You are on page 1of 19

KUMPULAN 4

TAJUK FORUM : KEMALANGAN JALAN RAYA

NAMA AHLI

 NUR ATHIRAH BINTI SULIMAN (PENGERUSI)


 SITI NURUL AMIRA BINTI M.NASRI
 AIFAA SYUHAIDAH BINTI SUHAIMI
 SITI AISYAH BINTI SAHROM
 MUHD ZUHAIRI BIN JASNI
 MUHD AIDIL HAKIM BIN SALLEH
KEMALANGAN JALAN RAYA
Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT,kerana pada hari yang
ceria ini dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis ilmu untuk memfokuskan tentang
permasalahan di kalangan rakyat Malaysia iaitu Kemalangan Jalan Raya.Sebagai pembuka
bicara izinkan saya Nur Athirah Binti Suliman untuk membaca serangkap pantun sebagai
pemanis kata.

Jejara mengkudu berbias kesuma,

Di celah angsana di Tanah Jawa,

Ucapan aluan pembuka bicara,

Dengan izinNya kita bersua.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya igin memperkenalkan lima orang ahli panel yang tidak
asing lagi.Baiklah di sebelah kanan saya ialah ahli panel pertama,saudari comel yang
berkaca mata iaitu Siti Nurul Amira Binti M.Nasri.Seterusnya,ahli panel yang kedua, ayu
dengan berbaju kurung,saudari Aifaa Syuhaidah Binti Suhaimi,ahli panel yang ketiga pula
nampak malu tapi bijak berkata-kata,iaitu saudari Siti Aisyah Binti Sahrom.Di samping
itu,kitajuga terdapat dua orang jejaka ahli panel yang kacak bergaya,iaitu ahli panel keempat
Muhd Zuhairi Bin Jasni dan ahli panel kelima Muhd Aidil Hakim Bin Salleh

Baiklah,sebelum saya menyimpang lebih jauh izinkan saya untuk menerangkan apa itu
kemalangan jalan raya.Kemalangan jalan raya ialah satu peristiwa ngeri dan berbahaya yang
biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya mahupun di lebuh
raya,Tetapi kemalangan sebegini rupa biasanya boleh membawa kecederaan dan juga
kematian.Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di Negara kita malahan sejak
sekian lama. Walaubagaimanapun,negara kita merupakan antara negara yang mempunyai
angka kematian kemalangan yang tinggi di antara seluruh negara. Oleh itu, pastinya
kemalangan jalan raya ini mempunyai sebab atau faktor kejadian itu berlaku di negara
kita.Dengan ini,bolehkah saudari Amira untuk menerangkan faktor-faktor berlakunya
kemalangan jalan raya?

Amira: Terima kasih saudari pengerusi,Assalamualaikum dan selamat


pagi.Sebenarnya,berlakunya kemalangan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pemandu
yang tidak berhemah itu sendiri.Ini kerana kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu
laju dengan melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh penguatkuasa.Selain itu,terdapat
juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah dan memberhentikan kenderaan di
tempat yang dilarang.Hal ini demikian, sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan
dirinya,malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.Seterusnya terdapat
juga kemalangan yang berlaku disebabkan oleh tayar kenderaan yang meletup akibat tayar
tersebut rosak atau anginnya berlebihan.Oleh itu,pengguna jalan raya perlulah
memperuntukan sejumlah wang untuk menyelenggarakan kenderaan mereka.

Aisyah: Di sini boleh saya menambah sedikit penyebab kemalangan jalan raya.Selain
daripada itu,kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menjadi penyebab
kemalangan jalan raya berlaku.Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat
pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti yang sering berlaku kemalangan.Oleh
itu,pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih
berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.

Pengerusi: Terima kasih saudari Amira dan saudari Aisyah,seperti kata peribahasa ‘ada
anginnya,ada pokoknya’.Justeru,apa pula kesan-kesan daripada kemalangan jalan raya ? Apa
pandangan panel-panel kita.

Zuhairi: Soalan yang ditunggu-tunggu oleh saya.Baiklah,lazimnya berbagai ekoran


daripada kemalangan jalan raya.Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan
jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk
memenuhi tujuan membaiki pulih dan membayar pampasan tersebut. Selain itu,kerajaan juga
terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang lain yang berpunca
daripada kemalangan jalan raya.Tambahan pula,syarikat insurans perlu membayar tuntutan
insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa
kemalangan tersebut itu cedera atau maut.Setiap tahun,jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh
kerajaan dan syarikat insurans kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di
Malaysia.Alangkah baiknya jika wang sejumlah itu disalurkan untuk tujuan pembangunan
prasarana seperti projek pembangunan negara.Jelaslah kemalangan jalan raya akan
mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara.

Aifaa: Tepat sekali pendapat saudara.Tambahan pula,kemalangan jalan raya akan


menyebabkan kematian dan kemungkinan besar mengalami kecacatan.Kebanyakan mangsa
yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alam maut kerana
kecederaan yang parah terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlaku hentakan
yang kuat pada bahagian otak manusia.Sebab itulah,peluang manusia untuk hidup amat tipis.
Terdapat sebahagian yang mengalami kemalangan juga masih selamat tetapi mengalami
kecacatan seperti tangan kudung,kaki di potong atau buta dan juga hilang ingatan.Sebab itulh,
keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.Oleh itu,keadaan kemalangan
mengerikan sebegini akan dapat melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang
sama sekiranya mereka tidak berhati-hati di jalan raya.

Pengerusi: Wau,begitu padat sekali isi yang diberikan oleh kedua-dua panel kita pada
hari ini.Kita berbalik kepada soalan saya yang terakhir.Sebagai langkah untuk menghindari
nyawa pengguna jalan raya daripada terus melayang ialah dengan mencari langkah penjagaan
keselamatan yang perlu mereka segerakan.Oleh itu,apakah langkah-langkah yang dilakukan
untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?
Aidil: Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah
kemalangan jalan raya ini memandangkan kitalh pengguna jalan raya.Justeru,kita perlu
memastikan keadaan kederaan dalam keadaan terbaik sebelum memulakan
perjalanan.Sebelum memulakan perjalanan yang jauh,kita perlulah mendapatkan rehat yang
secukupnya.Contohnya,kita perlulah tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat
dan rawat sekiranya letih atau mengantuk.Ini kerana’terlelap sesaat akan membawa
maut’.Seterusnya,pemandu juga mestilah tidak meggunakan telefon bimbit semasa memandu
atau tidak ber’sms’ ketika memandu.Dengan itu,pemandu haruslah memakai tali pinggang
kelendar sebagai langkah keselamatan.

Aisyah: Dalam pada itu juga,keadaan jalan raya di Malaysia terutamanya di pendalaman
hendaklah dinaiktarafkan lagi bagi menggelakkan daripada belakunya kemalangan yang
dapat meragut nyawa.Oleh itu,kebelakangan ini,pihak berkuasa telah menerima banyak
rungutan dan aduan daripada mereka yang sering ulang-alik dari tempat kerja tidak kira siang
atau malam yang perlu melalui jalan itu.Lebih parah lagi,apabila ada bahagian jalan yang
sudah berlopak dan sering dipenuhi dengan lumpuh.

Pengerusi: Mungkin panel kita saudari Amira boleh menambah sedikit pendapat panel
kita yang lain.

Amira: Secara intihnya,semua pihak haruslah memainkan peranan dalam mengatasi


masalah kemalangan jalan raya ini.Kita hendaklah bersatu padu.Hal ini kerana muafakat
boleh membawa berkat.Sebelum’kudis menjadi pekung’biarlah masalah ini beransur-ansur
pulih dengan kerjasama kita semua kerana ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.Justeru
itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan agar
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Dengan ini,kita hendaklah menjadikannya sebagai
pengajaran pada masa akan datang.Janganlah sehingga orang kesayangan kita terlibat barulah
kita bertindak.

Pengerusi: Pandangan dan kata-kata yang sangat berharga oleh panel kita pada hari
ini.Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli panel kita kerana sudi meluangkan masa
untuk menghadiri dan berkongsikan pendapat masing-masing.Semoga apa yang kita dapat
pada hari ini bukan sekadar’masuk telinga kanan,keluar telinga kiri’.Nampaknya,masa amat
mencemburui kita.Kesimpulannya,keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
‘Api kecil baik dipadamkan’.Jika tidak,kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang
kepada kemajuan negara.Oleh itu,kita perlulah berganding bahu untuk memastikan masalah
ini tidak semakin berleluasa.Usah menepuk dada menanya selera,tetapi tepuklah dahi,bukalah
minda dan fikir-fikirkanlah.Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa pada hari.Dengan ini saya
ingin memohon mengundurkan diri dan mengakhiri bicara ini.

Orang putih,orang Pakistan,

Terima kaish,Syukuran jazilan. Sekian terima kasih


KERTAS KERJA PROJEK

TINGKATAN 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ONN


SIMPANG LIMA,83020,BATU PAHAT,JOHOR

MATA PELAJARAN: PERNIAGAAN

KOD MATA PELAJARAN: 3766

TAJUK: MILIKAN TUNGGAL

NAMA : NUR ATHIRAH BINTI SULIMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN:020128-01-0370

ANGKA GILIRAN: JEA 0016


PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada


semua pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang menbina. Ucapan
terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Shahrina Wong binti Wong selaku
guru pembimbing atas kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga
selesainya kertas projek ini. Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga
kepada pemilik Kek Cheese Enterprise yang telah memberi kerjasama untuk
menjayakan tugasan ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa
serta rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi,Misi dan objektif 2

3.0 Matlamat dan strategi Organisasi 3

4.0 Profil perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8

Rumusan 10

Senarai rujukan 11

Lampiran 12
1.O PENGENALAN

Syarikat Sunshine Flower Enterprise ditubuhkan pada 20 Julai 2018. Perniagaan


ini ditubuhkan secara milikan tunggal.Pemilik Sunshine Flower Enterprise ialah
Nur Athirah binti Suliman. Beliau telah dibantu oleh dua orang pekerja,iaitu
Izyan binti Zaub dan Izzati binti Hashim

Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan yang membekalkan


makanan manisan, donut, kek, dan roti.Selain itu, syarikat ini lebih memberi
tumpuan dalam bidang membuat kek cheese leleh.Walaubagaimanapun,
Sunshine Flower Enterprise juga ingin mengembangkan lagi perniagaan ini agar
prestasi dan kestabilan perniagaan menjadi kukuh.

Sunshine Flower Enterprise juga membekalkan pelbagai jenis kek cheese


leleh untuk majlis
2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan ,


Sunshine Flower Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif
organisasi perniagaan.

2.1 VISI

Menjadi perniaga kek cheese leleh yang terkenal, tersedap dan menetapi citarasa
Bandar Batu Pahat.

2.2 MISI

 Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan


untuk membuat kek tidak rosak , berkualiti dan bersih
 Sentiasa medahulukan kehendak pelanggan
 Membuat kek yang boleh menarik citarasa pelanggan

2.3 OBJEKTIF

 Mencapai sasaran jualan tahunan yang ditetapkan


 Mengutamakan kepuasaan setiap pelanggan secara berterusan
 Membekalkan bahan kek dalam tempoh masa yang sedia ada
2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan ,


Sunshine Flower Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif
organisasi perniagaan.

2.1 VISI

Menjadi perniaga kek cheese leleh yang terkenal, tersedap dan menetapi citarasa
Bandar Batu Pahat.

2.2 MISI

 Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan


untuk membuat kek tidak rosak , berkualiti dan bersih
 Sentiasa medahulukan kehendak pelanggan
 Membuat kek yang boleh menarik citarasa pelanggan

2.3 OBJEKTIF

 Mencapai sasaran jualan tahunan yang ditetapkan


 Mengutamakan kepuasaan setiap pelanggan secara berterusan
 Membekalkan bahan kek dalam tempoh masa yang sedia ada
4.0 PROFIL PERNIAGAAN

Nama : Kek Cheese Leleh Enterprise


Bentuk milikan : Milikan Tunggal
Alamat Periagaan : Lot PF6,Tingkat 1, Pasar raya ONE FLOWER
83000 Bandar Batu Pahat, Johor.
Nombor telefon : 010-8397064
Nama Pemilik : Maryam binti sarjan
Aktiviti Perniagaan : Menyediakan makanan dan bahan yang
Berkaitan dengan aktiviti dalam sektor
Perkhidmatan dan barang, membekal mesin
dan peralatan untuk membuat kek, mesin dan
kelengkapan dapur, mesin dan kelengkapan
khusus, perkakas kek, peralatan pencuci dan
pembersihan
Panek Bank : MAYBANK BERHAD
5.0 CARTA ORGANISASI

Kek Cheese Leleh Enterprise

Pengarah
Urusab

Pengurus
Pengurus
Pentadbiran dan
Kewangan dan
khidmat
Belia
Pelanggan

Kerani Kerani
5.1 LATAR BELAKANG

1. Latar belakang pemilik


Perkara Maklumat
Nama Maryam binti Sarjan
Umur 53 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Kursus kulinari
2. Kursus pengurusan perniagaan
Jawatan yang disandang Pengarah urusan

2. Latar belakang staf:


a) Staf 1 :
Perkara Maklumat
Nama Izyan binti Zaub
Umur 27 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda pengurusan
perniagaan
2. Kursus keusahawanan dan
kerjaya
Jawatan yang disandang Pengurus pentadbiran dan khidmat
pelanggan

b) Staf 2 :
Perkara Maklumat
Nama Izzati binti Zaub
Umur 25 tahun
jantina Perempuan
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda kewangan
2. Kursus keusahawanan
Jawatan yang disandang Pengurus kewangan dan belian
6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI

Sunshine Flower Enterprise


Pengarah Urusan, iaitu Nur Athirah binti Suliman, bertanggungjawab dalam memastikan
setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-masing demi mencapai
objektif dan matlamat Sunshine Flower Enterprise.

6.1 Bahagian Fungsian Kewangan


Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Sunshine Flower Enterprise adalah secara kecil-
kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam bahagian yang
sama.Sunshine Flower Enterprise hanya mempunyai dua orang pengurus, iaitu Izzati binti
Hashim yang bertanggungjawab dalam bidang Kewangan dan Belian manakala Izyan binti
Zaub bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan.

Selaku pengurus bahagian kewangan, Izzati akan menjalankan tugas-tugas seperti yang
berikut:

 Menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima


 Merekodkan wang yang diterima
 Memeriksa dan membayar invois yang diterima
 Menyediakan pembayaran gaji staf
 Meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
 Menyediakan focus aliran tunai dan laporan kewangan

6.2 Bahagian Fungsian Belian


Izzati selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti
berikut:

 Menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar


 Menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar
 Menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan, kualiti, terma
pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain.
 Mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau perubahan yang
dilakukan
 Meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau
kebaikan yang lain
 Merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak tertentu contohnya,
masalah kualiti dan kuantiti
 Mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar

6.3 Bahagian fungsian Pentadbiran


Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Izyan binti Zaub bertanggungjawab untuk
menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Mengagihkan dan menghantar e-mel


 Mengurus, menyimpan dan menerima ketas pesanan dan rekod elektronik
 Menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat
 Menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
 Menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint
 Mengkaji dan mencari maklumat
 Menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel

6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan


Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Izyan binti Zaub sebagai pengurus khidmat
pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk dan servis


 Menyelesaikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan
 Menyediakan khidmat selepas jualan termasuk menyelenggarakan barang yang rosak,
menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gentian
 Mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada pelanggan
berdasarkan prosedur
 Menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
 Menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf perkhidmatan
pelanggan
RUMUSAN

Kek Cheese Leleh Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang memberi tumpuan
dalam tugasan untuk membuat kek cheese, donut, roti dan terutamanya pelbagai jenis
makanan manisan untuk pencuci mulut.Kek Cheese Leleh Enterprise ini juga
menyediakan kek cheese leleh untuk majlis di sekitar kawasan Bandar Batu Pahat
seperti perkahwinan dan hari jadi. Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan setelah hamper empat tahun beroperasi.

Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi menyediakan


kek cheese leleh untuk pelbagai majlis di sekitar Bandar Batu Pahat bagi
memeriahkan majlis-majlis yang diraikannya.Selain itu, permintaan terhadap kek
cheese leleh untuk majlis perkahwinan juga bertambah terutamanya daripada
pasangan pengantin yang baru berkahwin di sekitar kawasan Bandar Batu
Pahat.Pengarah Urusan Kek Cheese Leleh Enterprise telah mula menyusun strategi
untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam masa yang sama akan menambahkan
lagi bilangan staf supaya melancarkan urusan perniagaan.
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran 1
Jadual Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek Perniagaan:

OGOS SEPTEMBER OKTOBER


BULAN/MINGGU
MINGGU MINGGU MINGGU
KEMAHIRAN (Bulan Ogos) (BulanSeptember) (BulanOktober)
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Perancangan
Awal
Taklimat Guru
Proses Tugasan
Pengenalan
Visi,Misi dan
Objektif
Matlamat dan
strategi Organisasi
Profil Perniagaan
Carta Organisasi
Fungsian
Organisasi
Rumusan
Cadangan

BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER


MINGGU MINGGU MINGGU
KEMAHIRAN (Bulan Ogos ) (Bulan September) (Bulan Oktober)
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Menganalisis
Membuat penilaian
Penggunaan TMK
Penggunaan
Komputer
Komunikasi
Nilai Murni
Pengurusan dan
penilaian (Guru)
Pengumpulan dan
Semakan
Penilaian dan
Pentaksiran
Catatan
Tandatangan Guru
LAMPIRAN 2

LOGO KEK CHEESE LELEH ENTERPRISE ( KCL )

BENTUK

Payung yang mencair

WARNA

You might also like