You are on page 1of 2

Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.Huraikan
punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut.

Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat bagai cendawan
tumbuh selepas hujan.Secara puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada setiap
saat.Isu kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat
perhatian media massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara
mendadak sehingga tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita?

Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang
tudak tidak sabar.Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di
destinasi.Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan
memperlambat pergerakan mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu
isyarat terutamanya penunggang motorsikal.Mereka telah melupakan ungkapan Pandu Laju
Maut Menanti dan ketidaksabaran mereka akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat juga
pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai mat rempit yang sering melumba motosikal
secara haram di jalan raya.Mereka bukan sahaja mengadaikan nyawa mereka sendiri malah
menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.Oleh itu,pemandu yang bersikap agresif dan
tidak sabar tidak sesuai untuk memandu di jalan raya.

Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama
kemalangan jalan raya.Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan
telefon bimbit semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial
semasa memandu.Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan
diganggu oleh telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan berlupa terlupa
bahawa mereka sedang memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan telefon
bimbit semasa memandu adalah salah di sisi undang-undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu
perlu mengelakkan diri daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk
atau letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak
bersama rakan atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan
mereka dengan keadaan mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan
seterusnya meragut nyawa pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan
jalan raya yang berpunca daripada pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak
cukup tidur juga akan menjadi mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan
mudah tertidur ketika memandu dan akan melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang
demikian,jelaslah bahawa pemandu yang mabuk dan letih perlu mengelakkan diri daripada
memandu.

Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan
kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan
kecekapan brek kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang
berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat
kenderaan yang datang dan mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang berlubang-
lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang belakang
akan melanggar kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan raya yang
dibina di cerun bukit yang curam juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai
contoh,tanah runtuh yang berlaku di sepanjang jalan Tanah Tinggi Cameron telah memusnahkan
banyak kenderaan dan meragut nyawa ramai orang di dalamnya.Oleh itu,pemandu sewajarnya
berhati-hati semasa memandu di jalan raya tidak sempurna.

Akhir sekali,kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal
ini disebabkan oleh kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak berkemungkinan
tinggi akan berhenti di tengah-tengah jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di
belakang tidak sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan kenderaan yang rosak
di depan.Terdapat juga kenderaan yang mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan
tersebut tidak dapat berhenti mahupun mengurangkan kelajuan dan akan menjadi punca
kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,seorang pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan
lalu bertolak dari rumah tetapi kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di jalan
raya.Keadaan akan mengakibatkan kemalangan yang ngeri di tengah jalan.

Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan


dalam ungkapan Biar lambat asalkan selamat.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam
keadaan yang baik sebelum bertolak dari rumah.Jabatan Kerja Raya harus membuat
pemantauan untuk memastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat.Selain itu,polis
trafik juga harus mengadakan Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar
kemalangan terutamanya sepanjang musim perayaan.Oleh yang demikian,semua pihak harus
berganding bahu agar mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan
negara kita.

You might also like