You are on page 1of 2

Huraikan usaha-usaha bagi mengurangkan kemalangan

jalan raya di negara kita.

Pada era globalisasi ini, kemalangan jalan raya di negara kita


semakin hari semakin meningkat. Bak kata pepatah cendawan
tumbuh selepas hujan. Hal ini dikatakan kerana kes kematian di
negara meningkat secara berleluasa. Puncanya berlaku
kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu, keadaan jalan
raya yang tidak baik dan binatang liar yang berada di jalan raya.
Kerajaan juga mengambil pelbagai usaha untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya di negara kita.

Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya


ialah pemandu mesti memastikan kenderaan berada dalam
kaedaan yang baik. Mereka perlu sentiasa menghantar kenderaan
masing-masing ke bengkel untuk diservis. Kenderaan yang baik
boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika di
jalan raya . Sebaliknya , kaedaan kenderaan seperti brek yang
rosak boleh mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal dan
menjadi penyumbang utama kemalangan di jalan raya. Pihak
kerajaan juga haruslah menwajibkan pemeriksaan kenderaan
dilakukan pada setiap tahun dan mengenakan denda terhadap
mereka yang mengingkarinya.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar


kemalangan jalan raya. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang
baik kepada anak-anak kerana bak kata pepatah bagaimana
acuan begiitulh kuihya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan
raya seperti memakai topi keledar ketika manunggu motosikal. Ibu
bapa juga perlu memandu kenderaan mengikut had laju yang
ditetapkan. Dengan, anak-anak akan mencontohi amalan yang
baik itu. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sememangnya
berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Di samping itu, media massa juga boleh memabantu


mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Media massa seperti
televisyen boleh menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan
jalan raya. Penonto akan menjadikan peristiwa kemalangan yang
ditonton sebagai pengajaran. Dengan itu, mereka tidak akan
melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya seperti memandu
dengan laju dan menggunakan telefon ketika memandu. Tindakan
ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara
kita.

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belankangan ini


berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu melebihi
had laju yang ditetapkan. Antara langkah yang patut dilakukan
ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu
diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
Denda harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu
melebihi had yang detetapkan. Jika seseorang pemandu itu
didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali,
maka lesen memandu mereka perlu digantung.

Kesimpulanya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-


bila masa dan di mana-mana sahaja. Kadar kemalangan jalan
raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama daripada
pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan
usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini,
kemalangan sifar dapat dijalankan kenyataan.

You might also like