You are on page 1of 9

Definisi Morfologi dan Sintaksis

1.0 Pengenalan

2012

Arus kemajuan ekonomi berasaskan pengetahuan serta literasi teknologi maklumat yang semakin canggih, aspek penekanan kepada ilmu pengetahuan amat penting. Tanpa ilmu pengetahuan, sesebuah masyarakat mungkin akan ketinggalan dengan arus kemodenan. Ketamadunan yang semakin berkembang menjadikan ilmu pengetahuan sangat penting. Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu yang merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Istilah bahasa Melayu terbentuk hasil daripada penggabungan dua patah perkataan, iaitu Bahasa dan Melayu. Ramai sarjana telah memberikan pelbagai takrifan tentang bahasa. Sebagai contoh, seorang sarjana barat yang bernama Edward Sapir yang telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk An Introduction to the Study of Speech. Di dalam buku tersebut, beliau memberi takrifan tentang bahasa, iaitu bahasa adalah satu cara tulen dan non-instingtif yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem simbol-simbol atau lambang yang dihasilkan secara arbitrari. Istilah Melayu juga mempunyai pelbagai takrifan daripada pelbagai tokoh. Antaranya, seorang sarjana tempatan yang bernama Zuber Osman, berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya. Perkataan alaya bermaksud tempat dan hima alaya membawa maksud tempat bersalji. Selain itu, perkataan Melayu juga dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. Maksud perkataan mlayu ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju ke kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka dan menuju ke Pulau Sumatera. Istilah melayu menurut Perlembagaan Malaysia ialah manusia yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan cara hidup Melayu dan menganut agama Islam.

1|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

1.1 Definisi Morfologi Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Dengan kata lain, morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatikal atau makna yang diakibatkan oleh perubahan bentuk kata itu. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu perkataan sakit dapat menerbitkan pelbagai perkataan lain seperti pesakit, kesakitan, penyakit, disakiti, sakit-sakit dan menyakitkan. Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan morfem. Perbezaan itu wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata akar atau kata dasar. Hal ini menunjukkan bahawa bidang yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 132),Bidang Morfologi merupakan satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi juga merupakan ilmu bahasa yang mengkaji

struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat. Menurut Ramli Md. Salleh (2007) morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Ada beberapa perkara utama yang dikaji dalam Morfologi. Ini termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut. Kata dibentuk dari unit-unit yang lebih kecil. Unit ini dipanggil morfem, iaitu unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebenarnya, morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Sebagai contoh kita perhatikan kata peralatan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil, iaitu per, alat, dan an. Dari ketiga-tiga unit ini, kita boleh mengetahui makna satu unit , iaitu alat. Bentuk alat ialah sebuah morfem bebas dan juga kata dan boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi, iaitu per dan an agak sukar untuk

2|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

mengetahui maknanya. Bentuk ini dipanggil morfem terikat kerana bentuk-bentuk ini tidak boleh berdiri sendiri Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Abdullah hassan (2006), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian mengenai bentuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Konsep bentuk itu diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi strukturnya, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam gelongan kata yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Menurut buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan

3|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya. Menurut Bloomfield (hal 207), morfologi sesuatu bahasa daripada binaan-binaan dalam manna bentuk-bentuk terikat hadir sebagai si antara konstituennya. Morfologi juga meliputi binaan kata-kata dan bahagian-bahagiannya. Sejajar dengan pendapat Lyons (1970:22) memberikan definisi morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata.

1.2 Definisi Sintaksis Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata susun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, dan frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Dengan lain perkataan kita melihat bagaimana frasa dan ayat tersebut. Binaan sintaksis ini dikaji daripada dua aspek. Pertama, ayat dikaji dengan melihat proses bagaimana unsur-unsur sintaksis bergabung menajdi frasa dan ayat. Ini dapat dikaji dengan melihat hubungan antara unit-unit sintaksis. Kedua, ayat dikaji dengan melihat bagaimana struktur-struktur ayat yang dibina serta fungsi-fungsinya. Ini dilakukan dengan melihat pola-pola sintaksis yang dibina dan fungsinya. Hubungan Sintaksis itu ialah hubungan antara kata dengan kata dalam membina frasa dan ayat. Khususnya, hubungan sintaksis melihat bagaimana unsur-unsur sintaksis, iaitu kata, frasa, klausa dan ayat berhubung membentuk Binaan Sintaksis. Terdapat empat hubungan dalam Sintaksis dalam Bahasa Melayu, iaitu hubungan posisi, hubungan berdampingan, hubungan kepertukaran, dan hubungan unsur terdekat. Asal usul perkataan sintaksis ini berasal daripada perkataan yunani, iaitu sun yang bereti dengan dan tattein yang bererti penempatan bersama-sama. Oleh yang demikian, secra etimologi, Sintaksis diertikan sebgai menempatan kata-kata secara

4|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa belanda, dan syntax dalam bahasa inggeris. Menurut Drs. A, Bakar Hamid (Mei 1964: 201-206),Sintaksis mencakupi bidang yang lebih besar daripada kata, iaitu klausa dan ayat. Bagaimana klausa-klausa dibentuk dan bagaimana klausa-klausa ini membentuk ayat merupakan pokok-pokok pembicaraan dalam sintaksis. Dalam berbicara dan menulis orang menggunakan ayatayat. Tiap-tiap ayat mempunyai awal dan akhirnya. Susunan beberapa kata membentuk frasa dan susunan beberapa frasa membentuk klausa-klausa dan ayatnya. Dalam hal ini, yang membezakan ayat daripada hanya klausa sahaja. Dalam hal ini, membezakan ayat daripada frasa ialah intonasinya. Sebuah ayat mempunyai intonasi yang menunjukkan bahawa ayat itu sudah berakhir. Menurut Nik Safiah Karim et al, (1993:317). Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk struktur, dan binaan atau konstuksi ayat. Menurut Abdullah Hassan (1980: 164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Contohnya: 1. Budak itu baru pulang dari sekolah Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat. Ayat tersebut mengandungi satu klausa yang terdiri daripada subjek iaitu budak itu, dan predikatnya baru pulang dari sekolah da;am klausa tersebut pula mengandungi satuan yang disebut frasa, iaitu frasa budak itu, baru pulang dan dari sekolah. Dengan kata lain ayat tersebut terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Menurut Abdullah Hasan (2007), binaan saintaksis ini dikaji daripada dua aspek. Pertama, ayat dikaji dengan melihat proses bagaimana unsur unsur sintaksis bergabung menjadi frasa dan ayat. Kedua, ayat dikaji dengan melihat bagaimana struktur-struktur ayat yang dibina serta fungsi-fungsinya. Ini dilakukan dengan melihat pola-pola sintaksis yang dibina dan fungsinya.
5|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

Menurut buku Tatabahasa Dewan (2011), Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

1.3 Kesimpulan Morfologi merupakan aspek penting berkaitan morfologi bahasa Melayu. Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa dan tatabahasa pula ialah perkara asas bagi Sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat. Sintaksis pula melibatkan jenis dan ragam ayat, tetapi juga rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat.

6|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

7|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

8|Page

Definisi Morfologi dan Sintaksis

2012

9|Page

You might also like