulkan untuk memberi gambaran mudah tentang pencapaian murid
dalam Ujian Pengukuhan Bahasa Melayu Tingkatan 2.
Jadual 1: Skor Ujian Pengukuhan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Mengikut Nama
Bil. Nama Murid Skor (100%)
1 Abdul Basyir bin Helmi 70
2 Ahmad Fitri bin Mohd Faisal 75
3 Aliyah Izzati binti Kamal Bahrin 50
4 Angeline Raj a/p Balakrisnan 75
5 Chong Kai Fong 73
6 Chew Yie Wei 70
7 Danish Syazwan bin Ahmad Farid 45
8 Farhan Aydin bin Sofian 43
9 Hani Nur Natasha binti Syazani 55
10 Husna Amirah binti Razak 35
11 Mohamad Syafiq Irshad bin Mustafar 73
12 Mohamad Fitri bin Kasmani 25
13 Mohd Johari bin Mokhtar 73
14 Mohd Zulhelmi bin Adnan 85
15 Muhammad Fauzan bin Zulhaili 60
16 Muhammad Iqbal Haziq bin Mohd Samsuri 80
17 Muhammad Naim Anwar bin Misnan 53
18 Muhammad Zulasyran bin Mohamad Asmadi 40
19 Muhamad Amirul Akmal bin Mohd Sani 63
20 Muhd Aimann Hafeez bin Kamsani 30
21 Ng Guang Sheng 80
22 Noor Haziq bin Reduwan 28
23 Noratikah binti Sazali 20
24 Nur Badariah binti Samad 20
25 Nur Dania Amelin binti Zulfarhan 78
26 Nur Kamalia Anis binti Mohd Baharudin 23
27 Qiu Qamarina binti Ahmad Bashar 55
28 Siti Nur Fariha binti Muhammad Fikri 48
29 Soh Pei Sia, Sylvia 25
30 Tan Yun Pei 83
Jadual 2: Skor Ujian Pengukuhan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Skor
Bil. Nama Murid Skor (100%)
1 Mohd Zulhelmi bin Adnan 85
2 Tan Yun Pei 83
3 Muhammad Iqbal Haziq bin Mohd Samsuri 80
4 Ng Guang Sheng 80
5 Nur Dania Amelin binti Zulfarhan 78
6 Ahmad Fitri bin Mohd Faisal 75
7 Angeline Raj a/p Balakrisnan 75
8 Chong Kai Fong 73
9 Mohamad Syafiq Irshad bin Mustafar 73
10 Mohd Johari bin Mokhtar 73
11 Abdul Basyir bin Helmi 70
12 Chew Yie Wei 70
13 Muhamad Amirul Akmal bin Mohd Sani 63
14 Muhammad Fauzan bin Zulhaili 60
15 Hani Nur Natasha binti Syazani 55
16 Qiu Qamarina binti Ahmad Bashar 55
17 Muhammad Naim Anwar bin Misnan 53
18 Aliyah Izzati binti Kamal Bahrin 50
19 Siti Nur Fariha binti Muhammad Fikri 48
20 Danish Syazwan bin Ahmad Farid 45
21 Farhan Aydin bin Sofian 43
22 Muhammad Zulasyran bin Mohamad Asmadi 40
23 Husna Amirah binti Razak 35
24 Muhd Aimann Hafeez bin Kamsani 30
25 Noor Haziq bin Reduwan 28
26 Mohamad Fitri bin Kasmani 25
27 Soh Pei Sia, Sylvia 25
28 Nur Kamalia Anis binti Mohd Baharudin 23
29 Noratikah binti Sazali 20
30 Nur Badariah binti Samad 20
Taburan Kekerapan
Taburan kekerapan menggambarkan bilangan murid yang mendapat sesuatu skor. Taburan
kekerapan berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil dan bilangan murid tidak begitu
ramai iaitu tidak melebihi 50 orang murid.

Jadual 3: Taburan Kekerapan Berdasarkan Skor


Skor (%) Kekerapan (ƒ) Skor (%) Kekerapan (ƒ)
20 2 53 1
21 0 54 0
22 0 55 2
23 1 56 0
24 0 57 0
25 2 58 0
26 0 59 0
27 0 60 1
28 1 61 0
29 0 62 0
30 1 63 1
31 0 64 0
32 0 65 0
33 0 66 0
34 0 67 0
35 1 68 0
36 0 69 0
37 0 70 2
38 0 71 0
39 0 72 0
40 1 73 3
41 0 74 0
42 0 75 2
43 1 76 0
44 0 77 0
45 1 78 1
46 0 79 0
47 0 80 2
48 1 81 0
49 0 82 0
50 1 83 1
51 0 84 0
52 0 85 1
Taburan kekerapan berkumpulan hampir sama dengan taburan kekerapan data. Dalam
taburan kekerapan berkumpulan, skor digantikan dengan sela. Sela kumpulan boleh
ditentukan dengan menggunakan julat. Julat boleh ditentukan dengan membahagikan sesuatu
nombor antara 10 ke 20.

Jadual 4: Taburan Kekerapan Berkumpulan


Bil Sela Kekerapan Kumulatif
1 81-85 2 30
2 76-80 3 28
3 71-75 5 25
4 66-70 2 20
5 61-65 1 18
6 56-60 1 17
7 51-55 3 16
8 46-50 2 13
9 41-45 2 11
10 36-40 1 9
11 31-35 1 8
12 26-30 2 7
13 21-25 3 5
14 16-20 2 2
Graf Bar atau Histogram
Graf bar ialah satu kaedah graf berbentuk bar menegak atau
mendatar untuk menunjukkan susunan data tentang kekerapan
taburan mengikut kumpulan atau kategori. Graf bar ini
mempersembahkan data dalam bentuk rectangular column.
Dasar bagi setiap turus ialah lebar bagi sela kelas dan ketinggian
turus bersamaan dengan kekerapan skor atau bilangan murid
dalam sela kelas berkenaan.
Rajah 1: Graf Bar Taburan kekerapan
Poligon Kekerapan
Poligon kekerapan merujuk kepada graf garisan tentang taburan
kekerapan. Graf poligon kekerapan diplot pada titik tengah setiap
sela kelas pada ketinggian kekerapan bagi setiap skor dalam sela
berkenaan. Titik-titik ini akan disambungkan dengan garisan
lurus.
Rajah 2: Poligon Taburan Kekerapan
Ogif Normal
Ogif merupakan graf poligon yang kekerapan berkumulatif yang
diplot secara menimbunkan kekerapan.
Rajah 3: Ogif Normal
Kecenderungan Memusat
Min
Min ialah satu pengukuran tentang kedudukan. Pada asalnya, min disebut sebagai purata atau pukul rata. Min badi
satu set skor ialah jumlah semua skor x dibahagikan dengan bilangan. Nilai bagi setiap skor akan mempengaruhi
min. Ini bermakna satu skor yang tinggi atau skor yang terendah dalam satu set data akan mempengaruhi nilai min
sama ada min akan menjadi lebih tinggi atau lebih rendah
Median
Median merupakan satu titik tengah yang membahagikan semua skor kepada dua bahagian. Titik
pembahagi pada 50% dipanggil median. Median ditentukan dengan menyusun skor tertinggi ke skor
terendah. Median juga ditentukan dengan skor di tengah-tengah set skor berkenaan. Sekiranya set
skor itu genap, mediannya ialah skor di tengah-tengah antara dua skor tengah. Apabila set skor ganjil,
median ialah skor di tengah-tengah set skor berkenaan. Skor yang ekstrim iaitu terlalu tinggi atau
terlalu rendah tidak akan memberi kesan kepada median berkenaan.
Mod
Mod merupakan skor yang mempunyai kekerapan tertinggi. Mod
boleh dipastikan melakui proses cerapan. Mod ialah satu statistik
yang kurang dipercayai tetapi kerap digunakan sebagai anggaran
bagi kecenderungan memusat. Mod ialah bilangan pelajar yang
paling tinggi mendapat sesuatu skor.
Julat
Julat ialah satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk
mengukur serakan julat juga merupakan perbezaan antara skor
tertinggi dengan skor terendah bagi sesuatu taburan skor. Julat yang
merupakan perbezaan atau jarak dua skor yang ekstrim iaitu skor
paling tinggi dengan skor paling rendah setelah data set berkenaan
disusun secara menaik atu menurun. Oleh itu, julat bagi data jadual 2
ialah 85 (skor tertinggi) dan 20 (skor terendah). Maka, julatnya ialah 65.
Julat = 65
Varian
Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Varian juga biasanya digunakan untuk
mengukur kebolehubahan taburan skor.
Sisihan Piawai
Sisihan piawai ialah indeks serakan bagi sesuatu taburan skor.
Sisihan piawai juga merupakan jarak bagi setiap skor (sisihan)
daripada min (x) yang telah dipiawaikan.
Pencongan
Pencongan merujuk kepada simetri bagi sesuatu taburan. Sesuatu taburan
ini boleh menjadi pencong positif atau pencong negatif. Sekiranya ujian
yang diberikan terlalu mudah, ramai calon atau murid akan mendapat skor
yang tinggi dan tidak ramai mendapat skor yang rendah, pencong ini
dikenali sebagai pencong negatif, iaitu ekor bagi taburan berkenaan akan
menghala ke kiri. Manakala, jika ujian yang dilaksanakan adalah terlalu sukar,
ramai murid yang akan mendapat skor yang rendah dan kurang murid yang
mendapat skor yang tinggi. Maka ekor taburan berkenaan akan menghala ke
kanan iaitu pencong positif. Darjah pencongan ini akan menunjukkan
tentang aras kesukaran ujian berkenaan untuk kumpulan murid berkenaan
Rajah 4: Kepencongan Pencapaian Murid
Tingkatan 2
Analisis Item
Analisis item merupakan satu proses mengenal pasti dan memilih item-item yang
berfungsi setelah item-item yang dibina diprauji terlebih dahulu untuk mengetahui
statistik bagi setiap item berkenaan. Item –item yang dibina akan dipilih terlebih
dahulu dan item-item yang terpilih akan diikumpulkan dan disimpan. Setiap item
yang berkualiti haruslah menepati beberapa kriteria statistik yang telah ditetapkan
dan menepati kriteria yang bukan psikometrik. Terdapat beberapa tujuan analisis
item iaitu:
a) menentukan kesukaran item
b) daya tarikan opsyen bagi sesuatu item
c) bagaimana item mendiskriminasi murid dalam menjawab sesuatu item

Pembahagian Murid bagi Kumpulan Skor Tinggi dan Skor Rendah


Analisis item dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu:
a) Indeks Kesukaran (IK)
b) Indeks Diskriminasi (ID)
Jadual 8: Jadual Kumpulan Skor Tinggi dan Skor Rendah
Rumusan Tafsiran Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

a) Indeks Kesukaran Item


Indeks kesukaran items merujuk kepada satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi
kumpulan yang diuji. Secara konvensionalnya, indeks kesukaran ditulis dengan nilai p. Pengukuran ini
digunakan untuk menghuraikan keukaran item bagi sesuatu ujian. Indeks kesukaran ini juga digunakan
untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item menggunakan kriteria dan piawai.
Indeks kesukaran juga boleh disebut sebagai perkadaran murid dalam kumpulan yang diuji dapat
menjawab sesuatu item dengan betul. Indeks kesukaran ini juga dinyatakan sebagai perkadaran. Julat
indeks kesukaran antara 0.00 hingga 1.00. Hal ini bermakna, lebih tinggi nilai-p, maka lebih mudahlah
sesuatu item berkenaan kepada umpulan yang diuji kerana ramai murid dapat menjawab item dengan
betul.
Jadual 9 :Interprestasi nilai-p
b) Indeks Diskriminasi
Indeks Diskriminasi adalah ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur
kepekaan perbezaan individu. Sesuatu item itu dianggap berdiskriminasi sekiranya ramai
murid dari kumpulan berkebolehan tinggi menjawab item dengan betul berbanding dengan
murid dari kumpulan berkebolehan rendah. Seterusnya, indeks diskriminasi juga merujuk
kepada perbezaan antara kumpulan tinggi menjawab sesuatu item itu dengan betul dengan
kumpulan rendah yang menjawab item yang sama dengan betul. Indeks Diskriminasi
mempunyai julat daripada -1.00 ke +1.00
Jadual 10: Interprestasi Indeks Diskriminasi
Jadual 11: Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item
No. Item Jawapan Kumpulan T Kumpulan R Indeks Indeks
Betul Kesukaran Diskriminasi
1 D 10 4 0.70: 0.60: item
mudah amat
diskriminasi
2 A 7 2 0.45: 0.50: item
sederhana amat
diskriminasi
3 D 10 6 0.80: 0.40: item
mudah amat
diskriminasi
4 A 9 6 0.75: 0.30: item
mudah yang
berdiskriminasi
5 B 10 5 0.75: 0.50: item
mudah amat
diskriminasi
6 C 7 2 0.45: 0.50: item
sederhana amat
diskriminasi
7 B 8 5 0.65: 0.30: item
mudah yang
berdiskriminasi
8 B 8 1 0.45: 0.70: item
sederhana amat
diskriminasi
9 D 9 1 0.50: 0.80: item
sederhana amat
diskriminasi
10 C 8 3 0.55: 0.50: item
sederhana amat
diskriminasi
11 D 6 1 0.35: 0.50: item
sukar amat
diskriminasi
12 A 6 0 0.30: 0.60: item
sukar amat
diskriminasi
13 B 4 1 0.25: 0.30: item
sukar yang
berdiskriminasi
14 B 10 1 0.55: 0.90: item
sederhana amat
diskriminasi
15 D 8 2 0.50: 0.60: item
sederhana amat
diskriminasi
16 A 7 3 0.50: 0.40: item
sederhana amat
diskriminasi
17 A 10 3 0.65: 0.70: item
mudah amat
diskriminasi
18 C 10 3 0.65: 0.70: item
mudah amat
diskriminasi
19 C 8 5 0.65: 0.30: item
mudah yang
berdiskriminasi
20 B 7 6 0.65: 0.10: kurang
mudah diskriminasi,
perlu semak
semula
21 A 8 2 0.50: 0.60: item
sederhana amat
diskriminasi
22 A 4 2 0.30: 0.20:
sukar diskriminasi
yang sederhana
23 B 7 1 0.40: 0.60: item
sederhana amat
diskriminasi
24 A 5 2 0.35: 0.30: item
sukar yang
berdiskriminasi
25 D 7 5 0.60: 0.20:
sederhana diskriminasi
yang sederhana
Jadual 12: Ringkasan dan Nisbah Indeks Kesukaran untuk Item-
Item Objektif
Jadual 13: Ringkasan dan Nisbah Indeks Diskriminasi untuk
Item-Item Objektif
Analisis Item 20 (kurang diskriminasi, perlu semak
semula)
Analisis Item Subjektif
Rumusan
+ Berdasarkan taburan kekerapan yang dicatatkan dalam Ujian Pengukuhan Bahasa
Melayu ini, menunjukkan terdapat 3 orang murid mendapat skor 73%. Ini
menunjukkan bahawa skor 73% ini merupakan kekerapan paling tinggi
berbanding skor-skor lain.
+ Berdasarkan jadual kekerapan mengikut sela, sela 71-75 merupakan sela yang
paling tinggi kekerapan iaitu seramai 5 orang murid.
+ Berdasarkan graf histogram, kekerapan paling tinggi ialah sela 71-75. Ini
bermakna sela ini mengatasi sela-sela lain dalam taburan kekerapan
berkumpulan.
+ Berdasarkan bacaan poligon kekerapan, sela 71-75 merupakan yang paling tinggi
berbanding sela-sela lain dalam taburan kekerapan berkumpulan.
+ Manakala, ogif pula menunjukkan lengkungan bergerak dari kiri ke kanan atas
dan menungkat secara berterusan. Peningkatan ogif ini monotonic.
+ Taburan data dalam ujian ini adalah pencong negatif.
+ Hasil dapatan analisis Indeks Kesukaran menunjukkan 36% atau 9 item terdiri
daripada soalan-soalan aras mudah. Manakala sebanyak 44% atau 11 item terdiri
daripada soalan-soalan aras seerhana dan sebanyak 20% atau 5 item berada pada
aras sukar.
+ Selain itu, berdasarkan analisis Indeks Diskriminasi, terdapat 17 item amat
diskriminasi iaitu item 1,2,3,5,6,8,9,10,11,12,14,15,16,17,18, 21, dan 23. Selain
sebanyak 5 item yang berdiskriminasi iaitu item 4,7, 13,19 dan 24. Sebanyak 2
item yang mempunyai diskriminasi yang sederhana iaitu item 22 dan 25 dan
sebanyak 1 item yang kurang diskriminasi dan perlu semak semula iaitu item 20.
Tiada item yang kurang diskriminasi dan perlu dibuang.
TERIMA KASIH

You might also like