You are on page 1of 1

Pengenalan

Suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR) ialah sebuah suruhanjaya yang


berfungsi untuk menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan
raya di Malaysia. Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan
kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan raya untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika
berlaku kekosongan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4
September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya

1) Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya


Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya
urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.
2) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih.
3) Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,
dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

You might also like