You are on page 1of 3

Semangat Patriotisme bermaksud rasa cinta dan kesetiaan kita terhadap negara .

Ia juga merujuk
kepada rasa kebanggaan dan penghargaan terhadap Sejarah, budaya, dan warisan negara kita. Semangat
Patriotisme adalah satu nilai yang amat penting dalam kehidupan kita kerana Masyarakat yang patriotik
akan mengekalkan perpaduan rakyat, meningkatkan pertahanan negara dan menjamin keamanan
negara. Sebagai Masyarakat yang prihatin kita perlulah memainkan peranan untuk meningkatkan
semangat patriotik. Terdapat pelbagai Langkah bagi memupuk semangat patriotik dalam negara
Antaranya ialah mematuhi peraturan jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana, peraturan Jalan Raya
merupakan peraturan yang ditetapkan Kerajaan bagi semua Masyarakat bagi memastikan keselamatan
diri dan pengguna Jalan Raya yang lain. Walaupun kurang diberi perhatian tetapi tidak boleh diketepikan.
Contoh peraturan Jalan Raya yang perlu dipatuhi seperti mematuhi isyarat jalan raya, tidak bermain
telefon bimbit Ketika memandu dan memakai tali pinggang keledar. Oleh itu, Pelbagai kepentingan yang
diperoleh sekiranya Masyarakat mematuhi peraturan Jalan Raya.

Kepentingan mematuhi peraturan Jalan Raya dalam memupuk semangat patriotik terhadap negara
ialah dapat menjaga hubungan dalam Masyarakat. Tamsilnya, Masyarakat yang patriotic akan sentiasa
taat kepada peraturan dalam negara seperti peraturan Jalan Raya. Hal ini dapat mengelakkan
pergaduhan dalam Masyarakat kerana wujud sifat bertolak ansur dalam diri. Sebagai contoh, memberi
ruang untuk kenderaan lain untuk memotong setelah kenderaan tersebut memberikan lampu isyarat
untuk memotong barisan. Kesannya, tidak akan timbul ketidakpuasan hati sehingga melakukan
perbuatan yang membahayakan orang lain. Hal ini boleh berlaku Ketika mana seseorang itu mempunyai
tekanan perasaan atau mudah marah yang menyebabkan seseorang itu bertindak dengan membalas
seperti melanggar kenderaan tersebut, menunjukkan isyarat yang tidak baik dan mengeluarkan kata-kata
kesat. Maka akan berlakunya pergaduhan dalam Masyarakat dan menjejaskan pengguna Jalan raya yang
lain. Oleh itu, Semangat cinta akan negara sangat penting bagi mengekalkan kemakmuran Masyarakat
tidak kira tempat terutamanya di atas Jalan Raya bagi mengelakkan kemalangan yang beralaku persis
aforisme Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Bertunjangkan mauduk yang sama kepentingan mematuhi peraturan Jalan Raya ialah sebagai satu
usaha dalam mengurangkan kadar kemalangan Jalan Raya di Malaysia. Tindakan tersebut perlu dilakukan
supaya dapat mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan Jalan Raya yang semakin bertambah
dari masa ke masa. Hal ini dapat dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Pihak
Kerajaan perlu memainkan peranan untuk memastikan semua Masyarakat mengetahui peraturan di
Jalan Raya. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mewajibkan semua rakyat Malaysia mempunyai
lesen memandu sebelum memandu di Jalan Raya dan mengenakan Tindakan yang sepatutnya kepada
individu yang memandu tanpa lesen. Implikasinya, setiap individu akan memandu secara berhemah
dengan mematuhi peraturan di Jalan Raya sekaligus dapat menjamin keselamatan Jalan Raya di negara
kita. Oleh itu, setiap orang perlu akur dengan setiap peraturan agar dapat memelihara diri dan orang
lain. Tegasnya, pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan Jalan Raya di
negara kita.

Selain itu, kepentingan mematuhi peraturan Jalan Raya adalah untuk memastikan semua pengguna
Jalan Raya sampai ke destinasi dengan selamat. Hal ini dikatakan demikian kerana, perjalanan sentiasa
lancar tanpa sebarang halangan yang memakan masa. Misalnya, kemalangan akibat melanggar lampu
isyarat berwarna merah menyebabkan berlakunya pertembungan dengan kenderaan lain. Impaknya,
perjalanan yang terpaksa dibatalkan disamping mendapat kecedaraan yang serius atau tidak serius. Di
samping itu kemalangan yang berlaku juga bole menjejaskan pengguna Jalan Raya yang lain. Hal ini
menyebabkan cetusnya kemarahan kepada individu lain dan melambatkan perjalanan mereka. Antara
contohnya ialah seorang pemandu yang sedang mabuk memandu secara merbahaya sehingga meragut
nyawa orang lain. Oleh itu, Setiap Masyarakat perlulah membuang sikap mementingkan diri bagi
memastikan semua pengguna Jalan Raya sampai ke destinasi dengan selamat. Jelaslah bahawa,
Mematuhi peraturan Jalan Raya adalah penting untuk membuktikan rasa cinta dan kesetiaan seseorang
terhadap negara.

Seterusnya, mematuhi peraturan Jalan Raya penting bagi mendisiplinkan diri. Hal ini disebabkan oleh
semua peraturan yang ditetapkan perlu kita ikuti samada kemahuan sendiri atau terpaksa. Tamsilnya,
setiap orang yang mempunyai kenderaan yang mewah pasti ingin mencuba kelajuan kenderaanya akan
tetapi had kelajuan Lebuhraya di Malaysia terhad. Sekiranya seseorang melebihi had laju yang ditetapkan
akan dikenakan denda atau saman. Kesannya, pengguna Jalan Raya sentiasa berhati-hati Ketika
memandu dan tidak melanggar peraturan Jalan Raya. Peraturan Jalan Raya akan menjadi suatu
kebiasaan kepada pengguna Jalan Raya untuk sentiasa akur dengannya. Oleh itu, Disiplin diri akan
melahirkan sikap pemandu yang tolenrasi dan berhemah Ketika memandu dan secara tidak langsung
dapat menikmati keamanan dalam negara. Tuntasnya, Mematuhi Peraturan Jalan Raya amat penting
dalam memupuk disiplin diri agar dapat meningkatkan kemajuan dalam diri dan negara.

Kesimpulannya, Mematuhi Peraturan Jalan Raya dapat memupuk semangat cinta akan negara kerana
menunjukkan kesetiaan seseorang dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam negara. Oleh itu,
Semua Masyarakat haruslah meningkatkan semangat patriotisme dalam diri untuk membina kemajuan
dan kemakmuran dalam negara. Jelaslah bahawa, mematuhi peraturan Jalan Raya adalah salah satu
bukti kecintaan seseorang terhadap negara. Saya berharap, bukti semangat patriotism dalam diri dapat
ditunjukkan melalui pelbagai cara agar dapat mengekalkan kemakmuran negara.

You might also like