You are on page 1of 29

Definisi

Landskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap individu. Ia membawa


maksud yang luas merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia
seperti perladangan, perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan interaksi di
antara sumber semula jadi dengan keperluan manusia yang merangkumi usaha mengagumi
keindahan dan nilai estetik, seni bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.
(Jabatan Landskap Negara,2005)
Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan desa.
Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi sama ada di bandar
atau desa termasuk ciri-ciri semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan
struktur buatan manusia seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya.
Arkitek Landskap merupakan satu profesion yang terlibat secara langsung di dalam
memberi perkhidmatan professional dalam pembangunan Landskap bermula daripada
peringkat perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan setiap projek
pembangunan. Kontraktor landskap pula ialah orang yang membuat kerja-kerja pembinaan dan
pengurusan landskap.
Kebiasaan pengertian landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan
landskap kejur. Landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur tanaman sama ada pokok utama,
pokok renek, pokok jenis memanjat, pokok herba, atau jenis menutup bumi. Landskap kejur
pula meliputi unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki, tempat sampah,
papan tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan sebagainya.
Menurut Hubbard dan Kimball (1917), Senibina landskap merupakan:
Seni halus di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara
kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara.
Menurut Garrett Eckbo (1950), Seni bina landskap merupakan:
sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai
ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).

A. Jenis-Jenis Landskap
a. Landskap Kediaman
Landskap kediaman dibahagikan kepada dua iaitu Landskap kediaman luar bandar dan
Landskap kediaman bandar. Landskap-landskap ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan
budaya.
1.

Landskap kediaman luar bandar


Mempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan

peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.


2. Landskap kediaman bandar
Mempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya
landskap dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman ditanam
di dalam pasu.
b. Landskap dipengaruhi oleh keadaan budaya
1. Masyarakat Melayu
Menanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan, halia, cekur, lengkuas,
pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selom dan pegaga. Elemen buatan
seperti pagar dan wakaf juga adalah pengaruh dari budaya.
Foto: Rumah Melayu

2. Masyarakat Cina
Menanam tumbuhan berwarna merah dan kuning contoh adenium, pinang merah,
bonsai, limau dan kemunting. Elemen buatan seperti pondok merah didirikan untuk
upacara keagamaan, tanglung merah dan air terjun buatan.
2

3. Masyarakat India
Menanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa, tebu, pisang, sireh dan pinang.
Elemen buatan seperti periuk tanah dan air terjun dan patung.
c.

Landskap kawasan sekolah


Tumbuhan hiasan yang harmoni dan mewujudkan suasana kondusif ditanam di
kawasan sekolah. Elemen yang dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf bagi
mengurangkan kebosanan dan menanam pelbagai warna dan bentuk pokok untuk
memberi suasana yang segar.
Foto:

d.

Landskap kawasan hospital


Suasana tenang diwujudkan dengan menggunakan elemen air. Penerapan unsur-unsur

terapeutik dan pemilihan tumbuhan yang berwarna, tumbuhan hiasan yang tersusun dan
tumbuhan yang berbau harum bagi mencapai tujuan tersebut.

Foto:
Hospital
Sg.
Buloh
e.

Landska
p
kawasan

masjid/gereja
Landskap ini mengutamakan fungsi estetik dan nilai. Elemen landskap seperti wakaf
digunakan. Penggunaan tumbuhan berbau harum juga dijadikan elemen penting.
Foto: Masjid Sultan Mizan
f.

Landskap Kawasan Rekreasi


Suasana persekitaran yang selesa dan segar diwujudkan. Banyak menggunakan
tumbuhan
berwarna
hijau dan

menggunakan banyak pokok naungan. Penggunaan elemen siar kaki, laluan


refleksologi, pergola, pancutan air, kolam ikan hiasan dan wakaf.
Foto:

g.

Landskap Kawasan

Bersejarah
Mewujudkan kembali hasil peninggalan satu budaya. Tumbuhan dan binaan merujuk
kepada elemen yang berkaitan budaya. Antara contoh ialah mewujudkan landskap hasil
peninggalan budaya Portugis, Belanda dan British seperti di Bukit Tinggi, Lembah
Bujang, A Famosa dan Bukit larut.
Foto:

h.

Landskap Kawasan Perindustrian


Tumbuhan yang ditanam khusus untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan
mengadang pemandangan yang tidak menarik. Tumbuhan yang sesuai mempunyai
tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan air ini dapat membantu
i.

menyerap habuk dan bunyi.


Landskap Kawasan Taman Tema
Banyak menggunakan elemen air dan tumbuhan naungan. Tumbuhan yang ditanam
mempunyai nilai estetik seperti bonsai dan topiary.
Foto:
5

j.

Landskap Kawasan Laluan/ Jalan


Tumbuhan yang ditanam berfungsi menunjuk arah, menghalang cahaya,
kenderaan/matahari, membahagi kawasan dan menyerap habuk. Tumbuhan yang di
pilih hendaklah yang tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan dan pokok yang
kuat serta tidak mudah tumbang.
Foto:

B. Landskap Semula Jadi


Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada
secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang
tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semula jadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semula jadi" kerana
kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain,
baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh
manusia di izin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula
jadi". Biasanya, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang
ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam
semula jadi dan manusia.

Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan
persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuk manusia. Berdasarkan ini,
masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap
bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan
pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik,
sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk
melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta
mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang
semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak
dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni
manusia.
Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:
1. Pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat
pencemaran sifar pada masa hadapan;
2. Pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan
alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau
sumber tenaga yang boleh baharu;
3. Pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti air, tanah
dan udara;
4. Perlindungan ekosistem perwakilan, unik ataupun asli;
5. Pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
6. Penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan;
dan
7. Pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti dan ekosistem yang diperlukan oleh
semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim
yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon
dioksida, dan interaksi dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah
ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim
(iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi
penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk
menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.
Foto: Landskap semula jadi

C. Landskap Moden
Landskap moden dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor sehingga ke hari ini. Beberapa konsep
telah dikenal pasti pada awal kemunculan idea mengenai landskap. Dari Eropah, Asia dan
segenap negara Mediteranean mempunyai konsep landskap yang tersendiri.

1. Konsep English nature/ romantic period (1715-1837)

Konsep ini menanamkan minat kepada nilai estetik tidak formal berbanding formal.
Prinsip-prinsip komposisi lukisan mula diamalkan dalam landskap sebenar (picturesque).
Penekanan kepada landskap semula jadi dan ekologi mula dilakukan. Kerja pembinaan
landskap yang romantik dilakukan dalam konsep ini. Pada era ini terjadinya penolakan kepada
idea landskap geometri. Contoh pembinaan yang menggunakan konsep ini ialah Taman
Longleat, Chatsworth dan Kew Garden.

Taman Botani Diraja Kew


Kebun Botani Diraja Kew biasanya dirujuk sebagai Kebun Kew sahaja (Kew Gardens),
berkeluasan 121 hektar dan terletak di Richmond dan Kew di barat daya London, England.
Pengarahnya adalah Profesor Stephen D. Hopper, yang menggantikan Profesor Sir Peter
Crane. Taman Botani Diraja Kew juga ialah nama pertubuhan yang menjaga Taman Kew dan
taman Wakehurst Place di Sussex. Ia adalah sebuah institusi penyelidikan dan pendidikan
botani penting dengan 700 kakitangan dan pendapatan 56 juta untuk tahun berakhir 31 Mac
2008, dan juga sebagai suatu tarikan pelawat yang menerima hampir 2 juta lawatan pada tahun
itu.
Taman ini merupakan sebuah perbadanan awam NGO yang ditaja oleh Jabatan Hal
Ehwal Persekitaran, Makanan dan Luar Bandar. Kebun Kew ditubuhkan pada 1759 dan telah
meraikan ulang tahun ke-250nya pada 2009. Pengarah Taman Botani Diraja Kew
bertanggungjawab terhadap pengumpulan terbesar tumbuhan hidup di dunia. Pertubuhan ini
mempunyai lebih daripada 650 orang saintis dan kakitangan lain. Koleksi hidup termasuk
30,000 jenis tumbuh-tumbuhan berlainan, herbarium yang terbesar di dunia dan lebih daripada
7 juta spesimen tumbuhan terawet. Perpustakaannya mengandungi lebih daripada 750,000 jilid,
dan koleksi ilustrasi mengandungi lebih daripada 175,000 cetakan dan lukisan tumbuhtumbuhan. Tapak Kew mengandungi empat bangunan senarai Gred I dan 36 struktur senarai
Gred II dalam sebuah landskap penting secara antarabangsa.

Foto: Taman Botani Diraja Kew, UK

D. Prinsip dan Elemen Dalam Landskap


Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip
tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan
dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum
mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.
10

1. Keringkasan
Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan
mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan unsur-unsur dan elemenelemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah
dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.
Landskap yang ringkas boleh meningkatkan daya tarikan jika pengurusan dan
penyenggaraan dijalankan dengan rapi.
Foto: Keringkasan

2. Keanekaan
Keanekaan adalah penggunaan pelbagai
jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk
landskap. Banyak ciri digunakan
terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz,
bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat
menimbulkan satu daya tarikan serta
mengelakkan rasa jemu atau bosan.
Keanekaan dapat diterjemahkan melalui
penggunaan kepelbagaian elemen seperti
warna, bentuk, tekstur, perubahan haluan,
pergerakan, bunyi dan juga kualiti
cahaya. Apabila menggunakan prinsip keanekaan, sekurang-kurangnya tiga unsur reka
bentuk perlu dikaitkan pada satu gabungan iaitu:
a. campuran tiga warna
b. campuran 3 tekstur
c. campuran 3 ukuran
Foto: Keanekaan

11

3. Keseimbangan
Ia bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan
keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan
adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal.
Keseimbangan formal bersifat geometri, simetri, dan ditentukan melalui pengulangan
elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan
lebih bersifat natural. Keseimbangan adalah popular dari segi visual untuk mendapatkan
pemandangan yang menarik. Gubahan dan susunan tanaman dalam landskap boleh
dibahagikan kepada dua cara iaitu:
i. Susunan seimbang
Memberi persepsi yang formal lantaran tanaman dan elemen landskap diatur sama bentuk,
sama bilangan, sama warna, sama ukuran dan sama tekstur sama ada di bahagian kiri atau
kanan kawasan. Selalunya didapati di taman formal seperti di negara Perancis dan negara
Islam.
Foto:

12

ii. Susunan tidak seimbang


Memberikan persepsi yang selesa, nyaman dan ketenangan.
Keseimbangan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a. Keseimbangan antara kedua-dua bahagian garisan (kiri- kanan)
Diatur secara formal dengan kedua-dua bahagian garisan mempunyai aturan yang sebentuk
atau ukuran yang kontras antara kiri dan kanan.
b. Keseimbangan perspektif
Meliputi keseimbangan bahagian depan, tengah dan belakang. Susunan tanaman dalam
keseimbangan ini selalunya melibatkan penanaman pokok jenis hiasan di bahagian belakang,
jenis renek di bahagian tengah dan jenis penutup bumi di bahagian hadapan. Tanaman boleh
dipilih berdasarkan tekstur dan warna (menggunakan tanaman yang bertekstur kasar,
sederhana dan halus untuk menampakkan kawasan atau ruang yang luas dan sebaliknya.
Pemilihan warna pula, bahagian belakang haruslah berwarna lebih cerah dari kawasan tengah
atau hadapan.
Foto:

13

4.

Skala / ukuran
Skala adalah pertalian dan perbandingan saiz di antara sesuatu elemen dengan elemen
yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya. Manusia
terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan
dan perbandingan. Penggunaan elemen-elemen yang besar dalam ruang yang sempit akan
menampakkan kawasan menjadi lebih kecil daripada sebenarnya. Sementara penggunaan
elemen-elemen yang kecil dalam ruang yang luas akan menampakkan kawasan menjadi
lebih besar daripada saiz sebenarnya. Pokok naungan jenis besar / pokok renek jenis
rendah tidak sesuai ditanam berhampiran dengan rumah. Warna juga dapat memberi
ukuran kepada ruang. Contohnya ruang yang ditanam dengan pokok jenis daun akan
kelihatan sempit berbanding dengan ruang yang ditanam dengan tanaman yang berwarna
cerah. Dalam landskap, ukuran bermaksud dimensi sesuatu ruang atau saiz sesuatu
elemen/objek. Ukuran boleh dikira dalam bentuk mutlak.

Foto:

14

5. Turutan/ Ulangan
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan adalah berulang-ulang. Ulangan
selalunya dalam bentuk linear (memanjang) atau barisan. Prinsip turutan akan memberikan
pemandangan yang bersambungan dan berterusan dalam sesuatu kawasan. Prinsip ini
biasanya digunakan bagi membahagikan kawasan, menunjukkan sempadan kawasan atau
menunjuk arah bagi laluan-laluan tertentu seperti di tepi jalan. Turutan daripada satu
gubahan dan susunan tanaman kepada satu gubahan dan susunan tanaman yang lain
15

mengikut perubahan bentuk, warna, tekstur, ukuran dan jarak tanaman. Penanaman pokok
dengan jarak yang berbeza boleh memberi pandangan yang harmoni, terutamanya apabila
turutan jarak dari sebatang pokok ke jarak gabungan pokok-pokok. Susunan mengikut
turutan jarak ini boleh memberi tumpuan atau daya tarikan dalam landskap.
Foto:

6.

Penumpuan
Penumpuan

bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi tumpuan dan menarik perhatian.
Elemen tertentu dijadikan daya tarikan. Penumpuan biasanya dibuat pada tempat-tempat yang
strategik, unik dan paling menarik. Elemen penumpuan dapat diwujudkan dengan
menggunakan warna tumbuhan yang menarik, tekstur yang kasar, bentuk yang unik atau
garisan yang bertemu di satu tempat.
Foto:

16

E. Pemilih
an
Konsep
untuk
Kawasan Kediaman dan Perancangan
Pengenalan
Suasana hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri perhatian di laman pasti
memberikan persepsi tersendiri kepada keluarga dan tetamu bertandang. Berlatarkan
tumbuhan segar yang menjalar berbunga bagai pelengkap pagar dan menjadi simbol
menyambut kehadiran keluarga serta tetamu. Reka letak dan perancangan teliti tumbesaran
setiap tanaman itu membuatkan visual pemandangan tetap mengilhamkan ketenangan
sepanjang masa. Suasana redup dan nyaman lebih terasa di laman kediaman teres tiga
tingkat itu kerana pepohon yang ditanam berfungsi mendinginkan suasana. Susunan
menarik pasu yang ditanam pelbagai jenis tanaman dan digantung pada sudut khas di
laman menggambarkan latar landskap tersendiri .Kehadiran kerusi santai benar-benar
memberi peluang keindahan landskap dihayati sepenuhnya saban waktu.
Laman indah itu menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan minda dan mencari
ketenangan sepanjang masa. Bukan sekadar pada laman keindahan semula jadi
diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke ruang dalaman, suasana hijau turut mengambil
tempat terutama di ruang tamu. Konsep hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman
mahupun ruang kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan dan keselesaan
berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan suasana.
Dalam menghias ruang tamu, pemilihan pepohon hijau menjalar sebagai latar kemasan
dinding sekali gus membuatkan suasana di ruang berkenaan sejuk mendamaikan.
Kehijauan dan kesegaran pepohon menjalar ini membawa keunikan tersendiri setiap kali
berehat di satu-satu ruang itu sambil mata disajikan dengan pemandangan semula jadi.
Walaupun kebanyakan pokok dalam rumah tidak memerlukan cahaya matahari, binaan
17

ruang yang membenarkan cahaya masuk turut dilakukan supaya tumbesarannya tidak
terganggu.
Sentuhan kreatif turut diketengahkan kerana semua pepohon hijau menjalar dalam
ruang kediaman itu ditanam dalam pasu kraf menarik. Tanaman juga memerlukan perhatian
seperti diri kita kerana setiap perkembangan amat penting selain memupuk rasa cinta
terhadap kehijauan alam. Paling penting beri tumpuan kepada rutin siraman, pembajaan
dan penukaran tanah dalam pasu harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Kesempurnaan Landskap
Sebagaimana yang telah dikatakan, landskap dan kediaman perlu menyokong antara
satu sama lain. Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang pilihanpilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.
Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap. Gabungan landskap
lembut dan landskap kejur menyempurnakan laman. Ada beberapa aspek dalam
pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, cita rasa
peribadi dan sumber-sumber yang ada.
Konsep
Pastikan konsep landskap yang ingin terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan
kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran
mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan
sebagainya.
Pastikan konsep landskap pilihan itu selari dengan reka bentuk rumah dan corak hiasan
dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni. Jika
gugusan pokok atau bunga-bungaan ditanam, pastikan ia disusun mengikut lapisan
ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang,
sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi
membolehkan kesemua tanaman dapat dilihat, bahkan jika tanaman mengeluarkan bunga,
susunan yang menarik dapat diwujudkan.
Terdapat landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya
mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada
pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman
18

dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.
Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air yang ringkas
sudah memadai. Bahan-bahan yang telah siap dijual boleh digunakan atau membina sendiri
sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang dimiliki. Semua bahan atau
keperluan membina landskap basah boleh di peroleh dengan mudah di kedai-kedai
hardware atau di kedai-kedai akuarium.
Pastikan landskap yang direka dan dibina itu tahan serta mudah diselenggarakan.
Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk
dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban
penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih
bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa
membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.
Landskap Lembut terdiri daripada unsur seperti tumbuhan dan air. Manakala landskap
keras/kejur melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, simen,
besi dan fibre glass.
F. Prinsip Reka Bentuk Taman
1. Saiz
Saiz merupakan prinsip yang diutamakan dalam reka bentuk taman. Merupakan faktor
yang paling penting sebelum mereka bentuk taman.
2. Tekstur
Elemen tekstur dapat memberikan kepelbagaian kepada taman.
3. Kesan bunyi (sound effects)
Taman dilengkapi set kolam air pancut, gantungan buluh atau berbagai-bagai-bagai lagi
instrumen. Contohnya air pancut yang menitis dapat menghasilkan bunyi yang semula
jadi.
4. Struktur
Struktur bermaksud binaan oleh manusia. Contohnya seperti laluan pejalan kaki, pokok,
batu dan dinding.
5. Aplikasi warna
Aplikasi warna ialah kombinasi warna yang baik akan menghasilkan sebuah taman yang
mempunyai nilai estetika.
6. Cahaya (lightning)
Pencahayaan boleh diperoleh secara semula jadi atau buatan sendiri.

19

G. Perancangan
Kawasan di sekitar rumah merupakan ruang yang berharga yang boleh menambah
ruang kehidupan kita dan mendapat keseronokan daripadanya. Taman mempunyai lantai,
dinding, perabot, perkakasan, pencahayaan dan tema yang berbeza. Taman juga mempunyai
siling yang mungkin dalam bentuk kanopi pokok dan pergola. Berikut adalah perkara-perkara
yang perlu difikirkan dan patut dibuat untuk menjadikan taman yang dibina itu menjadi sebuah
taman yang ideal.
Taman seperti rumah boleh dianggap sebagai tempat tinggal. Taman yang ideal bukan
sahaja cantik tetapi memenuhi keperluan penggunanya. Taman adalah sebuah kawasan yang
harmoni. Bagi sesetengah orang lain pula taman sebagai tempat yang tenang untuk berehat,
selain tempat/ruang untuk melayan tetamu serta untuk memasak dan menikmati makanan. Bagi
kanak-kanak pula taman merupakan tempat untuk bermain. Mereka bentuk taman yang dapat
memenuhi gaya hidup seseorang dan kelihatan bergaya sambil memuaskan hati merupakan
satu cabaran dan satu keseronokan. Oleh kerana itu, semasa merancang untuk mereka bentuk
dan membina taman, faktor-faktor berikut penting untuk diteliti dan diguna pakai:
1. Persekitaran setempat Reka bentuk dan pembinaan taman hendaklah mengambil kira
dengan persekitaran setempat seperti jenis tumbuhan, iklim, jenis tanah, dan lain-lain.
2. Penyesuaian dengan cuaca - Cuaca mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan
taman. Cuaca yang ekstrim mempengaruhi ketahanan tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan
taman.
3. Personaliti dan gaya hidup - Sesuaikan reka bentuk taman dengan personaliti dan gaya
hidup penggunanya.
4. Mengubahsuai taman mengikut keperluan - Bina taman yang dapat diubahsuai pada
masa-masa tertentu tanpa menjejaskan ruang dan kawasan sedia ada.
5. Menilai Lokasi/Kawasan Taman-Dapatkan semua maklumat mengenai taman tersebut. Ini
termasuklah memastikan ukuran taman, dan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai
ciri-ciri fizikal taman tersebut. Gunakanlah kertas, pensel, pita pengukur, dan kajian dengan
merekodkan segala pemerhatian, dan melukis secara kasar gambaran taman yang
dikehendaki. Maklumat-maklumat ini merupakan asas kepada reka bentuk taman yang menarik.

20

6. Pemandangan yang menarik - Taman yang dibentuk mestilah mempunyai pemandangan


yang cantik dari pelbagai sudut. Mungkin berlatar belakangkan padang rumput, bukit- bukau,
tasik dan lain-lain.
7. Aspek dan kesan Reka bentuk taman semestinya memberi kesan yang mendalam kepada
penggunanya sama ada melalui penglihatan, pendengaran, atau perasaan.
8. Sebagai teduhan - Lebih menarik dan lebih berkesan jika rekabentuk taman mempunyai
tempat-tempat berteduh melalui binaan pergola, gazebo atau silara tumbuhan taman.
9. Jenis tanah dan penanaman - Perhatikan dan cari maklumat mengenai jenis tanah di
kawasan landskap. Ini akan membantu untuk membuat pemilihan jenis tumbuh-tumbuhan
taman yang sesuai dan dapat hidup subur.
10.Dari pemerhatian kepada perancangan berskala - Perhatikan ruang dan kawasan taman
secara keseluruhan lalu buat perancangan rekabentuk taman dengan skala yang tertentu dan
sesuai. Manusia dan haiwan dijadikan bahan rujukan.

21

H. Elemen dalam Mereka Bentuk Taman Yang Menarik


Reka bentuk taman yang baik merupakan sesuatu yang ringkas dan memenuhi keperluan sama
ada untuk gaya formal, tak formal atau gabungan kedua-duanya. Reka bentuk seharusnya
memenuhi keperluan anda, mencerminkan personaliti anda, dan berada dalam keadaan
harmoni dengan persekitaran. Sesuatu reka bentuk yang berjaya boleh diperolehi melalui
pemerhatian, peraturan-peraturan mudah untuk memanipulasi ruang dan memberikan warna,
paten dan tekstur.

1. Gaya taman - Sebaik-baiknya sebuah taman mempunyai gaya, tema dan konsep yang nyata
sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna.

2. Bekerja dengan ruang - Taman seharusnya mempunyai ruang yang mencukupi untuk
penggunanya bergerak sama ada berjalan, duduk, melompat, bekerja, dan lain-lain.

3. Kesan corak - Corak reka bentuk taman mungkin pelbagai yang dapat memberi gambaran
kepelbagaian jenis tumbuhan, cara susunan tumbuhan, dan susun atur perabot taman.

4. Penggunaan warna - Gunakanlah warna yang berbagai tetapi tersusun untuk meningkatkan
seri taman terutamanya kepada warna tumbuh-tumbuhan.

5. Eksploitasi tekstur - Jika boleh eksploitasi tekstur tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan dari
segi besar kecil, susunan tinggi rendah, dan panjang pendek agar taman itu seolah-olah semula
jadi.

22

I.

Asas Mereka Kerangka Taman

Kerangka taman bukan sahaja melibatkan ukur keliling dan pembahagian dalaman tetapi juga
menentukan cara kita bergerak dalam ruang tersebut dan bagaimana kita menyusun atur setiap
ruang. Kawasan ini mestilah praktikal dan ada nilai-nilai estetika. Taman sepatutnya mempunyai
ruang yang besar/bersesuaian, pemandangan yang indah, udara yang segar, cahaya matahari
dan suasana yang selesa. Bahan-bahan yang sesuai dipilih untuk taman supaya kelihatan
cantik, bergaya dan praktikal dan tujuan taman dibina.

1. Dinding - Boleh jadi tumbuh-tumbuhan pagaran atau tumbuhan renek yang disusun rapat dan
dipangkas pucuknya.
2. Pintu masuk - Pintu masuk atau gerbang dibina ke kawasan taman yang menarik dan
bergaya daripada bahan-bahan seperti kayu, batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
3. Siling - Siling taman mungkin dalam bentuk silara/kanopi tumbuh-tumbuhan naungan,
pergola dan tumbuhan memanjat di atas para.
4. Lantai - Taman yang menarik mempunyai lantai seperti rumput turf, siar kaki dan batu-batu
kecil
5. Aras - Aras tanah yang tinggi rendah lebih menarik jika dibandingkan aras yang mendatar.
Bina dan bentuk busut-busut atau bukit-bukit mini untuk menambah nilai taman.
6. Bentuk dan fungsi - Kerangka taman yang hendak dibina mestilah mempunyai fungsi yang
dikehendaki oleh pengguna. Taman direka bentuk setelah perbincangan dilakukan antara tuan
punya, pereka bentuk, dan kontraktor.

23

J. Hiasan dan Susun Atur Taman


Hiasan dan susun atur taman seharusnya seperti di dalam rumah. Perhiasannya mungkin
daripada struktur-struktur yang menarik, gazebo, pancutan air, ataupun pasu terra-cotta.
Pencahayaan boleh menambahkan kecantikan taman pada waktu malam.

1. Prinsip-prinsip menghias - Prinsip-prinsip menghias diaplikasikan untuk pembinaan taman.


2. Menanam - Tumbuh-tumbuhan taman hendaklah diatur/disusun dan ditanam mengikut
prosedur penanaman yang betul supaya ia tumbuh dengan sempurna.
3. Perabot taman - Pemilihan perabot taman disesuaikan dengan konsep taman yang
dikehendaki oleh tuan punya atau pengguna taman dan juga keluasan taman.
4. Ciri-ciri khas/istimewa - Buat dan bina ciri-ciri khas taman atau titik tumpu supaya taman lebih
kelihatan menyerlah, istimewa, dan berkesan di hati bagi sama ada pengguna lama atau
pengguna baru. Ia mungkin air pancut, replika, binaan, kolam dan lain-lain.

24

K. Penjagaan Tanaman di Laman Rumah


1. Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan
jenisnya serta kesesuaian tanah.
2. Penyiraman - Tentukan waktu sesuai untuk penyiraman iaitu seelok-eloknya
sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk
penyiraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengah hari.
3. Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea
kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok,
keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
4.

Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa


lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Ada pelbagai
jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa
pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.

Kesimpulan

25

Landskap amat penting dalam kehidupan seharian. Manusia dan alam saling berhubung untuk
hidup di alam ini. Hubungan ini diterjemahkan dalam landskap yang dibina. Kesemua elemen
yang diterapkan dalam pembinaan sesebuah landskap merupakan cara manusia membina
hubungan dengan alam sekitar. Seni Landskap memungkinkan olahan pemikiran manusia yang
diterjemahkan pada alam sekitar.

Lampiran

26

Foto: Contoh- contoh Landskap

27

28

Rujukan
Laman Web:
1. http://dtashatdijah.blogspot.com/
2. http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF8&q=landskap+lembah+bujang
3. http://fnkeyboard.blogspot.com/2011/04/apa-itu-landskap.html
4. http://www.kpkt.gov.my/jln/main.php?Content=articles&ArticleID=4&IID=
Buku:
1. Dasar Landskap Negara 2005
2. Pembinaan Landskap, Puan Siti Norain binti Megat,DBP

29

You might also like