You are on page 1of 17

Kajian Geografi

Tempatan 2010

Nama: Lee Shi Min


Tingkatan: 2L
No.IC: 960329-56-5566
Guru Penilai:
Puan Salina Sulaiman
Tandatangan:
Tarikh: 17 Ogos 2010-20
September 2009
TAJUK:
PROSES
PEMBANDARAN DI
KAWASAN
SEKOLAH
METHODIST
WESLEY, SENTUL,
KL
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1.Tajuk
2.Senarai Kandungan
3.Penghargaan
4.Pendahuluan
5.Objektif Kajian
6.Kawasan Kajian
7.Kaedah Kajian
8.Dapatan Kajian
9.Rumusan
10.Lampiran
11.Rujukan

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Vimala

Mathews kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk menyempurnakan kajian ini.
Tidak ketinggalan kepada guru Geografi saya, Puan Salina Sulaiman. Beliau banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada ibu saya, Chor Yian Ying dan

bapa saya, Lee Aik Sun. Mereka telah memberi sokongan moral dalam menjalankan kajian

ini.

Begitu juga, ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan baik saya, Lin Yeun Hui,

Lim Ke-Xin dan Katarina Law Jen-Yu yang sudi menukarkan pendapat-pandapat dengan

saya. Ini memudahkan saya melaksanakan kajian ini.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Baik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

PENDAHULUAN
Saya Lee Shi Min, murid Tingkatan 2L. Saya telah memilih sekolah saya, Sekolah

Methodist Wesley sebagai kawasan kajian saya.


Sebab saya memilih tempat ini sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya dapat

memerhati sekeliling sekolah saya setiap hari. Hal ini memudahkan saya dalam projek ini.

Saya juga dapat menperolehi pelbagai maklumat dengan senang.

Kajian ini telah saya buat selama 6 minggu, iaitu bermula dari 17 Ogos 2010 dan

berakhir pada 20 September 2010.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif

berikut:

1. Mengetahui konsep pembandaran di Sentul.


2. Mengenal pasti ciri-ciri pembandaran di Sentul.

3. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran di Sentul.

4. Mengetahui kesan pembandaran di Sentul.

5. Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah pembandaran di Sentul.

6. Menerapkan sikap prihatin terhadap proses-proses pembandaran yang dilakukan di

Sentul.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya, Sentul, terletak di Wilayah Persekutuan. Lokasi bandar Sentul

ini ialah di sebelah barat Hulu Langat. Di sebelah timur, ialah daerah Petaling. Manakala di
uatara ialah daerah Gombak. Jaraknya kira-kira 3km dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Rujuk peta kawasan kajian saya.

Keluasan kawasan kajian saya ini ialah 3km persegi. Bentuk muka bumi Sentul ialah

tanah pamah yang rata. Terdapat sebatang sungai yang mengalir kira-kira 1km dari sekolah

saya, iaitu Sungai Gombak.

Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian saya kerana terdapat kedai-kedai,

jaringan pengangkutan dan kemudahan lain yang ada kaitan dengan tajuk KGT saya.

KAEDAH KAJIAN
Apabila membuat projek ini, saya menggunakan beberapa kaedah untuk mencapai objektif .

1) Kaedah Pemerhatian

Saya telah memerhatikan proses pembandaran di Sentul dari aspek kemudahan yang

disediakan dan perkembangan sehingga membawa perubahan landskap.


2) Soal Selidik

Saya telah membuat soal selidik terhadap 20 orang responden dan bertanya tentang

faktor dan kesan proses pembandaran di Sentul serta langkah yang harus diambil

untuk mengatasinya.

3) Temu Bual

Saya telah menemu bual Chor Yian Ying, 39 tahun yang tinggal di 2, Jalan Wawasan,

4/9 Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor tentang proses pembandaran di

Sentul, apakah yang timbul dan langkah yang diambil oleh governan.

4) Rujukan

Saya telah merujuk buku teks geografi Tingkatan Dua, percetakan Saufi, muka surat

136-154 untuk merujuk tentang maklumat yang boleh digunakan dalam KGT saya.

Saya juga telah merujuk Buku rujukan Eksplorasi Geografi Tingkatan 2, penerbitan

Fajar Bakti Sdn. Bhd, muka surat 196-209 untuk merujuk kepada konsep dan cirri-ciri

pembandaran, faktor pembandaran, kesan pembanran dan langkah untuk

mengatasinya.

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pembandaran

Pembandaran berlaku apabila ramai penduduk sesebuah Negara bertumpu di kawasan

bandar. Pembandaran adalah proses berterusan yang menglibatkan perubahan kawasan luar

bandar menjadi bandar.


8.2 Ciri-ciri Pembandaran

Ekonomi penduduk turut berubah daripada kegiatan berasaskan pertanian kepada

kegiatan perindustrian, perdagangan, perkhidmatan, dan aktiviti yang berkaitan dengan

sesebuah bandar. Penduduk juga mengalami perubahan dan pemodenan dalam cara hidup.

Melalui proses pembandaran, jumlah penduduk di kawasan bandar semakin

meningkat. Selain itu, apabila penduduk bertumpu di sesuatu kawasan, kepadatan

penduduknya turut meningkat.

Bandar Utama di Petaling Jaya, Selangor adalah contoh kawasan petempatan yang

telah mengalami proses pembandaran. Kawasan dahulunya ialah kawasan ladang kelapa

sawit. Kini, kawasan tersebut menjadi bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

8.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran


-fh
F
d
o
p
s
D
t
jn
e
k
r
ig
M
b
u
S
lm
a
y
Berdasarkan carta minda di atas, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses

pembandaran di Sentul. Antara faktor termasuklah dasar kerajaan, peluang pekerjaan, migrasi

dan sumber alam.

Dasar kerajaan di Sentul untuk menerokai bidang industri telah menyebabkan proses

pembandaran ini. Dasar kerajaan telah menubuhkan kedai-kedai, system pengangkutan,

tempat pelancongan dan sekolah-sekolah di Sentul. Kemudahan ini berjaya menyebabkan

proses pembandaran di Sentul berkembang.

Selain itu, kemudahan infrastruktur yang lengkap disediakan di Sentul. Tindakan

kerajaan ini mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Proses pembandaran di Sentul

dimajukan kerana peluang pekerjaan ini menggalakkan perpindahan penduduk luar bandar ke

sini.

Di samping itu, proses pembandaran di Sentul turut dipengaruhi oleh migrasi.

Penduduk berhijrah untuk mencari pekerjaan dan gaji yang lebih tinggi manakala pelajar-
pelajar datang untuk melanjutkan pelajaran. Pembinaan jalan raya dan kemudahan LRT di

Sentul juga menggalakkan mobaliti penduduk.

Saya bersyukur kerana proses pembandaran di Sentul banyak dipengaruhi oleh

faktor-faktor positif dan pihak governan begitu prihatin terhadap pembandaran di

kawasan kajian saya.

8.4 Kesan Pembandaran Di Kawasan Kajian


Graf menunjukkan kesan proses pembandaran Sentul:

Kesan Proses Pembandaran Di Sentul


10
9
8
7
6
5
Jumlah orang

4
3
2
1
0

Sumbe

r: 20 orang responden

Proses pembandaran di Sentul telah meninggalkan beberapa kesan positif dan negatif.

Antara pendapat orang responden tentang kesan pembandaran di Sentul termasuklah

kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, peluang pekerjaan dan taraf pendidikan meningkat.

Berdasarkan graf di atas, 9 orang responden berpendapat bahawa preses pembandaran di

Sentul telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. Contohnya, keadaan jalan raya di Sentul

yang selalu penuh dengan kereta telah mengakibatkan kejadian ini. Pendapat 7 orang

responden ialah pencemaran udara. Hal ini adalah kerana asap-asap yang dikeluarkan oleh

pelbagai pengangkutan di Sentul akan mencemarkan udara.

Selain itu, 3 orang datang ke Sentul adalah kerana peluang pekerjaan manakala 1 orang

berpendapat bahawa taraf pendidikan di Sentul meningkat atas proses pembandaran. Justeru,

kesesakan lalu lintas ialah kesan proses pembandaran di Sentul yang utama.
Saya bersyukur kerana kemudahan yang lengkap seperti LRT di Sentul telah

mengatasi masalah yang dihadapi akibat proses pembandaran.


8.5 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pembandaran

Carta Pai menunjukkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pembandaran

di Sentul:

Langkah yang Boleh Diambil untuk Mengatasi Masalah


Pembandaran di Sentul

5 5 Melebarkan jalan raya


Menggunakan alat
catalytic converter
Menguatkuasakan
4 undang-undang
6
Menggunakan
pengangkutan awam

umber: 20 orang responden

Pemandu kini selalu memotong kereta kerana jalan raya semakin sempit akibat proses

pembandaran. Hal ini akan mendorong kepada kemalangan jalan raya dan akan menyebabkan

kesesakan lalu lintas. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlulah melebarkan jalan raya

untuk menyelesaikan masalah ini.

Kebanyakan masyarakat mengguna jalan raya sebagai pengangkutan seperti kereta

swasta seperti kereta swasta dan bas awam. Pengangkutan di jalan raya akan mengakibatkan

pencemaran udara. Oleh itu, pemilik kereta harus memasang alat catalytic converter pada

ekzos kereta dan ingat membuat pemeriksaan terhadap sistem pengeluar asap.

Di samping itu, rakyat masyarakat kini selalu melarang undang-undang di jalan raya.

Mereka selalu memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Pihak kerajaan
haruslah menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan denda kepada pemandu atau

meggantung lesen pemandu yang melarang undang-undang di jalan raya.

Selain itu, terdapat juga masalah kesesakan lalu-lintas di jalan raya. Kerajaan haruslah

menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Perkhidmatan pengangkutan awam perlu

ditingkatkan supaya lebih efisien. Lampu isyarat perlu diletakkan di jalan raya bagi

mengawal lalu lintas.

Saya bersyukur kerana kerajaan mampu mengambil pelbagai langkah bagi

menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di Sentul.


RUMUSAN
Semasa saya menjalankan KGT ini, saya mempunyai 4 objektif utama iaitu mengenal

pasti konsep dan ciri-ciri pembandaran, faktor yang mempengaruhi pembandaran, kesan

pembandaran, dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Saya amat bersyukur kerana

berjaya mencapai objektif tersebut. Hal ini adalah kerana rakan-rakan banyak membantu

saya.

Saya dapati dasar kerajaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi proses

pembandaran di Sentul. Selain itu, pelbagai kesan positif dan negatif telah wujud sebagai

akibat proses pembandaran di Sentul.

Saya mencadangkan agar pihak governan dapat melebarkan jalan ke kawasan sekolah

saya. Hal ini adalah kerana jalan raya kecil ke sekolah saya amat sempit dan berlekak-lekuk.

Pihak governan juga boleh menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan denda kepada

pemandu yang melanggarkan undang-undang.

Saya bersyukur kerana proses pembandaran di Sentul telah menyumbang

kepada beberapa kesan positif walaupun kesan-kesan yang negatif masih wujud. Pihak

kerajaan juga amat prihatin terdap masalah tersebut dan berusaha menanganinya.
RUJUKAN
1. Buku Teks ( Geografi Tingkatan Dua )

Percetakan Saufi

Muka surat 136-154

 Merujuk maklumat yang boleh digunakan dalam KGT saya.

2. Buku rujukan Eksplorasi Geografi Tingkatan 2

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd

Muka surat 196-209

 Merujuk kepada konsep dan cirri-ciri pembandaran, faktor pembandaran, kesan

pembanran dan langkah untuk mengatasinya.

3. Orang Sumber

Chor Yian Ying

39 tahun

2, Jalan Wawasan, 4/9 Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor.

 Merujuk melalui temu bual tentang sejarah pengangkutan di Sentul, apakah yang

timbul dan langkah yang diambil oleh governan.

You might also like