You are on page 1of 3

Sawah Padi

Secara amnya, penanaman sawah padi yang diusahakan di negara Malaysia bermula pada
abad ke-17. Manakala jika lihat dari konteks global pula kawasan timur iaitu India Utara dan
Utara Thailand telah mula menjalankan aktiviti penanaman padi untuk keperluan hidup.
Bukan itu sahaja, di negara China juga telah menemui aktiviti penanaman sawah padi yang
bermula sejak 3000 tahun yang lalu di Jiangsu dan Sungai YangTze. Keadaan ini kemudian
mula berkembang sehingga ke negara Korea dan Jepun. Dalam sejarah ekonomi masyarakat
Kampung Setia di daerah Kampong Gajah, aktiviti penanaman sawah padi merupakan salah
satu aktiviti ekonomi yang tidak hilang ditelan zaman. Aktiviti penanaman sawah padi ini
bermula sejak zaman dahulu sehingga pada hari ini, namun terdapat perubahan dalam proses
penanaman tersebut iaitu daripada kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih moden bagi
menjamin produktivti padi tersebut.1

Kampung Setia telah diwujudkan sejak zaman kolonial British dan Kampung Setia
yang terletak di Kampong Gajah pernah diserang oleh tentera British selepas pembunuhan
Birch.2 Di Kampong Gajah juga terdapatnya kampung-kampung yang telah dianggap
kampung lama seperti di Kampung Setia. Kampung Setia menjalankan aktivtit penanaman
sawah padi dengan menjalankan penanaman padi organik dan digabungkan dengan eko-
pelancongan bagi menarik minat para pengunjung untuk datang ke kawasan tersebut dan
menyaksikan keindahan sawah padi yang terbentang luas di Kampung Setia. Masyarakat
yang tinggal di Kampung Setia telah menjadikan tanaman padi sebagai salah satu sumber
ekonomi yang utama mereka. Melalui aktiviti ekonomi penanaman padi membolehkan
penduduk setempat mendapat jaminan bekalan beras pada setiap waktu.

Jika dilihat dalam konteks perbandingan aktiviti yang dijalankan adalah lebih
bercirikan tradisional dan hanya meliputi ruang tanah yang kecil sahaja. Selain itu,
penanaman tradisional adalah berasaskan tata cara dari nenek moyang dan penanaman hanya
bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat dimana ianya hanya diusahakan secara
kecil-kecilan sahaja. Selain daerah Kerian, kawasan sawah padi yang terdapat di Kampung
Setia juga dianggap sebagai salah satu kawasan sawah padi yang luas di negeri Perak.

1
Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Ariffin. Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan
Kemerdekaan. Perpustakaan Negara Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Hlm, 58.
2
Ibid. Hlm, 60-62.
Setelah kemasukan pengaruh barat, terdapat beberapa perkembangan yang telah mengubah
atau mencorak status sosiosekonomi. Tidak dapat dinafikan, kegiatan ekonomi termasujlah
penanaman sawah padi yang berlaku sekitar tahun 1920 sehingga 1940 adalah dalam kadar
yang memberangsangkan. Hal ini telah menyebabkan peluang pekerjaan menjadi lebih terhad
seperti golongan petani, nelayan dan juga pesawah atau pekebun kecil.

Sejak zaman dahulu, aktiviti ekonomi bagi setiap kaum adalah berbeza. Orang
Melayu sering disinonimkan dengan aktiviti bercucuk tanam atau bidang pertanian, orang
Cina lebih tertumpu kepada perlombongan manakala orang India bekerja di kawasan
perladangan atau estet. Pembahagian tugas mengikut kaum ini telah bermula sejak era
penjajahan British. Maka tidak hairanlah sekiranya sehingga hari ini, penanaman padi
menjadi aktiviti ekonomi yang masih dijalankan namun ianya telah menjalani revolusi ke
tahap yang lebih maju seiring dengan kemajuan pembangunan negara. Pada zaman
tradisional, sistem penanaman padi bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja buruh atau
tenaga kerbau, penggunaan peralatan tradisional seperti tenggala, cangkul dan sebagainya.
Manakala penghasilan beras adalah dengan menggunakan lesung tangan dan penampi padi.
Namun keadaan ini mula berubah ke tahap yang mudah dan mengurangkan tenaga buruh
iaitu dengan penggunaan mesin dan jentera. Penanaman padi di Kampung Setia menjadi
salah satu komoditi di kawasan tersebut.3

Di Malaysia, padi terdiri daripada dua kategori iaitu padi bendang dan padi huma atau
padi bukit. Penanaman pasi di Kampung Setia telah memberi sumbangan kepada masyarakat
khususnya dari aspek peluang pekerjaan dan sumber pendapatan serta meningkatkan taraf
hidup masyarakat setempat. Penanaman padi juga semakin meluas kerana menerima pelbagai
subsidi dalam meningkatkan pengeluaran serta sumbangan MARDI (Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dalam membantu pembangunan pelbagai jenis padi.
Kini, pihak kerajaan amat mementingkan pengeluaran yang berasaskan pertanian terutama
ialah sawah padi yang tidak hanya bertujuan sebagai bekalan makanan tetapi juga agar negara
tidak bergantung sepenuhnya kepada barangan import dari luar negara.4

Durian
3
Ooi Keat Gim. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Penerbit Universiti
Sains Malaysia, 2012. Hlm, 180-185.
4
Mohd Asrul Sani, Hartinee Abbas, Ahmad Hafiz Buniamin, Mohd Fairuz Nordin dan Hamzah Abdul Rashed.
Potensi durian hibrid MARDI: MDUR 88. (2015). Diperoleh daripada h ttp://ebuletin.mardi.gov.my /buletin /
08/Durian%20MDUR%2088.pdf Hlm, 71-72.
Perak merupakan negeri yang menghasilkan buah durian dengan bilangan yang tertinggi di
Malaysia. Kampung Setia di daerah Kampong Gaja, Perak ini tidak asing dari buah durian.
Kampung Setia menjadi kluaster tanaman durian dan turut menjadi kawasan yang berpotensi
untuk dibangunkan.5 Kampung ini deperkaya dengan buah durian serta menjadi hasil eksport
ke negeri-negeri lain, secara tidak langsung penanaman buah durian ini membolehkan
masyarakat setempat menjana pendapatan masing-masing. Menurut seorang responden iaitu
Encik Zulbairy Awang, pada zaman dahulu, masyarakat telah mengusahakan buah durian
untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung keperluan mereka. Walaupun Kampung
Setia telah mengalami perkembangan terutama dari aspek sosioekonomi, penduduk setempat
masih mengekalkan perusahaan dalam penanaman durian.

5
Mohd Asrul Sani, Hartinee Abbas, Ahmad Hafiz Buniamin, Mohd Fairuz Nordin dan Hamzah Abdul Rashed.
Potensi durian hibrid MARDI: MDUR 88. (2015). Diperoleh daripada h ttp://ebuletin.mardi.gov.my /buletin /
08/Durian%20MDUR%2088.pdf Hlm, 76.

You might also like