You are on page 1of 3

Daerah Serian Terus Membangun dengan Pesat...

Daerah Serian merupakan sebuah daripada empat


daerah dalam Bahagian Samarahan. Daerah Serian
pada awal penubuhannya dalam tahun 1901
dikenali sebagai Daerah Sadong. Pada Februari
1955, ia dikenali sebagai Serian ( Upper Sadong)
setelah Simunjan (Lower Sadong) dipisahkan dan
masing-masing dinaiktaraf sebagai daerah penuh.
Daerah Serian meliputi kawasan seluas kira-kira
2,106 kilometer persegi dan terletak kira-kira 64
Taman Danautempat tumpuan
pengunjung di hujung minggu untuk kilometer ke selatan Bandaraya Kuching.
Kedudukannya yang strategik di laluan utama
berekreasi dan bersiar-siar dengan
perjalanan dari selatan ke utara negeri Sarawak
keluarga dan teman-teman
menjadikan pekannya tempat persinggahan yang
popular baik untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan, membeli-belah di
pasar tamunya atau mengisi minyak kenderaan.
Daerah Serian mempunyai sebuah daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Tebedu yang
merupakan Pintu Masuk Utama (International Border Crossing) bagi Malaysia/Indonesia
(di Sarawak). Pekan Tebedu yang dulunya berimej pekan koboi kini berwajah baru
dengan gelaran Bandar Mutiara.
Laluan perhubungan dan pengangkutan bagi daerah ini ialah menggunakan jalanraya.
Kira-kira 95 peratus kampung-kampung di daerah ini dapat dihubungi melalui jalanraya.
Jalan yang utama ialah Jalan Serian/Tebedu, Jalan Serian/Mongkos, Jalan
Serian/Mantung Marau, Jalan Baki/Riih, Jalan Ensengai, Jalan Tebedu/Pangkalan Amo,
Jalan Kuching/Serian dan Jalan Serian/Sri Aman.
Mengikut banci tahun 2000 jumlah penduduk Daerah Serian ialah seramai kira-kira
82,042 orang dan suku kaum Bidayuh adalah penduduk majoriti diikuti kaum Iban dan
kaum Cina. Pada keseluruhannya terdapat kira-kira 222 buah kampung dan rumah
panjang Kaum Bidayuh, Iban, Melayu dan Cina terletak di bawah pentadbiran Daerah
Serian.
Dalam Daerah Serian terdapat tujuh buah bandar atau pekan yang menjadi pusat
urusniaga penduduk daerah ini. Bandar atau Pekan berkenaan ialah seperti berikut:
Serian, mengambil namanya sempena sebatang sungai yang mengalir di hadapan Mission
St. Theresa. Ia adalah pusat pentadbiran bagi daerah ini. Dengan lokasinya yang strategik
maka tidak hairanlah Bandar Serian membangun dengan pesat. Selain menempatkan
pejabat bagi jabatan atau agensi kerajaan, terdapat juga beberapa buah institusi kewangan
yang beroperasi di sini.
Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
keperluan, Bandar Serian juga indah. Di tengahtengah bandarnya dihiasi dengan lanskap yang
cantik, serta terdapat sebuah tasik yang dinamakan
Taman Danau berdekatan bandarnya yang
menyejukkan pemandangan. Pekan Tebedu Lama
mempunyai kira-kira 20 buah rumah kedai kayu.
Manakala bandar barunya yang lebih di kenali
sebagai Bandar Mutiara terletak kira-kira 3
kilometer dari Kompleks Imigresen Tebedu.
Bandar baru ini menempatkan pusat pentadbiran Peta pentadbiran Daerah Serian

bagi Daerah Kecil Tebedu. Ia mula dibina pada tahun 1993, dan mempunyai kira-kira
68 unit kedai bangunan konkrit dua tingkat.
Pekan Baki Lama dan Pekan Baki Baru, Batu 32 Jalan Kuching/Serian; Pekan Balai
Ringin, Batu 29, Jalan Serian/Sri Aman; Pekan Tarat, Batu 34, Jalan Kuching/Serian;
Pekan Mongkos; dan Pekan Tebakang.

Sektor Ekonomi
Majoriti penduduk di kawasan pedalamannya terlibat dengan aktiviti pertanian. Hasil
pertanian yang dikeluarkan ialah lada hitam, kelapa sawit, koko, padi, teh, getah dan
buah-buahan. Ladang kelapa sawit mulai dibuka di kawasan Taee, Mongkos, Melikin dan
Tebedu sekitar awal tahun 1990 oleh SALCRA dengan keluasan lebih kurang 10,000
hektar dan pembukaannya berjaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.
Pada 10 Ogos 1996 sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit iaitu Sarawak Palm
Oil Mill yang berharga RM20 juta telah memulakan operasinya di Mongkos. Sebuah
Estet Perindustrian seluas 150 hektar telah dirancang di Bandar Baru Mutiara, Tebedu.
Kerja-kerja merata tapak untuk fasa I projek telah bermula dan dijangka siap pada tahun
ini. Jenis-jenis industri yang dicadangkan ialah elektronik dan berasaskan kayu.
Daerah ini juga terkenal dengan pengeluaran hasil ternakan iaitu ayam dan khinzir.
Ladang-ladang ternakan ini kebanyakannya terdapat di kawasan Baki dan Tarat. Pada
tahun 2002 ladang-ladang ini mengeluarkan sebanyak 143,969 ekor khinzir dan
4,424,400 ekor ayam pedaging dengan nilai RM43 juta bagi khinzir dan RM36.55 juta
bagi ayam pedaging.
Identiti Daerah Serian
Buah durian dan Taman Danau adalah mercu tanda
bagi Daerah Serian.Daerah Serian mempunyai
beberapa buah tempat yang menarik untuk
dikunjungi, misalnya Ranchan Pool and Resort yang
diusahakan oleh Majlis Daerah Serian.
Pengunjung boleh mandi-manda di sini. Taman
rekreasi ini mempunyai air terjun dan kolam (pool)
Bandar Mutiara Tebedu
berpotensi untuk berkembang maju yang besar dan dalam. Pada penghujung minggu
taman ini penuh sesak dengan pengunjung.
pada masa hadapan
Ladang Teh Mayang;
Ladang Teh ini terletak 20 kilometer dari Bandar Serian. Pengunjung boleh melihat
kebun teh dan cara bagaimana daun teh diproses.
Bandar Baru Mutiara,
Tebedu; Terletak 40 kilometer dari Bandar Serian dan hanya 3 kilometer dari Kompleks
Imigresen Tebedu - Pengunjung boleh membeli-belah di Entikong, Kalimantan Barat
Indonesia.
Kampung Kujang Mawang;

Tempat bersejarah bagi kaum Bidayuh. Di situlah


tempat penempatan pertama suku kaum Bidayuh
apabila mereka berpindah dari Kalimantan Barat
Indonesia sebelum berpindah ke kawasan lain seperti
Bukar Sadong dan Annah.
Maklumat disediakan untuk RAKAN Sarawak oleh
SAO John Awan, Pejabat Daerah Serian.

Pejabat DaerahPusat
Pentadbiran Kerajaan di Daerah
Serian
http://www.myonestopsarawak.com.my/info/rakansarawak/032004/subdistrict
/index.shtml

You might also like