You are on page 1of 6

Tajuk: Keselamatan Jalan Raya

Pengerusi: Wang Chee Wen


Ahli Panel 1: Joseph Tee
Ahli Panel 2: Kam Kai Wen
Ahli Panel 3: Loh Chee Kang
Ahli Panel 4: Chok Kah Hong

Pengerusi Selamat sejahtera Puan Sniza dan rakan-rakan sekalian.


Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi
teraju kebenaran, Ahli-ahli panel yang pastinya akan
sentiasa gigih melolontarkan idea.

Hadirin yang dihormati

Saban tahun kita dihidangkan dengan pelbagai berita


dilaporkan media massa mengenai kes kemalangan jalan
raya. Kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin
hari semakin bertambah.

Kes kemalangan dilaporkan setiap hari terkait terhadap


banyak faktor dan penyebabnya. Jika mengikut statistik
kemalangan di lebuh raya pada 2022, sebanyak 19,011
kes kemalangan direkodkan, dengan 80 peratus kes
berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu.

Tema forum kami, menjaga keselamatan diri di jalan raya


akan dibincangkan oleh kami pada hari ini.

Sebelum kita bermula membincangkan tajuk kami, mari


kita berkenalan dengan empat orang ahli panel kumpulan
kami. Di sebelah saya, saudara Joseph Tee yang
merupakan ahli panel yang pertama. Apa khabar
saudara?

Panel 1 Salam sejahtera. Saya khabar baik. Bagaimana pula


saudara pengerusi?
Pengerusi Saya baik baik sahaja. Seterusnya, mari kita beralih pada
ahli panel kedua kami saudara Kam Kai Wen. Terima
kasih saudara kerana sudi hadir forum ini bersama-sama
kita.

Panel 2 Terima kasih juga kepada saudara pengerusi kerana sudi


menjemput saya untuk hadir ke sesi forum kita pada hari
ini.

Pengerusi Terima kasih saudara Kam Kai Wen. Di sebelah sana


merupakan ahli panel yang ketiga saudara Loh Chee
Kang.

Panel 3 Terima kasih saudara pengerusi kerana menjemput saya


untuk hadir ke sesi forum ini.

Pengerusi Baiklah, tidak ketinggalan juga ahli panel kita yang


keempat di sebelah sana saudara Chok Kah Hong.

Panel 4 Terima kasih saudara pengerusi. Saya dengan senang


hati hadir untuk sesi forum kita pada hari ini.

Pengerusi Baiklah, izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum


remaja kita dengan solan pertama yang akan saya ajukan
kepada ahli panel pertama. Bak kata peribahasa,
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saudara Joseph,
mohon saudara memberikan penjelasan tentang
kepentingan pendidikan keselamatan jalan raya.

Panel 1 Terima kasih saudara pengerusi

Murid-murid di sekolah seharusnya mendapat pendidikan


keselamatan jalan raya untuk mengenali dan memahami
maksud papan tanda yang digunakan di jalan raya.

Kepentingan lain pendidikan keselamatan jalan raya


adalah untuk mengetahui jenis kesalahan di atas jalan
raya membantu penguatkuasaan. Apabila peraturan
penggunaan jalan raya dipelajari oleh murid-murid,
mereka dapat memerhati pemandu yang melakukan
kesalahan di atas jalan raya.

Sidang hadirin yang dihormati

Di samping itu, pendidikan keselamatan jalan raya


penting untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Kemalangan jalan raya sewajarnya boleh dielakkan
dengan pemanduan yang cermat oleh semua pengguna
jalan raya bak kata pepatah pandu cermat, jiwa selamat.

Terima kasih. Kembali semula kepada saudara pengerusi


forum.

Pengerusi Terima kasih atas penjelasan saudara Joseph yang cukup


jelas dan mudah dipahami. Saya beralih pertanyaan saya
kepada ahli panel kedua kita saudara Kam Kai Wen.
Apakah usaha-usaha yang dapat menjaga keselamatan di
jalan raya? Silakan saudara.

Panel 2 Terima kasih saudara pengerusi

Antaranya, pemandu mestilah meletakkan keselamatan


dalam tempat yang pertama. Contohnya, kunci pintu dan
sentiasa pakai tali pinggang keledar untuk mengurangkan
risiko kecederaan.

Selain itu, pemandu tidak boleh dipengaruhi oleh faktor


luaran. Contohnya, penggunaan telefon bimbit,
menggunakan sistem navigasi kenderaan atau konsol
digital, atau menukar stesen radio.

Sidang hadirin yang dihormati

Di samping itu, pemandu tidak harus mengekori kereta


lain dengan rapat. Contohnya, pemandu sentiasa
mengekalkan jarak antara kereta lain dan kereta anda
terutamanya semasa berdepan cuaca buruk seperti hujan
lebat supaya ini akan memberikan masa yang cukup
untuk menghentikan kereta.

Sekian, saya kembalikan kepada saudara pengerusi


forum. Terima kasih.

Pengerusi Terima kasih saudara Kam Kai Wen. Baiklah hadirin, kita
maklum bahawa kemalangan jalan raya selalu berlaku di
negara kita. Oleh itu, saya mempersilakan saudara Loh
Chee Kang untuk menjelaskan punca kemalangan jalan
raya di negara kita. Silakan saudara.

Panel 3 Terima kasih saudara pengerusi

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh


kecuaian pemandu semasa di jalan raya. Ramai pemandu
yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk
atau tidak sedarkan diri. Risikonya mengalami kecelakaan
jalan raya adalah sangat tinggi.

Selain itu, keadaan jalan raya yang tidak baik akan


menjadi punca kemalangan di jalan raya. Biasanya jalan
raya menjadi lebih bahaya pada waktu hujan turun kerana
air hujan menyebabkan jalan raya menjadi lebih licin dan
sukar untuk dikawal oleh pemandunya.

Akhir sekali, kelemahan penguatkuasaan undang-undang


juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Sebagai
contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak
berkuasa yang menerima rasuah, pemandu yang
mempunyai saman dan waran tangkap masih terlepas
daripada tindakan undang-undang.

Setakat ini sahaja saya serahkan kembali saudara


pengerusi forum.

Pengerusi Terima kasih kepada saudara Loh Chee Kang yang telah
mengupas tentang beberapa punca kemalangan jalan
raya. Ssterusnya, mari kita lihat pandangan saudara Chok
Kah Hong tentang cara pejalan kaki menjaga
keselamatan diri di jalan raya.

Panel 4 Terima kasih saudara pengerusi

Pertama, pejalan kaki perlu memerhati lalu lintas


sekeliling sebelum melintas jalan. Terdapat pemandu
yang tidak dapat mengawal kenderaan jika anda
bertindak untuk melintas jalan secara tiba-tiba.

Selain itu, pejalan kaki dinasihatkan agar menggunakan


lintasan belang semasa melintas jalan. Pejalan kaki perlu
menggunakan kemudahan ini supaya menjamin
keselamatan diri.

Kita juga mestilah menggunakan jejantas untuk melintas


jalan. Ramai yang tidak suka menggunakan jejantas
kerana lambat. Nyawa mereka akan tergadai begitu
sahaja sekiranya tidak menggunakan jejantas untuk
melintas jalan yang sibuk

Sekian daripada saya. Terima kasih.

Pengerusi Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh


bersemangat dan beriltizam

Jalan-jalan ke pasar raya,


Hendak membeli buah rambutan,
Berhati-hati di jalan raya,
Jangan lupa jaga keselamatan.

Tuntasnya, ingat sebelum kena jimat sebelum habis, kita


wajarlah selalu berwaspada di jalan raya supaya tidak
sudah terhantuk baru tengadah. Hal ini demikian kerana
malang tidak berbau. Terima kasih kepada semua ahli
panel yang sudi hadir untuk membicarakan forum ini.
Semoga forum ini menjadi peringatan hadirin untuk
sentiasa memastikan keselamatan sendiri di jalan raya.
Harapan saya forum ini juga mampu memberikan
informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati

Kalau berkayuh dan sampai ke pulau, Kalau mendaki dah


sampai ke puncak. Kita telah sampai kepada penghujung
bicara. Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang
sudi memberi telinga sepanjang sesi forum ini.

Cucur badak buah melaka,


Buat hidangan kaum kerabat,
Tiada guna berlumba-lumba,
Biar lambat asal selamat.

Semua Sekian, terima kasih

You might also like