You are on page 1of 1

PENGANGKUTAN AWAM

Kelebihan dan usaha untuk menggalakkan penggunaannya 1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama. - penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan. - kesesakan dapat dielakkan. - menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar. 2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang. - tambang pengangkutan awam lebih murah. - kenaikan harga minyak sering berlaku. - kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting. 3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. - masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain. - mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain. - mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan. 4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. - penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki perkhidmatan. - wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam. - pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju, perkhidmatan penerbangan tambang murah. 5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. - Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapat dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan. - negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur dan modal insan. - meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang selamat. Usaha untuk menggalakkan penggunannya - meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam-bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat- memasang televisyen dalam pengangkutan awam-dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka

You might also like