You are on page 1of 13

TAJUK KAJIAN

KAJIAN TENTANG KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINAG

PENGHARGAAN
1. Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi , pengetua S.M.K.Simpang Empat yang telah memberikan kebenaran dan bimbingan kepada kami untuk menjalankan kajian ini. 2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya yang menolong saya

mencari bahan dan memberi bantuan kewangan . 3. Terima kasih kepada rakan-rakan saya , pihak-pihak luar yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk memberikan maklumat yang tepat kepada saya.

PENDAHULUAN
Tajuk yang telah saya pilih ialah tentang kegiatan ekonomi di kawasan Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Perniagaan, pembinaan , perkhidmatan dan perindustrian juga terdapat di kawasan ini. Selain itu, kemudahan-kemudahan lain seperti pendidikan, pertanian dan pelbagai lagi terdapat di sini. Kajian yang dibuat ini mengambil masa selama 10 minggu. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk melengkapkan laporan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian Mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

KAWASAN KAJIAN
kawasan kajian saya ialah Simpang Ampat yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Butterworth dan 58 kilometer dari Georgetown . Ia berlokasi pesat . berhampiran dengan lebuh raya Utara-Selatan dan kawasan perindustrian .Pada asalnya, sebahagian besarnya kawasan kajian ini ialah ladang kelapa sawit . Kini, ia dibangunkan dengan

KAEDAH KAJIAN
RUJUKAN DI PUSAT SUMBER
Saya bersama-sama rakan saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi .

PEMERHATIAN
Saya telah memerhatikan kawasan kajian saya selama beberapa hari untuk mengenalpasti bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Simpang Ampat ialah tanah pamah . Ia sesuai untuk pembinaan, perkilangan, pertanian, perniagaan.

SOAL SELIDIK
Borang soal selidik diedarkan kepada penduduk-penduduk di Simpang Ampat untuk mengutip maklumat dan data yang dikehendaki.

DAPATAN KAJIAN
KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN Daripada pemerhatian saya, saya dapat merumuskan kegiatan ekonomi di kawasan kajian ini kepada tiga jenis yang utama iaitu: Perdagangan Perkhidmatan Perindustrian

PERDAGANGAN Perniagaan adalah kegiatan aktiviti yang utama di kawasan kajian saya kerana terdapat banyak kedai dan pusat perniagaan. Contohnya , Kedai Buku ,Kedai Runcit, Kedai baju, Kedai Telemukasi, Kedai Alat Elektrik, Restoran, Pasar Malam, Pasar Pagi dan sebagainya. PERKHIDMATAN Antara kegiatan ekonomi berdasarkan perkhidmatan ialah pendidikan, kewangan dan perbankan dan lain-lain. Perkhidmatan pendididkan itu ialah Sekolah Menengah ,Sekolah Kebangsaan dan tadika . Perkhidmatan kewangan dan perbankan yang terdapat di Simpang Ampat ialah Maybank Bank Berhad dan Public Bank Berhad . Selain itu, khidmat perubatan juga terdapat di kawasan kajian supaya memudahkan penduduk mendapat rawatan. Contohnya,klinik bersatu, klinik kerajaan, klinik desa dan sebagainya. PERINDUSTRIAN Kawasan Simpang Ampat juga merupakan kawasan perindustrian yang pesat, contohnya, Kawasan Perindustrian IJM, Kilang Kertas Permula, Ace Enclouser Sdn Bhd, Kilang-Kilang pemprosesan kelapa sawit dan bahan kimia dan sebagainya.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN


PELUANG PEKERJAAN Kegiatan ekonomi di kawasan Simpang Ampat telah menyediakan pelbagai jenis peluang pekerjaan. Penduduk-penduduk di Simpang Ampat telah mendapat peluang pekerjaan sebagai yang dapat digunakan untuk menyarakan ahli keluarga. guru, pengurus, pengawal , pekerja kilang , Jurutera, pekerja am dan lain-lain lagi. Pekerjaan akan menghasilkan pendapatan

PENDAPATAN Dengan adanya peluang pekerjaan ini penduduk Simpang Ampat mendapat upah atau gaji yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka. Purata pendapatan mereka lebih kurang RM 600.00.

PENINGKATAN TARAF HIDUP Pendapatan boleh mempengaruhi taraf hidup penduduk. Barang keperluan akan dapat dibeli kerana mempunyai pendapatan . Penduduk juga boleh menggunakan pendapatan untuk meningkatkan taraf perubatan dan tahap pendidikan mereka.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR


8

KESESAKAN LALU LINTAS Kegiatan ekonomi seperti pasar pagi dan pasar malam telah mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas pada waktu perniagaan di sesuatu pusat perniagaan . Ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan tersebut. PENCEMARAN UDARA Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada kesihatan dilepaskan ke alam sekitar. Di Simpang Ampat, aktiviti pembinaan dan perindustrian telah menyebabkan pencemara udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari kilang-kilang dilepaskan ke udara. PERMASALAHAN SAMPAH SARAP Perdagangan sebagai kegiatan ekonomi yang utama yang melibatkan jumlah bilangan penduduk yang besar telah menyebabkan masalah sampah sarap. Contohnya, restoran makanan , pasar pagi, pasar malam. Sampah sarap yang tidak sempat diuruskan akan mengakibatkan bau busuk dan seterusnya mencetuskan pencemaran alam sekitar . Ini akan membahayakan kesihatan penduduk di kawasan Simpang Ampat .

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR


9

MENAMBAH LALUAN Langkah untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ialah menambah laluan yang lain di kawasan pusat perniagaan. Dengan itu, kadaan akan lebih terkawal dan lalu lintas pun akan lebih lancar.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Penduduk-penduduk di kawasan Simpang Ampat termasuk pemilik kilang, pemilik kedai, peniaga pasar malam dan pagi dan lain-lain lagi digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar. Jika melanggar undang-undang, denda akan dikenakan kepada mereka.

PERANAN KERAJAAN Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang, gotong royong dan ceramah kesihatan. Selain itu, memupuk nilai bekerjasama, mencintai alam sekitar , bertolak ansur di kalangan penduduk-penduduk di kawasan Simpang Ampat.

RUMUSAN
10

Saya dapat merumuskan bahawa terdapat 3 jenis kegiatan ekonomi yang utama di kawasan kajian. Daripada kegiatan kegiatan yang dijalankan, ia telah memberi sumbangan terhadap penduduk kawasan kajian . Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara, permasalahan sampah sarap,kesesakan lalu lintas . Akhir sekali, kita mesti mengenalpasti langkah-langkah yang harus diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Tanggungjawab dan bekerjasama daripada semua pihak mesti digalakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

11

LAMPIRAN

RUJUKAN
Antara sumber rujukan kajian saya ialah : 1. Buku teks Geografi tingkatan 1 2. Orang sumber
12

-En Ang Boon Teng 4.Folio Geografi tahun lepas 5. Media elektronik - televisyen - radio

13

You might also like