You are on page 1of 11

UJIAN BULAN MAC TAHUN 2018

BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)


TAHUN 6
1JAM 15 MINIT

NAMA: _______________________________________________ KELAS: ________________


Satu jam lima belas minit
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setipa soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. begi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

Bahagian A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 8.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Encik Tan ___________ hartanya kepada anak tunggalnya yang bernama Tan
Yong Wei.
A. warisan
B. pewaris
C. mewarisi
D. mewariskan

2. ___________ ibu bapa tidak mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak


mereka selepas waktu persekolahan.
A. Setiap
B. Seluruh
C. Sekalian
D. Sesetengah

3. “Ampun, tuanku. _________ telah berjumpa dengan Hang Tuah seperti yang
tuanku titahkan,” sembah Hang Jebat kepada Sultan Mahmud Shah.
A. Beta
B. Patik
C. Hamba
D. Baginda

1
4. “Maya, _________ susun buku-buku ini di rak buku dan ________ Li Ann
membantu kamu,” kata Cikgu Fong kepada Maya.
A. sila … harap
B. harap … minta
C. usah … jemput
D. tolong … minta

5. Selepas mengisi maklumat pembayaran, Cik Lee __________ butang


pengesahan pada papan kekunci.
A. mengklik
B. mengintai
C. menyentuh
D. menggosok

6. Cikgu Faridah ___________ tentang cara belajar dengan berkesan kepada


murid-murid di dewan.
A. berbual
B. berceramah
C. memberikan
D. mengujarkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Pak Malek memikul dua ___________ kayu api ketika pulang dari kebunnya.
A. lingkar
B. berkas
C. jambak
D. puntung

2
8. Pak Samad ____________ dengan sikap anaknya yang tidak mendengar
katanya.
A. makan diri
B. makan hati
C. makan suap
D. makan angin

9. Berusahalah dengan gigih sehingga berjaya kerana ______________.


A. ada kerak adalah nasi
B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C. bagaimana acuan, begitulah kuihnya
D. ringan tulang, berat perut

10. Latihan pernafasan yang diadakan setiap pagi dapat menenangkan minda
murid.
Pilih perkataan antonim bagi menenangkan.
A. merosakkan
B. mendamaikan
C. merunsingkan
D. merealisasikan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

Wah, semua kuih yang kamu jual Ya, jualan kuih saya pada hari
sudah habis ! ini sangat laris.

11. Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris dalam dialog di atas.
A. laku
B. baik
C. untung
D. banyak

3
12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pak Mat menaiki tangga rumahnya dengan berhati-hati.
II Akilah pergi ke rumah neneknya dengan menaiki bas.
III Monyet itu diarahkan oleh tuannya untuk menaiki pokok kelapa.
IV Beberapa orang pendaki bersiap sedia untuk menaiki Gunung Kinabalu.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

13. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Cikgu Maryam akan mengadakan seminar otak cerdas pada minggu depan.

A. Pada minggu depan, Cikgu Maryam akan mengadakan seminar.


B. Seminar otak cerdas Cikgu Maryam pada minggu depan akan diadakan.
C. Pada minggu depan seminar otak cerdas Cikgu Maryam akan diadakan.
D. Pada minggu depan, Cikgu Maryam akan mengadakan seminar otak
cerdas.

14. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ibu bapalah yang perlu mengawasi anak-anak mereka semasa berada di pasar.

A. Mengapakah ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka?


B. Bagaimanakah cara untuk mengawasi anak-anak di pasar?
C. Siapakah yang perlu mengawasi anak-anak semasa berada di pasar?
D. Di manakah ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka?

4
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15. I Seharian Pak Cik Lim membanting tulang di kebun sayurnya.


II Cikgu Halim sentiasa beri perhatian terhadap masalah murid-muridnya.
III Kesibukannya bekerja tidak menghalangnya untuk beriadah.
IV Leong mengutip tin kosong itu sambil membuangnya ke dalam tong
sampah.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

16. A. Jangan sekali-sekali melanggar peraturan sekolah.


B. Semua haiwan berkumpul ke dalam hutan untuk bermesyuarat.
C. Ah Yong menoleh ke kiri dan Kanan kemudian ke kiri sebelum dia
melintas jalan.
D. Cikgu meminta murid-murid menggaris perkataan dengan menggunakan
sekeping pembaris.

Soalan 17 hingga soalan 20


Baca petikan dengan telliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Pada era yang serba canggih ini, Internet digunakan secara meluas. Kemajuan
teknologi pada masa ini membolehkan kita melayari Internet di mana-mana sahaja.
Namun begitu, penggunaan Internet yang tidak terkawal banyak menyebabkan masa
terbuang. Murid-murid tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran manakala orang
dewasa pula tiada masa untuk bersama-sama dengan keluarga.
Internet turut menjejaskan kesihatan. Individu yang kerap malayari Internet
akan mengalami kerosakan mata akibat pancaran cahaya melalui skrin telefon bimbit
atau komputer. Selain itu, badan juga akan menjadi lesu akibat kurangnya pergerakan.
Di samping itu, individu yang sering melayari Internet hingga lewat malam tidak
mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, individu tersebut akan hilang fokus atau
terganggu ketika melaksanakan aktiviti harian.

5
Oleh hal yang demikian, setiap individu perlulah bijak memanfaatkan penggunaan
Internet. Bagi kanak-kanak pula, mereka perlu melayari Internet dengan pengawasan
ibu bapa. Hal ini penting untuk memastikan mereka tidak terdedah dengan unsur-
unsur negative yang tidak bermoral.

17. Apakah kesan penggunaan Internet yang tidak terkawal kepada murid?
A. Sering tidur lewat malam.
B. Lalai ketika melakukan aktiviti harian.
C. Tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran.
D. Tiada masa untuk bersama-sama dengan keluarga.

18. Pancaran cahaya dari skrin telefon bimbit atau komputer yang berlebihan
ketika melayari Internet boleh menyebabkan ___________
A. kelemahan daya ingatan.
B. kerosakan minda.
C. kerosakan mata.
D. kelesuan badan.

19. Pilih pernyataan yang betul tentang petikan.


A. Kita digalakkan untuk melayari Internet hingga lewat malam.
B. Kurang bergerak akan menyebabkan badan menjadi cergas.
C. Fokus kita akan terganggu jika kita melayari Internet.
D. Kanak-kanak yang melayari Internet perlu diawasi oleh ibu bapa.

20. Mengapakah ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ketika melayari Internet?
A. Supaya tidak membuang masa mereka.
B. Supaya kesihatan mereka tidak terjejas.
C. Supaya mereka mendapat perhatian yang secukupnya.
D. Supaya mereka tidak terdedah kepada unsur-unsur negative.

6
Bahagian B (10 markah)
Soalan 21
Pandankan perkataan yang betul bagi melengkapkan ayat-ayat berikut. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
i. Encik Rahman bekerja dengan gigih _______ kerana
menyara sepuluh orang anaknya.

ii. Suasana di pasar riuh-rendah ________ untuk


suara peniaga dan pengunjung yang hadir.

iii. Peniaga di pasar itu bukan sahaja dengan


mementingkan kebersihan _______ menjaga
keselamatan para pengunjung juga.
iv. Marsha tidak dapat membantu ibunya malahan
berniaga _________ dia perlu menjalani
latihan sukan di sekolah.

[4 markah]
Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah ini.

bidang batang jambak cubit

buah kawan pasukan ikat

i. Puan Adila memasukkan se _____________ garam ke dalam masakannya.


ii. Li Shan memberikan dua ___________ rambutan kepada neneknya
sebagai buah tangan ketika menziarahi neneknya.
iii. Encik Haris dan isterinya memberikan se ____________ bunga mawar
kepada anak mereka semasa hari konvokesyen.
iv. Pak Haris memberikan se ____________ tanah di Kampung Tanjung
kepada anak sulungnya.
v. Se _________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk
mencari makanan.
[5 markah]

7
Soalan 23
a. Gariskan jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah ini.
i. Pesakit yang mengalami kemurungan sentiasa berasa ______________
(gembira, gementar, gelisah) apabila memikirkan sesuatu masalah.
ii. Ladang kelapa sawit kepunyaan Encik Yen amat _________________
(lebar, besar, luas).
iii. Pekerja di restoran itu ______________ (menatang, menjijing,
menjujung) dulang makanan itu dengan berhati-hati.
iv. Masyarakat Cina ______________ (dilarang, dikawal, dipantau)
menyapu sampah pada hari pertama Tahun Baharu Cina.
[4 markah]

b. Pilih simpulan bahasa yang sesuai dan tulis pada ruang yang disediakan.

ayam tambatan anak emas anak buah anak angkat ayam jalak

Ayat Simpulan Bahasa


i. Ahmad menjadi harapan dalam pasukan bola sepak
negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
ii. Encik Halim dan isterinya tidak mempunyai anak.
Mereka mengambil anak yatim sebagai anaknya.

[2 markah]
c. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Buku cerita kanak-kanak


disusun di rak buku itu.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[2 markah]
8
Soalan 24
Baca petikan dibawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan ayat yang lengkap.

Kesihatan mental bermaksud keupayaan seseorang untuk berinteraksi bagi mewujudkan


perasaan sejahtera dengan menggunakan kebolehan intelek dan emosi bagi mencapai
matlamat. Mental yang sihat dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, dan
kerohanian yang seimbang.

Untuk mengekalkan mental yang sihat, amalkanlah gaya hidup sihat. Hal ini
demikian kerana minda yang sihat akan menghasilkan badan yang sihat. Dalam hal ini,
setiap individu harus makan makanan yang seimbang. Mereka juga haruslah melakukan
aktiviti fizikal dan berehat secukupnya.

Selain itu, mereka harus sentiasa berfikiran positif. Fikiran yang positif
dipengaruhi oleh percakapan dan perbuatan. Oleh itu, individu digalakkan untuk
bercakap perkara-perkara seperti “saya mampu berjaya” serta melakukan tindakan
yang positif.

Setiap individu yang mempunyai masalah pula harus berkongsi masalah tersebut
dengan rakan yang dipercayai. Perbuatan memendam perasaan membahayakan diri
kerana akan menyebabkan tekanan. Dalam berkongsi masalah, rakan dapat memberikan
cadangan dan nasihat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

a) Perkataan mental dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan

_________________ [1 markah]

b) Nyatakan cara untuk mengekalkan kesihatan mental.

i. _____________________________________________________

ii. _____________________________________________________
[2 markah]

c) Apakah tindakan yang wajar dilakukan apabila kawan kamu mengalami masalah

mental ?

_________________________________________________________

_________________________________________________________
[3 markah]

9
Soalan 25

Baca gurindam di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Gurindam ini saya dendangkan,


Keselamatan diri menjadi keutamaan.

Apabila kita bergerak ke sekolah,


Janganlah leka, awasi penjenayah.

Apabila hendak melintas,


Pastikan kenderaan tiada di jalan.

Apabila menggunakan tangga di sekolah,


Berebut – rebut mendatangkan masalah.

Apabila membeli di kantin sekolah,


Beratur dahulu, janganlah resah.

Apabila ingin menyertai lawatan,


Kebenaran penjaga jadi keutamaan.

Apabila kita bermain di padang,


Semua peraturan haruslah dipegang.

Apabila sentiasa mematuhi peraturan,


Kehidupan seharian sentiasa aman.

a) Apakah maksud rangkap ketiga gurindam di atas ?


_______________________________________________________

_______________________________________________________

[2 markah]

b) Apakah yang perlu dilakukan semasa ingin membeli makanan di kantin

sekolah ?

_______________________________________________________

_______________________________________________________
[1 markah]
10
c) Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang

salah berdasarkan gurindam tersebut.

Berebut-rebutlah semasa menggunakan


tangga di sekolah.

Kita hendaklah mendapatkan kebenaran


penjaga apabila ingin menyertai lawatan.

[1 markah]

Apabila kita bermain di padang,

Semua peraturan haruslah dipegang.

d) Apakah maksud baris-baris gurindam di atas.

_______________________________________________________

_______________________________________________________

[3 markah]

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ __________________________
(AMALINA BINTI JOPREE) (PUAN NURUL SAMEEHA LIM BINTI ABDULLAH)
Guru Penyelaras Bahasa Melayu Tahun 6, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SJK (C) Chi Wen, W.P Labuan. SJK (C) Chi Wen, W.P Labuan.

11

You might also like