You are on page 1of 2

Keadaan Jalan Raya Yang Tidak Baik

- Kemalangan disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik.

- jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun

- kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika
pemandunya tidak berhati-hati.

- struktur jalan raya yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata telah
menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini.

- Keadaan jalan raya yang teruk akan membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi
mereka yang memandu pada waktu malam.

- Namun, ketiadaan lamp jalan di sepanjang jalan raya telah menyebabkan keadaan sekeliling
menjadi gelap dan seterusya membataskan pengliatan para pemandu terhadap objek di
hadapan mereka.

- Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung
menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka.

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang

- kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan


di jalan raya.

- Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan
terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidak tegasan dalam pelaksanaan undang-
undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan
kesalahan di jalan raya.

- Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup
menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai banyak saman dan waran tangkap masih
terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pengguna memandu dalam keadaan mabuk atau letih

- punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau letih.

- Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan
atau saudara mara mereka.

- mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan mabuk.

- Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut nyawa
pemandu tersebut.

- Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi mangsa kemalangan
jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan akan melanggar
apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pemandu yang mabuk dan letih
perlu mengelakkan diri daripada memandu.

Memperkasakan penguatkuasaan undang - undang

- cara terbaik dalam menangani kes kemalangan jalan raya adalah dengan memperkasakan
penguatkuasaan undang-undang. Kita bole lihat, ramai di antara pengguna jalan raya
mempunyai saman dan liat untuk mereka menelesaikannya.

- pihak polis memberikan diskaun kepada saman barulah mereka tergesa-gesa untuk
membayarya. Perkara ini kurang memberi kesan kepada pesalah jalan raya. Sistem dimerit
yang telah sedia ada wajar dikuatkuasakan dengan lebih ketat dimana jika mereka telah
disaman sebanyak tiga kali, mereka akan ditarik semula lesen memandu mereka seterusnya
kos untuk mengambil semula lesen memandu digandakan.

- Justeru, setiap daripada kita hendaklah sentisa meratuhi peraturan bukan sahaja di jalan raya
malah di setiap perkara dan aspek kehidupan yang kita jalani.

Kempen

- Kemalangan maut ini dapat diatasi dengan pelbagai kadah, antaranya melalui kempen-kempen
di media massa dan papan ilan di tepi jalan atau lebuh raya.

- Radio dan televisen boleh memaparkan iklan kepada audien supaya mereka tidak lupa akan
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum memulakan perjalanan.

- Sebagal contohnya, mereka boleh memaparkan iklan tentang pemandu yang letih dan
mengantuk ketika memandu kenderaan dan mereka perl berhenti di kawasan rehat.

- Kempen dan klan seperti itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat
melihat iklan tersebut dengan mudah. Jelaslah di sini bahawa melalui kempen, perkara it akan
mengingatkan mereka tentang bahaya kemalangan jalan raya.

Pihak kerajaan memastikan jalan raya berada dlm keadaan baik

- Langkah seterusya yang perl dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu melalui Jabatan Kerja Raya
adalah dengan memastikan jalan-jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang baik.

- Perkara ini perlu dilakukan bag memudahkan pengguna menggunakannya tapa perasaan
bimbang atau takut. Sema jalan raya yang berlubang perfu ditutup dengan sempurna supaya
dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

- Selain itu, permukaan jalan yang tidak rata haruslah diratakan supaya pengguna berasa selesa
ketika memandu kenderaan serta melancarkan perjalanan anggota masyarakat yang hendak
pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, keadaan jalan raya yang baik dapat mengurangkan
kemalangan maut yang berlaku di negara kita.

You might also like