You are on page 1of 40

TAJUK KAJIAN :

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG JOHOR

Senarai Kandungan
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Senarai Kandungan Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian 1 Institusi Pentadbiran Tempatan 2 Latar Belakang: 3 Peranan: 4 Perkembangan: 7. 8. 9. Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat 1 2 3 4 5 6 7 13 21 28 34 35 36

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah;

1. Rujukan Kepustakaan Saya telah merujuk buku-buku yang berkaitan tentang Majlis Perbandaran Kluang. Selain itu saya juga merujuk koleksi keratan akhbar berkaitan Majlis Perbandaran Kluang di perpustakaan.

2. Analisis dokumen-

Saya telah mengumpul data melalui analisis dokumen. Kemudahan ini telah saya peroleh dari kemudahan internet. Maklumat-maklumat penting tentang Majlis Perbandaran Kluang telah dikumpulkan melalui kaedah ini. Semua analisis yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada tiga subtopik iaitu Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah dan Pentadbiran Komuniti Setempat. Antara laman web yang telah diselidiki ialah http://www.mpkluang.gov.my.

3. Melawat tempat kajian; Saya juga telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Kluang untuk membuat rujukan dan mendapatkan maklumat berkaitan.

HASIL KAJIAN

1.0 Institut Pentadbiran Tempatan ( MPK ) : 1.1 Nama rasmi Majlis Tempatan ini di beri nama Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan

tanggungjawabnya 1.2 Lokasi Majlis Perbandaran Kluang boleh terletak di Jalan Pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor. Nombor telefon yang boleh dihubungi ialah 07-7771401 / 07-7771402, manakala nombor faks ialah 07-7713209. MPK juga boleh dihubungi melalui mel elektronik mpk@johor.gov.my. MPK juga menyediakan Talian Khidmat

Pelanggan (HOTLINE) : 1-300-881-441.

1.3 Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan 1.3.1 Matlamat Pihak Ahli-ahli Majlis, seluruh warga kerja dan warga Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bermatlamat membentuk sebuah perbandaran yang maju dan sejahtera. MPK berharap akan dapat memberi peluang kepada warga Perbandaran mengenali dengan lebih jelas kemajuan dan arus pembangunan yang berlaku di Perbandaran

ini untuk dijadikan asas dalam membentuk sebuah kehidupan yang selesa di Perbandaran ini untuk dijadikan asas dalam membentuk sebuah kehidupan yang selesa di Perbandaran Kluang

1.3.2 Objektif MPK 1. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. 2. Meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memenuhi kehendak penduduk 3. Memastikan perancangan pembangunan yang teratur dan seimbang bagi menjamin kualiti persekitaran yang bersih dan nyaman. 4. Menyelia, membina, menjaga dan meningkatkan mutu kemudahan awam antaranya:a. Rangkaian Jalan b. Saliran Perparitan dan Pembetungan c. Gerai dan Pasar d. Pusat Riadah, Kesenian dan Sukan

1.3.3 Visi dan Misi MPK 1. MPK berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cepat, cekap kepada pelanggan tanpa mengorbankan kualiti dan kuantiti.

2. Memberi layanan yang mesra dan sedia memberi bantuan kepada sebarang masalah pelanggan.

1.3.4 Fungsi MPK berfungsi seperti berikut: 1. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur/pelan tempatan. 2. Menyelaras/membantu membangunkan pekan atau penempatan baru. 3. Mengawal pembinaan bangunan, pengiklanan dan papan tanda. 4. Mengurus pelupusan sampah, sisa pepejal dan aktiviti kebersihan bandar. 5. Memantau perkhidmatan kesihatan, kawalan mutu makanan, kebersihan premis makanan dan kawalan penyakit-berjangkit. 6. Mengawal aktiviti perniagaan melalui Penguatkuasaan Undang-undang dan peraturan pelesenan. 7. Membangun dan menyelenggarakan sistem saliran dan pembetungan. 8. Pengindahan Bandar. 9. Menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan asas kampung baru dan kampung tradisi. 10. Membina dan menyelenggarakan jalan. 11. Membina dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar awam, gerai, dewan,kemudahan asas sukan, terminal pengangkutan

awam,perhentian bas, tandas awam, perpustakaan, taman permainan kanakkanak, taman-taman awam dan tempat letak kereta awam

1.4 Carta Organisasi dan Senarai Pentadbir Profil YDP Nama : Tuan Haji Ahmad Bin Haji Ma'in

Jawatan : Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kluang Kelulusan : Sarjana Muda Sains Pertanian (kep) , Universiti Pertanian Malaysia Diploma Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia Master of Arts in Human Resource Management, Middlesex Universiti London, UK

Jabatan Pernah Bertugas :Pen. Pentadbir Tanah - Pejabat Tanah Kota Tinggi Jawatan Cadang (Cuti Belajar) - Pejabat SUK (Cawangan Pentadbiran) Pen. Pegawai Daerah (Pembantu Khas) - Pejabat Daerah Muar Pen. Pentadbir Tanah 1 - Pejabat Tanah Segamat Setiausaha - Majlis Daerah Segamat Ketua Penolong Pengarah - UPEN Johor Ketua Penolong Pegawai Daerah - Pejabat Daerah Segamat Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) - Jabatan Kerja Raya Johor Pentadbir Tanah - Pejabat Tanah Pontian Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang

Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kluang 2010 Depan (Dari kiri) En. Tam Chee Yung, En. Rajoo a/l Kaliapa, Tn. Hj. Muhamad B. Hj. Tukiran, Tn. Hj. Arif B.Kataman (Ketua Whip), Tn. Hj. Abdul Rahman B. Mohamed Dewam (YDP, MPK), En. Omar B. Mohamed, Pn. Hjh. Sakina Bi Bt. Mohamed Sadique, Pn. Hjh. Hanisah Bt. Othman, Pn. Sim Geok Ping Belakang(Dari kiri) En. Chen Wee Kong, En. Zainal B. Mohamed, En. Md. Norhalim B. Md.Amin, En. Klivon Thaswee, En. Chung Won Kiong, En. Kamarolzaman B. Hj. Shaari,

En. Mohd Ariffin B. Nan@Adenan, Pn. Zainani Bt. Hj, Jamaludin, En. Lee Sok Chou, En. Choong Chin Yang@Chan Chin Yang, En. Gee Yap Hing, Pn. Pang Kim Keok, Cik Choong Choon Lian

1.4.2 Carta Organisasi Majlis Perbandaran Kluang

2.0 Latar Belakang ( MPK ) 2.1 Sejarah penubuhan Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi Kerajaan Negeri menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertubuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan kereta api mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami Bandar Kluang Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5,000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang. Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah di naik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah ditubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampong Paya, Majlis Tempatan Kampong Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh. Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1977 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Kluang Daerah Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 km persegi dengan penduduknya melebihi 65 000 orang. Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. Penduduk bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan. Sebagai langkah merintis ke arah perubahan corak pengurusannya, jawatan Yang Dipertua telah diisi sepenuh masa oleh seorang pegawai Tadbir Negeri Johor mulai 1.3.1999. Setelah memenuhi kriteria yang telah

ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan Malaysia dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Ringkasan Mesyuarat Bil. 86/2001 bertarikh 31 Januari 2001 telah mengambil keputusan menaikkan taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang.

2.2 Undang-undang Kecil Akta Kerajaan Tempatan (Akta 117 ) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974(Akta 133) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Akta Penganggkutan Jalan 1987 (Akta 333) Undang-Undang Kecil Pasar 1982 Undang-Undang Kecil Penjaja 1982 Undang-Undang Kecil Menengah Kekotoran 1982 Undang-Undang Kecil Perlesenan Trend, Perniagaan, Perindustrian dan Profesyen 1981 Undang-Undang Kecil Iklan 1981 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)1987 Undang-Undang Kecil Kedai Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut 1987 Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian 1988 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan 1987 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan Sampah-Sarap 1985 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya 1990 Undang-Undang Kecil Taman 1987 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing 1995 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau 1995 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah 1995 Undang-Undang Kecil Jalan, Parit Dan Bangunan (Mengkompaun KesalahanKesalahan) 1995

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1987 Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) 1987 Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta)1977 Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta)2003 Perintah Tetap Dan Peraturan Jawatan Kuasa Tetap Pihak Berkuasa Tempatan Negari Johor Darul Tazim 1977 Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Johor (Kelakuan Dan Tatatertib ) 1988

2.3 Tanggungjawab bidang tugas pentadbir 2.3.1 Sebagai penyampai dan jurucakap PBT Penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka dianggap sebagai alat untuk menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT dan yang bukan berasaskan perkhidmatan. Mereka juga bertindak selaku jurucakap dan jentera penerangan kepada PBT.

Apabila sesuatu dasar atau tindakan yang melibatkan orang ramai hendak diambil adalah menjadi tanggungjawab ahli majlis memberi kefahaman dan penjelasan. Ini mungkin termasuk penjelasan mengenai pengutipan cukai, kesedaran menggunakan segala kemudahan sosial yang disediakan, sebab-sebab sesuatu perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan lebih memuaskan dan lain-lain. 2.3.2 Membentuk dasar Biasanya dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan matlamat dasar negara seluruhnya. Memandangkan dasar merangkumi aspek-aspek yang luas maka ianya memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang hendak dijadikan dasar. Tujuannya bagi menjamin dasar yang dibentuk oleh PBT tidak banyak menimbulkan sungutan di kalangan orang ramai dan juga pihak kerajaan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah tahu dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar kerajaan pusat dan negeri.

Ahli majlis hendaklah menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan kerajaan. Ini termasuk:(i) membahas dan meluluskan anggaran belanjawan. (ii) mengambil kakitangan baru atau penambahan jawatan baru selaras dengan dasar Kerajaan. (iii) kekesanan projek, perlanjutan atau penangguhan sesuatu projek yang didapati tidak sesuai. (iv) peruntukan dibelanjakan mengikut keutamaan. 2.3.3 Membuat dan meluluskan Undang-Undang Kecil Undang-Undang Kecil dibuat dengan tujuan untuk mengatasi pelbagai masalah seperti Undang-Undang Kecil mengenai mengkompaun kesalahan, iklan, tempat letak kereta, bayaran pelan, taman dan lain-lain. Undang-Undang Kecil ini dapat menentukan perihal dan peraturan atau tatacara sesuatu aktiviti itu ditadbirkan dengan cemerlang. Adalah menjadi tugas ahli majlis untuk mengadakan Undang-Undang Kecil ini supaya dapat dijadikan asas dan panduan oleh pihak pengurusan untuk bertindak dalam menyelesaikan sebarang masalah.

2.4 Cara Perlantikan Pegawai Tempatan Cara pelantikan pentadbir tempatan MPK bgi jawatan buruh ialah dengan cara pengiklanan. Pelantikan ini hanya memerlukan kelayakan sijil darjah enam.Selain jawatan buruh, terdapat juga jawatan kerani.Jawatan ini pula juga boleh dipohon semasa iklan dikeluarkan. Iklaniklan ini kebiasaannya dikeluarkan pada surat khabar, papan kenyataan jabatan kerajaan dan dalam laman web rasminya. Untuk mendapat jawatan sebagai kerani, seseorang itu memerlukan kelayakan SPM. Bagi menempatkan diri sebagai pegawai, hanya kelayakan yang sesuai akan menjadi pegawai dalam mana-mana bahagian.

3.0

Peranan:

3.1 Ekonomi Dari sudut ekonomi pula MPK mengalami perubahan dalam bidang pertanian. Pada asalnya, Kluang berkembang sebagai suatu daerah penanaman getah. Tetapi kini, tanamantanaman lain seperti kelapa sawit, nanas dan teh telah menggantikan kedudukan getah sebagai tanaman utama. Selain itu, Kedudukan Kluang sebagai laluan masuk ke kawasan tengah Johor menjadikan Kluang Bandaraya berdaya saing. Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Kompleks perniagaan di Pusat bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama ekonomi Kluang. Selain itu,peranan sektor institusi kewangan seperti Hong Leong Bank,Bank Islam dan Arab Malaysian Bank membantu menaikkan ekonomi Kluang. Terdapat banyak faktor yang menggalakkan perkembangan ekonomi antaranya Kluang mempunyai 500 kilang. contohnya Keenway Sdn.Bhd, Ginma Industries Sdn.Bhd, Revertex Malaysia Sdn. Bhd dan lain-lain. Begitu juga kewujudan beberapa kompleks membeli-belah seperti Plaza Bintang Jaya, Plaza BCB, Kluang Mall, Kluang Preade dan lain-lain. Sektor perumahan juga membantu dalam meningkatkan ekonomi Kluang

3.2 Pendidikan Bagi memacu pertumbuhan pendidikan di Kluang MPK telah mewujudkan Kemudahan Perpustakaan Awam. Pada masa kini Kluang mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Jalan Pejabat Kerajaan. Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Kluang. Perpustakaan ini memiliki lebih 100, 000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku kanak-kanak dan bacaan umum. Perpustakaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Perpustakaan ini berperanan memperoleh, mengumpul, menyimpan dan mengelaskan maklumat dalam bentuk bahan bercetak dan bahan bukan bercetak. Selain itu kewujudan perpustakaan ini secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan membantu pembinaan sahsiah masyarakat supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara, Bangsa dan Agama. Perpustakaan ini juga berperanan memberi kemudahan membaca, meminjam dan merujuk bahan bacaan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran Kluang. Perpustakaan Awam Kluang juga ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kemudahan bahan bacaan untuk dipinjam dan membuat rujukan kepada pendudukpenduduk dalam kawasan pentadbiran MPK. Di samping itu, Perpustakaan ini juga mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu: Menyediakan sistem maklumat melalui perkhidmatan Perpustakaan pusat,

Perpustakaan bergerak dan Automasi dalam kawasan Majlis Perbandaran Kluang. Menggalakkan amalan budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya kepada golongan kanak- kanak. Membantu proses pendidikan di kalangan pelajar dan kanak- kanak.

Menyediakan perkhidmatan latihan, bimbingan dan nasihat kepada Jabatanjabatan Kerajaan, Badan- badan Berkanun, Pusat- pusat Pengajian Tinggi dan Institusi yang memerlukan dan

Memberi maklumat semasa kepada masyarakat setempat.

3.3 Kemasyarakatan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang Siap dibina pada akhir tahun 1996. Kos pembinaan keseluruhan RM 22 juta oleh Program Penswastaan dengan Tetuan Johbase Development Sdn.Bhd. Keluasan tapak 30 ekar(13.6hek),mula diambilalih pada tahun 2005, sebelum ini diurus tadbir oleh Majlis SukanNegeri. Kemudahan outdoor Padang Skrin Score board' Lampu Spotlight' Litar Trek Tempat Duduk Penonton Ruang Pejabat Tandas Lelaki/Wanita Stor Gerai Bilik Suis Gelanggang Tenis

Kemudahan indoor Gelanggang Sepak Takraw Gelanggang Futsal Gelanggang Badminton Gelanggang Bola Keranjang Gelanggang Bola Jaring Gimnasium

Kemudahan Kesihatan Bagi kemudahan kesihatan, Kluang mempunyai sebuah Hospital Daerah terletak di Jalan Hospital yang dilengkapi dengan 244 katil untuk kemudahan pesakit. Hospital ini mempunyai seramai 421 kakitangan dimana 17 adalah doktor dan 81 adalah jururawat.Kluang juga mempunyai beberapa buah pusat kesihatan.Kluang mempunyai sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Sekolah. Terdapat enam buah Balai Polis iaitu Balai Polis Kluang, Balai Polis Kahang, Balai Polis Kampong Gajah, Balai Polis Sungai Lalang, Balai Polis Layanglayang dan Balai Polis Paloh manakala Pondok-pondok Polis pula terdapat di Chamek, Niyor, Ulu Belitong, Bukit Permai dan Kluang Baru. Anggota-anggota Polis yang berkhidmat pula terdiri dari 29 orang Pegawai, 392 orang Anggota dan 13 orang Kakitangan Awam. Kemudahan Perpustakaan Awam Pada masa kini Kluang mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Jalan Pejabat Kerajaan.Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Kluang.Perpustakaan ini memiIiki Iebih 50, 000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku

kanak-kanak dan bacaan umum.Perpustakaaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 3.4 Pelancongan Dari sudut pelancongan MPK telah melaksanakan pelbagai program dan pembangunan bagi mempromosikan produk pelancongan di Kluang antaranya ialah; Hutan Rekreasi Gunung Belumut Hutan Rekreasi Gunung Berlumut terletak 32 km dari Bandar Keluang iaitu melalui Jalan raya Kluang - Mersing, 137 km dari Bandar Johor Bahru. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut. Perjalanan ke puncak gunung ini, pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai. Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya sejuk serta nyaman, ia menjadi tarikan pengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu. Hutan Rekreasi Gunung Lambak Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang, Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengunjung yang dahagakan keindahan alam semula jadi. Di kaki Gunung Lambak, terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup menarik dan indah. Di sini pengunjung akan berpeluang untuk berenang di kolam dan mendaki gunung. Selain dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna, air terjun yang dingin dan nyaman juga terdapat di sini. Bagi kanak-kanak, taman permainan ada disediakan. Kemudahan penginapan juga ada disediakan. Legaran Ismail Hassan Pengunjung dapat melihat kerlipan lampu neon yang menyirami bandar Kluang sepanjang Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan pada waktu malam. Keindahan kerdipkan cahaya lampu dapat dilihat di sepanjang jalan ini.

Stesen Kereta api Kluang Salah sebuah tempat utama yang perlu dilawati apabila tiba di daerah Kluang adalah Stesen Kereta api Kluang yang telah beroperasi semenjak 1915. Bagi pengunjung yang suka kepada reka bentuk bangunan bersejarah, stesen ini amat sesuai dan cukup nostalgia. Selain itu, pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk mengunjungi warung yang terletak berhampiran Jalan Omar. Di sana, pengunjung akan berpeluang menikmati minuman kopi, roti bakar dan telur setengah masak yang cukup sedap dan sememangnya telah popular bukan sahaja di kalangan penduduk Kluang malahan di seluruh Johor dan mungkin telah meliputi seluruh Malaysia.

4.0 Perkembangan:

4.1

Pembangunan prasarana / Fizikal Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi Kerajaan Negeri

menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertubuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan kereta api mendorong lebih ramai penduduk berhijrah mendiami Bandar Kluang Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5,000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang. Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah di naik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah ditubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampong Paya, Majlis Tempatan Kampong Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh. Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1977 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara dibawa Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 km persegi dengan penduduknya melebihi 65 000 orang.

Bandar Kluang terus maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan Daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan semakin nyata. Sektor-sektor ekonomi semakin kompleks perniagaan di Pusat bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang. Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan Hasil majlis dari RM 7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM 16.67 juta dalam tahun 2000. Pembangunan sektor perdagangan dan perindustrian pula telah menjadikan Kluang berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada. taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan sebagai destinasi baru pelabur tempatan dan luar negara. Lebih dari 500 buah kilang berbagai jenis yang mengeluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport memenuhi 9 buah kawasan perindustrian utama. Di antara kilang-kilang gergasi yang sedang beroperasi ialah kilang membuat jubin bermutu tinggi yang terbesar di Malaysia di samping produk elektrik , elektronik dan pakaian berjenama antarabangsa untuk pasaran dalam negeri dan eksport. Perkembangan sektor perumahan, industri, perdagangan dan perkhidmatan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang menjadi punca kebanjiran penduduk di Bandar Kluang. Pada tahun 2000, penduduk Kluang telah meningkat kepada 155,000 orang. Untuk memenuhi keperluan penduduk yang

bertambah, penyediaan kemudahan asas terus dipertingkatkan. Selain daripada menaik taraf jalan-jalan raya utama dan rangkaian jalan bandar, sebuah terminal pengangkutan awam berharga RM 5 juta telah dibina. Di bawah program penswastaan Kerajaan Negeri,sebuah stadium sukan berharga RM24 juta juga telah dibina. Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. Penduduk bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan. Sebagai langkah merintis ke arah perubahan corak pengurusannya, jawatan Yang Dipertua telah diisi sepenuh masa oleh seorang pegawai Tadbir Negeri Johor mulai 1.3.1999. Setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan Malaysia dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Ringkasan Mesyuarat Bil. 86/2001 bertarikh 31 Januari 2001 telah mengambil keputusan menaikkan taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang.

4.2 Sumber Kewangan Bagi memantapkan keupayaan kutipan hasil,beberapa kaedah telah dilakukan MPK.Antaranya,mempelbagaikan kaedah kutipan dan saluran pembayaran hasil melalui kutipan kunter bergerak,kutipan di Pejabat Pos,Kaunter Pandu Masuk,cash/cek deposit machine,dan sebagainya.Selain itu,MPK mempercepatkan pengeluaran lesen berdasarkan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Bagi mempelbagaikan sumber hasil,MPK memperkasa dan memperhebat kegiantan ekonomi dan pelaburan yang berimpak tinggi.Di samping itu, MPK meningkatkan kemudahan dan peluang kegiatan sosial ekonomo bandar. 4.3 Kemajuan yang dicapai Kawasan pentadbiran MPK juga mempunyai kemudahan yang terbaik dan berpusat. Kawasan pentadbirannya memiliki sebuah hospital daerah, sebuah balai polis daerah dan sebuah balai bomba. Terdapat banyak sekolah rendah, beberapa sekolah menengah dan satu perpustakaan awam. Mengikut sumber, setakat ini terdapat 90 buah sekolah rendah dan 25 sekolah menengah di seluruh daerah Kluang. Sekolah Menengah Sains Johor, sebuah sekolah kerajaan berasrama penuh telah dibina di pinggiran Kluang pada tahun 1970-an, di sepanjang Jalan Batu Pahat. Selain itu juga MPK unik kerana kemudahan sukan yang terbaik dengan wujudnya Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang yang siap dibina pada akhir tahun 1996. Kos pembinaan keseluruhan RM 22 juta. Antara kemudahan yang wujud ialah kemudahan outdoor seperti Padang, Skrin Score board', Lampu Spotlight', Litar Trek , Tempat Duduk Penonton, Ruang Pejabat dan Tandas Lelaki/Wanita.

Selain itu kompleks ini mempunyai kemudahan, stor, gerai, Gelanggang Tenis, gelanggang Sepak Takraw, gelanggang Futsal, gelanggang Badminton, gelanggang Bola Keranjang, Gelanggang Bola Jaring dan Gimnasium

4.4 Perancangan masa hadapan MPK komited bagi memastikan Kluang terus maju pada masa-masa mendatang untuk itu diwujudkan Jabatan Pembangunan yang merupakan sebuah jabatan yang

bertanggungjawab di dalam memastikan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien serta selaras dengan visi majlis ingin mengujudkan sebuah bandar maju yang responsif terhadap nilai-nilai persekitaran. Perancangan dan pengawalan pembangunan fizikal serta penyediaan kemudahan awam, infrastruktur dan landskap akan dapat menjadikan bandar Kluang sebuah bandar dalam taman yang indah dan selesa untuk didiami. Jabatan Pembangunan Majlis Perbandaran Kluang diketuai oleh seorang Jurutera dan mempunyai beberapa bahagian di bawahnya iaitu : Bahagian Perancangan Bandar Bahagian Kawalan Bangunan Bahagian Kejuruteraan Projek Bahagian Landskap dan Seni Taman

Objektif

jabatan

ini

antaranya

ialah

merancang,

mengawal,

melaksana

dan

menyelenggarakan serta mengindahkan kawasan pentadbiran Majlis bagi meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan warga perbandaran selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.

Jabatan Pembangunan turut berfungsi seperti berikut; 1. Merancang pembangunan bandar Kluang agar ianya selaras dengan dasar Majlis serta dapat mengujudkan sebuah perbandaran yang kondusif. 2. Mengawal pembangunan bandar Kluang untuk memastikan pembinaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan menepati piawaian dan menampilkan seni bina yang menarik. 3. Melaksana dan menyelenggarakan projek-projek pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur bagi memastikan keselesaan dan keharmonian warga perbandaran Kluang. 4. Memperindah landskap di kawasan bandar Kluang seiring dengan kepesatan pembangunan fizikal bandar bagi mewujudkan sebuah bandar maju yang responsif terhadap nilai-nilai persekitaran.

RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian yang telah saya jalankan, dapatlah saya simpulkan bahawa institut pentadbiran amat penting dalam kehidupan seharian kita.Institut ini dapat membantu membangunkan Negara dengan baik. Melalui kajian yang dilaksanakan ini, saya memndapat banyak pengalaman dan pengetahuan.Saya mengetahui cara-cara atau kaedah untuk membuat sesuatu kajian seperti mengumpul maklumat, merekod, menganalisis bahan dan menulis hasil kajian. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas kaedah-kaedah kajian seperti membuat temuramah dan penyelidikan. Ini secara tidak langsung memudahkan saya untuk melaksanakan tugasantugasan akan datang yang lebih mencabar lagi. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan mendalami kepentingan institut ini.Pelbagai penyelidikan telah saya lakukan seperti menyelidik peranan MPK, fungsi MPK, latar belakang MPK dan sebagainya. Disamping itu, melalui konsep 1 Malaysia yang telah dilaksanakan kerajaan baru-baru ini mampu mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat yang majmuk. Ini kerana institute pentadbiran ini bukanlah hanya terbuka kepada satu kaum sahaja, malah terbuka kepada semua jenis kaum. Kita sewajarnya bangga dengan keunikan negara kita. Melalui institut pentadbiran di Malaysia, banyak nilai dan iktibar yang boleh dipraktikkan oleh seluruh warganegara. Inilah yang akan memantapkan lagi ekonomi dan pembangunan sejagat di negara kita, Malaysia. Tambahan lagi, institute pentadbiran juga

merupakan symbol dan identiti negara.Oleh itu, institut pentadbiran perlulah dipelihara kerana melalui itulah, imej dan identiti negara yang tersendiri dapat dipertingkatkan lagi sehingga dapat bersaing dengan negara-negara maju lain di persada antarabangsa.

LAMPIRAN

Logo Majlis Perbandaran Kluang

Peta Kedudukan Majlis Perbandaran Kluang

RUJUKAN
SUMBER INTERNET
1. Majlis Perbandaran Kluang : http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/home 2. Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Kluang 3. Facebook Majlis Perbandaran Kluang : http://www.facebook.com/pages/Majlis-

Perbandaran-Kluang/120582987961186 SUMBER BULETIN 1. Buletin MPK, Edisi 01, 2010 SUMBER AKHBAR
1. Sinar Harian, 12 Mac 2011, halaman J28 2. Berita Harian , 7 Mac 2011, halaman 12

3. Sinar Harian, 4 April 2011, halaman J20 4. Sinar Harian, 6 April 2011, halaman J25 SUMBER MELAWAT TEMPAT KAJIAN 1. Majlis Perbandaran Kluang, Jalan Pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor.

ELEMEN 3

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Tidak dapat dinafikan bahawa institusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemenelemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar

menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbang rasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya, tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara.

Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan kerjasama antara kaum untuk berganding bahu memebangunkan negara, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecapi nikmat. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan, maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak institusi pentadbiran tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu. Kesimpulannya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

You might also like