You are on page 1of 46

Pengaplikasian PKJR

dalam Pengajaran &


Pembelajaran Bahasa
Melayu
Ahli kumpulan :
Siti Mazlifah binti Mahamadan
Siti Zakarah binti Ibrahim
Zalilah binti Md Mohtar
Zuliza binti Zakaria

PENGENALAN
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
melibatkan pembelajaran tentang persekitaran
jalan raya :
Papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya
Kemahiran untuk menggunakan persekitaran jalan
raya dengan selamat dan undang-undang jalan raya.

Melibatkan pemahaman akibat dari pengambilan
risiko di jalan raya atau berdekatan dengannya.
Bagaimana untuk menghormati pengguna jalan raya
yang lain.
Berkongsi persekitaran jalan raya supaya semua orang
selamat semasa melakukan perjalanan.
Semua pengguna jalan raya perlu menjadikan
keselamatan jalan raya sebagai keutamaan.
PKJR ialah kunci untuk memastikan semua
pengguna jalan raya memiliki sikap yang betul,
pengetahuan dan kemahiran untuk
memastikan keselamatan diri sendiri dan
orang lain serta untuk mengelakkan risiko.
Dilaksanakan hasil keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan
Raya bil. 1/2006 dipengerusikan Perdana Menteri
pada 15 Mei 2006.
o Perlunya satu inisiatif jangka masa panjang
diwujudkan.
o Penglibatan kanak-kanak penting untuk melahirkan
generasi baharu pengguna jalan raya yang akan
mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah
dan berhati-hati ketika di jalan raya.
o Jun 2008 dilaksanakan untuk murid Tahun Satu di
sekolah rendah seluruh negara.
Rasional
Merupakan usaha sama Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Pengangkutan
Malaysia.
Atas kesedaran terhadap peningkatan kes-kes
kemalangan jalan.
2007 merekodkan sebanyak 6282 kematian
akibat nahas jalan raya.
Menyamai purata 17 kematian sehari atau
satu kematian setiap 1 jam 25 minit.
TUJUAN
Tujuan PKJR di sekolah secara keseluruhannya
ialah untuk membantu kanak-kanak dan ibu
bapa / penjaga untuk:
Mempelajari dan menggunakan kemahiran
keselamatan jalan raya untuk memastikan
keselamatan diri sendiri dan orang lain,
Menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi
undang-undang, sabar dan bertimbang rasa.
Memahami bahaya dan risiko yang terdapat di
dalam persekitaran jalan raya.

Matlamat Pelaksanaan PKJR
PKJR bermatlamat memberikan pengetahuan
dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan
raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan
raya yang berhemah.
Murid dapat memahami, menghayati serta
mengamalkan langkah-langkah memelihara
keselamatan diri dan menghormati hak
pengguna jalan raya yang lain.
Objektif Pelaksanaan PKJR
Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3)
Menunjukkan kesedaran
mengenai keselamatan
jalan raya.
Mempamerkan sikap positif
dan bertanggungjawab
ketika berada di jalan raya.
Memahami bahagian jalan
dan persekitaran yang
selamat.
Mampu untuk melintas di
jalan raya dengan bantuan
dan selamat.
Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6)
Memahami konsep
keselamatan jalan raya.
Mempamerkan sikap positif
dan bertanggungjawab
ketika berada di jalan raya.
Mampu melintas di jalan
raya dengan selamat secara
bersendirian.
Memahami kegunaan alat
keselamatan. (topi keledar,
dll) dan kepentingan
penyelengaraan basikal.
Tema
PKJR
Sikap dan
tanggungjawab
Persekitaran
Kenal pasti
bahaya
Melintas
dengan
selamat.
1. Sikap dan tanggungjawab
Memberikan tumpuan kepada sikap positif dan
kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di
jalan raya.
Membolehkan murid menyedari bahawa merekalah
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
2. Persekitaran
Waktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan
dan memastikan keselamatan diri ketika berjalan
Murid harus memahami tahap penglihatan berubah
mengikut keadaan waktu dan cuaca serta hendaklah
menggunakan pakaian yang sesuai.
3. Kenal pasti bahaya
Mengenal pasti keadaan bahaya yang terdapat di
jalan raya dan mempelajari cara-cara
mengatasinya.
Murid harus memahami bahawa cara berjalan
dan melintas tidak semestinya sama dalam
semua keadaan.
4. Melintas dengan selamat
Murid tahu cara yang baik dan betul untuk
melintas jalan raya secara selamat dalam situasi
yang berlainan.
Perlaksanaan di sekolah
PKJR diajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Memperuntukkan satu waktu Bahasa Malaysia dalam
seminggu iaitu 30 minit.
Andai
Jadual waktu dan RPH ditadbirkan seperti biasa dan
tiada perubahan besar.
Fokus pengajaran ialah Bahasa Malaysia tetapi
kandungan pengajaran tersebut hendaklah berkaitan
dengan PKJR.
Kandungan PKJR merupakan satu tema pengajaran
pada hari tersebut.
SURAT PEKELILING
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_aw
am/pekeliling/1259549141.pdf

HURAIAN GARIS PANDUAN

PENDIDIKAN KESELAMATAN
JALAN RAYA :

KEMAHIRAN
14
Tema ada 11 :
1. Persekitaran jalan raya
2. Kenderaan
3. Peraturan dan undang-undang jalan raya
4. Sebagai pejalan kaki
5. Sebagai penunggang basikal
6. Sebagai penumpang
7. Melintas jalan raya dengan selamat
8. Bermain
9. Kenderaan awam
10. Tingkah laku yang berisiko apabila melakukan
perjalanan
11. Pengaruh media dan budaya popular dalam
keselamatan jalan raya
15
Fokus Hasil pembelajaran
1.1 Jenis-jenis jalan raya 1.1.1 Memahamijalan raya tempat yang
kompleks dan berbahaya.

1.1.2 Mendefinisikan lalu lintas dalam
bahasa sendiri.

1.1.3 Mengklasifikasikan jalan
menggunakan istilah:
.Senyap . sibuk
.Lebar .sempit

1.1.4 Menerangkan bahawa terdapat
hieraki jalan raya di malaysia dan
kenderaan bergerak pada kelajuan yang
berbeza.

1.1 .5 Mengenal pasti elemen
persekitaran pengangkutan.
1. Persekitaran jalan raya
1.2 Bahagian-bahagian jalan raya 1.2.1 Mengenal pasti tentang jalan raya
yang boleh meningkatkan keselamatan
sebagai pejalan kaki atau penunggang
motosikal.

1.2.2 Menerangkan tentang jalan yang
selamat untuk pejalan kaki dan penunggang
motosikal.

1.3 Perabot jalan 1.3.1 Mendefinisikan dengan perabot
jalan.Contohnya pagar,rel adang,lampu
jalan,pasu bunga,batas kebun dan lain-lain.
1.4 Tanda jalan, penanda jalan dan isyarat
jalan
1.4.1 Memahami bahawa tanda jalann
digunakan untuk mengawal lalu lintas.

1.4.2 Membincangkan peraturan dan tingkah
laku pengguna jalan raya yang berkenaan
dengan tanda asas.





1.5 Aliran lalu lintas
Arah lalu lintas
1.5.1 Kenal pasti arah datangnya
lalu lintas.

1.5.2 Menerangkan tentang waktu
atau masa boleh mempengaruhi
kesesakan trafik.
1.6 Laluan / lorong pejalan kaki
dan laluan kongsi untuk pejalan
kaki dan penunggang basikal
1.6.1 Mentakrifkan kegunaan
laluan/lorong pejalan kaki dan
laluan kongsi.

1.6.2 Membina strategi untuk
mengelak atau menguruskan risiko
dan bahaya di laluan /lorong
pejalan kaki dan laluan kongsi.
1.7 Pengguna jalan raya 1.7.1 Mengenal pasti jenis-jenis
pengguna jalan raya yang
berbeza,contohnya:

-pejalan kaki
-penumpang
-pembonceng


Fokus Hasil pembelajaran
2.1 Jenis dan ciri-ciri kenderaan 2.1.1 Mengenal pasti jenis
kenderaan yang berbeza.
Contohnya:

.Kereta LRT/kereta api
.Kereta polis
.Bas
.Lori
.Basikal
.Motosikal

2.1.2 Mengenal pasti kenderaan
sebagai:

Laju, perlahan , dekat ,jauh
menjauh,mengundur , membelok.
2.Kenderaan
3. Peraturan dan undang-undang jalan raya
Fokus Hasil pembelajaran
3.1 Mengetahui tentang peraturan
dan undang-undang
3.1.1 Menerangkan mengapa
peraturan dan undang-undang jalan
raya itu perlu untuk keselamatan
pengguna jalan raya.

3.1.2 Mengenal pasti perbezaan
antara peraturan dan undang-
undang jalan raya.

3.1.3 Mereka dan menilai kod
tingkah laku untuk:

-pejalan kaki
-penunggang basikal
-pengguna pengangkutan awam

4. Sebagai Pejalan Kaki
Fokus Hasil pembelajaran
4.1 Sokongan daripada orang yang
lebih dewasa atau dengan yang
lebih tua
4.1.1 Menerangkan bahawa
berjalan di jalan raya atau
berdekatan jalan raya adalah lebih
selamat apabila bersama orang
dewasa atau yang lebih tua.

4.2 Arah yang paling selamat untuk
berjalan kaki
4.2.1 Menerangkan kenapa berjalan
mengadap lalu lintas adalah lebih
selamat daripada berjalan mengikut
arah yang sama dengan kenderaan.

4.3 Kebolehlihatan 4.3.1 Menunjukkan kesedaran
kesan daripada saiz badan kanak-
kanak yang kecil terhadap
keselamatan mereka.
Fokus Hasil pembelajaran
5.1 Berbasikal dengan selamat 5.1.1 Memahami bahawa
menunggang basikal di jalan raya
di bawah umur 10 tahun adalah
berbahaya.

5.1.2 Memakai dan mengetatkan
topi keledar dengan betul.
.
5.1.3 Melakukan penyelenggaraan
Mudah ke atas basikal dan topi
keledar.

5.1.4 Belajar dan menunjukkan
kemahiran asas menunggang
basikal.
5.Sebagai Penunggang Basikal
6. Sebagai penumpang
Fokus Hasil pembelajaran
6.1 Tingkah laku yang selamat dan
bertanggungjawab seseorang
penumpang
6.1.1 menerangkan kepentingan untuk
menjadi penumpang yang selamat dan
bertanggungjawab.

6.1.2 menyenaraikan cara penumpang
boleh menyumbang keselamatan orang
lain.
6.2 Penggunaan alat pengekang 6.2.1 Mendefinisikan alat pengekang:

a.Tali pinggang keledar
b.Tempat duduk kereta
c.Tali pinggang riba
d.Kapsul bayi

6.2.2 Membandingkan situasi di mana
alat pengekang digunakan atau
sebaliknya serta membuat kesimpulan
tentang alat pengekang dan
keselamatan.
6.3 Penggunaan topi keledar 6.3.1 Membincangkan pemakaian topi
keledar dengan betul.

6.3.2 Menerangkan kepentingan topi
keledar yang melindungi penunggang
jika berlaku kemalangan.
6.4 Masuk dan keluar dari kenderaan
dengan selamat
- Kereta dan motosikal
6.4.1 Membincangkan tingkah laku yang
selamat untuk masuk dan keluar dari
kenderaan.

6.4.2 Menerangkan mengapa keluar dan
masuk kenderaan di bahagian berbendul
jalan lebih selamat.

6.4.3 Menerangkan dan menunjukkan
tingkah laku yang bersesuaian untuk
masuk dan keluar dari kenderaan.
7. Melintas jalan raya dengan selamat.
Fokus Hasil pembelajaran
7.1 Melintas jalan raya dengan
selamat
7.1.1 Mengenal pasti tempat yang
paling selamat untuk melintas
jalan,contohnya:

a. tempat melintas yang
disediakan.
b. tempat melintas atau
persimpangan yang disediakan
atau dikawal.
c. blok pertengahan di mana trafik
boleh dilihat dengan jelas.
d. jejantas

7.1.2 Mengenal pasti tempat yang
bahaya untuk melintas.

Fokus Hasil pembelajaran
7.2 Prosedur yang selamat untuk
melintas
Berhenti
lihat
dengar
fikir
berwaspada
7.2.1 Memahami bahawa melintas jalan
adalah lebih selamat apabila langkah
tertentu diambil untuk
menyempurnakan tugas tersebut.

7.2.2 Mengetahui lima langkah untuk
menyempurnakan tugas melintas jalan
dengan selamat.

7.2.3 Menggambarkan prosedur
melintas dengan selamat dan
menerangkan setiap langkah.
7.3 Pemilihan ruang dan imbasan 7.3.1 Memahami apa yang
dimaksudkan dengan mengimbas lalu
lintas untuk mengenal pasti risiko dan
bahaya.

7.3.2 Memahami apa yang
dimaksudkan dengan pemilihan masa
dan ruang serta impak ke atas
keselamatan.
7.4 Lebih banyak keputusan mengenai
melintas dengan selamat
7.4.1 Membincangkan faktor atau
pengaruh yang melibatkan keputusan
mengenai situasi melintas yang selamat
dan tidak selamat.

7.5 Memilih jalan yang selamat 7.5.1 Mengenal pasti jalan dan kawasan
yang selamat dan bahaya di
persekitaran.

7.5.2 Membincangkan pertimbangan
(jarak kelajuan dan masa yang) untuk
memilih jalan yang selamat.

7.5.3 Menerangkan dan mengikut jalan
arah.yang mempunyai tanda

8. Bermain
Fokus Hasil pembelajaran
8.1 Tempat yang selamat untuk
bermain
8.1.1 Menerangkan akibat yang
bakal berlaku jika bermain di jalan
raya atau berdekatan jalan raya.

8.1.2 Mengenal pasti kawasan
bermain yang selamat dan tidak
selamat.
8.2 Kenderaan rekreasi 8.2.1 menyenaraikan jenis
permainan rekreasi beroda yang
berbeza.contohnya:

a. Papan luncur c. Skuter
b. Kasut beroda d. Skuter
bermotor

9. Kenderaan awam
Fokus Hasil pembelajaran
9.1 Bas, teksi, LRT, dan kereta api 9.1.1 Mendefinisikan kenderaan
awam dan memberi contoh.

9.1.2 Menyelidik pilihan
pengangkutan awam di kawasan
tempatan,kelebihan dan
kekurangan menggunakannya.

9.1.3 Membincangkan dan
membangunkan prosedur yang
selamat untuk
menunggu,menaiki,melakukan
perjalanan dan turun/keluar dari
kenderaan awam.

10. Tingkah laku yang berisiko apabila melakukan perjalanan
Fokus Hasil pembelajaran
10.1 Kesan daripada tingkah laku
yang berisiko
10.1.1 Membincangakan bahaya ke
atas keselamatan diri atau orang
lain apabila mengikut gerak hati
atau perhatian teralih semasa atau
berdekatan jalan raya.

10.1.2 Mengenal pasti tingkah laku
pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab.





11. Pengaruh media dan budaya popular dalam keselamatan
jalan raya
Fokus Hasil pembelajaran
11.1 Memikirkan kesan pengaruh
tersebut terhadap keselamatan
11.1.1 Mengenal pasti pesanan
tersembunyi berkaitan keselamatan
dan yang tidak berkaitan
keselamatan dalam media.

11.1.2 Menggambarkan beberapa
teknik yang digunakan oleh pihak
media untuk mempengaruhi
pemikiran kita berkaitan
keselamatan.
Apakah yang diajar?
Di tahap yang bersesuaian, kanak-kanak dan
remaja akan diajar:
Tentang bahaya, perkara yang mendatangkan
bahaya, risiko dan pengurusan risiko.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk memastikan mereka selamat.
Bagaimana untuk membina dan mengekalkan
sikap yang positif terhadap keselamatan jalan
raya.

Pelaksanaan
PKJR di
sekolah
Objektif
Pelaksanaan
Elemen
Pelaksanaan
Bahan
Pengajaran
PKJR
Kandungan
Modul PKJR
Pemantauan
dan
Bimbingan
Pelaksanaan PKJR di sekolah
PKJR diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Memperuntukkan satu waktu Bahasa Melayu
dalam seminggu.
Jadual Waktu dan RPH ditadbir seperti biasa dan
tiada perubahan besar.
Fokus pengajaran ialah Bahasa Meayu tetapi
kandungan tersebut hendaklah berkaitan dengan
PKJR.
Kandungan PKJR merupakan satu tema
pengajaran pada hari tersebut.
Objektif Pelaksanaan
1. Aspek Bahasa Malaysia
Meliputi kemahiran bahasa, iaitu 75% dalam fokus
utama dan 15% dalam fokus sampingan.
Diharap dapat menambah kosa kata Bahasa Malaysia
melalui ilmu PKJR.
2. Aspek PKJR
Meliputi kemahiran dan pengetahuan berkaitan
dengan PKJR iaitu 15 %.
Bertujuan melahirkan generasi pengguna jalan raya
yang berhemah dalam jangka masa yang panjang.
Elemen Pelaksanaan
1. Penggabungjalinan
Kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
Sistem bahasa, iaitu tatabahasa dan kosa kata
Sebutan dan intonasi
Sistem ejaan
Peribahasa
2. Penyerapan
Ilmu
Nilai
Kemahiran bernilai tambah
Bahan Pengajaran PKJR
Setiap sekolah dan guru dibekalkan dengan satu
set Kit Pengajaran Khas PKJR.
Kandungan kit modul pengajaran guru, buku
aktiviti murid, poster dan VCD sebagai rujukan.
Boleh digunakan sepenuhnya ketika mengajar di
dalam bilik darjah dan guru tidak perlu bersusah-
payah mencari bahan tambahan.
Kandungan Modul PKJR
Disediakan untuk pengajaran guru bagi murid
tahun 1, 2 dan 4.
Mempunyai 8 unit dan tajuk yang berbeza-beza.
Setiap unit mempunyai kemahiran pengajaran
tertentu.
Mengandungi satu kemahiran fokus dan satu
kemahiran sampingan mata pelajaran BM serta
tambahan satu lagi kemahiran PKJR pada setiap
unit.

Pemantauan dan Bimbingan
Perlu dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PKJR.
4 pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia telah
dilantik dan diberi tanggungjawab untuk memantau
yang merangkumi pelbagai aspek :
a) Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Jabatan Pelajaran Negeri
b) Kurikulum dan Penggunaan Modul Bahagian
Perkembangan Kurikulum
c) Pelaksanaan program di sekolah Pegawai Pelajaran
Daerah
d) Pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah Guru Besar
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran PKJR
Menyebut gambar
Menyebut perkataan ( kata kunci KJR )
Memadankan gambar dengan perkataan
Menyenaraikan bahagian-bahagian di jalan raya
Melengkapkan frasa
Silang kata
Mewarna gambar ibu memimpin anak
menyeberangi jalan raya
Nyanyian lagu lampu isyarat
Modul Cadangan Aktiviti
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
matrik
Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4
Unit 5
Unit 6
Unit 7
Unit 8
Tahun 4
Tahun 5
Matrik
Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4
Unit 5
Unit 6
Unit 7
Unit 8
Tahun 6
Aktiviti Sampingan
Matrik
Unit 1
Unit 2
Kesimpulan
PKJR merupakan satu langkah jangka panjang
dan menjadikan kanak-kanak sebagai
kumpulan sasaran utama pelaksanaannya.
PKJR berharap agar berjaya mencapai
matlamat dalam memberikan pengetahuan
dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan
raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan
raya yang berhemah.
Murid juga dapat memahami, menghayati
serta mengamalkan langkah-langkah
memelihara keselamatan diri dan
menghormati hak pengguna jalan raya yang
lain.

Sekian,
Terima Kasih!

You might also like