You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Saya Wyna ak Thomas ingin menyampaikan sepenuh kesyukuran


kepada Tuhan dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyelesaikan tugasan kerja
kursus ini dengan penuh jayanya.

Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah matapelajaran iaitu Dr


Haji Sabri Bin Che Man di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Terima
kasih yang tidak terhingga juga kepada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu ini iaitu Y.Bhg. Datin Siti Hanifah binti Madarsa kerana sering memberi nasihat dan
dorongan moral kepada semua warga kampus ini. Beliau juga seorang yang pandai
mengambil hati para pelajar walaupun dalam ketegasan beliau dalam menjalankan
tugasnya.

Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya kerana
sedikit sebanyak telah menyediakan atau menyumbangkan wang ringgit lebih untuk
kemudahan saya menyiapkan tugasan ini malah untuk matapelajaran-matapelajaran yang
lain juga. Di samping itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan.

Pelbagai ilmu yang saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut
begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, para
mahasiswa haruslah tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman
yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari
saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus"

Akhir kata daripada saya, terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu dan jasa
anda semua akan tetap saya kenang. Sekian, terima kasih.

1
Pengenalan

Pada bulan Ogos 2009, YAB Menteri pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Mohd
Yassin telah membentangkan bidang keberhasilan utama (National Key Result Areas/
NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengambil pengertian yang serius terhadap isu asas literasi dan numerasi yang masih
belum dapat diatasi sepenuhnya. Isu ini telah mendapat perhatian serius oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia kerana sehingga kini masih ada anak-anak kecil yang belum mengenali
asas nombor dan literasi walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Oleh
itu, program literasi dan numerasi ini merupakan satu program hasil daripada
kesinambungan program yang sedia ada dengan rancangan yang lebih teliti dan sistematik.

Menurut takrifan yang dilakukan oleh UNESCO, literasi ditakrifkan sebagai


keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan
kompleks dalam bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian. Manakala, berdasarkan penanda aras dari Amerika
Syarikat dan Kanada, numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira
dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik
seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya
dalam operasi wang, masa dan ukran panjang.

Bagi mencapai sasaran kerajaan yang menginginkan semua murid tiada masalah
pembelajaran untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum masuk ke
persekolahan tahap 1, jadi Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) telah dibangunkan.
Tumpuan utama program ini adalah usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan
numerasi murid. Lagipun, asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan
bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Definisi LINUS ialah LINUS merupakan akronim bagi “Literacy and Numeracy
Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan
murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah
rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M)

Objektif Program Literasi ialah pada akhir program ini, murid berupaya mengeja dan
membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Murid juga berupaya untuk membaca dan
menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup. Selain itu, murid juga berupaya

2
untuk membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah
dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan


Modul Murid. Dalam modul pengajaran LINUS, terdapat prinsip-prinsip yang telah
digariskan untuk panduan guru-guru. Antara prinsip tersebut adalah pengajaran haruslah
bersifat ansur maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah,
latihan interaktif dan belajar sambil bermain.

Terdapat spesifikasi kemahiran asas literasi yang harus dicapai oleh murid pada
tahap 1 iaitu pada Tahun 1, murid seharusnya boleh membaca, menulis dan memahami
minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. Manakala untuk Tahun 2, murid harus boleh
membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah dengan
menggunakan kata sendi. Untuk Tahun 3 pula, murid seharusnya boleh membaca, menulis
dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam
satu perenggan.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya fokus pada kepada
kemahiran atau teknik bacaan sahaja. Tetapi, murid harus melalui pembelajaran yang lebih
kukuh dalam keupayaan membaca oleh Mahzan Arshad, 2008. Jadi, pelbagai aspek harus
dititikberatkan untuk memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus
dititikberatkan agar kanak-kanak yang dari produk sistem pendidikan Malaysia merupakan
kanak-kanak yang celik bahasa dan seterusnya menguasai ilmu lain secara optimum dan
penuh kejayaan.

3
BAHAGIAN 1

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI BEHAVIORISME

Teori behaviorisme ini lebih menekankan kepentingan persekitaran bahasa daripada


fenomena mental. Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa terdapat perkaitan rapat
diantara rangsangan dan juga dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan
diulang dan diulang sekiranya diberikan ganjaran. Gerak balas yang diikuti dengan
peneguhan positif akan diulang dan diulang dan seterusnya membentuk kebiasaan.

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Boss & Brook yang merupakan
ahli bahasa. Manakala, terdapat juga ahli psikologi yang terlibat dalam kajian behavioris ini
dan antaranya ialah Ivan Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka menganggap bahawa
pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Mereka
juga berpendapat bahawa pembelajaran juga mempunyai perkaitan dengan perubahan
tingkah laku iaitu hasil daripada ransangan dan tindak balas. Oleh itu, teori ini juga dikenali
sebagai teori Ransangan-Tindak balas.

Skinner dan Braine telah melanjutkan teori behavioris ini untuk menghuraikan
pembelajaran bahasa. Mereka menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam
pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan diucapkan terbentuk
disebabkan adanya rangsangan. Misalnya, kanak-kanak bertutur atau bercakap kerana
adanya orang bercakap dengannya dan berkemungkinan juga kanak-kanak bercakap
kerana ingin memenuhi keperluan asasnya seperti hendakkan makanan, minuman,
keselesaan ataupun keselamatan dan sebagainya.

Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang itu perlu
diteguhkan supaya bentuk-bentuk bahasa tadi akan diulangi. Ibu bapa dan kanak-kanak
menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Misalnya,
memberikan senyuman, kata-kata pujian, motivasi, ganjaran dan sebagainya. Teori-teori
behavioris ini amat mementingkan latih tubi. Hal ini demikian kerana peneguhan
pembelajaran bahasa dapat dilakukan dengan melakukan latih tubi. Faktor persekitaran
juga tidak kurang pentingnya dalam pembelajaran bahasa dan yang memainkan peranan
dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk murid-murid belajar bahasa ialah guru,
murid-murid itu sendiri serta suasana di dalam biliki darjah.

Prinsip-prinsip yang ditekankan dalam teori behavioris ini ialah yang pertama
kemahiran bahasa yang paling penting ialah kemahiran lisan dan yang kedua penting ialah
kemahiran menulis. Hal ini demikian kerana pengajaran sesuatu bahasa hendaklah

4
dimulakan dengan kemahiran lisan kemudiannya diikuti dengan kemahiran tulisan. Dalam
hal ini, guru-guru mestilah berusaha untuk memastikan murid-murid boleh bertutur dalam
bahasa yang dipelajarinya kemudian meneruskannya kepada pengajaran membaca dan
menulis. Prinsip ini sekaligus dapat membantu guru dalam mengenal pasti kelemahan anak
muridnya dalam pembelajaran sesuatu bahasa serta prinsip ini juga dapat memastikan
kelancaran pengajaran dan pembelajaran bahasa,

Prinsip yang seterusnya ialah pengukuhan. Pengukuhan merupakan prasyarat


penting dalam pembelajaran bahasa. Prinsip ini dapat dilihat dalam kebanyakan
pembelajaran sosial kanak-kanak. Contoh pembelajaran sosial ialah ucapan bertatasusila
serta amalan bersopan santun. Perlaksanaan prinsip peneguhan boleh dilakukan dengan
memberikan ganjaran ataupun pujian kepada setiap tingkah laku murid-murid yang berucap
secara bertatasusila serta mengamalkan amalan bersopan santun. Selain ganjaran atau
pujian, galakan, dorongan, motivasi juga terkandung dalam prinsip peneguhan sewaktu
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Latihan pembelajaran yang dikukuhkan juga terkandung dalam prinsip teori


behavioris ini. Maksud latihan dalam konteks ini ialah ulangan satu-persatu gerak balas
dengan satu-persatu ransangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan dalam
keadaan yang bermakna. Jika tidak, murid-murid akan cepat bosan dan tidak berminat
untuk belajar. Jadi, guru pula harus memainkan peranannya dalam bersikap bijak dan
kreatif dalam mengurus dan melaksanakan latihan dengan sempurna dan sistematik supaya
dapat menghasilkan pembelajaran yang berkekalan sepanjang masa.

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran aktiviti yang boleh dilaksanakan


berdasarkan teori ini ialah guru mengajar murid-murid tentang peraturan membina dan
menulis ayat penyata yang betul. Guru memuji murid-murid yang dapat membina ayat
penyata dengan betul. Semasa pengajaran, guru bolehlah menjalankan aktiviti lakonan dan
perbincangan sesama murid. Pujian dan ganjaran akan diberikan kepada murid yang
menggunakan bahasa yang betul. Pujian yang diberikan itu akan membentuk semangat
ingin belajar ke dalam diri murid-murid. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa pujian
tersebut sebagai ransangan dan gerak balasnya ialah sikap murid itu sendiri.

5
TEORI MENTALIS

Teori mentalis dikenali sebagai nama Kata Kognitif atau Innatis. Teori ini telah
diperkenalkan oleh Chomsky yang mengutamakan proses berfikir berbanding dengan
perlakuan kanak-kanak. Ahli-ahli pemikir yang turut terlibat dalam teori ini ialah Jean Piaget,
E.H Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff, George Miller D. Slobin dan Mangantar
Simanjuntak. Teori ini telah melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan
satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Chomsky telah menganggap bahasa
sebagai satu pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Hal
ini boleh berlaku setelah seseorang itu menerima bahan seperti buku dalam bentuk
perangsang daripada telinga, mata dan pancaindera lain.

Proses yang terjadi di dalam otak dan saraf membolehkan pembentukan dan
penghasilan bahasa. Makna dan proses yang tersembunyi terlibat dalam penghasilan
bahasa. Menurut George A. Miller, proses mental dapat dilakukan oleh pendengar apabila
menghadapi sesuatu pertuturan. Antara proses yang terlibat ialah mendengar, memadan,
menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai. Kesemua proses itu melibatkan mental
dan sebab itulah teori ini dikenali dengan nama teori mentalis. Kesimpulannya, teori ini
merumuskn bahawa penguasaan bahasa adalah bergantung kepada kematangan. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacan amat dipentingkan.
Kemahiran menulis lebih diutamakan daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa
kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian. Penyampaian makna juga
lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

Teori mentalis tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran
bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun, kita boleh membuat andaian beberapa prinsip
pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap
pemerolehan bahasa. Antara prinsip-prinsip itu adalah seperti pembelajaran bahasa
merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai
satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana setiap manusia yang lahir ke dunia
telah mempunyai kebolehan semula jadi untuk berbuat sedemikian. Kebolehan ini
dinamakan Jentera Penguasaan Bahasa. Kanak-kanak mempunyai sistem semula jadi
untuk merumus atau membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru perlu menggunakan pengetahuan
bahasa murid dalam merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan
diajar

6
Prinsip yang seterusnya ialah kadar perkembangan bahasa ialah sama bagi kanak-
kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini
mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan
mempunyai ciri pembelajaran bahasa yang sama. Jadi, guru hendaklah berhati-hati
membuat pemilihan terhadap bahan yang hendak disampaikan.

Selain itu, prinsip teori mentalis mengutamakan penyampaian makna daripada


struktur bahasa. Hal ini demikian kerana prinsip ini menekankan kebolehan menggunakan
struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak
itu berkomunikasi dakam masyarakar bahasa itu. Jadi, peranan guru adalah menggunakan
aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai
struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.

Seterusnya, tulisan dan bacaan adalah sangat diutamakan dalam proses


pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian bahasa biasanya
dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan
terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Prinsip yang terakhir ialah kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan
tatabahasa disampaikan secara formal. Situasi ini bermaksud penyampaian pelajaran itu
dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus atau konsep tatabahasa
kemudiannyan barulah diberi contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar
biasanya dilakukan secara formal.

Oleh itu contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah guru menggunakan
pendekatan deduktif semasa mengajar. Misalnya, jika pada hari tersebut guru ingin
mengajar “Kata Kerja”, maka guru hendaklah menjelaskan terlebih dahulu apa itu kata kerja
kepada muri-murid. Peranan guru disini adalah memberikan gambaran yang jelas tentang
kata kerja dan guru perlu kreatif untuk mencipta sebuah seni kata lagu yang mengandungi
kata kerja. Selepas itu, guru meminta murid-murid memberikan contoh-contoh kata kerja
yang terdapat pada seni kata lagu. Murid-murid akan dapat memberikan contoh-contoh kata
kerja apabila mereka betul-betul faham mengenai kata kerja. Jadi, apabila murid dapat
memberikan contoh, nampknya proses mentalis telah digunakan. Kebiasaanya, pendekatan
deduktif ini amat berguna kepada murid-murid yang cerdik dan kurang sesuai apabila
digunakan untuk mengajar murid-murid yang kurang cerdik.

7
TEORI INTERAKSIONALISME

Teori interaksionalis telah diperkenalkan oleh Halliday. Teori ini menegaskan


pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan
mental dan juga lingustik. Menurut Halliday, perkembangan bahasa melibatkan proses
kognitif dan proses interaksi bahasa. Interaksi bahasa penting untuk membantu kanak-
kanak menguasai sistem bahasa. Jadi, dalam situasi ini Halliday menegaskan kepentingan
peranan situasi sosial dalam pemerolehan.

Prinsip-prinsip kepada teori ini adalah penyampaian makna dalam komunikasi lebih
diutamakan. Dalam pengajaran bahasa, tidak kisahlah bahasa pertama ataupun bahasa
kedua, penyampaian makna yang paling penting. Harus diingatkan pembelajaran bahasa
bukan hanya mempelajari struktur bahasa tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk
berinteraksi. Sekali lagi ditegaskan bahawa pembelajaran bahasa merupakan proses
mental dan linguistik. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang
dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. Jadi, teori
interaksionalis ini amat mementingkan kedua-dua iaitu makna dan struktur bahasa.
Berdasarkan teori ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa amat memerlukan
penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Pernyataan ini
bermaksud jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti yang bermakna,
maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih.

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan ialah guru
melakukan aktiviti lakonan. Aktiviti lakonan dipilih kerana dalam aktiviti lakonan murid-murid
akan dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Melalui
interaksi dalam lakonan ini akan terhasillah ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah.
Hasil interaksi yang dilakukan akan dapat mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari
sistem bahasa yang lebih kompleks dan meluas. Tidak kurang juga, aktiviti lakonan ini
melibatkan proses komunikasi antara murid. Oleh itu, guru hendaklah memilih tema lakonan
yang bersesuaian semasa menjalankan aktivti pengajaran dan pembelajaran serta guru
disarankan memberi banyak latian kepada murid-murid.

8
TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan


bagaimana manusia belajar. Maksudnya disini, teori ini menjelaskan cara-cara manusia
membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan membuat
refleksi berdasarkan pengalaman tersebut serta menyesuaikan pengetahuan baharu
tersebut dengan pengetahuan sedia ada untuk membina sebuah bentuk pengetahuan yang
baharu. Contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baharu, kita akan cuba
menyelaraskannya dengan apa yang kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea
sedia ada kita. Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid yang datang ke bilik darjah dianggap kosong.
Pengetahuan murid-murid ini perlu dipenuhi sebagai individu yang membawa pelbagai
pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada pengetahuan
baharu yang bakal dibina

Pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme adalah satu proses yang


aktif di mana murid menggunakan input sensorinya dan membina pengetahuan melaluinya.
Untuk membolehkan proses ini berlaku, murid-murid memerlukan aktiviti-aktiviti yang dapat
membantu mereka membina pengetahuan. Ini bermaksud murid bukanlah individu yang
pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja. Prinsip ini
boleh diterjemahkan dalam bilik darjah dengan menggalakkan murid-murid bekerja bersama
dan menyokong antara satu sama lain serta menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi
mencapai matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah.

Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme


yang boleh dilakukan oleh guru adalah yang pertama sekali, guru hendaklah mengenal pasti
pengetahuan sedia ada murid-murid. Selepas itu, guru hendaklah membahagikan murid-
murid kepada kumpulan-kumpulan kecil. Hendaklah diingatkan guru perlu membahagikan
murid-murid yang cerdik dengan yang kurang cerdik ke dalam satu kumpulan dan bukannya
menggabungkan murid-murid yang cerdik ke dalam satu kumpulan. Hal ini demikian kerana
murid-murid yang cerdik akan dapat membantu rakan mereka yang agak lemah dalam
memberikan pengalaman. Kemudiannya, guru akan memberikan tajuk perbincangan yang
mempunyai perkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid kepada setiap kumpulan
supaya murid-murid akan membincangkan tajuk tersebut dalam kumpulan dan mereka akan
mengupas tajuk tersebut dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada masing-masing
dengan tajuk yang diberikan. Dalam situasi ini guru memainkan peranan yang penting iaitu
guru perlulah menggalakkan penemuan oleh murid melalui soalan bercapah dan aras tinggi,
iaitu High Order thinking Skill (HOTS) serta menggalakkan murid menyoal murid lain.

9
BAHAGIAN 2

KAEDAH MEMBACA

Kaedah pandang sebut

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan bahasa Inggeris. Namun guru
boleh juga mencuba kaedah ini untuk mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu. Melalui
kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yan biasa
digunakan dalam kehidupan seharian seperti saya, makan, lari, main, ibu, bapa dan
sebagainya.

Kaedah pandang sebut ini juga dikenali sebagai kaedah seluruhan perkataan
kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau
suku kata. Aktiviti dalam kaedah ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan
menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Kaedah pandang sebut ini tidak menggunakan
aktiviti mengeja tetapi hanya menyebut perkataan yang dilihat.

Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan
menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut
perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang
terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang
ditunjukkan.

Jadi, keadaan ini bermakna langkah pertama yang harus dipatuhi dalam kaedah ini
ialah menyebut perkataan dan diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata.
Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Maka, penggunaan bahan
bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

Contoh langkah menyebut perkataan :

ayam

1. Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid diminta menyebut perkataan “ayam”.


2. Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam dan digandingkan dengan
gambar ayam. Mereka diminta menyebut “ayam”.

10
3. Lepas itu, mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar dan minta
mereka menyebut “ayam”
4. Setelah murid dapat mengenal perkataan ayam, barulah diperkenalkan abjad yang
membentuk perkataan ayam

Contoh langkah mencerakinkan perkataan:


(a) Memperkenalkan kata
(b) Memperkenalkan suku kata
(c) Memperkenalkan huruf

Itik
I + tik
I+t+i+k

Cawan
Ca + wan
C+a+w+a+n

contoh langkah membina dan membaca ayat :


- Dengan menggunakan bahan bantu belajar, bina ayat.
- Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat lengkap

1. Adik gosok gigi.


2. Bapa tebang pokok.
3. Kakak sapu sampah.

11
4. Abang susun buku.
Selain itu, terdapat juga kekuatan dan kelemahan dalam kaedah pandang sebut ini.
Antara kekuatan kaedah pandang sebut ini ialah murid tidak perlu menghafal nama huruf
yang abstrak, murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna dan murid memahami
apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka lalu situasi ini sekaligus dapat mengelakkan murid
daripada kebosanan
Manakala kekurangan kaedah pandang sebut pula ialah kemahiran mengenal huruf
yang membentuk perkataan tidak dapat dicapai dengan cepat, murid lambat mengenali
huruf-huruf, murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf
tetapi membaca dengan mengecam gambar. Murid juga akan mudah keliru pada gambar
yang tidak jelas.

12
Kesimpulannya

Program LINUS yang diadakan telah menunjukkan usaha padu dari kerajaan dengan
guru-guru di negara kita untuk membantu anak-anak muda mendapat pengetahuan dan
kemahiran yang yang sepatutnya menjadi milik mereka. Kolaborasi dan gabungan mantap
usaha kerajaan dan guru akan dapat memberikan hasil dan kesepaduan kerja yang
mendatangkan pulangan yang berbaloi.

Manusia yang sejak azalinya memiliki alat penguasaan bahasa yang telah tersedia
dalam diri mereka. Dengan adanya alat tersebut, penguasaan bahasa akan dapat dikuasai
dengan lancar seandainya rangsangan dan gerak balas mengizinkan untuk berbuat
sedemikian. Jadi, dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru
mempunyai peranan yang amat besar.

Konklusinya, sebagai guru Literasi Bahasa melayu, tanggungjawab yang diagalas


amatlah besar kerana kita harus memastikan murid yang dilahirkan berjaya dan menjadi
insane yang berguna kelak. Peranan guru telah dikenalpasti memberi impak yang besar
terhadap penguasaan murid dalam kemahiran asas literasi. Jadi, scenario ini telah
menggambarkan betapa hebatnya cabaran yang dihadapi oleh guru dalam merealisasikan
matlamat dan impian negara.

Refleksi diri

Wyna anak Thomas

2013191340029

930519 13 6168

Pertama kali saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana telah berjaya menyiapkan
kerja kursus ini tepat pada waktunya. Jutaan penghargaan juga diberikan kepada
pensyarah kami kerana telah meemberikan bantuan dan bimbingan yang tidak terhingga
kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini walalupun saya tahu bahawa beliau juga turut
mempunyai komitmen lain dan juga mengalami masalah kekangan masa untuk berinteraksi
dengan kami.

13
Jujur saya katakan bahawa tajuk tugasan kerja kursus ini amat mencabar dan telah
memberikan banyak pngalaman dan pengetahuan baharu kepada saya. Pengalaman dan
pengetahuan baharu yang saya katakan sebentar tadi adalah pengalaman dan pergetahuan
yang berbentuk ilmiah yang sedikit banyak dapat memberikan motivasi kepada saya untuk
menjawat jawatan guru kelak.

Tugasan ini telah menyediakan ruang kepada saya untuk memahami dengan lebih
lanjut lagi apa yang dimaksudkan dengan LINUS. Ya, memang saya mengetahui dan juga
sering mendengar perkara yang berkaitan dengan LINUS tetapi saya tidak mengetahuinya
secara terperinci. Keadaan yang sebaliknya berlaku apabila saya menjalankan tugasan ini
kerana saya dengan menjalankan tugasan ini, saya telah dapat memahami maklumat
mengenai LINUS dengan lebih lanjut melalui pencarian maklumat di internet dan juga
pembacaan daripada buku-buku dan juga kajian penyelidikan tindakan yang telah dilakukan
oleh orang lain. Oleh itu, saya berasa sangat gembira sekali kerana saya dapat menimba
ilmu yang sepatutnya melalui kerja kursus ini dan saya tidak tercicir maklumat penting yang
mungkin menjadi sangat mustahak kepada saya apabila memegang gelaran guru pada
masa hadapan.

Di samping itu, pengetahuan saya juga bercambah apabila dalam tugasan ini saya
dikehendaki untuk menghuraikan teori pemerolehan bahasa kanak-kanak. Dengan
mengetahui dan memahami teori pemerolehan bahasa kanak-kanak ini, saya akan dapat
mengenal dan memahami anak murid saya kelak. Keadaan ini sekaligus telah
meningkatkan ilmu pemikiran saya berkaitan dengan psikologi manusia. Apabila kita
memahami dan mengenal anak murid kita, sesuatu pembelajaran akan dapat berjalan
dengan lancarnya dan murid-murid tidak bosan mengikuti proses pembelajaran dan
pengaran yang diadakan. Hal ini demikian kerana guru telah dapat melaksanakan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan pengetahuan yang telah tersedia
ada dalam diri murid-murid. Jadi, secara ringkasnya, ilmu teori pemerolehan bahasa kanak-
kanak ini amat penting bagi guru untuk memahami anak muridnya secara psikologi supaya
penyesuaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dalam
bilik darjah.

Selain itu, saya juga telah menimba ilmu dalam mengetahui secara terperinci salah
satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Kaedah yang
saya maksudkan iaitu kaedah pandang dan sebut. Dengan mengetahui secara terperinci
kaedah ini, saya seperti membuat persediaan kepada diri saya untuk mengajar membaca
kepada anak murid saya. Apabila saya mengetahui kaedah ini secara terperinci, maka

14
adalag senang bagi saya untuk menjalankan pengajaran kemahiran membaca kelak di
sekolah.

Tugasan ini juga telah memerlukan kami untuk membina sebuah bahan bantu
mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca dan juga menulis. Saya
telah memilih untuk membina sebuah bahan eletronik untuk membantu pemulihan membaca
dan menulis dalam kalangan murid-murid. Pembinaan bahan elektronik ini telah meningkat
kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Kemahiran menggunakan ICT amat penting dalam
diri seorang guru kerana kini semua maklumat yang ingin dicari hanyalah di hujung jari
sahaja. Lagipun, sebagai seorang guru, kita seharusnya fleksibel dengan peredaran masa
yang semakin menekankan kemudahan teknologi dalam menjalani kehidupan seharian.
Saya juga berpegang pada prinsip Falsafah Pendidikan Guru yang juga menyelitkan
peranan guru sebagai seorang agen perubahan. Guru sebagai agen perubahan dalam
kehidupan murid. Guru dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada murid yang
tidak tahu apa-apa. Misalnya dalam konteks teknologi ini, guru harus mempersiapkan diri
dengan ilmu kemahiran penggunaan teknologi supaya ilmu itu dapat disampaikan kepada
murid-murid.

Selain daripada meningkatkan kemahiran dalam ICT, pembinaan bahan bantu


mengajar ini juga telah membantu saya untuk membuat keputusan yang bijak dan
mengeluarkan idea yang kreatif kerana saya harus menyediakan sebuah bahan bantu
mengajar yang sesuai dengan kumpulan murid yang yang ingin diajar. Begitu juga, binaan
bahan bantu mengajar juga haruslah kreatif supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan aktif dan interaktif lalu seterusnya memberikan pembelajaran yang
bermakna kepada murid-murid.

Saya juga telah dapat meningkatkan perbendaharaan kata saya semasa


melaksanakan tugasan ini. Misalnya perkataan behaviorisme, mentalis, interaksionalis dan
konstrutivisme. Perkataan-perkatan ini sememangnya baharu bagi saya kerana ianya
adalah berkaitan dengan bidang psikologi. Penambahan kosa kata dalam diri saya telah
membantu saya untuk menjadi mantap dalam penggunaan bahasa Melayu semasa
menjalankan aktiviti harian. Begitu juga, peningkatan perbendaharaan kata ini juga telah
membantu profesion saya sebagai seorang guru memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.

Kesimpulannya, perlaksanaan kerja kursus ini banyak memberikan manfaat kepada


guru pelatih seperti saya. Saya berharap agar kerja kursus ini diteruskan untuk generasi
yang akan dapat supaya kerajaan dapat melahirkan guru yang berkualiti tinggi dan mampu
mengubah anak bangsa menjadi modal insan yang produktif kepada negara. Sekalung

15
penghargaan juga diucapkan kepada pihak yang secara langsung mahupun tidak langsing
dalam membantu saya menyempurnakan kerja kursus ini.

Rujukan
Jurnal
Shariffudin, R. S., Omar, A. H., Hamid, A., & Tiawa, D. (2003). Reka bentuk dan
keberkesanan perisian multimedia membaca-faham berasaskan gambaran visual bagi
kanak-kanak prasekolah.

Subramaniam, V. (2000). Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu (Doctoral


dissertation, Universiti Putra Malaysia).

16
Williams, J. (2003). The Skills for Life survey: A national needs and impact survey of literacy,
numeracy and ICT skills (No. 490). The Stationery Office.

buku

Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin (2012). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam,
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tuan Jah Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong,
Selaongor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Yahya Othman (2005). Trend Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS
Professional Publishing.

internet

(19 Julai, 2013). Retrieved from Apa itu linus:


http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/?p=1

(20 Julai, 2013). Retrieved from DALAM PENGAJARAN membaca permulaan : satu tinjauan
: http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content

(11 Ogos, 2013). Retrieved from Linguistik terapan:https://ocw.um.edu.my


_LINGUISTIK_TERAPAN.swf

17
lampiran

18

You might also like