You are on page 1of 1

[15 markah]

[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis sebuah ringkasan
tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Isu kemalangan jalan raya senantiasa diperkatakan oleh banyak pihak. Hal ini demikian
kerana kadar kemalangan dewasa ini masih membimbangkan. Mengapakah situasi ini berlaku?
Sudah tentu terdapat banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini.

Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sesetengah pemandu dan penunggang
motosikal yang tidak mematuhi had laju yang dibenarkan walaupun tanda had laju terpampang di
hadapan mereka. Sikap pengguna jalan raya yang suka memotong kenderaan lain di selekoh
tajam dan di garisan berkembar turut mengundang risiko kemalangan. Tindakan ini bukan sahaja
membahayakan diri sendiri bahkan juga pengguna jalan raya yang lain. Tambahan lagi, terdapat
segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan keseronokan tanpa menduga
bahawa maut sedia menanti di hadapan mereka.

Di samping itu, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah tempat turut
mengundang terjadinya kemalangan terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan lebat.
Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan
baik masih digunakan di jalan raya. Oleh itu, setiap pemilik hendaklah memastikan kenderaan
mereka diselenggarakan mengikut jadual agar selamat digunakan.

Jelaslah kepada kita bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku banyak disebabkan
sikap pengguna itu sendiri. Oleh itu, diharapkan agar semua pengguna jalan raya lebih berhatihati
ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang.

You might also like