You are on page 1of 1

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap Literasi Awal Membaca Menggunakan

Kaedah Fonik Dalam Kalangan Guru Prasekolah dengan menilai kefahaman dan
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai, pengajaran dalam kehidupan dan kepakaran
perlaksanaan guru berhubung kaedah fonik. Kajian ini dijalankan di beberapa buah tadika di
sekitar Kuantan, Pahang. Responden kajian terdiri daripada guru prasekolah di sekitar
Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunapakai pendekatan kaedah kuantitatif. Instrumen kajian
merupakan satu set soal selidik di mana pengumpulan data dibuat dengan mengedarkan set
borang soal selidik kepada responden. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden
yang mengajar prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan
dan kemahiran seiring dengan literasi awal membaca dengan menggunakan kaedah fonik
kepada kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mendapati bahawa guru mampu menggunakan
kaedah fonik dalam menangani masalah murid lemah dan lambat membaca. Guru prasekolah
juga boleh mengaplikasikan kaedah fonik dalam mempertingkatkan serta
memperkembangkan kemahiran membaca kanak-kanak. Guru berpendapat, kaedah fonik
amat membantu dan sesuai dengan situasi serta bahan pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah. Justeru, kaedah fonik sesuai digunakan oleh guru prasekolah dan pendedahan
berkaitan dengan kaedah fonik dapat meningkatkan pencapaian perkembangan bahsa kanak-
kanak. Disamping, memantapkan lagi pengajaran agar dapat membantu kanak-kanak yang
menghadapi masalah membaca. Dapatan kajian turut menemukan agar tindakan
memperkasakan lagi kaedah fonik dengan merancang, melaksanakan serta menilai tahap hasil
pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah fonik, khususnya dalam kalangan guru-guru
novis dipertingkatkan.

Kata kunci: Literasi awal membaca, kaedah, fonik, guru prasekolah.

You might also like