You are on page 1of 14

SMK AGAMA PAHANG

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 2

TAJUK KAJIAN:

PENGANGKUTAN AWAM DI
BANDAR PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN

Disediakan oleh: Sayyidah Aliya Binti Samsul Azal


PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Puan Nor Fatimawati, yang bertindak sebagai guru pembimbing bagi
kerja kursus ini, yang telah banyak memberi bimbingan dan penerangan
tentang cara melakukan tugasan ini mengenai apa yang perlu dan tidak
supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang baik. Begitu juga kepada
ibu bapa saya iaitu Samsul Azal Bin Saad dan Mazma Azura Binti
Mazalam yang banyak membantu dan memberi semangat dari segi
material juga semangat mental bagi menyelesaikan kerja kursus ini.
Akhir sekali, melalui tugasan yang diberikan ini dapat mendedahkan
saya kepada banyak perkara terutamanya mengenai tajuk yang dibuat.
Terima kasih sekali lagi buat semua. Sesungguhnya, Allah sahajalah
yang layak membalas jasa dan budi kalian.
PENDAHULUAN
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala
sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak
menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara
amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih
luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu
lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa
pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa
dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan


umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual
dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di
antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau institusi
pendidikan.
OBJEKTIF KAJIAN
a) Kajian ini dibuat untuk mengetahui tentang baik dan buruk sistem
pengangkutan awam yang berada di Port Dickson.
b) Kajian ini dibuat kerana wujudnya atau terdapatnya masalah yang
perlu diselesaikan.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Port
Dickson. Anggaran jumlah penduduk di Port Dickson ialah sebanyak
115,631 orang.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah
yang rata. Jarak kawasan kajian dari bandar Port Dickson ialah 3
kilometer. Jika menaiki teksi, tambangnya ialah RM 1.50/km manakala
jika menaiki bas, tambangnya ialah RM 3/km
KAEDAH KAJIAN
a) Pemerhatian :
Saya menggunakah kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan
awam di kawasan kajian.

b) Soal selidik :
Saya menggunakah kaedah ini untuk mengetahui kepentingan
pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan
untuk mengetahui masalah pengangkutan awam dan cadangan
mengurangkan masalah pengangkutan awam.

c) Rujukan :
Rujukan buku teks dan laman internet.

d) Temu bual :
Saya telah menemu bual penduduk di kawasan ini. Tujuan temu bual
adalah untuk mendapatkan keterangan dan maklumat tentang
pencemaran yang berlaku di sini.
LAPORAN KAJIAN LAPANGAN

a) Maksud pengangkutan awam

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala


sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan
kenderaan sendiri.

b) Jenis-jenis pengangkutan awam di Malaysia

Pengangkutan Darat :

 Kereta
 Lori
 Bas
 Motosikal
 Beca

Pengangkutan Maritim (air/laut):

 Feri
 Bot
 Kapal
 Sampan
 Rakit

Pengangkutan Udara:

 Kapal Terbang
 Helikopter

Pengangkutan Rel:

 Monorel
 LRT
 Kereta api
c) Faktor yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan kajian

Faktor yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan kajian saya ialah


terdapat sebahagian penduduk yang masih tidak mampu untuk membeli
kenderaan sendiri dan terdapat pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) yang masih memerlukan/menggunakan pengangkutan awam
tersebut seperti bas untuk ke sesuatu tempat.

d) Kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian

Kepentingan pengangkutan awam di Bandar Port Dickson adalah seperti yang


berikut:

1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat


mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat mengurangkan bilangan
kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di kawasan kajian.

2. Membawa penumpang

Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam di kawasan


kajian sangat penting untuk membawa penumpang. Saya sendiri menggunakan
pengangkutan awam, iaitu bas untuk ke bandar Port Dickson dan ke sekolah.
Selain itu, saya juga menggunakan teksi pada masa yang sangat memerlukan.
Bas dan teksi merupakan kenderaan utama bagi pekerja asing untuk ke bandar
Port Dickson dan ke tempat-tempat lain.

e) Cadangan langkah penambahbaikan pengangkutan awam di


kawasan kajian

Pada pendapat saya, kerajaan tempatan perlu menyediakan sistem kereta api
seperti monorel ataupun MRT untuk memudahkan penduduk setempat
menggunakan pengangkutan awam tersebut bergerak ke sesuatu tempat dan
bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada hujung minggu.
RUMUSAN
Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Bandar Port Dickson ialah
kereta. Kereta ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di
kawasan kajian. Antaranya adalah untuk pergi ke kerja, balik kampung dan
pergi ke kedai.

Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya


ialah masalah kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan awam.


Antaranya adalah menambah pengangkutan awam di tempat yang sepatutnya.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dapat memberi manfaat
kepada penduduk, syarikat pengangkutan awam dan masyarakat umunya.
Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab.
RUJUKAN
Buku
Buku Teks Geografi Tingkatan 2

Orang Sumber
Samsul Azal bin Saad

Mazma Azura binti Mazalam

Saida Sabiha binti Hayyan Qhalish

Alif Arasy bin Amin

Siti Suraiya binti Adzim Aisy

Sadatul Inas binti Muhammad Hafifi

Juan Adriean bin Johan Ahmad

Laskar Arasyah bin Hujan Arasyah

Sofiyya Imani binti Syed Ikhwan

Adnan bin Saidi

INTERNET
Wikipedia daripada https://www.wikipedia.org/
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2
3 Objektif Kajian Lapangan 3
4 Kawasan Kajian Lapangan/Lokasi Kawasan Kajian 4
5 Kaedah Kajian Lapangan 5
6 Hasil/Laporan Kajian Lapangan: 6-7
a) Maksud pengangkutan awam
b) Jenis-jenis pengangkutan awam di Malaysia
c) Faktor yang mempengaruhi pengangkutan
awam di kawasan kajian/tempat tinggal
(2 faktor sahaja)
d) Kepentingan pengangkutan awam di kawasan
kajian anda
(2 kepentingan sahaja)
e) Cadangan langkah penambahbaikan
pengangkutan awam di kawasan kajian
(2 langkah sahaja)

7 Rumusan 8
8 Rujukan 9
9 Lampiran yang bersesuaian dengan hasil atau laporan 10
kajian
Borang Soal Selidik
1. Nama : _______________________________________
2. Umur : ____
3. Jantina: ___________
4. Bangsa: ____________
5. Pernahkah anda menggunakan pemgangkutan awam dikawasan
sini?

Ya Tidak

6. Apakah jenis pengangkutan awam yang anda gunakan?

Bas Teksi

7. Berikan alasan mengapa anda masih memilih pengangkutan


awam.

_____________________________________________________
_____________________________________________________

8. Pada pendapat anda adakah kos pengangkutan tersebut wajar?

Ya Tidak

9. Tulis masalah yang anda alami tentang pengangkutan awam, jika


ada.
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

10. Apakah cdangan anda untuk mengatasi masalah berikut?


_____________________________________________________
_____________________________________________________
LAMPIRAN

You might also like