You are on page 1of 14

1

Pengenalan

Transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007) didefinisikan sebagai sebuah

peroses perubahan yang berlaku secara beransur-ansur sehingga mencapai tahap

kesempurnaannya. Di Malaysia, perubahan ini dapat diperhatikan di kawasan wilayah

metropolitan seperti di wilayah Kuala Lumpur, Lembah Klang, Petaling Jaya, Ampang

Jaya dan lain-lain kawasan (Kl Attraction, Activities & What’s On in Kl-Time Out Kuala

Lumpur, 2017). Selain itu, zon peri-bandar dalam wilayah metropolitan ini adalah kawasan

transisi yang menjadi fokus pelbagai interaksi ekonomi wilayah berkenaan.

Proses transformasi sosial dan ekonomi yang pesat sedang berlaku di sekitar

wilayah metropolitan di Asia Tenggara. Pengukuhan fungsi bandaraya metropolitan

dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan pengeluar moden seperti perbankan,

penghantaran pantas, kecekapan pengangkutan dan sebagainya. Hal ini, telah

dipermudahkan dengan teknologi terkini dengan mewujudkan kesan transformasi sosial

dan ekonomi yang penting kepada proses pengeluaran di wilayah tersebut (Katiman,

2006).

Kegiatan ekonomi yang sedang membangun kebanyakannya tertumpu di sekitar

wilayah metropolitan. Hal ini kerana di situ mempunyai teknologi yang tinggi berbanding

dengan kawasan luar bandar. Oleh itu, bandar-bandar di wilayah metropolitan telah

menyediakan banyak kemudahan sebagai contohnya, institusi awam (Katiman Rostam, Er

Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor, Aishah@Esah Hj Muhammad, 2010).

Tambahan pula, tujuan transformasi sosial adalah untuk menjadi pelengkap kepada

program-program transformasi kerajaan sebelum ini demi lahirkan masyarakat yang lebih

seimbang, adil dan saksama. Di samping itu, ia juga turut membabitkan peranan kejaraan
2

dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi dengan mengadakan pelbagai transformasi

ekonomi bagi penambah pendapatan negara.

Transformasi Sosial Di Wilayah Metropolitan

Pendidikan

Pendidikan adalah satu komponen yang penting dalam membangunkan masyarakat bagi

meningkatkan kemajuan sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, Malaysia telah menyediakan

pelbagai instutusi pendidikan termasuklah penjagaan awal kanak-kanak, pendidikan asas

sekolah rendah dan menengah, pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Hal ini jelaslah

bahawa setiap negara ingin memajukan masyarakatnya dengan menyediakan pelbagai

institusi pendidikan (RMKe-11, 2010-2015).

Pendidikan adalah salah satu transformasi yang disediakan di negara ini.

Transformasi ini telah dijalan di wilayah metropolitan seperti di Kuala Lumpur, Lembah

Klang dan bandar-bandar besar. Oleh itu, banyak institusi pendidikan awam dan swasta

telah berpindah atau dibina di kawasan pinggiran bandar bagi manarik masyakat untuk

tinggal di wilayah metropolitan ini. Misalnya, sekolah primer berasrama penuh Sekolah

Alam Shah telah dipindahkan ke Putrajaya, Universiti Multimedia, Kolej Universiti Lim

Kok Wing dan Sekolah Sri Puteri ke Cyberjaya, manakala Kolej Universiti Islam Malaysia

(KUIM) dan Kolej Inti ke Nilai, Universiti Kuala Lumpur ke Jenderam dan lain-lan lagi

(Katiman, 2006).

Hal ini adalah satu transformasi pendidikan bagi pembangunankan pusat

pendidikan yang sejajar dengan negara maju. Di samping itu, institusi ini dibina di

wilayah metropolitan Kuala Lumpur atas ingin menarik lebih ramai lagi masyarakat yang

ingin mencari ilmu pengetahuan kerana institusi ini dibina bagi memudah masyarakat
3

untuk sampai ke destinasi itu. Hal ini kerana terdapat banyak kemudahan awam yang

disediakan (katiman, 2010).

Penghijauan Kuala Lumpur

Penghijauan wilayah metrolopitan yang meliputi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan

yang lain adalah salah satu transformasi yang dilakukan untuk memajukan wilayah

tersebut. Hal ini dapat menarik lebih ramai pelancong yang datang ke Malaysia untuk

melihat kehijauan pokok-pokok yang ditanam. Projek Permulaan penghijauan ini telah

menyasarkan penambahan kawasan hijau di Kuala Lumpur sejajar dengan usaha untuk

menjadikan Kuala Lumpur antara 20 bandaraya yang terbaik didiami oleh masyarakat di

dunia. Tambahan pula, bandaraya Kuala Lumpur kini mempunyai 11 meter persegi

kawasan hijau bagi setiap orang, berbanding dengan 22 meter persegi di Vancouver,

Kanada yang telah dinobatkan sebagai bandar yang paling berdaya huni (Laporan PTE,

2013).

Justeru itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu adalah penejaru Projek

Permulaan ini telah menyasarkan penanaman 100,000 pokok rendang di sekitar Kuala

Lumpur menjelang tahun 2020. Di samping itu, ia juga akan cuba mendapatkan tajaan

daripada sektor swasta untuk bekerjasama dalam menanam pokok serta mewujudkan

taman-taman poket di Kuala Lumpur. Aktiviti luar ini juga akan dipromosikan dan

digalakkan untuk meningkatkan bilangan aktiviti komersial di sekitar pusat bandar, sekali

gus menyumbang secara tidak langsung kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) (Portal

Rasmi DBKL, 2017).

Memulihara Sungai Klang

Projek Sungai Nadi Kehidupan diperkenalkan untuk mentransformasikan koridor Sungai

Klang dan Sungai Gombak di pusat bandar Kuala Lumpur menjadi tempat yang lebih
4

ceria, berdaya huni dan tinggi nilai ekonominya (Ng dan Angie, 2007). Hal ini akan

tercapai dengan mempertingkatkan taraf air Sungai Klang dan Sungai Gombak dan anak

sungai yang lain kepada taraf rekreasi dengan memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu

pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah yang lebih luas

(Laporan PTE, 2013).

Di samping itu, kerja-kerja pengindahan sungai didasarkan pada pusat

pembangunan Pelan Induk Sungai Nadi Kehidupan. Oleh itu, perancangan dan

pelaksanaan ini dipacu oleh Jabatan Perancangan Fizikal (JPF) DBKL. Namun,

pembangunan tanah milik Kerajaan di sepanjang koridor sungai akan mengambil manfaat

daripada kerja-kerja pengindahan sungai sepanjang 10.7 km ini. Model pembangunan ini

akan diasaskan pada saranan kajian impak ekonomi yang akan dijalankan oleh Jabatan

Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan (JPEPP) DBKL (Portal Rasmi

DBKL, 2017).

Pencapaiannya terhasil daripada program pembersihan sungai yang telah mencatat

pelbagai kejayaan sejak kerja-kerja asas untuk perlaksanaan Sungai Nadi Kehidupan

disediakan pada tahun 2012 lagi. Walaubagaimanapun, kebanyakannya tidak dapat dilihat

kerana kerja-kerja pembersihan sungai dilakukan di lokasi bukan awam. Pembersihan

sungai juga memerlukan masa yang lebih lama untuk menimbulkan hasil yang baik,

sebagaimana yang dibuktikan oleh pengalaman negara Singapura yang mengambil masa

10 tahun untuk membersihkan sungainya (Laporan PTE, 2012).

Mewujudkan Rangkaian Pejalan Kaki yang Menyeluruh

Keterhubungan laluan pejalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain merupakan elemen

yang penting dalam bandar yang berdaya huni. Bandaraya yang paling berdaya huni di

dunia seperti Vancouver dan Melbourne mempunyai rangkaian pejalan kaki menyeluruh
5

yang menyediakan kesalinghubungan yang lancar ke setiap bandar. Namun, sasaran Projek

Permulaan ini adalahh untuk menambah baik kemudahan buat pejalan kaki dan golongan

kurang upaya di Greater Kuala Lumpr dan Lembah Klang. (Laporan PTE, 2013).

Berjalan kaki merupakan suatu kelaziman di bandar-bandar besar, dengan

rangkaian pejalan kaki ini diberikan keutamaan yang tinggi dalam usaha pembangunan

bandar bagi menawarkan kemudahan dan akses yang selamat ke destinasi berdekatan

dalam jarak berjalan kaki. Kemudahan ini direka mengikut Konsep Bandar Selamat yang

memberi fokus kepada penggunaan reka bentuk mesra alam sekitar dan penempatan

peranti keselamatan untuk mengurangkan peluang berlakunya jenayah (Katiman, 2006).

Pencapaian yang dihasilkan pada tahun 2013 ialah, kerja-kerja manaiktaraf di

kawasan laluan pejalan kaki telah disiapkan dengan adanya kaki lima sepanjang 5.9 km di

Jalan Ipoh, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Dr Latiff yang berada di

tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga kaki lima sepanjang

4.0 km di Jalan Binjai, Persiaran KLCC dan Jlan Kia Peng. Seterusnya, terdapat juga kaki

lima sepanjang 3.8 km di Jalan Dang Wangi, Jalan Conlay, Jalan Khoo Teik Ee, Jalan

Melati dan Jalan Horley (RMKe-11, 2010-2015).

Mewujudkan Rangkaian Pejalan Kaki Yang Menyeluruh ini dapat menambah baik

hubungan laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur. Hal ini, agar dapat menyemai sistem di

bandar berdaya huni yang setaraf dengan negara maju yang lain, dengan meningkatkan

akses pejalan kaki di tempat yang kekurangan kemudahan tersebut sebelum ini. Berlajan

kaki adalah suatu perkara yang dapat penyihatkan badan. Oleh itu, bergunalah penyediaan

rangkaian pejalan kaki ini kepada masyarakat.


6

Transformasi Ekonomi Di Wilayah Metropolitan

Program Transformasi Ekonomi (PTE), merupakan satu tonggak utama yang akan

melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

PTE adalah sebuah usaha menyeluruh yang akan membantu memacu Malaysia menjadi

sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan yang bertempat di

seluruh wilayah metropolitan (Ng dan Angie, 2007).

Selain itu, ekonomi global masih dibelenggu ketidaktentuan sepanjang tahun 2012

ekoran krisis kewangan negara Eropah yang berterusan dan kebimbangan terhadap

pembaharuan dasar fiskal di Amerika Syarikat (MTEN, 1998). Oleh itu, tantangan ini

mendatangkan prospek yang mencabar terhadap ekonomi dunia sepanjang tahun.

Tambahan pula, pengdominasian sesebuah negara dalam ekonomi pada peringkat global

sering kali dikaitkan secara langsung dengan kewujudan bandaraya bertaraf global yang

menjadi pusat kawalan dan pertumbuhan ekonomi dunia dan serantau (Hamzah, 2014).

Walaubagaimanapun, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dalam pertumbuhan

ekonomi global yang lebih perlahan dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2009 sebanyak 1.5 peratus dan terus melonggak naik

pada tahu 2010 dengan sebanyak 7.2 peratus, manakala menurun sedikit pada tahun 2011

sebanyak 5.2 peratus dan meningkat semula pada tahun 2012 sebanyak 5.6, hal ini telah

mengatasi purata pertumbuhan Asia Pasifik sebanyak 3.8 peratus. Namun, pertumbuhan ini

didukung oleh aliran masuk pelaburan dalam penggunaan domestik (Katiman, 2004).

Merujuk kepada Rajah 1. Perkembangan ini dipacu oleh agenda transformasi ekomoni

yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 2010 untuk melonjakkan Malaysia menjadi

negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (Laporan PTE, 2012).


7

4
% Pertumbuhan KDNK
3 Sebenar (%Y)

0
2009 2010 2011 2012

Rajah 1: Peratus Pertumbuhan KDNK dari Tahun 2009 hingga Tahun 2012

Sumber: Laporan Tahunan 2012, Program Transformasi Ekonomi

Pembandaran

Pemkembangan transformasi ekonomi adalah pencetus kepada proses pembandaran

di wilayah metropolitan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan kawasan yang lain.

Pembandaran ini tercetus daripada migrasi yang berlaku dari dalam dan luar negara yang

telah menyebabkan pertambahan penduduk yang pesat. Proses pembandaran tersebut harus

memiliki jumlah penduduk yang ramai (Katiman, 2004). Jadual 1 menunjukkan

pertambahan penduduk bandar di sekitar kawasan wilayah metropolitan yang kini semakin

rancak dalam pembangunan bagi memaju kawasan itu.


8

Jadual 1: Pertambahan Penduduk Bandar Wilayah Metropolitan Lembah Klang Pada

Tahun 1991-2000

Bandar Penduduk Tahun Penduduk Tahun Purata Kadar


1991 (,000) 2000 (,000) Pertumbuhan
Tahunan (%)
Kuala Lumpur 1,145.3 1,297.5 1.3
Klang 368.4 631.7 6.0
Petaling Jaya 351.0 438.1 2.5
Subang Jaya 79.0 423.3 18.7
Ampang Jaya 290.5 478.6 5.5
Shah Alam 158.4 319.6 7.8
Selayang 134.2 187.7 3.7
Sumber: Katiman Rostam. (2006). Pembandaran dan Perkembangan Wilayah Metropolitan

Lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia.

Kadar purata pertumbuhan penduduk tahunan di Kuala Lumpur adalah sangat

rendah iaitu sebanyak 1.3 peratus berbanding dengan Subang Jaya yang mempunyai kadar

purata pertumbuhan penduduk tahunan yang paling tinggi iaitu sebanyak 18.7 peratus.

Manakala, kadar purata pertubumbuhan penduduk yang kedua ialah di bandar Klang iaitu

sebanyak 6.0 peratus, dan seterusnya di bandar Shah Alam sebanyak 7.5 peratus, Ampang

Jaya sebanyak 5.5 peratus, Selayang sebanyak 3.7 peratus dan akhirnya di Petaling Jaya

sebanyak 2.5 peratus.

Justeru itu, pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan yang

tinggi terhadap ruang yang ada di setiap bandar bagi memenuhi permintaan yang tinggi

terhadap rumah kediaman, sektor perindustrian, perkhidmatan, pembangunan institusi

awam yang sebagainya. Hal ini, telah menyebabkan banyak peluang pekerjaan dapat

disediakan bagi memenuhi keperluan penduduk tersebut. Setiap sektor dan perkhidmatan,
9

memerlukan tenaga kerja yang ramai dan turut terlatih dalam menjalani perkerjaan yang

disediakan. Oleh itu, sektor-sektor itu juga menyediakan program latihan kepada pekerjaan

yang belum mahir agar menjadi pekerja yang mahir dalam semua bindang. Hal ini dapat

menjimatkan kos untuk mengambil tenaga mahir dari luar negara (Katiman, 2004).

Pengangkutan

Pengangkutan merupakan komponen yang penting untuk transformasi Malaysia kepada

negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (RMKe-11, 2010-1015). Hal ini

kerana, pengangkutan yang moden dapat meningkatkan darjah ketersampaian yang tinggi

ke sesuatu destinasi yang dituju. Oleh itu, pada tahun 2013, Bidang Ekonomi Utama

Negara (BEUN) terhadap Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (KL/LK) mencatat tahap

pencapaian yang cemerlang ke arah merealisasikan matlamatnya. Oleh itu, yang terpenting

ialah kemajuan yang harus dilakukan di bawah projek Transit Laju Massa Lembah Klang

dan InvestKL yang mengatasi sasarannya bagi tahun 2013 (Laporan PTE, 2013).

Di samping itu, matlamat keseluruhan Greater KL/LK BEUN adalah untuk

mengubah ibu negara Malaysia dan nadi ekonomi ini menjadi sebuah metropolitan bertaraf

dunia yang pencapaiannya kelas terbaik dalam setiap bidang daripada infrastruktur

peniagaan kepada kebolehunian. Justeru itu, inisiatif-inisiatif di bawah Projek Permulaan

ini didorong oleh dua matlamat aspirasi untuk menjadi antara bandaraya yang paling

berdaya huni di dunia dan menjadi sebuah negara yang berdaya saing di peringkat global.

Tambahan pula, untuk mencapai matlamat ini, BEUN Greater KL/LK telah melancarkan

dua projek iaitu Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Lembah Klang (MRT) yang

menghubungkan kawasan di seluruh wilayah metropolitan seperti Petaling Jaya, Sepang

dan lain-lain lagi. Seterusnya, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi ke Singapura. Sistem

pengangkutan ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar


10

dengan menyediakan mod pengangkutan awam yang cekap dan lestari (Laporan PTE,

2012).

MRT ini ditubuhkan oleh kerajaan pada September 2011 untuk membangunkan

projek MRT secara khusus. Projek ini melibatkan pembinaan rangkaian pengangkutan

awam berasaskan kereta api yang menggabungkan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT),

KTM Komuter, KLIA Ekspress Dan Kl Monorail. Manakala, laluan Sungai Buluh-Kajang

(SBK) terbahagi kepada dua fasa. Fasa 1, dari Sungai Buluh ke Semantan yang dijangka

beroperasi menjelang akhir tahun 2016, manakala Fasa 2 dari Semantan ke Kajang yang

bakal beroperasi menjelang bulan Julai 2017 (Laporan PTE, 2013).

Seterusnya, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura disifatkan

sebagai penjana perubahan menyeluruh yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi

bagi kedua-dua negara. Kemungkinannya, hasil daripada projek ini amatlah besar. Hal ini

kerana, dapat menjimatkan masa penumpang yang berulang-alik setiap hari hinggalah

penarikan syarikat multinasional yang ingin memanfaatkan keterhubungan yang lebih baik

antara kedua-dua negara (Laporan PTE, 2013).

Di samping itu, dinyatakan bahawa pelaburan dalam bidang pengangkutan utama

dapat menawarkan manfaat yang melangkaui jangkaan, iaitu dapat memperluaskan

pembangunan ekonomi serantau. Justeru itu, dapat meningkatkan akses pasaran kepada

barangan dan perkhidmatan, serta mengurangkan pencemaran udara, bunyi dan

kemalangan jalan raya .

Selain manfaat ekonomi, rakyat Malaysia juga dapat mengharapkan kemudahan

bertaraf dunia di lima stesen kereta api di Kuala Lumpur, Seremban, Ayer Keroh, Muar,

Batu Pahat adan Iskandar. Meskipun perancangan ini untuk stesen ini belum lagi selesai,

maka gambaran boleh dirangka mengenai tawaran penginapan, perniagaan rincit dan
11

hiburan yang menyerupai apa yang dilihat di stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi

Malaysia-Singapura yang terkemuka di seluruh dunia (Laporan PTE, 2013).

Oleh yang demikian, kedua-dua projek utama BEUN ini bukan sahaja akan

menjana pendapatan berbilion ringgit dari segi pelaburan dan dapat mewujudkan ribuan

peluang pekerjaan, tetapi ia juga akan berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan

ekonomi dan aktiviti komersial lain di Greater KL/LK (RMKe-11, 2010-2015).

Pelancongan

Industri pelancongan di Malaysia merupakan sumber pendapatan yang penting, oleh yang

demikian telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Lantaran itu, ia juga dapat

menarik pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan. Di samping itu, Malaysia

dianugerahkan dengan iklim khatulistiwa serta kepelbagaian ekosistem dan landskap

peruncitan dapat membantu dalam menarik lebih 25 juta ketibaan pelancong setahun

sekali, telah menyumbang kepada lebih RM60 bilion dalam penerimaan. Justeru, ditambah

dengan pusat beli-belah yang mempesonakan dan pengalaman perkhidmatan halal, sektor

pelancongan juga mencatatkan pertumbuhan yang berterusan dalam melangkah ke tahu

2013 (RMKe-11, 2010-2015).

Antara transformasi yang berlaku di wilayah metropolitan seperti di pusat

bandaraya Kuala Lumpur iaitu menjadikan kawasan Bukit Bintang-Pusat Bandar Kuala

Lumpur (BB-KLCC) sebagai pusat beli-belah yang terkemuka. Persatuan Pelancongan

BB-KLCC telah dipilih untuk melaksanakan projek penjenamaan dan mempromosikan

kawasan BB-KLCC sebagai syurga beli-belah antarabangsa. Namun, matlamatnya adalah

untk menambah baik hub pusat beli-belah ini hingga setaraf dengan pusat beli-belah

antarabangsa (Laporan PTE, 2013).

Di samping itu, strategik Persatuan Pelancongan BB-KLCC telah mewujudkan

tarikan dan acara bertaraf dunia untuk mempromosi Malaysia kepada dunia, merangkumi
12

projek Hiasan Lampu Jalan. Selain itu, persatuan turut bekerjasama dengan pihak berkuasa

dalam perancangan mereka untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan di kawasan

ini. Oleh itu, rancangan ini merangkumi laluan pejalan kaki bertingkat dan berbumbung

yang menghubungkan KLCC dan Bukit Binting.

Selain itu, inisiatif bas Go-KL dilancarkan 31 Ogos 2012 di bawah Pengangkutan

Awam Bandar (PAB) 2.0, yang menyediakan bas ulang-alik secara percuma di antara

KLCC, Bukit Bintang, dan tempat-tempat menarik di bandar Kuala Lumpur seperti Pasar

Budaya. Namun, inisiatif ini telah memainkan peranan yang penting dalam menambah

baik hubungan dalam bandar berkesan untuk pelancong dan rakyat tempatan (Laporan

PTE, 2012).

Penutup

Kesimpulannya, merurut Hamzah Jusoh, (2014), menerangkan pengalaman Malaysia

sepanjang lima dekad yang lalu jelas memperlihatkan bahawa faktor-faktor luaran begitu

dominan dalam mempengaruhi pembangunan dan ekonomi Malaysia khasnya di Kuala

Lumpur, terutamanya melibatkan proses membuat keputusan, kawalan modal dan

pelaburan, kewangan, tenaga mahir dan sebagainya. Transformasi yang berlaku di wilayah

metropolitan telah menunjukkan kemajuan terhadap wilayah tersebut untuk menjadi

sebuah bandaraya yang terkemuka dan berdaya saing antara negara yang lain. Oleh itu,

dapat disimpulkan bahawa dasar transformasi sosial dan ekonomi yang berteraskan

metropolitan, ia tidak dapat dinafikan sememangnya dapat membantu bagi memesatkan

kadar pertubuham ekonomi dan wawasan pembangunan sosial negara secara

keseluruhannya. Maka, transformasi ini haruslah di pertingkatkan lagi dengan lebih pesat

agar memperolehi kemajuan yang tinggi. Oleh itu, dapat menaikkan nama Malaysia di

serantau dunia. Hal ini penting untuk mengekalkan kestabilan negara.


13

Rujukan

Annual Report. (2012). Economic Transformation Program (ETP). Kuala Lumpur: Prime

minister's office.

Hamzah Jusoh. (2014). Bandaraya Global Dinamika Kuala Lumpur. Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia Press.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malasysia.

Katiman Rostam. (2004). Migrasi ke kawan pinggiran Wilayah Metropolitan Lembah

Klang. Paper presented at the International Conterence on Sosial Sceiences and

Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 14-16 Dicember.

Katiman Rostam. (2006). Pembandaran dan perkembangan Wilayah Metropolitan Lanjutan

Lembah Klang-Langat, Malaysia.E-Bangi1(1): 1-27 (In Malay).

Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor, Aishah@Esah Hj

Muhammad, (2010). Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan

Malaysia: Beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langt. Penerbit

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Kl Attractions, Activities & What’s On in Kl-Time Out Kuala Lumpur. Dicapai pada 20

Oktober 2017, http://www.Timeoutkl.com

Laporan Tahunan. (2013). Program Transformasi Ekonomi. Penerbit Jabatan Perdana

Menteri.

Mohd Fauzi Yaacob. (2009). Malaysia, Transformasi dan Perubahan Sosial. Penerbit Arah

Pendidikan Sdn Bhd.


14

MTEN. (1998). Pelan pemuliharaan ekonomi negara: agenda tindakan. (synopsis). Unit

Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: Percetakan

Nasional Malaysia Berhad.

Ng dan Angie. (2007). New Growth Corridors Added (dalam Bahasa Inggeris). The Star

Online. Dicapai pada 20 Oktober 2017, http://www.thestar.com.my/business/

RMKe-11. (2010-2015). Bajet-Bajet Transformasi Menjelang Rancangan Malaysia

Kesebelas. Penerbit Karya Event Sdn Bhd.

You might also like