You are on page 1of 3

Karangan Jenis Fakta

Soalan :
Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sector yang dapat
menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya sektor
pelancongan di Malaysia.



Jawapan

Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi
negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di
samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan
Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan
dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh
menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita
mempelbagaikan ekonomi negara.

Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk
negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan
kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah
tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.

Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong
seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan
ini menjadi faktor yang membantu negara kita memajukan sektor pelancongan.

Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk
dimajukan. Faktor ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita
kepada dunia.






Karangan (Fakta) Mengurangkan Kemalangan
Jalan Raya
Bahasa Malaysia (Karangan), TINGKATAN 3.


Soalan :
Jumlah kemalangan jalan raya dicatat sepanjang program Ops Sikap dilancarkan menunjukkan
peningkatan yang amat membimbangkan. Jelaskan cara-cara untuk mengurangkan jumlah kemalangan
jalan raya yang perlu diamalkan oleh setiap pengguna jalan raya di negara ini.

Sampel Jawapan

Setiap tahun, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Operasi Ops Sikap telah dilancarkan oleh
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Langkah ini dilaksanakan untuk mengawal berlakunya kemalangan
jalan raya ketika sambutan perayaan ini. Program ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada
tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengawal jumlah kemalangan jalan raya yang tercatat sepanjang
musim perayaan Apakah langkah-langkah yang terbaik yang perlu diamalkan oleh pengguna sendiri
untuk mengelakkan kemalangan jalan raya ini berlaku?

Langkah yang pertama, pemandu yang hendak memulakan sesuatu perjalanan perlulah berada
pada tahap fizikal dan mental yang baik. Oleh itu, pemandu disarankan untuk mendapat rehat yang
secukupnya sebelum memandu. Pemandu hendaklah berehat seketika jika berasa letih atau mengantuk
ketika memandu. Hal ini demikian, pemandu akan dapat mengawal diri dan kenderaan mereka dengan
sempurna dalam usaha mengelakkan kemalangan.

Pengguna jalan raya juga disarankan untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang
baik dan sempurna .Sebelum memulakan sesuatu perjalanan yang jauh pengguna digalakkan untuk
menyelenggara kenderaan mereka. Selain itu, brek, lampu brek, lampu utama dan sebagainya perlulah
juga dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Semua perkara ini penting dilakukan demi mengelakkan
kemalangan jalan raya.

Semasa pemandu sedang menggunakan jalan raya, mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan
peka akan keadaan sekeliling. Pemandu perlulah memandu secara berhemah dan berdisiplin. Sekiranya
berlaku keadaan kecemasan, pemandu akan dapat bertindak dengan pantas dan selamat. Bak kata-kata
hikmah pandu cermat jiwa selamat

Pengguna jalan raya juga hendaklah mematuhi peraturan jalan raya. Sebagai contoh, mematuhi
had laju yang ditetapkan, mematuhi lampu isyarat di persimpangan jalan ,sentiasa memakai tali pinggar
keledar atau topi keledar. Hal ini penting untuk menjamin keselamatn diri sendiri serta pengguna jalan
raya yang lain.

Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dinyatakan, diharapkan kemalangan jalan
raya sewaktu musim perayaan dapat dielakkan dan banyak nyawa dapat diselamatkan.

Karangan Jenis Fakta


Cara-cara Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas

Warga kota khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sering mengeluh
terutamanya ketika waktu pergi dan pulang dari kerja. Masa mereka banyak terbazir begitu sahaja di
atas jalan raya. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar warga kota terpaksa menempuh kesesakan
lalu lintas yang menjadi rutin harian mereka. Jika diperhalusi, ada banyak cara untuk mengatasi
masalah yang membelenggu warga kota ini.

Langkah yang paling efektif untuk diaplikasikan ialah menggunakan kenderaan awam untuk
menuju ke satu-satu destinasi. Kenderaan awam seperti Monorel, Komuter dan Transit Aliran Ringan
(LRT) menghubungkan antara satu bandar dengan bandar yang lain. Sistem pengangkutan berkenaan
juga tidak menggunakan jalan raya sebagai laluan. Oleh itu, kita tidak akan terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas.

Seterusnya, kita janganlah malu untuk menumpang jiran bersebelahan rumah untuk ke
tempat kerja atau menumpangkan anak ke sekolah. Perkongsian kenderaan seperti ini sedikit
sebanyak mampu mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Ibarat sambil menyelam
minum air, selain masalah kesesakan lalu lintas yang dapat dikurangkan, semangat kerjasama dan
perpaduan juga dapat diserap dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, sebagai individu yang bertangungjawab kita perlulah patuh akan undang-
undang jalan raya. Umum mengetahui bahawa kemalangan juga boleh menyebabkan kesesakan lalu
lintas yang teruk. Oleh hal yang demikian, jika kita memandu secara berhati-hati dan mengikut
undang-undang tidak mustahil kemalangan dapat dielakkan. Sikap bertimbang rasa semasa memandu
amat dituntut dalam mengatasi masalah ini.

Cara lain pula ialah pihak kerajaan perlu membina jalan raya bertingkat terutamanya di
kawasan-kawasan yang menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk. Walaupun pembinaan laluan
bertingkat ini menelan kos yang tinggi, namun memberikan seribu satu faedah kepada masyarakat.
Tidaklah masa kita terbuang sia-sia untuk mengharungi jalan raya yang sesak setiap hari kerana
masa itu emas.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu menyelenggara jalan-jalan raya agar berada di
tahap yang terbaik. Jalan raya yang tidak diselenggara pastinya akan membahayakan pemandu dan
penunggang motosikal yang menggunakan laluan tersebut. Secara tidak langsung, kenderaan
terpaksa dipandu perlahan dan boleh menyebabkan kesesakan terutamanya apabila tiba waktu
puncak.

Izharnya, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mengatasi
masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing ini. Jika masalah ini dapat diatasi tidak mustahil
negara kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang
lain. Secara tidak langsung, negara Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang tahun
2020.

You might also like