You are on page 1of 11

4.

0 [a] Peta Topografi Kawasan Kajian


4.0 [b] Mentafsir Kawasan Kajian

Peta lakar di kawasan Stampin ini telah saya lakar berpandukan Peta
Google Map Jalan Stampin Huising Close yang telah saya ambil. Kawasan
perumahan ini mempunyai tiga jenis perumahan iaitu rumah teres
berkembar dua, banglo dan apartment.
Kawasan perumahan ini mempunyai laluan jalan raya utama yang
menghubungkan stampin dan tun jugah . terdapat juga dua bahagian
diantara laluan jalan raya tersebut iaitu bahagian perumahan dan rumah
kedai yang dinamakan “GALACITY” .
Di samping itu, turut disediakan jejantas yang menghubungkan kawasan
perumahan dan “Galacity” . ada juga disediakan bas stop untuk
menurunkan penumpang ke kawsan galacity atau bergerak ke tempat yang
lain dari galacity atau menurunkan pelajar yang bersekolah di sekolah yang
berdekatan.
Selain itu, bangunan Kamdar Company yang menjual pelbagai jenis kain
untuk dijadikan langsir sebagai perhiasan di rumah, alas meja, serta baju
untuk pellbahagi jenis perayaan khususnya perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pelajar juga boleh membeli baju sekolah yang di jual di kamdar tersebut.
Akhir sekali, dengan adanya segala kemudahan pengangkutan dan jalan
raya dapat memudahkan manusia untuk pergi membeli belah , ke sekolah
dan sebagainya.
5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kajian ini.


Kaedah pertama ialah, kaedah lawatan dan pemerhatian di kawasan
galacity dan perumahan di lorong 20, jalan stampin. Dengan kaedah ini
saya dapat memerhati dan mengambil gambar kawasan perumahan dan
bangunan yang terdapat di sini.
Seterusnya, saya menggunakan kaedah temu bual iaitu dengan menemu
bual 10 orang responden yang merupakan penduduk stampin. Saya turut
meminta kerjasama mereka untuk mengisis borang soal selidik bagi
mendapatkan maklumat mengenai kegiatan ekonomi di kawasan kajian
saya.
Akhir sekali, kaedah kajian yang saya gunakan ialah merujuk bahan
sumber iaitu sumber internet daripada tiga laman sesawang dan satu buah
buku yang berkaitan dengan kerja lapangan Geografi ini.
6.0 HASIL KAJIAN
Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Jalan Stampi iaitu perniagaan
peruncitan, perniagaan makanan,perniagaan minuman , perniagaan dobi,
pusat tuisyen, perniagaan farmasi kedai gunting rambut, hotel dan
sebagainya. Perniagaan minuman merupakan perniagaan paling banyak
yang terdapat di kawasan ini. Contohnya, zus coffe, daboba tea, xing fu
tang, juice cubi, dekori dan banyak lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana
banyak pengunjung yang datang dari pelbagai daerah dan negeri singgah
seketika membeli minuman tersebut kerana setelah tiba dari KUCHING
CENTRAL dan LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING.
Terdapat juga pekerja pekerja yang bekerja di kedai yang berdekatan serta
pelajar sekolah yang datang setelah selesai sesi pdpc mereka.
Berdasarkan kajian saya dalam kerja lapangan Geografi di Jalan Stampin
ini juga, saya dapati beberapa kerosakan di laluan jejantas yang disedakan
berkemungkinan kerana jejantas tersebut telah disediakan bertahun lama
dahulu.
6.0 [a] Mentakrif konsep
Pembangunan guna tanah merupakan aspek penting dalam pertumbuhan
ekonomi dan peningkatan tahap sosial masyarakat di sesuatu kawasan.
Baagaimanapun, pembangunan guna tanah tanpa kawalan sering kali
dikaitkan dengan kemerosotan sumber alam , ekonomi dan kemusnahan
terhadap alam sekitar. Selain itu juga, guna tanah bermaksud semua
aktiviti manusia mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk
memenuhi keperluan manusia.

6.0 [B] PUNCA PUNCA

Terdapat tiga punca-punca guna tanah Lorong 20, Jalan Stampin , Huising
93350 kuching sarawak. Antaranya ialah petempatan , perniagaan dan
pembangunan. Hal ini dikatakan demikian kerana petempatan yang
mempunyai ramai penduduk . ia merangkumi pekan, bandar dan bandar
raya.
Seterusnya , kawasan yang baru dibuka iaitu GALACITY merupakan
sesebuah kawasan perniagaan yang agak padat . Terdapat berbagai jenis
kedai yang terdapat disana serta menyediakan berbagai jenis makanan
dari pelbaai negara. Sebagai contoh, HI-BREAD yang menyediakan
‘American breakfast’ ala makanan barat, SAKUGEI SUSHI yang
menyediakan makanan ala jepun. Terdapat juga restoran yang
menyediakan masakan cina, pakistan dan thailand.
Akhir sekali, kawasan pembangunan seperti banglo, teres dan apartment.
Ia dibangunkan bagi memberi tempat perlindungan kepada orang kaya dan
biasa. Seperti yang selalu dikatakan oleh masyarat pada zaman sekarang
iaitu T20, M40 dan B40 .
6.0[c] KESAN-KESAN
Terdapat tiga kesan-kesan guna tanah di Lorong 20, Jalan stampin,
Huising, 93350 Kuching Sarawak. Antaranya ialah pencemaran, kesesakan
lalu lintas, dan kadar jenayah meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana
kawasan ini merupakan kawasan yang terletak di tengah bandar dan
mempunyai satu jalan besar utama. Oleh itu, banyak kereta dan berbagai
jenis manusia serta kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.
Seterusnya, kawasan ini mengalami pencemaran dari segi udara
,kawasan jalan raya dan sebagainya. Hal ini berkemungkinan datang dari
pelajar pelajar yang bersekolah d`I sekolah menengah berdekatan. Mereka
membuang sampah di kawasan bas stop dan longkang. Lori yang
membawa simen atau barang barang yang mengangkut batu bata serta
bahan yang berasap. Apabila terlalu banyak pengangkuan yang besar
yang melintas telah mengakibatkan laluan jalan raya pecah dan berlubang.
Hal ini boleh mengakibatkan kerosakan pada tayar kereta. Kemalangan
juga berkemungkinan besar boleh terjadi akibat kesesakan jalan raya .
Di samping itu, Kadar jenayah meningkat seperti pencurian dan
penyebaran dadah di kawasan perumahan. Seperti yang berlaku beberapa
bulan yang lalu terdapat beberapa orang yang mencurigakan atau tidak
dikenali berjalan di kawasan perumahan dan meletakkan sesuatu di rumut
rumput serta celah pokok. Perkara ini telah dilaporkan oleh bapa saya,
Budiman bin Mahmood di balai polis yang berdekatan .
6.0 [e] Mencadangkan usaha-usaha
Antara usaha-usaha untuk mengatasi masalah guna tanah di Lorong 20 ,
Jalan Stampin, Huising 93350, kuching sarawak ialah mengadakan
kempen 3R, menggunakan pengangkutan awam, dan membina pondok
polis. Hal ini dikatakan demikian supaya dapat memberi sedikit demi
sedikit` perubahan kepada punca punca yang merosakkan kawasan
perumahan serta pembangunan .
Selain itu, kempen 3R perlu diadakan bagi memupuk minda warga
kakitangan dan memberi kesedaran tentang pentingnya kitar semula,
mengawal dan mengurangkan pencemaran , menanam rasa
tanggungjawab serta memupuk semanat cintakan alam semula jadi.
Seterusnya, dengan menggunakan pengangkutan awam ini dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa serta
mengurangkan kos. Dengan kekurangan kegunaan minyak dapat
membantu mengurangkan kos sara hidup bagi setiap orang yang
mempunyai kereta atau motor. Hal ini juga dapat mengurangkan
pencemaran udara kerana di sarawak telah merasmikan kegunaan bas
hydrogen(Autonomous Rapid Transit hydrogen vehicle). Dengan ini juga
dapat menambahkan pendapatan negara kerana dunia kian berkembang
termasuklah negara kita iaitu Malaysia yang semakin menuju ke status
negara maju.
Akhir sekali, membina pondok polis boleh mengurangkan jenayah
berlaku kerana polis bertugas melalukan pemantauan atau ronda setiap
jam yang telah ditetapkan serta mempunyai kamera litar tertutup (CCTV)
bagi memantau keluar masuk kenderaan yang ada.
7.0 RUMUSAN
Berdasarkan kerja Lapangan Geografi ini. Terdapat berbagai nilai murni
yang telah saya pelajar dan ambil ikhtibar. Antaranya ialah, nilai
menghargai alam sekitar. Sebagai contoh, kita hendaklah mengelakkan
pembuangan sampah merata-rata sehingga tidak terkawal sehingga
merosakkan alam sekitar. Saya juga akan memastikan diri saya serta
orang sekeliling lebih menghargai alam sekitar selepas menyiapkan
tugasan ini.
Seterusnya, saya juga turut mempelajari nilai kerjasama . Sebagai
contoh, kerja lapangan ini disediakan atas kerjasama guru, rakan-rakan
dan ibu bapa yang sedia menghulurkan bantuan jika tidak memahami
tugasan. Saya juga menyedari pentingnya kerjasama apabila pekerja-
pekerja di kawasan galacity menjaga kebersihan tanpa ada satu sampah
sarap dijalan raya. Kesan negatif kegiatan ekonomi juga dapat dibendung
dengen kerjasama yang erat daripada penduduk jalan Stampin dengan
pihak pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan.
Tuntasnya, Saya begitu berbangga kerana kawasan kajian saya juga
merupakan tempat tinggal saya ini, berpotensi unutuk lebih maju dari segi
ekonomi pada masa akan datang. Saya juga berharap agar kemajuan di
bandar ini akan dipertingkatkan seiring dengan usaha menjaga dan
mengekalkan kebersihan , keindahan dan keseimbangan alam sekitar agar
dapat dilindungi oleh generasi akan datang.
8.0 RUJUKAN
1. BUKU ; Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utek
, 2018, Geografi Tingkatan 3 Johor Bharu : IMS Books Trading
SDN BHD

2. RESPONDEN
 Jumat bin Hashim, 65 tahun, lelaki
 Patrick AK Jack, 51 tahun, lelaki
 Richard , 52 tahun, lelaki
 Jonathan AK Dau , 60 tahun, lelaki
 Karen, 59 tahun, Perempuan
 Zaoyah binti Karim , 63 tahun, Perempuan
 Morni bin Mat, 69 tahun, lelaki
 Christopher, 68 tahun, lelaki
 Thomas AK Peter , 45 tahun, lelaki
 Vincent AK Michael, 51 tahun, lelaki
3. Gambar- gambar di sekitar tapak kerja lapangan; 268, Lorong
20 Jalan Stampin , Huising Close 93350, Kuching sarawak.

4. Laman Sesawang (Internet):


 https://www.permohonan.my/jenis-guna-tanah-di-kawasan-
kajian/
 https://www.scribd.com/document/459986575/Pengenalan-
guna-tanah
 https://kegiatan.eko-kwsn9/.com
 https://kaedah/fakt-?ekonomi.com

You might also like