You are on page 1of 15

Penghargaan 1

Pendahuluan 1

Objektif kajian 2

Kawasan kajian 2

Kaedah kajian 3

Hasil kajian 3

Rumusan 7

Rujukan 8

Lampiran 9
PENGHARGAAN
Saya dapat menyempurnakan kajian ini dengan kerjasama dan
bantuan dari pelbagai pihak terutamanya pihak Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Bandar Penawar.
Pertama sekali,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada guru matapelajaran Geografi iaitu Puan Mahirah binti Yahya
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya,dapatlah
saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Mohd
Amin bin Atan dan Puan Hafsah binti Abdul Razak yang telah
menyediakan segala kemudahan dan sokongan moral dari awal
sehingga tugasan ini selesai.Penghargaan ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Alya Husna binti Ahmad Yazid dan
Aimi Fatini binti Zulkhairi yang banyak memberi peringatan dan
kerjasama.
Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan kajian ini terutama respondan yang
menjawab borang soal selidik.

PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan Geografi bagi tahun 2023
tentang pengangkutan awam di Felda Sungai Sayong Kulai,Johor.Saya
memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke sesuatu tempat.
Saya menjalankan kajian ini selama satu minggu bermula pada 22
Januari hingga 27 Januari 2023.Pengumpulan data dan maklumat
dilakukan selepas waktu sesi pembelajaran dan penulisan laporan
kerja dilakukan pada waktu pembelajaran matapelajaran Geografi
1
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif objektif berikut:-
a. Mengenal pasti konsep dan takrifan ystem pengangkutan awam.
b. Mengenal pasti jenis pengangkutan awam yang terdapat di Felda
Sungai Sayong.
c. Mengenal pasti kepentingan pengankutan awam di Felda Sungai
Sayong.
d. Mengenal pasti masalah pengangkutan awam yang dihadapi
penduduk di Felda Sungai Sayong.
e. Mencadangkan idea untuk meningkatkan perkhidmatan
pengangkutan awam di Felda Sungai Sayong.

KAWASAN KAJIAN
Kajian lapangan yang saya jalankan ini meliputi kawasan di sekitar
perumahan saya iaitu Felda Sungai Sayong,Kulai,Johor.Kawasan Felda
Sungai Sayong berada dalam mukim ulu sungai Johor.
Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah.Jarak lokasi
kawasan kajian ini dari SMK Agama Bandar Penawar,Kota Tinggi ialah
78 km.Manakala jarak dari kawasan kajian ke pusat bandar ialah 25
km.
https://maps.app.goo.gl/YlczH7itPBuFFfkt8

2
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah yang digunakan semasa
membuat kajian untuk mendapatkan maklumat:-
a.PEMERHATIAN
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan
awam di tempat kajian.
b.TEMU BUAL
Saya menggunakan kaedah ini bagi memperoleh maklumat tentang
pengangkutan awam di kawasan kajian.Melalui kaedah ini,saya akan
mendapat input mengenai masalah dan cadangan tentang
pengangkutan awam.

c.RUJUKAN
Membuat rujukan buku di Internet dilakukan bagi mengetahui perkara
tentang pengankutan awam.

HASIL KAJIAN

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM


Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka takrif pengangkutan
awam ialah ystem pengangkutan bermotor seperti teksi,bas,dan
kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan
tertentu agar kadar tambang yang telah ditetapkan.

JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN


Melalui pemerhatian yang saya lakukan,jenis pengangkutan yang
biasa digunakan di Felda Sungai Sayong,Kulai,Johor ialah bas dan
3
teksi.Bagi pengangkutan bas,ia terdapat beberapa servis disediakan
seperti bas ekspress,bas sekolah,bas tambang,bas persiaran,bas
loceng dan bas pekerja.Bas biasa digunakan untuk pergi ke tempat
kerja masing-masing.Bas sekolah pula, digunakan oleh murid-murid
untuk ke sekolah.Bagi teksi pula, jarang digunakan kerana pada
zaman kini,kebanyakan penduduk di kawasan kajian sudah
mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke suatu destinasi.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM


Kepentingan pengangkutan awam di Felda Sungai Sayong,Kulai,Johor
adalah seperti berikut:-
a.Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Melalui pemerhatian saya,pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian.Penggunaan
pengangkutan awam dapat mengurangkan bilangan kenderaan di
jalan raya.Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di kawasan kajian.
b.Membawa penumpang
Melalui pemerhatian saya,didapati bahawa pengangkutan awam di
kawasan kajian sangat penting untuk membawa penumpang.Saya
sendiri menggunakan pengangkutan awam,iaitu bas untuk ke bandar
Kulai.Di kawasan kajian terdapat ramai pekerja yang memerlukan
pengangkutan awam .Bas dan teksi merupakan pengangkutan utama
pekerja pekerja untuk ke tempat kerja.
c.Mewujudkan peluang pekerjaan
Melalui pemerhatian saya,pengangkutan awam dapat meluaskan
lagi peluang pekerjaan.Perkhidmatan teksi dan bas dapat
menawarkan pelbagai jenis peluang pekerjaan kepada penduduk.
4
Di kawasan kajian merupakan kawasan pedalaman yang sukar untuk
mencari pekerjaan.Dengan ini,penduduk boleh bekerja sebagai
pemandu bas di kawasan tersebut.
d.Mengurangkan pencemaran udara
Melalui temu bual dengan penduduk di kawasan kajian,dengan
adanya pengangkutan awam ini ia telah mengurangkan pencemaran
udara.Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan
pembebasan bahan api fosil melalui bilangan kenderaan yang
sedikit.Keadaan ini akan menyebabkan udara tidak tercemar dan
dapat melindungi kesihatan penduduk di kawasan kajian

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA


a.Kemalangan
Berdasarkan temu bual dengan Encik Zaidi,beliau bersetuju bahawa
terdapat segelintir pemandu bas yang memandu secara sambil lewa
dan tidak memikirkan keselamatan diri.Hal ini kerana mereka ingin
memastikan jadual perjalanan untuk mendapatkan penumpang
teratur tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.Mereka
akan berlumba lumba dan menyebabkan berlakunya kemalangan.
b.Pencemaran udara
Melalui pemerhatian saya,pencemaran udara yang berlaku di
kawasan kajian adalah disebabkan aktiviti pengangkutan
awam.Kenderaan-kenderaan yang menggunakan minyak diesel
sebagai bahan api seperti bas akan membebaskan asap yang
banyak.Pembebasan asap ini akan menyebabkan pencemaran udara
sekaligus memberi kesan yang negatif kepada penduduk.
5
c.Jangka masa lama
Melalui pemerhatian saya,penumpang perlu menunggu bas dengan
masa yang lama .Ketibaan kenderaan awam memakan masa 30
minit.hingga satu jam.Hal ini akan menyebabkan penumpang sampai
ke detinasi dengan lambat
d.Kenderaan lama
Melalui temu bual bersama Puan Yuna iaitu penumpang di bas
pekerja,keadaan pengangkutan awam di kawasan kajian telah banyak
yang uzur dan sudah lama.Penumpang tersebut pernah lewat sampai
di tempat kerja kerana bas rosak semasa perjalanan.Selain
itu,terdapat bas yang mempunyai tempat duduk yang sudah usang
dan kusyennya yang koyak.Hal ini mewujudkan ketidakselesaan
kepada penumpang.
e.Peningkatan kos bahan api
Berdasarkan soal selidik yang dilakukan bersama Encik Zaidi,beliau
menyatakan kenaikan kos bahan api akan mempengaruhi kos
tambang pengangkutan.Hal ini akan sering berlaku peningkatan kos
sesuatu pengangkutan untuk pergi ke sesuatu tempat.Pada tahun
2022,tambang bas meningkat kepada 1.30 dan telah memberikan
beban yang agak berat kepada penumpang yang sering menggunakan
bas awam.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH


PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN
a.Menaiktaraf bas
Pihak syarikat bas perlu menambah bilangan bas dan menggantikan
bas-bas yang lama kepada yang lebih eksklusif.Bas yang boleh dibaiki
hendaklah diselenggara untuk keselesaan penumpang.
6
b.Menguatkuasakan undang-undang
Melalui pemerhatian saya,pemandu yang melanggar peraturan jalan
raya perlu dikenakan tindakan undang-undang.Ia bertujuan untuk
menerapkan sikap disiplin sebagai seorang pemandu yang berjaya
dan sekaligus memberikan pengajaran kepada pemandu-pemandu
yang lain
c.Mengadakan kempen alam sekitar
Berdasarkan temu bual bersama Encik Zaidi,beliau menyatakan
bahawa kempen alam sekitar perlu dilaksanakan secara besarbesaran
di kawasan kajian.Hal ini akan menyebabkan pemandu mengambil
inisiatif untuk mengurangkan pembebasan asap.
d.Penapis asap atau catalytic converter
Melalui hasil pembacaan saya,salah satu cara untuk mengurangkan
pembebasan gas-gas berbahaya ke udara adalah dengan
menggunakan penapis asap atau catalytic converter.Keadaan ini akan
mengurangkan pencemaran udara.

RUMUSAN
Tuntasnya,bas merupakan pengangkutan utama di Felda Sungai
Sayong kerana memberi banyak faedah dan kepentingan kepada
penduduk di kawasan kajian ini.Antaranya adalah untuk
mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membawa penumpanh.
Selain itu,terdapat pelbagai masalah pengangkutan awam yang
dihadapi di kawasan kajian termasuklah kemalangan jalan raya dan
pencemaran udara.
Masalah pengangkutan awam dapat diatasi melalui pelbagai
7
langkah.Antaranya ialah menguatkuaskan undang-undang dan
mengadakan kempen alam sekitar.
Saya bersyukur kerana dapat melaksanakan kajian ini dan berharap
agar kajian ini dapat memberi impak positif kepada
penduduk,syarikat bas dan masyarakat
umumnya.Diharapkan kajian ini dapat mewujudkan
masyarakat yang bertanggungjawab.

RUJUKAN
Internet
Pengangkutan Awam. (n.d). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ,Edisi
Kedua.Diakses pada 27 Januari 2024 daripada
https://prpm.dbp.gov.my/
Catalytic converter . (n.d). Cambridge Dictionary.Diakses pada 27
Januari 2024 daripada
https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/catalyticconverte
r
Orang sumber
Encik Zaidi bin Zulkipli ,50 tahun, No.E-41 Jalan Bahagia,Felda Sungai
Sayong,81000 Kulai,Johor
Puan Yuna binti Azli, 34 tahun, No.D-32 Jalan Sejahtera,Felda Sungai
Sayong,81000 Kulai,Johor.
Buku
Kang Chai Yeong,Zulkipli bin Ismail,Rajanderan Subramaniam
(2017)Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
8
LAMPIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR


BANDAR PENAWAR
81930 KOTA TINGGI, JOHOR
NO.TELEFON:07-8222071

Rujukan kami:
Tarikh:
Kepada, I bu Bapa / Penjaga

Tuan,
KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk


2. Dengan murin Tingkatan 2 Fatimah sekolah ini akan terlibat dalam kerja
lapangan mata pelajaran Geografi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Hasil kerja lapangan ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran
sekolah.Bagi tujuan ini,semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar
waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
4. Dimaklumkan juga bahawa kerja lapangan akan dijalankan pada 22
Januari 2024
Sekian, terima kasih
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
Saya yang menurut perintah,
TUAN NORZAIDI
Pengetua

SMKA BANDAR PENAWAR 9


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR
PENAWAR
BANDAR PENAWAR
81930 KOTA TIGGI, JOHOR
NO TELEFON: 07-8222071

Rujukan kami:
Tarikh:

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga

Tuan,
KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI
Pembawa surat ini Nur Insyirah binti Mohd Amin , No kad pengenalan
091223010780 ialah seorang murid Tingkatan 2 Fatimah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Bandar Penawar.Murid ini sedang melaksanakan kerja
lapangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi.
2. Sehubungan dengan itu,pihak kami berbesar hati jika pihak tuan puan
dapat memberikan kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan.
3. Kerjasama dan bantuan tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,
TUAN NORZAIDI
Pengetua
SMKA Bandar Penawar. 10
LAMPIRAN 3: SURAT
PENGAKUAN MURID TENTANG
KEASLIAN KAJIAN

Saya memperakui bahawa kajian bertajuk Pengangkutan Awam Di Felda Sungai


Sayong ini ialah hasil kerja saya sendiri melainkan petikan grafik , gambar
rajah.

Yang benar,
NUR INSYIRAH BINTI MOHD AMIN

Tarikh:27 Januari 2024

11
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2
BORANG TEMU BUAL KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM

Nama: ZAIDI BIN ZULKIPLI


Umur: 50 TAHUN
Pekerjaan: PEMANDU BAS
Alamat: NO. E-41,JALAN BAHAGIA,FELDA SUNGAI
SAYONG,81000,KULAI,JOHOR.

1.Apakah kepentingan pengangkutan awam di tempat tinggal anda?


1. Mengelakkan kesesakan lalu lintas
2. Membawa penumpang
3. Mewujudkan peluang pekerjaan
4. Mengurangkan pencemaran udara

2.Apakah masalah pengangkutan di tempat tinggal anda


1. Kemalangan jalan raya
2. Pencemaran udara
3. Jangka masa yang lama
4. Kenderaan lama
5. Kos bahan api meningkat

3.Apakah cadangan utuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di tempat


tinggal anda?

1. Menguatkuasakan undang-undang
2. Mengadakan kempen alam sekitar
3. Menaiktar bas
4. Menggunakan penapis asap atau catalytic converter
12

You might also like