You are on page 1of 7

2.

0 CADANGAN USAHA USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN


LESTARI
Petempatan lestari merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan
pelbagai unsur seperti Faktor fizikal, faktur ekonomi dan juga faktur sosial. Ia
juga meliputi segala proses aktiviti manusia seperti tinggal di sesuatu tempat,
bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan, budaya atau berekreasi
di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan seperti :-.
2.1

Kegiatan ekonomi.

Petempatan lestari perlu mempunyai kegiatan ekonomi yang baik yang


boleh menjana pendapat penduduk secara beterusan dan kemajuan mereka
meningkat dari tahun ke tahun.
2.2

Perkhidmatan bekalan elektrik,

Bagi mewujudkan petempatan lestari, bekalan elektrik perlu diadakan


untuk kemudahan dan kegunaan penduduk dalam menjalani kehidupan
seharian. Boleh dikatakan segala peralatan yang digunakan di rumah
memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi.
2.3

Perkhidmatan bekalan air

Selain itu, kemudahan air bersih juga sangat diperlukan untuk menjalani
kehidupan seharian seperti mandi, memasak , membasuh, dan sebagainya.
2.4

Kemudahan ICT dan multimedia

Kemudahan telekomunikasi dan multimedia penting pada zaman sekarang


untuk perhubungan dan mendapatkan maklumat serta bahan rujukan dalam
proses pembelajaran.
2.5

Kemudahan Pendidikan

Petempatan lestari perlu mempunyai kemudahan pendidikan seperti sekolah


rendah dan menengah. Bagi menyediakan pendidikan awal kepada penduduk.
2.6

Kemudahan Jalan Raya Dan Pengangkutan Awam

Kemudahan jalan raya dan pengankutan awam menjadi sangat penting dalam
memastikan petempatan lestari. Hal ini kerana, ianya menjadi asas kepada
mobilisasi penduduk untuk menjalankan kegiatan ekonomi, sosial, dan
pembelanjaran.

2.7

Kemudahan kesihatan

Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat kesihatan kecil perlu
diwujudkan dikawasan petempatan lestari kerana dewasa ini penjagaan
kesihatan telah menjadi satu keutamaan penduduk.
2.8. Keselamatan
Kawasan petempatan yang berkekalan biasanya mempunyai ciri-ciri
keselamatan dan kesejahteraan kepada penduduk. Oleh itu, kemudahan
keselamatan seperti balai polis perlu diwujudkan.

2.9

Tempat beribadat

Kemudahan tempat beribadat seperti masjid adalah merupakan satu keperluan


di kawasan petempatan lestari untuk menjalankan ibadat, tempat pembelajaran
ilmu agama, dan tempat untuk mengeratkan silaturrahim diantara penduduk.
2.10 Kawasan perniagaan/pusat komersial untuk menjalankan pelbagai jenis
perniagaan.
Kemudahan kemudahan seperti pasar, kedai runcit, dan sebagainya amat
diperlukan untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain selain
daripada ianya menjadi tempat kegiatan ekonomi.
2.11 Kawasan rekreasi/taman permainan
Dalam memastikan kelastarian sesuatu petempatan, padang permain kanakkanak dan taman rekriasi harus diadakan untuk kegiatan sosial dan riadah agar
kesihatan dan kesejahteraan penduduk dapat dipupuk.
2.12 Bentuk Muka Bumi
Petempatan lestari yang berkembang biasanya berada dikawasan yang
mempunyai muka bumi yang rata sehingga ke kawasan yang mempunyai
kecerunan kurang dari 30 darjah. Hal ini kerana, ianya senang untuk membina
kawasan penempatan dan menjalankan aktikiti harian.

memperkenalkan Sistem Pengangkutan Hijau-yakni


satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan
yang berkualiti
iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekiranya sistem pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya
di kawasan bandar tanpa gangguan daripada kenderaan persendirian dan
motosikal sudah pasti
matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar akan tercapai. Ini
kerana gangguan dari segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan
jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah berjaya diatasi.
bilangan gerabak monorel, ERL dan komuter adakah
mencukupi dan memadai untuk menampung jumlah penumpang yang sentiasa
meningkat. Dalam keadaan ini sudah pasti penduduk
akan beralih kepada kenderaan persendirian dan seterusnya menyumbang
kepada kesesakan lalu
lintas
Wujud suasana sihat, lestari
Sistem pengangkutan yang berkesan dan cekap akan menghasilkan suasana kehidupan yang
sihat dan lestari dari segi sosial, ekonomi, persekitaran dan kewangan. Malaysia sudah
mencapai satu tahap kualiti yang tinggi melalui transformasi dalam penyediaan infrastruktur
pengangkutan yang baik. Namun begitu, usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
sistem pengangkutan secara umumnya perlu diteruskan bagi memastikan kemajuan
ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa berlaku bersama.
Bagi tujuan itu, terdapat beberapa yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan lagi
transformasi pengangkutan negara.
peningkatan jumlah pengguna sistem LRT dan komuter yang berkesan mengurangkan
bilangan kenderaan individu ke dalam kawasan bandar. Ia juga memendekkan masa
perjalanan dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan kerja.
a. Pelaksanaan proses perancangan pengangkutan yang kurang bergantung kepada kereta.
b. Peningkatan infrastruktur bagi mengambil kira kebaikan sistem pintar dalam pemantauan
dan kawalan trafik terutama dalam kawasan bandar.
c. Teknik pengurusan sistem pengangkutan perlu mampu menyelesaikan kesesakan jalan
raya yang berpunca daripada kemalangan jalan raya dan sebagainya dalam masa yang
sesingkat mungkin.
d. Pengintegrasian pelan pembangunan bandar dan pengangkutan.
e. Pendidikan berterusan bagi melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggung jawab.
Sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan menyediakan peluang serta kebaikan

ekonomi dan sosial yang mampu menghasilkan kesan berganda kepada negara. Sekiranya
segala perancangan dapat dilaksana, dipantau serta senggara dengan baik, sistem
pengangkutan yang cekap boleh direalisasikan.
Pengangkutan awam, terutama rangkaian rel yang lebih mesra alam boleh
menjadi sebahagian daripada dasar hijau, isu lebih meluas dalam
mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan melindungi alam sekitar. Ia bagi
mempromosi dan menggunakan rangkaian rel untuk menggantikan kenderaan
yang mencemarkan terutamanya yang hanya mempunyai seorang penumpang.
erajaan Negeri juga komited dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan sokongan
untuk pengangkutan awam bagi mengelakkan pencemaran alam dan juga memberi
keselesaan kepada rakyat.

Sejak 20 tahun lalu, banyak negara maju cuba mengurangkan pemilikan kereta persendirian dan
menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki dan berbasikal. Pelbagai
insentif diberi, bahkan disogokkan. Dasar punitif turut diperkenalkan. Ada juga bandar raya,
termasuk Singapura dan Kerajaan Tempatan London, mengenakan cukai jalan tambahan kepada
pengguna kenderaan persendirian ke pusat bandar pada hari berkerja.
Selain itu, kecekapan, kesepaduan dan keanjalan perkhidmatan rangkaian rel bandar perlu
ditingkatkan dengan menyediakan jaringan pengangkutan lain, khususnya teksi dan bas sebagai
pelengkap. Sistem ini sudah diamalkan dengan meluas di bandar utama di Eropah.
Saya juga mencadangkan agar pengangkutan air dimajukan sebagai alternatif, khususnya di
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sistem sungai di Kuala Lumpur berpotensi untuk dijadikan
laluan pengangkutan awam jika aras sungai didalamkan dan terusan dibina, seperti Amsterdam
dan London. Dari segi kesan alam sekitar, pengangkutan air kurang menggunakan tenaga
berbanding kenderaan darat, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon. Hal ini juga akan
memberi impak kepada inisiatif pelestarian sungai seperti yang berjaya dilakukan di Sungai
Cheonggyecheon, Seoul.
Saya juga mencadangkan agar pengangkutan air dimajukan sebagai alternatif, khususnya di
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sistem sungai di Kuala Lumpur berpotensi untuk dijadikan
laluan pengangkutan awam jika aras sungai didalamkan dan terusan dibina, seperti Amsterdam
dan London. Dari segi kesan alam sekitar, pengangkutan air kurang menggunakan tenaga
berbanding kenderaan darat, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon. Hal ini juga akan
memberi impak kepada inisiatif pelestarian sungai seperti yang berjaya dilakukan di Sungai
Cheonggyecheon, Seoul.
menggalakkan orang ramai menaiki LRT ke tempat kerja,

menggalakkan warganya menggunakan


pengangkutan tidak bermotor dan mengurangkan penggunaan kenderaan ketika
bekerja dengan
menjadikan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki sebagai medium utama.
Penggunaan mod
pengangkutan basikal dan berjalan kaki juga dikenali sebagai pengangkutan
lestari.

Perancangan dan pembentukan laluan jalan kaki yang kondusif dan mesra
pengguna
merupakan salah satu indikator yang mampu dijadikan elemen penting kepada
pembentukan
kampus lestari. Mod berjalan kaki ialah mod pengangkutan mesra ekosistem
kerana ia dapat
mengurangkan pengeluaran emisi oleh kenderaan (Mohamadareza et.al, 2009).
Penyediaan
laluan berjalan kaki adalah elemen penting dalam memastikan konsep kampus
lestari dapat
diimplementasi

6. Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari


"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya
kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam
sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma
Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling
berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak
utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumberkayukayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan
apabila sumber-sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati
pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan atau
pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan
gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai
rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan anjakan paradigma untuk
mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan
yang pragmatik.
Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong
dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang
mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk
mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan
perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat
memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah,
berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh
dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu,
kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat
dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula
sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan
secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam.
Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan
masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan
negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang
lestari, berkualiti dan seimbang.
Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi
kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi
tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi
menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis
minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu
untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut
dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai
konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut
membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan
lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi,
dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk
menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah

setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam


seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan
undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan
secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi
yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan.
Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap
mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana
mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja.
Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan.
Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap
pihak yang merosakkan alam sekitar.
Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam
sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai
aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga
dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah
wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan
berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti
kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat
menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan
pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk
mewujudkan pembangunan yang lestari.
Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu
dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat
menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek
pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara
tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu
membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh
bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita
haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti
kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus bersikap bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mereka seharusnya
berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai. Ironinya,
pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.
Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat
membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam.
Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkahlangkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alangalang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan
lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang
lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini
diharapkan dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan
kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati
kemajuan dan pembangunan negara dengan diselimuti kehijauan alam sekitar

You might also like