You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2


Pengangkutan Awam Di Kawasan AU3 Keramat

Nama: Camelia Imaan Azraee binti Mohayazeed Azraee


Kelas: 2 Maliki
Tarikh: 08/10/2021
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 11/8/2021 Mendengar taklimat dari atas talian


guru Geografi
2 27/8/2021 Membuat gambaran di rumah
kerja lapangan
3 10/9/2021 Memerhati persekitaran di rumah

4 15/9/2021 Menemu bual penduduk di kawasan kajian

5 29/9/2021 Menulis penghargaan, di rumah


pendahuluan dan
objektif kajian
6 30/9/2021 Menulis kawasan kajian di rumah
dan kaedah kajian
7 4/10/2021 Menulis hasil kajian di rumah

8 7/10/2021 Menulis rumusan dan di rumah


rujukan
9 8/10/2021 Semak semula folio di rumah
ISI KANDUNGAN

TAJUK . . . . . . . . MUKA SURAT

PENGHARGAAN . . . . . . . . . 1

PENDAHULUAN . . . . . . . . . 1

OBJEKTIF KAJIAN . . . . . . . . . 1

KAWASAN KAJIAN . . . . . . . . 2

KAEDAH KAJIAN . . . . . . . . . 2

HASIL KAJIAN . . . . . . . . . 3

RUMUSAN . . . . . . . . . . 6

RUJUKAN . . . . . . . . . . 7

LAMPIRAN . . . . . . . . . . 8
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengetua kerana
memberi kebenaran, sokongan dan dorongan kepada saya untuk menjalankan kerja lapangan
ini dengan sempurna dan jayanya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru
Geografi, Puan Nurul Najihah Idris, atas nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan
sepanjang kajian ini dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang
sentiasa membantu, mendorong dan menyokong saya sehingga berjaya menyiapkan kerja
lapangan ini dengan cemerlang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan,
penduduk setempat kawasan AU3 Keramat serta responden dalam kajian ini atas kerjasama
mereka sepanjang kajian ini dijalankan.

PENDAHULUAN

Saya memilih tajuk Pengangkutan Awam di AU3 Keramat sebagai tajuk kerja lapangan
saya. Ini adalah kerana ia merupakan lingkungan kawasan kediaman saya. Rapid KL
merupakan antara pengangkutan penting bagi penduduk kawasan AU3 Keramat. Mereka yang
bersekolah dan bekerja menggunakan pengangkutan awam ini untuk berulang-alik dari rumah
ke sekolah dan tempat kerja.

Tempoh masa kajian yang diperuntukkan adalah dari awal bulan Ogos hingga awal
bulan Oktober. Saya mengambil peluang dengan memanfaatkan cuti yang saya ada untuk
menyiapkan kerja lapangan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kerja lapangan ini ialah:

a) Mengenal pasti dan menyatakan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.


b) Mengenal pasti kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian.
c) Menyatakan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian.
d) Menyatakan cadangan untuk mengalakkan penggunaan dan perkembangan
pengangkutan awam di kawasan kajian.

1
KAWASAN KAJIAN

Kawasan AU3 Keramat terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur dan ia dikelilingi oleh
bukit bukau dan ia diapet oleh Bukit Antarabangsa dan Bukit Dinding. Di tengah bukit
mengalirnya Sungai Hulu Klang yang berpunca dari Empangan Klang Gate yang juga melalui
perkampungan Kemensah.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan maklumat dan data bagi
menjayakan kerja lapangan ini.

a) Pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian, saya dapat mengumpulkan maklumat tentang


jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.
b) Temu bual. Saya telah menemu bual penduduk, pengguna dan pengusaha pengangkutan
awam di kawasan kajian.
c) Soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada penduduk dan pengguna pengangkutan
awam di AU3 Keramat. Borang soal selidik mengandungi soalan-soalan untuk
memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian.
d) Rujukan. Rujukan juga dilakukan di keratan akhbar dan laman web sesawang.

2
HASIL KAJIAN

Jenis Pengangkutan Awam

Jenis pengangkutan awam di AU3 Keramat ialah bas dan e-panggilan. Perkhidmatan
bas henti-henti, bas sekolah, bas pekerja dan bas ekspres merupakan jenis pengangkutan awam
yang utama di kawasan ini.

Perkhidmatan bas henti-henti mengangkut penumpang berulang alik ke destinasi dalam


kawasan AU3 Keramat dan kawasan-kawasan sekitar. Rapid KL merupakan jenama
perkhidmatan pengangkutan awam yang terbesar di Malaysia. Perkhidmatan paginya bermula
dari pukul 6:00 hingga 10:00 pagi. Perkhidmatan petang pula adalah dari pukul 4:00 petang
hingga 10:00 malam.

Bas sekolah mengangkut murid-murid berulang alik dari rumah ke sekolah pada setiap
hari persekolahan. Mereka dikenakan bayaran tambang bulanan mengikut jarak dari rumah
mereka ke sekolah. Bas pekerja pula mengangkut pekerja berulang alik dari rumah ke tempat
ke kerja.

Penggunaan perkhidmatan e-panggilan menjadi semakin meningkat kerana kadar


tambangnya yang berpatutan dengan jarak.

Kepentingan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian

Kaedah pengangkutan penumpang utama

Hampir 60 peratus daripada penduduk yang ditemu bual berpendapat bahawa


pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti dan bas sekolah merupakan kaedah
pengangkutan yang mudah didapati. Penggunaan perkhidmatan e-panggilan juga semakin
meningkat.

Menjimatkan masa

Pengguna berpendapat bahawa perkhidmatan pengangkutan awam dapat menjimatkan


masa. Jadual perjalanan bas henti-henti, bas sekolah dan bas 3ekspres telah ditetapkan.
Manakala untuk perkhidmatan e-panggilan hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.
Mereka juga tidak perlu membuang masa untuk mencari tempat letak kereta.

3
Menjimatkan kos

Majoriti penduduk mengatakan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dapat


menjimatkan tambang. Tambang pengangkutan awam lebih murah berbanding dengan
penggunaan pengangkutan persendirian. Pengguna pengangkutan awam tidak perlu membayar
kos petrol, tempat letak kereta atau tol. Kadar tambang e-panggilan adalah jauh lebih murah
berbanding dengan teksi.

Meningkatkan mobiliti penduduk

Hampir 70 peratus responden bersetuju bahawa perkhidmatan pengangkutan awam


dapat memudahkan dan meningkatkan mobiliti penduduk, terutamanya golongan yang tidak
memiliki kenderaan sendiri. Ibu bapa yang tidak memiliki kenderaan atau sibuk bekerja,
bergantung kepada bas sekolah untuk mengangkut anak-anak mereka ke sekolah.

Peluang pekerjaan

Melalui pemerhatian dan temu bual saya, didapati bahawa perkembangan perkhidmatan
pengangkutan awam dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan secara tetap atau sambilan
kepada penduduk. Mereka bekerja sebagai pemandu bas dan pemandu e-panggilan. Pemandu
secara sambilan terdiri daripada golongan lepasan pengajian universiti yang sedang menunggu
pekerjaan untuk menambahkan pendapatan mereka.

Masalah Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian

Jangka masa lama

Terdapat penduduk menyatakan bahawa mereka terpaksa membazirkan masa yang


lama untuk menunngu bas atau e-panggilan untuk berulang alik dari rumah ke destinasi kerana
tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Hal ini biasanya berlaku pada waktu pagi antara pukul
7:00 hingga 9:00 pagi. Pada waktu ini bas dan kenderaan persendirian mengangkut penumpang
ke pejabat dan sekolah. Keadaan ini juga berlaku pada waktu selepas sesi persekolahan dan
tamat waktu kerja, iaitu antara pukul 5:00 petang hingga 6:30 petang.

4
Kenaikan kadar tambang

Penduduk turut menyatakan bahawa terdapat pemandu bas sekolah yang menaikkan
kadar tambang mengikut kehendak mereka. Alasan yang diberikan adalah kerana kenaikan
harga petrol. Kenaikan tambang telah membebankan mereka yang berpendapatan rendah

Kenderaan yang buruk dan uzur

Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kuran berpuas hati terhadap bas sekolah
yang tidak diselenggara dan berada dalam keadaan yang uzur. Terdapat kusyen tempat duduk
yang sudah carik, kotor, berhabuk dan juga penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik.
Penumpang berasa kurang selesa malahan keselamatan mereka turut terancam apabila
kenderaan tidak diselenggara dengan baik.

Cadangan untuk Meningkatkan Penggunaan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Pelebaran jalan dan lebuh raya

Kerja-kerja sedang dilakukan untuk melebar dan menaik taraf jalan raya di kawasan
AU3 Keramat. Usaha mereka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan
masa menunggu dan perjalanan.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan bas awam

Pengusaha bas hendaklah meningkatkan kekerapan perjalanan. Pemandu bas perlu


menepati jadual, masa perjalanan dan masa ketibaan ke destinasi seperti yang telah ditetapkan.
Penumpang dapat merancang jadual perjalanan mereka dengan mudah dan baik. Hal ini
demikian membolehkan penumpang bas awam menjimatkan masa perjalanan mereka.

Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam berharap agar pihak berkuasa,


terutamanya JPJ dapat membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan pengusaha bas dan
teksi tidak menaikkan kadar tambang dengan sewenang-wenangnya, memastikan keadaan
kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan selesa, pemandu mempunyai lesen
memandu yang sah serta kenderaan yang uzur dan tidak selamat digunakan perlu ditamatkan
permitnya. Pemandu juga dikehendaki mengutamaklan keselamatan penumpang mereka.

5
Kursus untuk pemandu
Pihak berkuasa terutamanya JPJ dan polis perlu menganjurkan kursus bagi pemandu
pengangkutan awam dari masa ke semasa. Kandungan kursus yang dicadangkan haruslah
merangkumi cara pemanduan yang berhemah, tanggungjawab terhadap kebajikan dan
keselamatan penumpang serta mematuhi peraturan jalan raya.

RUMUSAN

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam di kawasan AU3 Keramat terdiri daripada


bas awam, bas sekolah dan e-panggilan.

Perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting kepada penduduk di kawasan AU3


Keramat. Perkhidmatan ini dapat meningkatkan mobiliti penduduk yang terdiri daripada
pekerja perkhidmatan awam, pekerja dan murid, mewujudkan peluang pekerja tetap dan
sambilan serta menjimatkan masa dan tambang perjalanan.

Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam memberi cadangan untuk membaiki dan


menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Antaranya ialah penguatkuasaan, kursus
kepada pengusaha dan pemandu serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Jika cadangan-cadangan penduduk dan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam


berjaya dilaksanakan, nescaya akan meningkatkan kualiti dan penggunaan perkhidmatan
pengangkutan awam di kawasan AU3 Keramat.

6
RUJUKAN

Internet

https://m.facebook.com/myrapid/posts/perubahan-waktu-operasi-petang-
perkhidmatan-rapid-kl-sempena-ramadhan-kuala-lump/3147197835304092/

https://en.wikipedia.org/wiki/Rapid_Bus#Schedules

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/fungsi-bahagian-penguatkuasa

Orang Sumber

Encik Mohayazeed Azraee Mohamed, 45 tahun, No. 264, Jalan 6/56, Menara Rajawali,
AU3, 54200 Kuala Lumpur.

Puan Marzuwahida Bidin, 43 tahun, No. 264, Jalan 6/56, Menara Rajawali, AU3, 54200
Kuala Lumpur

Buku

Kang Chai Yoeng, Zulkipli Ismail dan Rajanderan Subramaniam. 2017. Geografi
Tingkatan 2. IMS Books Trading Sdn. Bhd.

7
LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Kerja Lapangan Tingkatan 2 2021Geografi

Kerja Lapangan Mengenai Pengangkutan Awam di Kawasan AU3 Keramat

Nama:

Alamat:

Umur:

Bangsa: Melayu [ ] Cina [ ] India [ ] Lain-lain [ ]

1. Apakah jenis pengangkutan awam yang anda gunakan?


Bas [ ] Teksi [ ]
E-panggilan [ ] Lain-lain:

2. Apakah kepentingan pengangkutan awam di kawasan anda?


Menjimatkan masa [ ] Menjimatkan kos [ ]
Peluang pekerjaan [ ] Lain-lain:

3. Apakah masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan anda?


Masa menunggu yang lama [ ] Kos semakin mahal [ ]
Kenderaan yang buruk dan uzur [ ] Lain-lain:

4. Apakah cadangan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam?

You might also like