You are on page 1of 9

3.

1 Menyayangi dan
menghargai alam sekitar
Definisi: Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara
alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan
ekosistem.

Kata Kunci:
Memelihara alam sekitar.
Memulihara alam sekitar.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan

1) Isi Kandungan
Menjadi habitat flora dan fauna.
Menyediakan sumber makanan dan bekalan oksigen.
Hutan mempunyai fungsi-fungsi berikut:
a)Hutan menjadi tempat penyimpanan air.
b)Akar tumbuhan membantu mengekalkan struktur tanah daripada terhakis dan
menyebabkan banjir.
c)Menyediakan pelbagai sumber ekonomi seperti balak, damar, rotan, buluh dan
sebagainya.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan
Kesan-kesan kegiatan yang menjejaskan alam sekitar:
a)Flora dan fauna akan mengalami kepupusan.
b)Kawasan hutan di seluruh dunia berkurangan akibat kerja pembalakan
dan pengambilan sumber tanpa kwalan.
c)Ketidakseimbangan ekologi.
d)Perubahan cuaca yang dikenali sebagai El-Nino dan La-Nina.
e)Perubahan cuaca menyebabkan kesan rumah hijau.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan
Cara-cara memelihara dan memulihara alam sekitar:
a) Penanaman semula hutan.
b) Pengurusan hutan yang mapan.
c) Mewartakan Taman Negara, Taman Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan
Simpanan.

d) Pengkuatkuasa undang-undang seperti Dasar Hutan Kebangsaan 1978 dan


Akta Perhutanan Negara 1984.
Kesedaran tentang kepentingan mengekalkan hutan harus wujud dalam diri untuk
memastikan pemuliharaan dapat dijayakan dan generasi akan dating dapat
mengenali spesies tumbuhan dan haiwan liar yang wujud pada hari ini.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan
Fikir dan Jawab

1) Apakah yang kamu faham dengan penghutanan semula?


Penanaman semula bermaksud menanam semula benih tumbuhan di sekitar tanah penebangan
pokok yang telah diguna supaya keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.
2) Mengapakah penghutanan semula perlu dilakukan?
Penghutanan semula perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan rumah hijau dan mengekalkan
keseimbangan alam sekitar.
3) Jelaskan kepentingan hutan kepada alam sekitar.
Kepentingan hutan kepada alam sekitar termasuklah menyerap gas karbon dioksida dan hutan
membebaskan gas oksigen, membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem, menjadi tempat
penyimpanan air, mengekalkan struktur tanah daripada terhakis dan menyediakan pelbagai
sumber ekonomi.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan
4) Apakah peranan manusia bagi menjamin keseimbangan ekosistem?
Peranan manusia bagi menjamin keseimbangan ekosistem ialah memusnahkan flora dan
fauna.
5) Demi kemajuan, alam sekitar perlu dikorbankan. Setujukah anda dengan pernyataanini?
Bincangkan.
Saya tidak setuju dengan pernyataan ini kerana jika alam sekitar diabaikan, tiada nilai untuk
Negara yang maju. Negara kita akan mengalami pelbagai jenis pencemaran.
6) Memusnahkan flora bermaksud menghapuskan fauna. Sejauh manakah benarnya bpernyataan
tersebut?
Pernyataan tersebut menerangkan memusnah flora akan menyebabkan fauna kehilangan
habitat mereka. Ini juga menyebabkan herbivore mati kelaparan dan juga menjejaskan
ekosistem.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan
Aktiviti B
1) Andai saya ialah seorang daripada mangsa tragedy tersebut, saya akan
berasa sedih kerana banyak nyawa manusia yang dikorbankan dan takut
kerana melihat kejadian seperti ini boleh mengorbankan banyak nyawa
dalam sekelip mata.
2) Jika semua pihak bertanggungjawab seperti penebang pokok yang
mengawal penebangan serta mengawal kegiatan meneroka hutan untuk
tujuan pembinaan, kejadian ini mungkin tidak akan terjadi. Penanaman
hutan semula juga perlu dilakukan untuk memastikan pokok yang
ditebang dapat tumbuh semula.
3) Saya tidak setujut, orang yang didapati bersalah memusnahkan hutan,
perlu didenda dengan wang sahaja. Mereka patut bertanggungjawab atas
perkara ini. Selain denda wang, mereka juga perlu membantu dalam
penanaman hutan agar hutan boleh kekal.

Unit 17: Flora Fauna Anugerah


Tuhan
Aktiviti C
1) Saya berasa sedih beribu-ribu nyawa makhluk ciptaan Tuhan dikorbankan dan
diabaikan kegunaannya.
2) Pada pendapat saya, kejadian ini berlaku kerana tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab iaitu membuang sisa toksik ke dalam laut serta diesel
yang dikeluarkan oleh kapal besar yang melalui lautan.
3) Kejadian seperti ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem di kawasan
tersebut kerana haiwan lain tidak mendapat makanannya dan mati kelaparan
dan ini akan menjejaskan ekosistem.
4) Jika kejadian seperti ini berlaku di kawasan saya, tindakan yang akan saya
ambil ialah melapor Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya menyiasat perkara ini
dan menangkap serta mendenda orang tersebut supaya tidak mengulangi
lagi perbuatan seperti ini.

3.1 Menyayangi dan


menghargai alam sekitar
Unit 17: Flora Fauna Anugerah
Tuhan

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like