You are on page 1of 10

BAB 1: PENGENALAN ORGANISASI

PEJABAT DAERAH KECIL TAMPARLI

1.1 SEJARAH PENUBUHAN


Daerah Kecil Tamparuli terletak di Pantai Barat Negeri Sabah. Jarak di Pekan Tamparluli ke
Kota Kinabalu ialah 38 km, Pekan Kiulu 15 km, Pekan Nabalu 35 km. mempunyai empat
Mukim, Mukim Tamparuli, Mukim Tenghilan, Mukim Topokoon dan Mukim Mengkaladoi.
Jumlah kampung sebanyak 71 kampung. Pengurusan pentadbiran di bawah pejabat daerah
tuaran sehingga bulan disember 1976. Dengan adanya pertambahan penduduk dan kawasan
yang luas Daerah Tuaran (1165km) persegi serta pembangunan yang kian bertambah maka
pejabat daerah kecil, Tamparuli telah mula memberikan perkhidmatan kepada masyarakat
pada 2 januari 1977 dengan seorangpenolong pegawai daerah dan 11 orang kakitangan.
Pejabat terletak di bangunan kedai pecan tamparuli. Pada bulan februari 1982, pentadbiran
pejabat daerah kecil berpindah ke bangunan urusetia kecil, tamparuli dan pada januari 2004
sekali lagi bertukar ke bangunan urusetia baru.
Organisasi pengurusan pentadbiran daerah kecil tamparuli pada masa kini kekal
seorang penolong pegawai daerah dan 30 orang kakitangan.

(Sumber: Profail Pejabat Daerah Kecil Tamparuli)


1.2 LATAR BELAKANG DAERAH KECIL TAMPARULI

1.2.1 Keluasan Daerah Kecil Tamparuli


Keluasan Daerah Kecil Tamparuli ialah 499 kilometer persegi.

1.2.2 Bilangan Penduduk Kampung


Jumlah keseluruhan penduduk kampung dalam daerah Tamparuli ialah seramai 42 989 orang
yang terdiri daripada KadazanDusun 75%, Cina 15%, Bajau 8%, dan lain-lain 2%.

1.2.3 Bilangan Kampung


Daerah Kecil Tamparuli terdiri daripada 71 buah kampung yang dibahagikan kepada 5
mukim iaitu Mukim Tuaran Bandar, Mukim Tamparuli, Mukim Topokoon, Mukim
Mangkaladoi dan Mukim Tenghilan.

1.2.4 Permis Perniagaan


Bilangan permis perniagaan yang berdaftar dengan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli adalah
sebanyak 116 unit rumah kedai, 2 buah pasar (sayur/ikan) dan lot perniagaan (pasar)
sebanyak 123. Sebanyak 3095 lesen berniaga yang berdaftar dengan Pejabat ini.

1.2.5 Institusi Pendidikan


Daerah ini mempunyai 4 buah Sekolah Menengah dan 34 buah sekolah rendah.

1.2.6 Pusat Kesihatan


Daerah ini mempunyai 5 buah Klinik desa ( Kampung Bundung, Gaya Ratau, Kayangat,
Topokoon, Bantayan) dan 2 buah Klinik kesihatan ( Tamparuli dan Tenghilan)

1.2.7 Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Badan Berkanun dan Swasta.
Jabatan Haiwan

Lembaga Industri Getah Sabah

Jabatan Kerja Raya

Jabatan Pertanian
Polis Diraja Malaysia

Pejabat Pelajaran Daerah

Pejabat Kesihatan

Jabatan Air

Majlis Daerah

Telekom Malaysia

Pos Malaysia Berhad

(SESB)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

1.2.8 Kediaman
Jumlah kediaman bagi 71 buah kampung di Daerah Kecil Tamparuli adalah dianggarkan
sebanyak 5079 buah rumah. Jumlah ini tidak termasuk jumlah rumah bagi 9 buah taman
perumahan dalam Daerah Tamparuli.
1.2.9 Kemudahan Asas
Terdapat 4 buah Loji Rawatan Air ( Tamparuli, Telibong, Topokoon dan Tuaran)

Jalan Raya JKR : 124.45 KM

Jalan Raya MDT : 92.18 KM

Jalan Raya Berturap Persekutuan : 70.10 KM

Jalan Raya Berturap Negeri : 52.11 KM

Jalan Raya Gravel Negeri : 75.6 KM

1.3 MISI DAN VISI


1.3.1 MISI
Melahirkan kakitangan yang berkualiti untuk menggerakkan penyampaiaan perkhidmatan
yang lebih berkesan kepada orang ramai.
1.3.2 VISI
Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua lapisan masyarakat Daerah Kecil
Tamparuli.

1.4 OBJEKTIF
Membangunkan daerah kecil tamparuli dari segi infrastruktur sosio ekonomi dan jasmani
serta nenerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyediakan perkhidmatan yang
cemerlang untuk memenuhi kehendak pelanggan.

1.5 SLOGAN
Berkhidmat Kepada Masyarakat

1.6 FUNGSI
1.6.1 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN
Pentadbiran am dan penyelarasan

Pentadbiran akaun

Pentadbiran personel

Perkhidmatan sokongan

Jawatankuasa pemandu TQM, RG dalaman, IT

Menyelaras dan perancang program pengesahan kualiti pentadbiran

Pengurusan aset dan stor

Pengurusan fail

Pengurusan kutipan hasil/cukai

Pengurusan belanjawan dan kawalan perbelanjaan

Pengurusan bayaran elaun ketua kampung dan pengerusi jkkk


1.6.2 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Penyelaras/perancang kemudahan-kemudahan asas dan sosio-ekonomi penduduk luar
bandar

Pengurusan pentadbiran peraturan-peraturan dan maklumat pplb dan 66 badan jkkk

Penyediaan pelan tindakan daerah pprt

Penyediaan pelan pembangunan desa

Penyelaras program desa wawasan

Pengurusan dan penyelarasan kelulusan peruntukan khas adun, ahli parlimen, dan
Peruntukan biasa

Penyelaras jawatankuasa pemandu pprt/pembasmian kemiskinan peringkat daerah

Penyelaras jawatankuasa banci rakyat miskin dan termiskin peringkat daerah kecil

1.6.3FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN MAHKAMAH ANAK NEGERI


Pengurusan pejabat

Penyelaras adar istiadat anak negeri berdasarkan kepada arahan dan peraturan dan
enakmen mahkamah anak negeri 1992

Pengurusan tuntutan waris, anak angkat dan lain-lain hal adat istiadat

Pengurusan pentadbiran peraturan dan maklumat 71 buah kampung/ketua kampung

1.7 PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH KECIL TAMPARULI


Kami berjanji untuk memberikan layanan dan perkhidmatan yang sempurna dan mesra
kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami seperti:

Bahagian Pentadbiran dan Perlesenan


1. Memberi perkhidmatan untuk mendaftar surat/dokumen, menerima duti setem dan
membatal duti setem kepada surat-surat perjanjian. surat akuan dan lain-lain dokumen yang
memerlukan persuruhjaya sumpah dalam masa satu atau dua hari jika surat cara dokumen
berkenaan lengkap dan teratur mengikut peraturan-peraturan dan peruntukan yang digariskan
dibawah akta 378 dalam akta setem 1949.
2. Memberi perkhidamatan untuk memproses pengeluaran lesen perniagaan yang disyorkan
boleh dikeluarkan oleh pejabat ini oleh majlis daerah tuaran, tertakluk kepada permohonan
itu memenuhi syarat dibawah ordinan perlesenan perdagangan 16/1948 dalam masa satu
hingga tiga hari.
3. Memberi perkhidmatan untuk memproses tuntutan/pembayaran balik bil/invois tuntutan
dalam jangka masa 1 hingga 2 minggu dari tarikh ianya diterima dan tertakluk kepada
peraturan-peraturan kewangan dan arahan perbendaharaan dipatuhi.
4. Memberi perkhidmatan untuk melayani segala rungutan/aduan/masalah pelanggan kami
sejauh mana ia ada berkaitan dengan penuh kemesraan dan keikhlasan.
5. Memberi pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua tawaran/sebutharga yang
dibuka di pejabat ini dan akan memberitahu/memaklumkan keputusan kepada penawar-
penawar dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas keputusan diterima.

Bahagian Projek Pembangunan


1. Kami sedaya upaya mengemukakan semua permohonan projek daripada jkkk kepada
pihak-pihak berkenaan dalam masa 2 hingga 3 minggu tertakluk kepada permohonan itu
didapati teratur, dirancang dan dinikmati oleh sebilangan besar masyarakat kampung.
2. Kami akan mengawasi dan memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut
perancangan dan akan disiapkan 100% dalam masa yang ditetapkan.
3. Kami akan sedaya upaya akan menyelesaikan bayaran tuntutan projek dalam masa 3
minggu daripada tarikh tuntutan diterima atau daripada tarikh projek itu siap secara rasmi.

Bahagian Mahkamah Anak Negeri


1. Pentadbiran mahkamah anak negeri dan amalam adat istiadat anak negeri dipelihara selaras
dengan arahan dan peraturan enakmen mahkamah anak, 1992.
2. Semua permohonan tuntutan waris dijangka siap dalam tempoh 1 hingga 4 bulan dari
tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada keperluan dokumen dan saksi yang dipanggil.
3. Semua aduan mengenai kes adat istiadat dijangka selesai dalam tempoh 1 hingga 3 bulan
dari tarikh aduan dibuat tertakluk kepada keperluan dokumen-dokumen dan saksi yang
dipanggil.
4. Permohonan anak angkat akan diproses dengan segera dan akan dimajukan kepada jabatan
pendaftaran dengan seberapa cepat untuk pengeluaran sijik anak angkat.
5. Memberi perkhidmatan untuk melayani segala rungutan/aduan/masalah pelanggan kami
yang berkaitan dengan adat istiadat anak negeri dengan penuh kemesraan dan keikhlasan
tanpa diskriminasi.
6. Mahkamah anak negeri memberi jaminan bahawa kita akan membuat keputusan yang
saksama dan seadil-adilnya

1.8 STRUKTUR ORGANISASI


Pejabat daerah kecil tamparuli ditadbir oleh satu organisasi di mana ahli-ahlinya terdiri
daripada :
Penolong pegawai daerah ( pegawai tadbir )

Pegawai kerja ( penolong pegawai daerah )

Bahagian Pembangunan
Penolong Pegawai Pembangunan Daerah N29

Penolong Jurutera J29


Pegawai e-kasih

I. Ketua Kerani N22

II. Seorang setiausaha pejabat dan lapan orang merupan pembantu tadbir

III. Dua orang merupakan pegawai khidmat pelanggan

IV. Terdapat sepuluh pekerja am rendah termasuk pemandu kenderaan dan pengawal
keselamatan

1.9 BAHAGIAN-BAHAGIAN DI DALAM STRKTUR ORGANISASI

1.9.1 Bahagian Pentadbiran dan Perlesenan


1. Memberi perkhidmatan untuk mendaftar surat/dokumen, menerima duti setem dan
membatal duti setem kepada surat-surat perjanjian. surat akuan dan lain-lain dokumen yang
memerlukan persuruhjaya sumpah dalam masa satu atau dua hari jika surat cara dokumen
berkenaan lengkap dan teratur mengikut peraturan-peraturan dan peruntukan yang digariskan
dibawah akta 378 dalam akta setem 1949.
2. Memberi perkhidamatan untuk memproses pengeluaran lesen perniagaan yang disyorkan
boleh dikeluarkan oleh pejabat ini oleh majlis daerah tuaran, tertakluk kepada permohonan
itu memenuhi syarat dibawah ordinan perlesenan perdagangan 16/1948 dalam masa satu
hingga tiga hari.
3. Memberi perkhidmatan untuk memproses tuntutan/pembayaran balik bil/invois tuntutan
dalam jangka masa 1 hingga 2 minggu dari tarikh ianya diterima dan tertakluk kepada
peraturan-peraturan kewangan dan arahan perbendaharaan dipatuhi.
4. Memberi perkhidmatan untuk melayani segala rungutan/aduan/masalah pelanggan kami
sejauh mana ia ada berkaitan dengan penuh kemesraan dan keikhlasan.
5. Memberi pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua tawaran/sebutharga yang
dibuka di pejabat ini dan akan memberitahu/memaklumkan keputusan kepada penawar-
penawar dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas keputusan diterima.

1.9.2 Bahagian Projek Pembangunan


1. Kami sedaya upaya mengemukakan semua permohonan projek daripada jkkk kepada
pihak-pihak berkenaan dalam masa 2 hingga 3 minggu tertakluk kepada permohonan itu
didapati teratur, dirancang dan dinikmati oleh sebilangan besar masyarakat kampung.
2. Kami akan mengawasi dan memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut
perancangan dan akan disiapkan 100% dalam masa yang ditetapkan.
3. Kami akan sedaya upaya akan menyelesaikan bayaran tuntutan projek dalam masa 3
minggu daripada tarikh tuntutan diterima atau daripada tarikh projek itu siap secara rasmi.

1.9.3 Bahagian Mahkamah Anak Negeri


1. Pentadbiran mahkamah anak negeri dan amalam adat istiadat anak negeri dipelihara selaras
dengan arahan dan peraturan enakmen mahkamah anak, 1992.
2. Semua permohonan tuntutan waris dijangka siap dalam tempoh 1 hingga 4 bulan dari
tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada keperluan dokumen dan saksi yang dipanggil.
3. Semua aduan mengenai kes adat istiadat dijangka selesai dalam tempoh 1 hingga 3 bulan
dari tarikh aduan dibuat tertakluk kepada keperluan dokumen-dokumen dan saksi yang
dipanggil.
4. Permohonan anak angkat akan diproses dengan segera dan akan dimajukan kepada jabatan
pendaftaran dengan seberapa cepat untuk pengeluaran sijik anak angkat.
5. Memberi perkhidmatan untuk melayani segala rungutan/aduan/masalah pelanggan kami
yang berkaitan dengan adat istiadat anak negeri dengan penuh kemesraan dan keikhlasan
tanpa diskriminasi.
6. Mahkamah anak negeri memberi jaminan bahawa kita akan membuat keputusan yang
saksama dan seadil-adilnya

1.10 LOGO JABATAN

(Sumber: Profail Pejabat Daerah Kecil Tamparuli)


1.11 CARTA ORGANISASI

You might also like