You are on page 1of 10

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM:

Pengangkutan awam adalah merujuk perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar yang
digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna
dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan
menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam
berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara
perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu,
beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.

Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan
bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa
sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi
mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor
Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan,
penjimat kos petrol dan faktor keselamatan serta keselesaan perkhidmatan.

Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada
perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan van turut
disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut
menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan beca dan
kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan negara.
http://www.seraidamai.blogspot.com/pengangkutanawam.

Merujuk Wikipedia:

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang
tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya
dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi . — mana-mana sistem yang mengangkut orang
awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu
sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan
kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk
menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat
kerja, beli-belah atau pendidikan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam
Merujuk mdisabudin.blogspot.com

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan
pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk
juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan
awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di
air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak
swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan
pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan oleh pihak kerajaan atau pun
pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana
kepada pembangunan negara.

Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti
bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya .
Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya ,
landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan
yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan
kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang
dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .
http://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-awam-yang.html
Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur
sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , stesen kereta api , landasan
kereta api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan dermaganya :
Semua ini memerlukan kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru diterokai ,
sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini bermakna
dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar
– besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan
negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang
sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada ,
impak masa hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen
lagi kondusif dan negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat
selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna
, memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri – ciri perkhidmatan selamat , dapat
mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi
perkhidmatan sosial yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem
pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul .
Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan
negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat , sedikit sebanyak menjejaskan
kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk
membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam
ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri tidak dapat
diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada kebimbangan
untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan
seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara .
http://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-awam-yang.html
Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu,
pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi pengangkutan disampaikan
dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama iaitu, pengangkutan bermaksud
pergerakan untuk membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun
mengubah lokasi fizikal sesuatu barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai
media yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan
pergerakan manusia.
Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan membantu memindahkan manusia dan
barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem pengangkutan yang terjalin dibentuk
oleh jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam
sesebuah kawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam menyelaras segala
program pembangunan sesebuah negara. Sektor pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran
perkhidmatan yang produktif dan berpotensi, tetapi juga merupakan penawaran kemudahan mod
pergerakan umum dalam pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan
masyarakat. Malah dewasa ini pengangkutan merupakan keperluan dalam kemudahan pergerakan
manusia dan barangan yang perlu dimiliki dan menjadi asas utama dalam kehidupan seharian.
Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah kompleks melalui pelbagai
fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung meningkatkan keperluan permintaan terhadap
pelbagai jenis kenderaan. Serentak dengan itu, jumlah kenderaan di jalan raya juga meningkat
dengan pesatnya pada setiap tahun. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan secara berterusan di
negara kita ketika ini seperti juga di negara-negara lain terutama di bandar-bandar utama dan di
jalan-jalan raya utama secara langsungnya telah menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan lalu
lintas khususnya kemalangan jalan raya.
http://bubblemerahjambu.blogspot.com/2012/01/perkembangan-dan-kepentingan.html
Pendahuluan:
Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik dalam penyediaan
perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk
menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih
dipandang enteng oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih tidak sedar kebaikan atau manfaat
yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan awam

Isi-isi:

 Mengurangkan kesesakan lalu lintas - para pengguna jalan raya memilih untuk menggunakan
pengangkutan awam - masalah kesesakan lalu lintas terutama sekali ketika waktu puncak dapat
diminimakan - contoh: naik bas awam, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT) - bilangan
kenderaan persendirian di atas jalan raya akan berkurang
 Darjah ketersampaian tinggi - terdapat pelbagai pengangkutan awam - mudah untuk sampai
ke destinasi yang dituju - pengguna hanya perlu memilih satu atau beberapa jenis pengangkutan
awam yang sesuai - Contoh: Kuala Lumpur Sentral - terdapat perkhidmatan bas, kereta api, teksi,
komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) - memudahkan pengguna - dari satu destinasi ke satu
destinasi dengan lebih lancar
 Menjimatkan masa - Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel tidak menggunakan
jalan raya - perkhidmatan ini dibina di bandar-bandar yang sesak dan kawasan tumpuan orang
ramai - kita masih dapat ke tempat-tempat tersebut tanpa menempuh dengan kesesakan lalu lintas
- tidak membuang masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
 Mengurangkan kos - menggunakan pengangkutan awam - kos lebih murah berbanding
menggunakan kenderaan sendiri - perlu sediakan kos petrol, bayaran parkir dan bayaran tol -
pengangkutan awam hanya perlu sediakan tambang - harga tambang berpatutan - perbelanjaan
harian berjaya dikurangkan
 Merancang perjalanan - setiap pengangkutan awam mempunyai jadual perjalanan dan
kekerapan perkhidmatan - mudah untuk pengguna untuk merancang perjalanan
 Mengurangkan pencemaran udara - apabila kenderaan di atas jalan raya semakin
berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut
berkurangan - jika pengguna sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam - dapat mengurangkan
pencemaran udara dan kesan rumah hijau.
 Memberi kemudahan kepada pelancong asing - perkhidmatan yang efisien memberi impak yang
baik kepada sektor pelancongan - para pelancong yang datang berkunjung - mudah bergerak dan
melawat tempat-tempat menarik di negara kita
 Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara - apabila berjaya menarik
kedatangan pelancong asing dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien, pendapatan
negara akan meningkat

Penutup:
Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat rakyat dan negara. Penggunaan
pengangkutan awam ini perlu digalakkan - semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi memastikan
prasarana yang disediakan - diselenggara dan dijaga dengan rapi - memastikan kelangsungan
penggunaannya dalam masyarakat.

MAR

29

8. d) Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam

d) Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian:

i. Pencemaran udara

Melalui pemerhatian, saya dapati bahawa pengangkutan awam telah meningkatkat pencemaran udaradi kawasan
kajian. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam bas menggunakan minyak diesel yang menyebabkan bas
mengelurkan asap yang lebih banyak. Kandungan karbon monoksida daam asap tersebut mencemarkan udara di
kawasan kajian.

ii. Tambang mahal

Melalui temu bual saya dengan En. ..........................., saya dapati bahawa tambang bas semakin mahal dari tahun
ke tahun. Sebagai contoh, sehingga tahun 2010 bas awam kepunyaan Syarikat RAPID KL penumpang hanya
perlu beli tiket berharga RM 2 se kali dalam sehari. Tiket tersebut boleh digunakan untuk sehari perjalanan
tanpa kira bilangan penggunaan dan destinasi. Tetapi sekarang penumpang perlu beli tiket setiap kali
menggunakan khidmat bas. Cara ini telah menyebabkan tambang bas menjadi lebih mahal.
ii. Jangka masa lama

Huraian ......

v. Kesesakan dalam bas

Huraian ......

v. Perhentian bas yang terhad

Huraian ......

Unsur patriotism

Saya sebagai penduduk kawasan kajian tetap bersyukur walaupun terdapat beberapa masalah. Ini kerana dengan
adanya pengangkutan awam basdi kawasan kajian penduduk di sini dapat bergerak ke destinasi mereka dan
memudahkan mobility penduduk.

Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam


Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah

1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang
berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang
mencemarkan udara.

Terkini, di beberapa persimpangan lampu isyarat dipasang CCTV atau/dan kamera AES. Semua ini bertujuan memantau
pengguna-pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya bagi mengelakkan pemandu melanggari
lampu isyarat merah!

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum
dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-
bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas
dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang
dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi,
pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi)
dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran
udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api
alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan
bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh
tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu
bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka
terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen berbasikal
boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke
12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).
8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh
menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.

Konsep Pengangkutan Awam


Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang
tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu mana-mana sistem yang
mengangkut orang awam.

Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa
penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka
dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.

Kepentingan Pengangkutan Awam


Perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Antaranya ialah
:

~Mengangkut barangan - Perkhidmatan bas ekspress juga mengangkut barang seperti bungkusan
akhbar/majalah dan barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini.

~Mengurangkan kesesakan - Perkhidmatan kereta api elektrik seperti LRT, Monorel, ERL dan Komuter di
Kuala Lumpur telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.

~Ketersampaian - Pelancaran Bas Rapid Kuantan pada 1 Disember 2012, yang melibatkan 25 buah bas henti-
henti meningkatkan darjah ketersampaian ke tiga laluan utama Fasa 1. Penerangan lengkap, sila ke link
berikut : Jenis Pengangkutan

~Mengangkut penumpang - Seawal jam 6.00 hingga 6.30 pagi, perkhidmatan bas sekolah (tambang
bulanan) dan bas Rapid Kuantan telah mengangkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah dan pekerja.

~Pelancongan - Perkhidmatan beca di bandaraya Melaka menjadi satu tarikan pelancongan. Beca-beca
dihiasi dengan cantik dan memberi perkhidmatan pemandu pelancong kepada pelancong samada pelancong
dalam negeri atau luar negara.

~Perdagangan - Perkembangan pengangkutan awam juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan di


Malaysia. Contohnya perkhidmatan Mas Kargo telah meningkatkan perdagangan dengan negara Arab Saudi
ketika musim haji. Ramai jemaah haji menggunakan khidmat Mas Kargo untuk menghantar buah kurma, air
zam-zam dan permaidani yang dibeli di Mekah ke Malaysia.

~Sumber pendapatan - Perkhidmatan bas/van sekolah (tambang bulanan) yang mengenakan tambang antara
RM100 hingga RM150 bagi seorang penumpang (pelajar) menjadi sumber pendapatan utama kepada pemilik
bas/van sekolah.

~Peluang pekerjaan - Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas Rapid Kuantan telah
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai pemandu bas ataupun
atendan bas.

~Meningkatkan mobiliti penduduk - Kekerapan bas Rapid Kuantan mengunjungi laluan setiap 20 minit
memudahkan penduduk untuk bergerak. Bas yang berhawa dingin juga lebih selesa.

~Menjimatkan masa - Laluan yang berjadual dan setiap 20 minit oleh bas Rapid Kuantan telah menjimatkan
masa penduduk. Penduduk tidak perlu membazirkan masa menunggu lama sebagaimana sebelum ini, mereka
terpaksa menunggu bas selama 1 jam.

~Menjimatkan kos - Kos juga lebih murah iaitu tambang sebanyak RM2.00 (orang awam) dan RM1.00 (pelajar
sekolah/penuntut kolej/institusi pengajian tinggi) untuk semua laluan bas Rapid Kuantan amat berbaloi.
Tambang ini akan beroperasi pada bulan April nanti, kini perkhidmatan bas Rapid Kuantan masih percuma
semenjak perkhidmatan ini dilancarkan pada 1 Disember sehingga kini.

Masalah Pengangkutan Awam


Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :

1. Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT mengenakan bayaran yang agak
tinggi yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT hanya menjadi pilihan
ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang anak, ibubapa terpaksa
memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang anak
yang bersekolah, sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas/van sekolah mencecah RM500!

2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes kemalangan yang menyayat
hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu bas
menjalankan tugasnya dengan berhemah dan bertanggungjawab.

Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini berlaku
kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya terpaksa
berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya kemalangan.

3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan teksi
telah membawa padah kepada penumpang! Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan
perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan
raya yang lain.

Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya mementingkan keuntungan, telah sanggaup bertindak
mengancam keselamatan penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah yang
dinaiki oleh pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan.

4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan waktu petang
(4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan baik. Biasanya
kesesakan lalu lintas berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala Lumpur.

5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan
bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang
menggunakan khidmat bas ini.

6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin meningkat menyebabkan tambang
pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan
bulanan untuk tambang bas/van sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi seorang penumpang.

7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau bas/ van sekolah adalah kenderaan lama
yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa. Biasanya kenderaan
lama tidak dilengkapi dengan penyaman udara. Keadaan ini menyebabkan penumpang merasa rimas dengan
cuaca panas.

8. Pencemaran udara ~ Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi menggunakan minyak diesel
yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga
yang mencemarkan udara.

9. Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan
telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu ketenangan
penumpangnya.

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu dengan bunyi bising
enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang sedang berlepas.

10. Pencemaran air ~ Sikap sesetengah pemilik bot penambang yang membuang sisa minyak ke dalam
sungai telah menyebabkan air sungai tercemar. Ini boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik.

KKG 2012: Penerapan Nilai @ Unsur


Patriotisme dalam Dapatan Kajian
March 16, 2012

Gambar dari internet.

Saya terpanggil untuk menulis tentang penerapan nilai dalam dapatan kajian untuk memenuhi objektif kajian
yang terakhir itu. Maklumlah sudah ada pelajar yang sedang menulis laporan dapatan kajian untuk aspek 6.2
hingga 6.5. Kalau tidak dinyatakan nilai-nilai tersebut, memang tidak dapat markah penuh.
Walaubagaimanapun, jika nilai sahaja diterangkan, tanpa apa-apa huraian aspek lain, memang akan dapat
markah 0!

Nilai/unsur patrotisme yang dipupuk dalam diri pelajar dan/atau penduduk kawasan kajian semasa atau selepas
kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan berdasarkan aspek yang dibincangkan@dihuraikan.
Contohnya, anda telah huraikan salah satu kepentingan pasar malam iaitu "memberi peluang pekerjaan" kepada
penduduk tempatan yang menganggur. Dalam satu ayat yang baru, anda terapkan nilai seperti "saya sebagai
penduduk/pengunjung ..........bersyukur kerana perniagaan pasar malam ini telah mengurangkan pengangguran
di kalangan penduduk tempatan."
Pemupukan nilai ini boleh dinyatakan di antara huraian-huraian atau di akhir huraian 4 kepentingan pasar
malam ini seperti contoh yang saya berikan dalam post saya sebelum ini. Baca bahagian akhir sekali.

Di bahagian aspek faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit, contoh penerapan nilai ialah:
"saya menghargai usaha kerajaan tempatan yang telah menyediakan ruang untuk penduduk berniaga kecil-
kecilan sekaligus dapat memajukan ekonomi negara."
Di bahagian aspek kesan-kesan negatif perniagaan runcit, salah satu contoh ialah:
"Kita hendaklah perihatin terhadap masalah sosial / kekurangan tempat letak kereta/ kebersihan yang
berlaku...."

Di bahagian aspek cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit, contohnya seperti:
"Kita hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama menjaga kebersihan di pasar malam..."

"saya berbangga dengan peniaga dan pengunjung pasar malam di sini kerana...."

Ada beberapa nilai/UP yang boleh difikirkan. Tanya diri anda sendiri nilai apa yang anda rasakan ketika
menghuraikan aspek-aspek tersebut? Berbangga? Menghargai? Bertanggungjawab? Bertolak ansur? Mencintai
negara Malaysia? Menghormati? Untuk apa? Kenapa?

Sekiranya anda 'pandai' bersyukur sahaja, tidak mengapa jika anda ulang-ulang kesyukuran anda dalam setiap
aspek dapatan kajian :)) Inikan lebih baik daripada langsung tidak menghargai? ;)).

You might also like