You are on page 1of 1

Menjelmanya bulan Ogos pada setiap tahun, pelbagai pihak tentunya bertungkus-lumus bagi

menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Negara kali ke-53 tahun. Sambutan Hari Kebangsaan
tahun 2010 diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Bapa telah berjanji untuk membawa
kami sekeluarga ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan tersebut.

Sebaik sahaja mengerjakan solat Subuh, saya telah bersiap-siap mengemaskan diri untuk
bertolak ke sana. Disebabkan jarak rumah kami ke Dataran Merdeka agak jauh, kami terpaksa
bertolak awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mendapat tempat yang strategik
untuk menonton.

Sebaik sahaja tiba di sana, kereta kami terpaksa diletakkan agak jauh kerana banyak jalan
telah ditutup. Bapa saya telah membawa bersama perakam video untuk merakan detik-detik
bersejarah selapas negara kita merdeka selama 53 tahun. Saya dan bapa telah mengambil tempat
duduk yang paling hadapan. Kelihatan di pentas utama dif-dif kehormat, iaitu Yang di-Pertuan
Agong, Perdana Menteri dan menteri-menteri Malaysia.

Tepat jam 7.30 pagi, perarakan dimulakan dengan kumpulan pancaragam dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Victoria. Diikuti dengan pasukan beruniform seperti Polis Diraja
Malaysia, Tentera Laut dan Udara, dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. MEreka
semua kelihatan gagah perkasa dengan pakaian seragam masing-masing.

Yang paling istimewa pada tahun ini ialah kehadiran kumpulan pejuang veteran negara.
Kebanyakan mereka telah melebihi usia 70-an, namun masih mampu berjalan sepanjang
perarakan demi negara. Selain itu, perarakan kemerdekaan pada kali ini juga disetai kakitangan
kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran dan pihak swasta serta sektor korporat. Terdapat juga
perarakan kereta berhias oleh Petronas yang mempamerkan bunga raya sebagai bunga
kebangsaan negara. Mereka menggunakan pelbagai bunga hidup sebagai hiasan.

Suasana pagi yang cerah seakan-akan merestui sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 pada
tahun ini. Perarakan berakhir pada jam 10.30 pagi dan semua orang beredar untuk pulang. Kami
sekeluarga turut meninggalkan kawasan dataran dengan hati yang cukup puas. Saya berasa
gembira sekali kerana dapat menyaksikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-53 secara langsung
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

You might also like