You are on page 1of 11

02

PENTAKSIRAN SETARA
BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
UJIAN BERTULIS

NOV EMBER SET 1 1 Jam

ARAHAN:

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.

2. Tulis nama anda pada ruang yang disediakan.
BAHASA MELAYU

3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan

Bahagian C.

4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan

Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C.

5. Jawapan Bahagian A hendaklah dijawab pada kertas objektif yang

disediakan.

6. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruang

jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.

7. Kertas soalan ini dan kertas jawapan objektif hendaklah diserahkan

kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:
Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh
Bahagian A 1 - 20 20
Bahagian B 1 10
2 10

Bahagian C 1 10

Jumlah 50

NAMA :………………………………………… TINGKATAN : ………..

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………................ ………………………................ .
PN NURUL HAZZUWEN ZAIDAN PN WAN ZAINAB BT OTHMAN
(KP Panitia Bahasa Melayu)

1
Arahan : Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C

BAHAGIAN A
[20 Markah]
Soalan 1 hingga soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Segeralah persiapkan kelengkapan A akan

untuk menyambut kepulangan putera B dengan
_________________ ,” titah tuanku C kepada
kepada Bendahara. D terhadap

A aku 5. Nek Som menanam tiga __________

B beta serai di tepi perigi.
C kita
D saya A petak
B batang
2. Pemancing itu __________________ C rumpun
kailnya apabila umpan kailnya diragut D longgok
oleh ikan.
6. Sekumpulan pegawai alam sekitar
A menarik sedang membuat _______________
B menegang di sungai yang tercemar itu.
C memintal
D menyentak A kajian
B intipan
3. Tayar motorsikal abang _________ C siasatan
kerana tercucuk paku di atas jalan. D andaian

A susut 7. Encik Ramesh pulang awal kerana dia

B lembik hanya bekerja __________________
C kempis hari sahaja.
D bengkok
A semua
4. Shuib selalu teringat ____________ B sesetengah
kenangan sewaktu bercuti di C setengah
perkampungan Orang Asli itu. D seluruh

Soalan 8

Ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
hendaklah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

8. Pesawat daripada Alor Setar telah selamat mendarat di Lapangan Terbang

A B
Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6:00 petang. Tiada kesalahan.
C D

2
Soalan 9 : Pilih ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9. I Tugas seorang wanita bekerja di samping menguruskan rumah tangga bukanlah

sesuatu tugas yang senang.
II Afiqah senang hati melihat kucing kesayangannya yang hilang dua hari lalu
ditemukan.
III Kerja sekolah Matematik itu amat senang dan tidak memerlukan jalan kerja yang panjang.
IV Puan Mala tidak dapat tidur dengan senang kerana jirannya berbual-bual dengan suara
yang kuat.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C dan jika tiada
kesalahan telah ditandakan dengan D.

10. Adik Qayyum menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang

mainannya tertinggal di kampung.

A semua barang mainannya

B semua barang mainan-mainanya
C kesemua barang-barang mainannya
D semua barang-barang mainannya

Soalan 11

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

11. Kecacatan yang dialami oleh Syamsul akibat kemalangan tidak mematahkan
semangatnya untuk mendaki Gunung Kinabalu.

A Semangat Syamsul untuk mendaki Gunung Kinabalu tidak pernah lemah setelah dia cacat
dalam kemalangan jalan raya.
B Kemalangan jalan raya membuatkan semangat Syamsul untuk mendaki Gunung Kinabalu
tidak pernah patah.
C Syamsul patah semangat selepas kemalangan jalan raya kerana dia cacat dan tidak dapat
mendaki Gunung Kinabalu.
D Akibat kemalangan jalan raya Syamsul mengalami kecacatan tetapi itu tidak melemahkan
semangatnya untuk mendaki Gunung Kinabalu.
3
Soalan 12-13 : Pilih ayat-ayat yang betul.

12. I Suzan dan Hui Lin berjanji akan ke perpustakaan di hari Ahad.
II Encik Abu membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah Tomyam.
III Pak Cik Saleh sanggup membanting tulang empat kerat demi menyara kaum keluarganya.
IV Beberapa orang guru sedang menghias pentas bersempena dengan sambutan Bulan
Kemerdekaan

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

13. I Pada hari raya, kanak-kanak sangat gembira kerana mereka dapat menimbun wang.
II Ayam goreng yang kami makan di gerai itu terlalu enak sekali.
III Aini duduk di antara Suzan dan Lili sewaktu mendengar taklimat PT3.
IV Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 14-15 : Pilih peribahasa yang paling sesuai

14. Pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin itu sama cantik sama padan sehingga
para tetamu saling memuji mereka.

Keadaan mereka dikatakan

A Bagai pinang dibelah dua

B Bagai dakwat dengan kertas
C Bagai pahat dengan penukul
D Bagai isi dengan kuku

15. Encik Johan mendidik anaknya sejak kecil supaya menghormati orang yang lebih tua.

Kenyataan itu menepati maksud peribahasa

A sambil menyelam minum air

B melentur buluh biarlah dari rebung
C belakang parang kalau diasah lagikan tajam
D baik berjagung dahulu sementara menunggu pada masak

4
Soalan 16- 20

Baca syair di bawah dengan teliti,kemudian jawab soala-soalan yang berikut.

SYAIR POHON BULUH

Menara tinggi banyak bertingkat,

Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak pula ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,

Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,

Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh

(penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1985
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

16. Berdasarkan Syair Pohon Buluh, berikan maksud rangkap keempat pantun di atas.

A Pemerintah perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan adil.

B Hubungan persaudaraan perlu dijaga bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham.
C Orang kaya perlu membantu orang miskin yang memerlukan bantuan.
D Amalan bersatu padu memberi banyak manfaat kepada semua orang.

17. Pilih baris syair yang mengandungi gaya bahasa Simile.

A Air tak tiris seperti kolam

B Ikat tingkatnya tak nampak alam.
C Banyak pula ia bersaudara
D Mata-mata menjaga segenap pangkat.
5
18. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh.

A Kita haruslah menghindari sikap malas kerana perbuatan tersebut akan membawa
kerugian.
B Kita haruslah menyakini kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam
C Kita haruslah menjaga hubungan persaudaraan dan silaturahim sesama kita untuk
mengelakkan pergaduhan berlaku.
D kita haruslah mensyukuri segala kurniaan dan ciptaan Tuhan

19. Apakah tema pantun tersebut?

A Pelbagai nasihat yang membina dalam kehidupan manusia.

B Mengamalkan perbuatan yang baik dalam kehidupan.
C Amalan perpaduan perlu diamalkan untuk mendapat pelbagai kebaikan dan faedah.
D Rasa cinta akan alam sekitar yang telah diciptakan Tuhan untuk makhluknya.

20. Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin pudar.

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan semangat ini semakin diabaikan?

A Sikap tidak mahu mengambil tahu hal orang lain semakin terhakis
B sentiasa membantu kepada orang yang memerlukan bantuan
C Ibu bapa mendidik dan menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
D Kerajaan menganjurkan pelbagai kempen perpaduan.
Bahagian A : 20 markah
(Jawapan)

TANDAKAN JAWAPAN ANDA BAGI SOALAN OBJEKTIF NOMBOR 1 HINGGA 20 DI SINI.

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1. A B C D 11. A B C D

2. A B C D 12. A B C D

3. A B C D 13. A B C D

4. A B C D 14. A B C D

5. A B C D 15. A B C D

6. A B C D 16. A B C D

7. A B C D 17. A B C D

8. A B C D 18. A B C D

9. A B C D 19. A B C D

10. A B C D 20. A B C D

20

6
BAHAGIAN B
[20 Markah]

Soalan 1: Subjektif pemahaman petikan

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1

“ Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” Pak riak wajah Sim
Pau terlukis perasaan yang amat menggembirakan hatinya. Segala
kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai
setelah menjawab panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan
gagangnya.

“Aku tidak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.” Lim Pooi keras
membantah. Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu
sebagai lelucon yang boleh diketawakan. Sebaliknya, kata-kata itu ibarat
racun yang disembur pada ladang-ladang bunga gembira yang baru dipetik
dalam hati Sim Pau. Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.

“Dia anak kita,” Sim Pau membalas.

“Dia bukan anak aku.” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

BAHAN 2

PROGRAM MOTIVASI KEKELUARGAAN

Murid-murid Tingkatan Tiga bersama-sama ibu bapa dan penjaga

Tarikh : 14 Oktober 2019

Masa : 8.30 pagi -12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Bestari SMK Petaling Indah
Penceramah : Encik Muhamad bin Adli
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Petaling Indah
Dengan Kerjasama :
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SMK Petaling Indah

7
i. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan tanggungjawab ibu bapa terhadap
anak-anak?

_________________________________________________________________________________

(3 markah)

ii. Nyatakan dua perwatakan Sim Pau ?

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(3 markah)

iii. Setiap anak mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa masing-masing.

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan ibu
bapa mereka?

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(4 markah)

10

8
SOALAN 2 : NOVEL

Novel Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Osman 10

Arahan : Padankan perwatakan dengan contoh peristiwa yang sesuai berdasarkan novel yang
telah anda kaji semasa di Tingkatan 1.

Intan berasa risau dan amat

bimbang akan keselamatan
Amir apabila anaknya itu
Seorang yang meninggalkan rumah tanpa
memberi sebarang pesan.
bijaksana.

Amir memaafkan Aswan

walaupun banyak kesalahan
yang dilakukan oleh Aswan
Seorang yang terhadap dirinya.
penyayang

Usamah berasa sangat

marah apabila seorang
pengguna Internet yang
Seorang yang pemaaf menghantar e-mel kepada
Amir untuk meminta maaf
dan tidak berdendam.
tidak menjawab pertanyaan
mereka.

Amir membuat rancangan

Seorang yang kurang yang bernas untuk
sabar memberkas penjenayah
yang mencuri baja subsidi
penduduk kampung.

Seorang yang suka

mengambil kesempatan Aswan telah mencuri
dan mementingkan diri pemacu pena [pen drive]
sendiri. milik Amir yang
mengandungi Formula
Termodinamik demi
kepentingan diri sendiri.

9
BAHAGIAN C
(10 MARKAH)

Lihat gambar rajah berkaitan cara-cara menghormati orang tua di bawah dengan teliti.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.

CARA-CARA MENGHORMATI ORANG TUA

• bersikap hormat kepada orang tua

• menolong orang tua yang memerlukan bantuan
• menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka
• mendengar nasihat dan setiap teguran mereka
• merendahkan suara ketika berbual dengan orang tua

10
______________________________________________________________________________________

- SOALAN TAMAT -
10 11

You might also like