You are on page 1of 4

PERSEPSI ORANG AWAM/ MASYARAKAT KUALA KETIL TERHADAP PENGGUNAAN PENGANKUTAN AWAM DI KUALA KETIL Dapatan saya daripada

kajian yang telah dijalankan, menurut sekumpulan remaja yang terdiri daripada sekumpulan pelajar sekolah menengah mereka berpendapat pengankutan awam di Kuala Ketil sangat penting bagi mereka. Rangkaian pengangkutan merangkumi pengangkutan seperti bas, dan teksi. Seharusnya pengangkutan awam ini mampu memberikan kesempurnaan dan memudahkan penduduk dan masyarakat menjalani kehidupan seharian. Walau bagaimanapun tahap penggunaan pengangkutan awam masih belum boleh dibanggakan. Keterbukaan masyarakat terhadap pengangkutan awam masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Selain itu mereka mendapati mutu perkhidmatan pengangkutan awam masih pada tahap rendah. Kemelut pengangkutan awam turut dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Pengangkutan awam seperti bas yang tidak menepati jadual perjalanan menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan ianya tidak selesa dinaiki. Pemandu bas turut memainkan peranan penting dalam menarik minat masyarakat terhadap pengangkutan awam. Kebanyakan pemandu memandu dalam keadaan berbahaya. Lebih memburukkan keadaan apabila jumlah penumpang melebihi jumlah penumpang yang dibenarkan. Kesimpulannya, dalam mengharungi arus kemodenan faktor positif dan negatif tidak dapat dielakkan. Masyarakat harus difahamkan untuk memilih dan menangani apa jua yang berlaku dalam kehidupan seharian. Menurut pandangan golongan yang bekerja,dan menggunakan kemudahan awam ke tempat kerja mereka berpendapat usaha menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam menuntut anjakan minda secara ketara dalam kalangan masyarakat. Yang paling utama adalah keperluan mengubah persepsi bahawa pengangkutan awam adalah bagi golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.

Mereka juga berpendapat mungkin ada faktor lain yang menyebabkan sikap ini seperti cuaca dan liputan perkhidmatan yang kurang memuaskan. Namun, persoalannya adalah "jika perkara itu tidak menjadi perkiraan, apakah ada kesediaan dari kalangan masyarakat untuk berhijrah kepada pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri". Dapatan daripada soal selidik yang dibuat dengan sekumpulan penduduk yang berumur 50 tahun dan ke atas mereka berpendapat bahawa bas awam merupakan kemudahan awam yang paling meluas digunakan. Mereka berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua. Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan. Kita tidak perlu menempuh perjalanan yang kadangkala meletihkan kerana terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang perjalanan. Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan dengan tambang yang berpatutan. Antara pendapat lain yang dapat saya simpulkan daripada kajian yang dibuat berdasarkan pendapat dan pandangan yang telah diberikan oleh golongan ini ialah dengan menggunakan pengankutan awam juga kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan kos petrol yang semakin meningkat dan pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran tempat meletak kenderaan. Seterusnya, kos yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli barang keperluan yang lebih penting. Peribahasa yang bertepatan dengan situasi di atas ialah Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sebelum Habis dan Masa Itu Ibarat Emas. Sudah Terang Lagi Bersuluh, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan seseorang. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat perlu menggunakan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Perkhidmatan bas telah lama menerima persepsi negatif umum sebagai pengangkutan bagi golongan miskin. Selain itu, pengguna yang mengutamakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak mementingkan diri sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar

Melepaskan Pucuk Masing-Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.Berkurangnya kenderaan persendirian di jalan raya secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik. Secara implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus. Dengan ini, diharapkan masyarakat sedar akan kelebihan pengangkutan awam yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan awal seperti peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan. Tegasnya, perjalanan akan menjadi lebih mudah bagi pengguna apabila pengangkutan awam ini tidak dipinggirkan. Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di Kawasan Kuala Ketil adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam berlanjutan sekian lama. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai. harus difahami untuk menangani masalah yang sudah

Masalah pengangkutan awam amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah terhantuk baru terngadah Permintaan pengangkutan untuk trip sekolah merupakan keperluan penting untuk memudahkan proses ulang alik pelajar ke sekolah. Peringkat umur yang berlainan memerlukan jenis pengangkutan yang berlainan. Misalnya, peringkat umur persekolahan akan memerlukan perkhidmatan bas sekolah mengikut masa-masa tertentu. Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya maka sebagai kesimpulan dan dapatan keseluruhan hasil kajian yang dilajalankan, pengangkutan awam di kawasan Kuala Ketil banyak mendatangkan manfaat dalam memudahkan masyarakat menjalani urusan seharian. Semua lapisan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, pihak yang Sekiranya langkah yang drastik dan efektif ini tidak diikuti, sudah tentu banyak masalah akan timbul dalam kehidupan kita di bumi yang fana ini. bertanggungjawab juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Ketil agar setanding dengan kawasankawasan dan daerah- daerah yang lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. langkah kerajaan Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan

penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh masyarakat setempat akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

You might also like