You are on page 1of 17

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN BUKIT


43000 KAJANG, SELANGOR

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2020

TAJUK:

PENGANGKUTAN AWAM DI
TAMAN BUKIT MEWAH, KAJANG, SELANGOR

NAMA: _________________________________________________

TINGKATAN: ___________________________________________

NAMA GURU: PUAN PUTERI FAIROSE SAEDAH BINTI ALIASA’

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

JADUAL KERJA
TARIKH HARI PERKARA CATATAN
19 Nov KHAMIS Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Tingkatan 2 Guru Mata
menerusi Google Meet Pelajaran

20 Nov JUMAAT Perbincangan tentang : Online


- Tajuk Kajian (Whatsapp)
- Jadual kerja / pengagihan kerja (60 MINIT)
- Penghargaan
- Pendahuluan
- Objektif kajian
- Kawasan Kajian
- Penentuan Kaedah kajian
- Borang soal selidik
- Hasil Kerja Lapangan
- Rumusan
- Rujukan
- Sediakan lampiran

23 Nov ISNIN Murid menyediakan borang soal selidik Di rumah


(PdPR)
(30 minit)
24 Nov SELASA Murid menulis pendahuluan, penghargaan, objektif dan (PdPR)
kaedah kajian. (1 jam)

25 – 26 RABU - Murid melakukan soal selidik (PdPR)


Nov KHAMIS Mencari dan mengumpul maklumat
27 Nov JUMAAT - Menghuraikan konsep (PdPR)
- Menganalisis maklumat/data dalam bentuk Peta (2 jam)
Bulatan
- Melukis Peta Bulatan
1 Dis ISNIN - Mentafsir Peta Bulatan yang dilukis (PdPR)
(1 jam)
2 Dis SELASA - Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pembinaan (PdPR)
jalan pengangkutan di kawasan kajian (1 jam)
3 Dis RABU - Menghuraikan kesan pengangkutan di kawasan kajian. (PdPR)
(30 minit)
4 Dis KHAMIS - Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan (PdPR)
pengangkutan di kawasan kajian. (1 jam)
- Membuat rumusan tentang tajuk kajian
5 Dis JUMAAT Murid mengemaskini dan menghantar tugasan

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAWASAN KAJIAN
4.1 Lokasi kawasan kajian
4.2 Lingkungan kawasan kajian
4.3 Bentuk muka bumi
4.4 Jumlah penduduk
5.0 KAEDAH KAJIAN
5.1 Pemerhatian
5.2 Temu Bual
5.3 Rujukan
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep Pengangkitan Awam
6.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian
6.3 Kepentingan Pengangkutan Awam
6.3.1 Membawa penumpang
6.3.2 Mengurangkan kesesakan lalu lintas
6.3.3 Menjimatkan kos
6.4 Masalah Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian
6.4.1 Pencemaran Udara
6.4.2 Kos bahan api meningkat
6.4.3 Jangka masa lama
6.5 Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan
awam di kawasan kajian
6.5.1 Menguat kuasa undang-undang
6.5.2 Kempen alam sekitar
6.5.3 Menambah bilangan bas dan bas baharu
6.5.4 Penapis asap atau catalytic converter
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
8.2 Orang Sumber
8.3 Internet
9.0 LAMPIRAN

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan


Geografi Tingkatan 2.
Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Jalan Bukit,
Puan Roslina binti Che Omar kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya
iaitu Puan Puteri Fairose kerana telah membantu saya dalam
penyediaan laporan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
iaitu ______[NAMA IBU/BAPA/PENJAGA]______ yang memberi
bantuan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden dan orang


sumber yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang temu
bual.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di


Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor.

Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini


menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, Bas Rapid,
Teksi dan e-panggilan untuk ke sesuatu tempat.

Saya menjalankan kajian ini selama 12 hari bermula pada 19


November 2020 hingga 5 Disember 2020. Penulisan laporan kerja
lapangan dilakukan di rumah (Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah, PdPR) pada waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Bukit Mewah,


Kajang, Selangor, bertujuan untuk:

3.1 Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam.

3.2 Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam.

3.3 Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan


awam di kawasan kajian.

3.4 Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di


kawasan kajian.

3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah


pengangkutan awam di kawasan kajian.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

4.0 KAWASAN KAJIAN


4.1 Lokasi kawasan kajian :
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Bukit Mewah,
Kajang, Selangor.

4.2 Lingkungan kawasan kajian :


Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang lima
kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran
Majlis Perbandaran Kajang. Kawasan ini juga terletak dalam
Daerah Hulu Langat, Selangor.

4.3 Bentuk muka bumi


Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tamah
pamah yang rata. Jarak kawasan kajian dari bandar Kajang
ialah lima kilometer. Jika menaiki e-panggilan, tambangnya
ialah RM5.00. Sekiranya menaiki teksi pula tambangnya
ialah RM6.00 seorang.

4.4 Jumlah penduduk


Jumlah penduduk di kawasan kajian ini ialah lebih kurang
2 650 orang.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

PETA KAWASAN KAJIAN

PETUNJUK:

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

5.0 KAEDAH KAJIAN


Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

5.1 Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk


mengetahui jenis pengangkutan awam di
kawasan kajian.

5.2 Temu bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui


kepentingan pengangkutan awam di kawasan
kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk
mengetahui masalah pengangkutan awam dan
cadangan mengurangkan masalah pengangkutan
awam.

5.3 Rujukan – Rujukan buku di perpustakaan dan Internet


digunakan untuk mengetahui konsep pengangkutan
awam.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

6.0 HASIL KAJIAN


6.1 Konsep dan takrif Pengangkutan Awam :
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Kamus Pelajar
Edisi Kedua), pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan
bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh
digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar
tambang yang telah ditetapkan.

Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan


berjadual dan dalam laluan tetap. Kebanyakan penumpang
bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah
mereka dengan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi
pendidikan.

6.2 Jenis-jenis Pengangkutan Awam :


Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman
Bukit Mewah, Kajang, Selangor ialah bas dan teksi.
Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas henti-henti
(Rapid) atau bas tambang, bas persiaran, bas sekolah dan
bas ekspres. Perkhidmatan bas sekolah penting kepada
murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
Perkhidmatan bas henti-henti (Rapid) pula penting kepada
penduduk dalam kawasan kajian untuk ke bandar Kajang
dan tempat-tempat lain.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

6.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di kawasan kajian :


Kepentingan pengangkutan awam di Taman Bukit Mewah, Kajang,
Selangor adalah seperti yang berikut:

6.3.1 Membawa penumpang


Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam
di kawasan kajian sangat penting untuk mengangkut penumpang.
Saya sendiri menggunakan pengangkutan awam, iaitu bas untuk ke
bandar Kajang.

6.3.2 Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan
pengangkutan awam seperti bas, e-panggilan dan teksi dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan
kajian yang mempunyai ramai penduduk

6.3.3 Menjimatkan kos


Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat
menjimatkan kos. Saya dapat pergi ke bandar Kajang hanya dengan
tambang RM1.20 berbanding dengan kos menggunakan kenderaan
persendirian. Selain kos bahan api atau petrol, kos tempat letak
kereta juga turut dapat dijimatkan dengan menggunakan
pengangkutan awam.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

6.4 Masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan


kajian

6.4.1 Pencemaran Udara


Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan
kajian telah menyebabkan pencemaran udara. Tambahan
pula, bas-bas yang beroperasi ini menggunakan minyak
diesel sebagai bahan api. Bas-bas ini mengeluarkan asap
yang banyak. Pencemaran udara mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan
penyakit.

6.4.2 Kos bahan api meningkat


Melalui temu bual dengan Encik Zahid bin Hamdan, beliau
menyatakan bahawa, kenaikan kos bahan api telah
menyebabkan tambang teksi turut meningkat. Misalnya, pada
tahun 2007 tambang Teksi dari Taman Bukit Mewah ke
bandar Kajang ialah RM0.80. Pada tahun 2017, tambang
bas meningkat kepada RM1.20 dan peningkatan ini telah
membebankan penduduk yang sering menggunakan
perkhidmatan bas awam ini.

6.4.3 Jangka masa lama


Berdasarkan temu bual dengan Encik Zahid bin Hamdan,
masa menunggu bas adalah lama, iaitu lebih kurang 30 minit.
Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama
untuk ke sesuatu tempat.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

GURU RAKAN

Jangka
masa lama

Masalah
Kos bahan
api
meningkat

Pencemaran
Udara

IBU BAPA RESPONDEN

Rajah 1 Masalah pengangkutan awam di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

6.5 Cadangan mengurangkan masalah perkembangan


pengangkutan awam di kawasan kajian

6.5.1 Menguat kuasa undang-undang


Berdasarkan temu bual dengan Encik Samsul bin Johan, beliau
mencadangkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas
pemandu bas yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Tindakan
ini perlu untuk mendisiplinkan pemandu bas. Selain itu, tindakan ini
dapat memberikan pengajaran kepada pemandu bas yang lain.

6.5.2 Kempen alam sekitar


Menurut Encik Samsul bin Johan lagi, beliau menyatakan bahawa,
kempen alam sekitar perlu dihebahkan kepada penduduk di
kawasan kajian. Bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu
mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap.

6.5.3 Menambah bilangan bas dan bas baharu


Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan
menggantikan bas-bas yang lama dengan bas-bas yang baharu. Bas
yang boleh dibaiki pula hendaklah diselenggara untuk keselesaan
penumpang.

6.5.4 Penapis asap atau catalytic converter


Berdasarkan hasil pembacaan saya, penggunaan penapis asap atau
catalytic converter dapat mengurangkan pembebasan gas-gas
berbahaya ke udara. Keadaan ini dapat mengurangkan pencemaran
udara.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Bukit Mewah
ialah bas. Bas ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di
kawasan kajian. Antaranya adalah untuk membawa penumpang dan
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pelbagai masalah pengangkutan
awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya ialah pencemaran udara,
kemalangan jalan raya dan penggunaan kenderaan lama. Pelbagai
langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan awam.
Antaranya adalah dengan menguat kuasa undang-undang dan kempen
alam sekitar. Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan
berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk, syarikat
bas dan masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini diharap dapat
mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003). Geografi
Tingkatan 2 Kuala Lumpur: Percetakan Saufi.

8.2 Orang Sumber


Encik Jaya bin Junus, 51 tahun, No.88 Taman Tun Syed
Nasir, 84000 Tangkak, Johor. Encik Samsul bin Johan, 40
tahun, No.333 Taman, Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak,
Johor.

Encik Zahid bin Hamdan, 43 tahun, No.423 Taman Tun Syed


Nasir, 84000 Tangkak, Johor.

8.3 Internet
Pengangkutan Awam. (n.d). Pusat Rujukan Persuratan
Melayu, Edisi Kedua. Diakses pada Jun 8 2017 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pengangkutan+awam

Catalytic converter. (n.d). American Heritage R Dictionary of


the English Language, Fifth Edition. (2011). Diakses pada
Ogos 17 2017 daripada
http://www.thefreedictionary.com/catalytic+converter

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

9.0 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2020
Tajuk Kajian: Pengangkutan Awam dan Kepentingannya di kawasan kajian

Arahan: Tandakan ( / ) pada yang berkenaan.

1. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]

2. Umur : Bawah 20 tahun [ ]


21 hingga 30 tahun [ ]
31 hingga 40 tahun [ ]
41 tahun ke atas [ ]

3. Jenis pengangkutan awam yang anda pernah naiki di kawasan kajian:


Bas [ ] Van [ ] Komuter KTM [ ] Teksi [ ] Lain-lain: ……………….

4. Kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian.

Mengangkut barangan [ ] Mengangkut penumpang [ ]


Menjimatkan masa [ ] Menjimatkan kos [ ]
Sumber pendapatan [ ] Peluang pekerjaan [ ]
Meningkatkan mobiliti penduduk [ ] Ketersampaian [ ]

Lain-lain. Nyatakan __________________________________________________

5. Masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian:

Pencemaran udara [ ] Pencemaran bunyi [ ]


Tambang mahal [ ] Jangkamasa lama [ ]
Darjah ketersampaian rendah [ ] Kenderaan lama [ ]
Kesesakan lalulintas [ ] Keselamatan penumpang terancang [ ]

Lain-lain. Nyatakan ___________________________________________________

6. Cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian:

Pendidikan alam sekitar [ ] Penggunaan petrol tanpa plumbum [ ]


Dasar pembangunan kerajaan [ ] Penggunaan bahan api alternatif [ ]
Kursus pemanduan berhemah [ ] Mengurangkan kos operasi [ ]
Menguatkuasa undang-undang [ ] Kempen alam sekitar [ ]

Lain-lain. Nyatakan _____________________________________________________

TERIMA KASIH

..Cikgu Puteri Fairose Saedah..

You might also like