You are on page 1of 7

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM:

Pengangkutan awam adalah merujuk perkhidmatan


kenderaan pengangkutan awam berbayar yang
digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari
satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki
membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai
resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan
pengangkutan awam berbayar ini merangkumi
perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT,
monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis
klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta
lembu, beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain
termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.

Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza


mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan bahawa
perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di
kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan
kenderaan, terutama di kawasan bandar utama.
Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan
tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau
Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan
awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan
kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor keselamatan
serta keselesaan perkhidmatan.
Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil,
perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada perkhidmatan
bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas
persiaran. Perkhidmatan van turut disediakan bagi
mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah.
Perkhidmatan teksi turut menyediakan perkhidmatan
penghantaran jauh atau penghantaran segera.
Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di
pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan
negara.
http://www.seraidamai.blogspot.com/pengangkutanawa
m.

Merujuk Wikipedia:

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi


segala sistem pengangkutan yang mana penumpang
tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi
yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi . —
mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu
lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan
adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan
dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka
terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal
sebagai pengangkutan umum dan biasanya
dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual
dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan
tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-
belah atau pendidikan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam
Merujuk mdisabudin.blogspot.com

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan


awam : Ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian
pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu
tempat ke satu tempat termasuk juga memberi
perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem
perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini
meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat ,
udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini
kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga
pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem
pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan
pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi
– disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta
dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam
yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan
negara.

Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia


meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas ,
teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api ,
LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini
memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti
jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan
berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem
pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan
rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan
kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta
melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang
dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara
seterusnya menjana pembangunan negara .
http://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-
awam-yang.html
Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak
boleh lari dalam penyediaan infrastruktur sistem
pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh
raya , stesen kereta api , landasan kereta api , lapangan
kapal terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan
dan dermaganya : Semua ini memerlukan kawasan –
kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru
diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan ,
kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini
bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan
awam telah dapat menjana pembangunan negara secara
besar – besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem
pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan
negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih
penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira
ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan
negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem
pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus
dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan
semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan .
Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga
dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna ,
memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai
ciri – ciri perkhidmatan selamat , dapat mengurangkan
kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga
mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik .
Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan
sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan
negara terus membangun dalam landasan yang betul .
Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang
amat penting dalam menjana pembangunan negara
kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat ,
sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur
untuk melabur dalam negara dengan itu negara
kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran
perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem
pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan
kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri
tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka
perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada
kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan
untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan
seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan
pelaburan dalam negara .
http://mdisabudin.blogspot.com/p/sistem-pengangkutan-
awam-yang.html
Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, pengertian
pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun
definisi pengangkutan disampaikan dengan cara
berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama
iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk
membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat
ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal
sesuatu barangan atau penumpang. Oleh itu,
pengangkutan berfungsi sebagai media yang
menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang
berlainan dan membolehkan melakukan pergerakan
manusia.
Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan
membantu memindahkan manusia dan barangan dari
satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem
pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh jaringan jalan
dan pengangkutan dan seterusnya membentuk
pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan.
Bidang pengangkutan memainkan peranan penting
dalam menyelaras segala program pembangunan
sesebuah negara. Sektor pengangkutan bukan sahaja
merupakan penawaran perkhidmatan yang produktif dan
berpotensi, tetapi juga merupakan penawaran
kemudahan mod pergerakan umum dalam pelbagai jenis
dan bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan
masyarakat. Malah dewasa ini pengangkutan merupakan
keperluan dalam kemudahan pergerakan manusia dan
barangan yang perlu dimiliki dan menjadi asas utama
dalam kehidupan seharian.
Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian
meningkat dan bertambah kompleks melalui pelbagai
fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung
meningkatkan keperluan permintaan terhadap pelbagai
jenis kenderaan. Serentak dengan itu, jumlah kenderaan
di jalan raya juga meningkat dengan pesatnya pada
setiap tahun. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan
secara berterusan di negara kita ketika ini seperti juga di
negara-negara lain terutama di bandar-bandar utama
dan di jalan-jalan raya utama secara langsungnya telah
menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan lalu lintas
khususnya kemalangan jalan raya.
http://bubblemerahjambu.blogspot.com/2012/01/perkem
bangan-dan-kepentingan.html

You might also like