You are on page 1of 4

Soalan 1: Rumusan

(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan
paya bakau dan kesan-kesan kemusnahannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kawasan hutan paya bakau atau paya laut dikenal pasti sebagai kawasan hutan semula
jadi di kawasan pasang surut air laut. Kawasan hutan paya bakau mempunyai tanah
berlumpur dan bersifat malar hijau sepanjang tahun. Kawasan itu juga kaya dengan
makanan daripada daun-daun yang gugur untuk kelangsungan hidupan laut seperti
ketam, kerang, siput dan sebagainya.

Selain itu, kawasan hutan paya bakau ini juga menjadi habitat haiwan-haiwan kecil
yang berlindung di akar-akar pokok bakau. Keadaan akar-akar bakau merupakan faktor utama
kawasan ini menjadi habitat yang sesuai. Hal ini menggalakkan spesies udang marin dan ikan
mencari makanan, bertelur, dan membesar di situ. Habitat ini bukan sahaja menggalakkan
pembiakan haiwan-haiwan kecil malahan mengelakkannya daripada pupus.

Di samping itu, hutan paya bakau juga menjadi kawasan penternakan ikan atau
udang di dalam sangkar. Kawasan ini sesuai kerana akar pokok bakau mengheningkan air
yang berkelodak dan menjadikan kawasan itu jernih. Walau bagaimanapun, ada pendapat
mengatakan bahawa kegiatan penternakan udang dan ikan di situ mencemarkan kawasan
sekeliling. Namun, pelbagai ancaman wujud terhadap ekosistem paya bakau apabila serIng
menjadi sasaran aktiviti pembalakan. Hal ini demikian kerana kayu bakau yang tahan lama
dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam sektor pembinaan seperti tiang
jeti. Kayu kawasan paya ini juga sesuai dibakar untuk dijadikan arang. Permintaan
terhadap kayu bakau juga semakin meningkat terutamanya dalam bidang pembinaan.

Keghairahan manusia menerokai dan memusnahkan ekosistem hutan paya bakau


sebenarnya mendatangkan impak negatif dan menyebabkan masalah lain timbul tanpa
disedari. Masyarakat mungkin tidak sedar bahawa hutan paya bakau sangat penting untuk
melindungi pesisir pantai daripada ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai
yang kencang.. Kawasan yang selamat ini menggalakkan spesies flora dan fauna
berlindung di kawasan itu. Burung residen dan hijrah akan mencari makanan dan bersarang di
situ.
Bagaimanapun, tanpa disedari kawasan hutan paya bakau ini semakin berkurangan akibat
penebangan hutan untuk memenuhi pelbagai kegiatan manusia. Oleh sebab itu, penanaman
semula telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan. Sejajar dengan itu, masyarakat kampung juga
digalakkan terlibat dalam penjagaan alam sekitar. Tambahan pula, mereka yang tinggal di
kawasan ini banyak bergantung pada hasil hutan paya bakau. Tanpa usaha yang berterusan untuk
memulihara hutan paya bakau, sudah tentu banyak pihak akan menanggung kerugian. Jadi,
pihak kerajaan juga perlu menghentikan lesen pembinaan kolam di kawasan ini pada masa akan
datang demi kelestarian hutan semula jadi yang tidak ternilai ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada ,’ Hutan paya bakau jana sumber laut,
Berita Harian, April 2015)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mendatangkan impak negatif. (2markah)

(ii)Pengarang telah menyatakan beberapa langkah yang perlu dilakukan dalam usaha
menangani masalah hutan paya bakau.
Nyatakan langkah-langkah tersebut. (3markah)

(iii) Kesedaran terhadap kepentingan hutan paya bakau perlu dipupuk di peringkat awal demi
memastikan kawasan ini terpulihara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah boleh memainkan peranan untuk
memupuk kesedaran murid terhadap kepentingan hutan paya bakau? [4 markah]
PENDAHULUAN

P1 Petikan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat/faedah hutan paya bakau di negara kita.


2m

P2 Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat/faedah hutan paya bakau dan kesan-


kesan kemusnahannya. 2m

JAWAPAN ISI TERSIRAT: KESAN KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU

T1 : menjejaskan keseimbangan ekosistem 2m

T2: kepupusan flora dan fauna 2m

T3 : menjejaskan sektor ekopelancongan 2m

T4 : menjejaskan sumber pendapatan nelayan setempat 2m

T5: mengakibatkan bencana alam / hakisan dan tanah runtuh 2m

KESIMPULAN

K1 Kesimpulannya, semua pihak haruskah bekerjasama mengekalkan hutan paya bakau supaya
kesejahteraan alam sekitar lebih terjamin. 2m

Jawapan soalan 2(a)

(i) Rangkai kata mendatangkan impak negatif bermaksud


menimbulkan/membawa/mengundang kesan/implikasi buruk (2m)

(ii) *Rujuk ayat-ayat bergaris dalam petikan. (3m)


2 isi cukup
(iii) Peranan sekolah memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan hutan paya bakau

P1 : pihak sekolah mengadakan Kempen Sayangi Hutan Paya Bakau supaya pelajar dapat
didedahkan tentang aspek kepentingan dan kesan kemusnahannya

P2 : guru di sekolah mendidik pelajar tentang hutan bakau melalui mata pelajaran Sains dan
Kelab Pencinta Alam

P3 ; sekolah menganjurkan lawatan smbil belajar ke kawasan hutan paya bakau

P4 : sekolah menganjurkan pertandingan melukis poster, menulis esei, pidato dan ceramah
berkaitan hutan paya bakau

P5 : persatuan Pencinta Alam menganjurkan ceramah/pameran tentang kepentingan hutan bakau


dan usaha-usaha memuliharanya 4m
3 isi cukup

You might also like