You are on page 1of 8

8.

0 Dapatan / Hasil Kajian

I.

8.1 KONSEP DAN JENIS - JENIS PENGANGKUTAN AWAM Pengangkutan awam adalah merujuk perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam

berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi. Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor keselamatan serta keselesaan perkhidmatan. Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan van turut disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan negara. II. Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem

perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara.

III.

Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam 1. Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor. 2. Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambangmenjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan 3. Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam 4. Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRTkereta diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas 5. Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa. 6. Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya 7. Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardinpenumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRTsukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan

terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal. Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti. 8. Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meterpemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong. 9. Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas 10. Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat 11. Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising IV. Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Perkembangan Pergangkutan Awam 1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara. 2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara. 4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan

ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan. 5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria. 6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya. 7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ). 8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.

V.

Penerapan Nilai Dalam Dapatan Kajian Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina begitu juga perbandingannya di Taman Indah, Limbang Sarawak.

8.2 Jenis-Jenis Sistem pengangkutan


Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga jenis iaitu darat, air dan udara. Sistem pengangkutan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara terutama untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Kawasan kajian saya iaitu di Tamam Indah, Limbang Sarawak dimana tidak ketinggalan mengalami perkembangan dalam sistem pengangkutan awam .Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, jalan raya merupakan pengangkutan utama. Jalan raya utama di sini ialah Jalan Sibukang. .Jaringan jalan raya di Taman Indah adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Taman Indah dengan kawasan persekitarannya seperti MK Mini Market, Dewan Tertutup dan sekolahsekolah. Pengangkutannya terbahagi kepada pengangkutan awam dan persendirian seperti diterangkan dibawah:1. Pengangkutan awam a) Bas Sekolah b) Teksi Awam

2. Pengangkutan persendirian a) Motorsikal b) Kereta

Jadual dan graf bar/palang di bawah menunjukkan bilangan dan jenis kenderaan yang digunakan oleh para pelajar dan guru dari Taman Perindustrian di kawasan kajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang.

Jenis kenderaan Jumlah Pelajar Jumlah Guru

Kereta 7 6

Bas Sekolah 4 0

Motosikal 10 2

Teksi Awam 0 2

Jumlah 21 10

Dari pemerhatian saya, pelajar di Taman Indah banyak menggunakan motosikal ke tempat Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang. Manakala, untuk guru lebih ramai menggunakan kereta persendirian iaitu enam orang.

8.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan system pengangkutan di Taman Perindustrian , Limbang Sarawak

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman Indah ialah:

1.

Bentuk muka bumi di Taman Indah adalah rata dan luas. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian memudahkan pihak kerajaan membina jalan raya

2.

Rata-rata pelajar yang tinggal di kawasan taman Indah belajar di SMK Limbang kerana jarak antara sekolah dan Taman Indah hanya 2.1 km dan kebanyakanya mereka mengunakan motosikal ke sekolah.

8.3 Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan


Manakala dari segi ketersampaian pula di Taman Perindustrian, melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Taman Indah , boleh dibahagikan kepada 3 iaitu

1.

Ia dapat memajukan lagi sektor pelancongan. Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestic seperti Lawas dan Miri.

2.

sistem pengangkutan di Taman Indah juga dapat membantu pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

3.

Perkembangan ekonomi juga merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan jaringan jalan raya di kawasan kajian. Dengan adanya prasarana seperti Perumahan, Pusat membeli barangan keperluan seperti MK Mini Market, Indoor Stadium untuk keperluan bermain badminton dan jalan raya.

8.4 Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Taman Indah,Limbang Sarawak Kesan-kesan perkembangan sistem jalan raya di kawasan kajian a. Kesesakan lalu lintas b. Pencemaran udara c. Pencemaran bunyi d. Kemalangan jalan raya

Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh perkembangan pengangkutan. Punca pencemaran bunyi yang utama ialah daripada motorsikal, kereta, lori dan sebagainya. Pencemaran Udara Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan pencemaran udara di kawasan bandar. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbun, . karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan.

8.5 Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah


Langkah-langkah penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

Kempen Kempenkempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum, Catalytic Conventer dan penggunaan kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk memberi pengetuhuan kepada penduduk.

You might also like