You are on page 1of 4

Jenis Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi sektor primer termasuklah kegiatan pertanian, pembalakan, penternakan,


perlombongan dan perikanan tidak diwujudkan di kawasan Seremban 2 kerana kekurangan tanah
yang luas untuk pertanian dan penduduk setempat di kawasan tersebut tidak memiliki pengetahuan
atau minat dalam pertanian.

Sektor sekunder terdiri daripada dua kegiatan, iaitu kegiatan perindustrian dan pembinaan. Bagi
kegiatan perindustrian, kewujudan banyak kilang di Seremban 2. Contohnya, Yakult (Malaysia) Sdn.
Bhd. yang mengeluarkan 470, 000 botol minuman susu probiotik sehari, Combi-Pack Sdn. Bhd.
yang mengeluarkan pembungkus makanan plastik dan bekas makanan di Malaysia, TMC Metal
(Malaysia) Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan pemprosesan, kitar semula dan pengeksportan
tali elektronik yang mengandungi logam. Bagi kegiatan pembinaan pula, syarikat IJM Land telah
merancang dan membina pelbagai jenis taman perumahan seperti Rimbun Alam yang mengandungi
i 102 buah rumah teres, Vio Banjaran yang mengandungi 40 buah rumah banglo, Kalista yang
merupakan pangsapuri dan lain-lain. Kedai-kedai seperti Nexus, IKON dan S2 Centrio serta pusat
beli-belah seperti Aeon, Mydin dan NSK juga diwujudkan di Seremban 2.

Sektor tertier yang manawarkan pelbagai perkhidmatan juga dibangunkan di Seremban 2. Taman
rekreasi dan taman permainan di Seremban 2 menjadi tempat pelancongan kerana mempunyai
udara yang segar dan membolehkan pelancong menenangkan fikiran dan menghilangkan stres.
Misalnya, sebuah taman rekreasi yang berukuran 15 ekar iaitu City Park S2 dan Hill Park S2 Heights
yang mempunyai pemandangan yang indah telah menarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Selain itu, kegiatan perdagangan berkembang pesat di Seremban 2. Banyak kedai seperti Nexus,
IKON dan S2 Centrio, Plazo dibina di Seremban 2. Jumlah kedai yang dibina ialah kira-kira 1393
buah kedai di Seremban 2. Tambahan pula, pusat beli-belah seperti Aeon, Mydin dan NSK juga
diwujudkan di Seremban 2. Pusat beli-belah ini telah memajukan ekonomi di Seremban 2. Di
samping itu, bagi aspek pengangkutan, banyak perhentian bas dan kereta teksi dijumpai di
Seremban 2 untuk memudahkan perjalanan rakyat atau pelancong di sini. Selain itu, bank-bank
seperti BSN, CIMB, Maybank dan Public Bank serta syarikat pelaburan seperti PVG Wealth Agency
di Biz Avenue, Seremban 2 diwujudkan sebagai kegiatan kewangan. Sebanyak 5 buah bank dan
banyak syarikat pelaburan diwujudkan kerana bilangan penduduk di sana sangat banyak iaitu
sebanyak 620, 000 orang. Bank dan syarikat ini merupakan peluang yang baik untuk mendapat
pendapatan dan memajukan ekonomi di Seremban 2. Ini juga membekalkan peluang pekerjaan
kepada penduduk dan memudahkan penduduk mengurus hal-hal kewangan. Akhirnya, bagi
kegiatan pendidikan, kawasan Seremban 2 mempunyai 8 buah sekolah termasuklah sekolah
rendah, sekolah menengah dan sekolah swasta. Antara contoh sekolah yang dibangunkan di
Seremban 2 ialah SJK (C) Tung Hua S2 Heights, SMK Seremban 2, SK Seremban 2A, Zenith
International School dan SJK (T) Convent Seremban. Di samping itu, pusat-pusat pendidikan bagi
kanak-kanak juga diwujudkan seperti Smart Reader, Kumon dan Bright Kids. Infrastruktur ini
membolehkan Seremban 2 berkembang dengan pesat.

Tafsiran Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di Seremban 2


KEGIATAN BIL

Perdagangan 1397

Pengangkutan 55

Kewangan 5

Pendidikan 32

Pelancongan 2

TAFSIRAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN

Terdapat dua kategori bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu
faktor fizikal dan faktor manusia. Faktor fizikal termasuklah bentuk muka bumi, tanih, iklim, bahan
mentah dan saliran yang terdapat di kawasan tersebut. Faktor manusia merupakan dasar kerajaan,
infrastruktur, teknologi, pasaran, modal dan buruh atau tenaga kerja.

Antara faktor utama yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Seremban 2 ialah bentuk muka bumi.
Tanah pamah merupakan jenis bentuk muka bumi yang meliputi sebahagian besar kawasan
Seremban 2. Oleh itu, Seremban 2 sesuai untuk menjalankan aktiviti perindustrian dan pembinaan.
Contohnya, tanah rata digunakan untuk membina kilang, kawasan perindustrian, kawasan
perumahan serta jalan raya. Pada masa yang sama, kedudukan sebahagian kawasan Seremban 2
juga terletak di bentuk muka bumi tanah tinggi. Jenis bentuk muka bumi ini sesuai untuk
menjalankan kegiatan ekonomi khususnya bagi sektor pelancongan. Misalnya, taman rekreasi Hill
Park di S2 Heights yang mempunyai pemandangan yang cantik berada di kawasan tanah tinggi.

Selain itu, iklim di Seremban 2 merupakan iklim Khatulistiwa dengan purata suhu sekitar 27 darjah
celcius dan jumlah hujan tahunan melebihi 2600 mm. Iklim ini sesuai untuk menjalankan kegiatan
ekonomi kerana mempengaruhi kemasukan pelancong khususnya mereka dari negara barat yang
ingin mendapat pancaran matahari yang sukar untuk dimiliki di negara mereka.

Tambahan pula, faktor manusia juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di Seremban 2. Antaranya
infrastruktur yang terdapat di kawasan tersebut. Misalnya, kewujudan jaringan pengangkutan yang
baik seperti jalan raya yang menghubungkan antara bandar dan juga daerah. Selain itu, terdapat
sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang memudahkan perjalanan penduduk
tempatan ataupun pelancong ke destinasi mereka. Di samping itu, infrastruktur telekomunikasi
negara yang maju turut menyumbang kepada kegiatan ekonomi khususnya sektor pelancongan.
Kelajuan dan capaian internet yang baik telah mempromosikan kawasan Seremban 2 dan
membolehkan kawasan ini diketahui oleh orang ramai dan seterusnya menarik kedatangan
pelancong.

Perkembangan teknologi yang canggih juga mempengaruhi sektor perindustrian di Seremban 2


kerana mesin-mesin yang digunakan di kilang-kilang pengeluar lebih moden justeru dapat
meningkatkan kualiti dan jumlah keluaran produk di samping dapat mempercepatkan kerja serta
menjimatkan kos. Selain itu, faktor buruh atau tenaga kerja yang ada di Seremban 2 menggalakkan
kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian, pembinaan, kewangan, pelancongan dan
pengangkutan yang dijalankan di sini. Buruh yang banyak dengan tenaga kerja yang mahir dianggap
sebagai suatu kelebihan bagi syarikat dari luar negara untuk beroperasi di sini. Banyak peluang
pekerjaan yang dibekalkan dalam pelbagai sektor di Seremban 2 telah menarik ramai orang untuk
bekerja di sini. Dengan ini, kegiatan ekonomi dalam pelbagai sektor di Seremban 2 akan menjadi
pesat.

Dasar pendidikan di negara kita yang mengutamakan pendidikan dalam setiap aspek dan peringkat
telah membolehkan kewujudan banyak buah sekolah dan pusat pendidikan di Seremban 2.
Infrastruktur pengangkutan yang lengkap di Seremban 2 juga memudahkan lagi para pelajar untuk
mendaftarkan diri dan seterusnya menuntut pelajaran di sekolah-sekolah ini. Penempatan penduduk
dalam bilangan sebanyak 620,000 orang merupakan salah satu faktor kegiatan pendidikan di
Seremban 2 menjadi maju.

Intihanya, pelbagai faktor telah mempengaruhi kegiatan ekonomi di Seremban 2 tidak kira dari aspek
fizikal mahupun aspek manusia. Semoga faktor-faktor ini dapat membangunkan lagi kegiatan
ekonomi di Seremban 2.

CADANGAN KEGIATAN EKONOMI yg BERPOTENSI utk DIMAJUKAN DI kws KAJIAN

Berdasarkan analisis terhadap data-data yang diperoleh daripada hasil kajian, beberapa cadangan
terhadap kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan Seremban 2 dapat
diwujudkan. Cadangan-cadangan ini telah diperolehi daripada pemerhatian saya terhadap kawasan
ini.

Pertama sekali, antara kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di Seremban 2 ialah
pertanian. Sebelum Seremban 2 dibangunkan sebagai bandar utama, kawasan ini merupakan
ladang kelapa sawit. Seremban 2 sesuai untuk aktiviti pertanian kerana mempunyai tanih yang subur
dan bentuk muka bumi jenis tanah pamah yang boleh memudahkan proses penanaman. Selain itu,
luas permukaan Seremban 2 amat besar. Oleh itu, tanaman seperti getah, kelapa sawit ataupun
lada hitam boleh ditanam dan diperdagangkan ke luar negara dengan skala yang besar. Hal ini
bukan sahaja dapat memberi sumbangan kepada ekonomi malah meningkatkan peluang pekerjaan
penduduk sekitar.

Selain itu, sektor kesihatan dan perubatan boleh dimajukan di Seremban 2. Hal ini kerana
penyediaan perkhidmatan kesihatan adalah keperluan utama masyarakat. Infrastruktur seperti
farmasi dan hospital di Seremban 2 haruslah dimajukan sehingga bertaraf kebangsaan. Hospital
yang berjenama seperti Sunway Medical Centre serta Pantai Hospital boleh dibangunkan di
Seremban 2 dan farmasi seperti Alpro Pharmacy, Big Pharmacy, Multicare dan sebagainya juga
perlu diperbanyakkan supaya penduduk di sana boleh merawat penyakit dengan lebih mudah.
Pesakit dari daerah atau negeri lain juga akan mendapat rawatan di Seremban 2 kerana terdapat
lebi banyak pilihan bagi fasiliti kesihatan dan hospital di Seremban 2 boleh dipercayai. Secara tidak
langsung, ini dapat memajukan ekonomi di Seremban 2.
Akhir sekali, jenis kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di Seremban 2 adalah
penternakan. Hal ini kerana bentuk muka bumi di Seremban 2 sesuai dan masih mempunyai
kawasan hijau atau tanaman tumbuhan semula jadi yang boleh dijadikan makanan bagi haiwan
ternakan, maka aktiviti penternakan seperti menternak lembu, kambing, ayam dan sebagainya boleh
dijalankan. Sekiranya kegiatan ini dibangunkan di Seremban 2, akan berlakunya pengurangan
import bagi jenis ternakan yang dilakukan justeru menguntungkan penduduk sekitar.

Kesimpulannya, terdapat banyak kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dijalankan atau dimajukan
di kawasan Melaka Tengah. Kerajaan dan penduduk sekitar perlulah melihat perkara ini dan
membuat tindakan selanjutnya bagi memastikan kelebihan dan keuntungan berjaya diperolehi
daripada sumber yang ada.

RUMUSAN

Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya diperolehi melalui kaedah-kaedah kajian
yang telah dijalankan, setiap objektif kajian yang digariskan pada awal kajian telah pun dijawab dan
dicapai. Selain itu analisis terhadap maklumat yang diperolehi juga telah dilakukan bagi
mendapatkan kesimpulan daripada dapatan kajian ini.

Antaranya yang pertama adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Melaka Tengah.
Hasil kajian mendapati terdapat empat jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk
di kawasan Melaka Tengah. Kegiatan ekonomi tersebut adalah perindustrian atau perkilangan,
pelancongan, pertanian dan juga pendidikan. Walaupun terdapat juga kegiatan ekonomi yang lain
dijalankan oleh penduduk sekitar, empat kegiatan ini adalah yang paling ketara.

Kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah faktor fizikal
dan juga faktor manusia. Faktor fizikal tersebut adalah bentuk muka bumi yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti seperti tanah pamah untuk pembinaan jalan raya dan kawasan perindustrian
serta pertanian tumbuh-tumbuhan. Selain itu iklim dan suhu yang sesuai juga menggalakkan
kemasukan pelancong bagi aktiviti pelancongan. Infrastruktur yang maju serta tekonologi yang
canggih dan moden juga meningkatkan kegiatan ekonomi di kawasan Melaka Tengah.

Walaupun kawasan Melaka Tengah telah pun menjadi antara daerah termaju yang ada di Melaka,
masih terdapat kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan untuk kepentingan masyarakat setempat
dan juga negara. Antaranya termasuklah aktiviti perikanan dan juga penternakan. Ini penting bagi
memastikan sumber semula jadi yang ada di sesebuah tempat digunakan pada tahap maksima dan
seterusnya memberi pulangan atau keuntungan kepada penduduk tempatan mahupun negara.

Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini, dapatlah dilihat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan
oleh penduduk di Malaysia khususnya di kawasan saya sendiri iaitu Melaka Tengah. Didapati kerajaan juga
memainkan peranan yang penting bagi memastikan ekonomi sesebuah tempat itu berkembang dan
membangun. Saya berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat memberikan sumbangan kepada penduduk
setempat mahupun kepada negara.

You might also like