You are on page 1of 3

PEMAHAMAN UMUM

HUTAN BANDAR DAN HUTAN PAYA BAKAU


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Pokok yang ditanam boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah,
universiti dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui segala rahsia yang terkandung di sebalik
pokok dan hutan bandar. Pelajar boleh mengenal spesies, khasiat, kegunaan serta kepelbagaian spesies
paling tinggi di dunia menerusi kegiatan kokurikulum pada peringkat sekolah dan universiti.
Antara yang paling terkesan terhadap kehidupan harian manusia terutamanya yang tinggal di bandar ialah
peningkatan suhu kesan daripada fenomena El-Nino yang melanda kebanyakan negara di dunia
termasuklah Malaysia. Kesan peningkatan suhu ini telah menimbulkan keresahan berterusan terhadap
manusia. Hasil kajian menunjukkan bahawa suhu akan berkurangan di kawasan yang diliputi pokok atau
kawasan berhutan. Pengurangan jumlah suhu ini memberikan kesan ketara terhadap penduduk yang
berada di sekitarnya. Sesungguhnya, hutan bandar ialah satu ekosistem yang cukup kompleks untuk
diuruskan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kawasan hijau penting dalam perancangan bandar’
oleh Dr Shaharudin Idrus,
Berita Harian Online, 23 April 2016

Bahan 2
Hutan paya gambut di Malaysia terbentuk antara 4,000 dan 5,000 tahun lalu. Data Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPM) pada 2017 mengesahkan hutan ini berkeluasan 253.45 ribu hektar daripada
keseluruhan 4.41 juta hektar keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Semenanjung Malaysia. Ekosistem ini
menjadi tempat pembiakan beberapa jenis ikan air tawar hilir sungai bernilai komersial.
Hutan paya gambut mempunyai beberapa rangkaian fungsi dan perkhidmatan ekosistem penting dalam
menjamin kelangsungan hidup manusia dan kesejahteraan alam. Walaupun berperanan penting, ekosistem
paya gambut sering tidak dihargai. Litupan paya gambut hanya tiga peratus daripada keseluruhan
permukaan bumi, namun bertanggungjawab menyerap dua kali ganda karbon dioksida berbanding dengan
hutan jenis lain. Oleh itu, keupayaan hutan ini menyerap karbon dioksida membantu menstabilkan iklim
dengan memperlahankan proses pemanasan global.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Usah menyesal jika hutan paya gambut hilang’
oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman,
Berita Harian Online, 27 Februari 2020

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menjamin kelangsungan. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan fungsi hutan bandar dan hutan
paya gambut.
[3 markah]

(iii) Saiz hutan di negara kita semakin mengecil dan hal ini amat membimbangkan banyak pihak.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang mendorong kepada masalah tersebut? [3 markah]

(iv) Belakang sekolah anda mempunyai hutan. Hutan tersebut dijadikan kawasan rekreasi bagi
masyarakat di sekitarnya. Hutan itu juga menjadi tempat pembiakan spesies flora dan fauna. Baru-baru
ini, hutan tersebut telah mengalami kemusnahan disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Anda berasa amat kecewa dengan keadaan itu.
Sebagai murid yang cinta akan alam sekitar, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak
sekolah untuk memupuk kesedaran murid tentang sikap mencintai hutan. [4 markah]

JAWAPAN
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menjamin kelangsungan. [2 markah]

... menjanjikan / memastikan / menentukan kesinambungan / kelanjutan


(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan fungsi hutan bandar dan hutan paya
gambut.

[3 markah]
Persamaan fungsi hutan bandar dan hutan paya gambut
... suhu akan berkurangan di kawasan yang diliputi pokok atau kawasan berhutan ATAU
... menyerap karbon dioksida membantu menstabilkan iklim dengan memperlahankan proses pemanasan global
Fungsi hutan bandar
... bahan pengajaran dan pembelajaran
Fungsi hutan paya gambut
... tempat pembiakan beberapa jenis ikan air tawar hilir sungai bernilai komersial
(iii) Saiz hutan di negara kita semakin mengecil dan hal ini amat membimbangkan banyak pihak.

Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang mendorong kepada masalah tersebut? [3 markah]
... pembalakan haram / penebangan hutan
... kegiatan pertanian / perladangan
... pembakaran hutan
... pencemaran alam sekitar
... pembangunan yang tidak terancang
(iv) Belakang sekolah anda mempunyai hutan. Baru-baru ini, hutan tersebut telah dibakar dan dijadikan tapak
pertanian oleh penduduk di sekitar taman perumahan di kawasan itu. Anda berasa amat kecewa dengan keadaan
itu memandangkan hutan tersebut dijadikan kawasan rekreasi untuk masyarakat di sekitarnya.
Sebagai murid yang cinta akan alam sekitar, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah
untuk memupuk kesedaran murid tentang sikap mencintai hutan. [4 markah]
... pihak sekolah perlulah menganjurkan kempen / ceramah mencintai hutan supaya dapat meningkatkan ilmu
tentang kepentingan menjaga hutan
... pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti penanaman pokok yang ditebang semula agar merendahkan suhu
bumi
... pihak sekolah haruslah mengadakan pertandingan bertemakan hutan supaya dapat mewujudkan rasa sayang
akan hutan
... pihak sekolah hendaklah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan hutan daripada sampah sarap agar dapat
menyelamatkan spesies flora dan fauna

You might also like